Tuesday 1 December 2020

JIKA ANDA TAK NAK PERBAIKI KAYUHAN, AMALKAN PERKARA-PERKARA INI...

JIKA ANDA TAK NAK PERBAIKI KAYUHAN, AMALKAN PERKARA-PERKARA INI...

1. Too hard, too soon

Basikal ni adalah sukan endurance dan nak bina endurance, mmg mengambil masa. Jangan rushing, pelan2 kayuh. Pro rider pun ambil masa 4 - 6 bulan untuk bina balik endurance dorang. Lagi kan kita yg kayuh berapa km je sebulan. Too hard too soon akan bawa banyak masalah, i.e sakit, stress, penat dan lesu berpanjangan, worst case, terus hilang mood/minat nak kayuh. 

2. Tak makan semasa kayuh

Seperti dalam postings saya sebelum ni, makan yg cukup semasa kayuh adalah penting untuk bagi badan kita enough fuel untuk 'bekerja' supaya kita boleh hasilkan good quality stress kepada badan kita, supaya kita akhirnya makin fit dan makin sihat. Selain drpd tu, makan masa kayub buatkan kita tak bonk. Sbb biler kita bonk, hbes je kayuh, segala apa yang ada depan mata tu, semua nak sapu, hahah 😂😂 (reward skit takpe, jangan bantai sampai tersidai). Jadi akhirnya, kayuhan kita kurang menyihatkan, jadi menyakitkan ada la. 

3. Tidur tak cukup

Biler tidur tak cukup around 6-7 jam of quality sleeps, badan x boleh nak buat proper recovery. Instead of bertambah fit, badan jadi penat, badan jadi lesu. Counter productive. 

4. Bad diet

Wpun kita kayuh beratus beribu km sekali pun, kalau pemakanan kita ke laut, badan kita takkan dapat access kepada nutrients yang repair dan recover badan kita. Tak perlu Keto atau spesifik diet. Cukup well balanced diet yang ada high fruits and veg untuk boost immune systems, provide necessary vitamins dan antioksidan. 

5. Recovery, recovery, recovery!

Ramai orang ingat kita improve semasa kita henjut kayuh full gas. Sebaliknya masa kita recover lah badan kita buat semua training adaptation. Training yang sebenar adalah workout + recovery. Ramai orang pandai workout, tapi ramai yang fail untuk recover. Kayuh too hard when it is meant to be easy, kayuh too soft when it is meant to be hard. Pemakanan dan rehat yang tak balance menyebabkan level kayuhan kita maintain mcm tu jugak.

Izzat Roslan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...