Tuesday 29 December 2020

Tunaikan Hak Allah dan Hak Manusia

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tunaikan Hak Allah dan Hak Manusia

عَنْ ابْنَ عُمَرَ فَقَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ حَالَتْ شَفَاعَتُهُ دُونَ حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فَقَدْ ضَادَّ اللَّهَ فِي أَمْرِهِ وَمَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ دَيْنٌ فَلَيْسَ بِالدِّينَارِ وَلَا بِالدِّرْهَمِ وَلَكِنَّهَا الْحَسَنَاتُ وَالسَّيِّئَاتُ وَمَنْ خَاصَمَ فِي بَاطِلٍ وَهُوَ يَعْلَمُهُ لَمْ يَزَلْ فِي سَخَطِ اللَّهِ حَتَّى يَنْزِعَ وَمَنْ قَالَ فِي مُؤْمِنٍ مَا لَيْسَ فِيهِ أَسْكَنَهُ اللَّهُ رَدْغَةَ الْخَبَالِ حَتَّى يَخْرُجَ مِمَّا قَالَ

Daripada Ibnu Umar dia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang memberi bantuan untuk menghalang daripada dilaksanakan hukum Allah 'azza wajalla (hukum had), maka sesungguhnya ia telah menentang perintah Allah. Dan barangsiapa meninggal dunia sedang ia masih mempunyai hutang maka (gantinya kelak) bukan dengan dinar atau dirham akan tetapi dengan kebaikan (pahala) dan keburukan (dosa). Dan barangsiapa bermusuhan dalam suatu kebatilan padahal dia mengetahuinya, maka ia akan selalu dalam kemurkaan Allah Ta'ala hingga ia mencabutnya. Dan barangsiapa mengata (mengumpat) seorang mukmin apa yang tidak ada pada dirinya (memfitnahnya) maka Allah akan menempatkannya pada lumpur api neraka sehingga ia keluar daripada apa yang diperkatakannya".  (Musnad Ahmad No: 5129) Status: Isnad Tsiqah

Pengajaran:

1.  Islam menghendaki supaya kita menjadi pengikut yang sentiasa taat dan patuh kepada ketetapan perintah dan hukum hakam.

2.  Setiap yang berhutang berkewajipan untuk segera menjelaskan hutang kepada pihak  peminjam. Orang yang tidak menjelaskan hutang tersebut di dunia, di akhirat nanti mereka perlu membayar dengan pahala dan sekiranya pahalanya habis, dia terpaksa menanggung dosa orang tersebut sebagai ganti.

3.  Setiap Muslim dilarang bermusuh juga mewujudkan permusuhan dengan orang lain.

4.  Setiap Muslim juga perlu sentiasa berakhlak mulia, tidak membuat tuduhan, mengumpat, memfitnah dan menghina orang lain.

5.  Setiap Muslim hendaklah sentiasa bekerjasama dalam melaksanakan kebajikan dan menjauhi kemungkaran dan permusuhan. 

Tunaikan tanggung jawab kita dengan Allah dan peliharalah hubungan dengan orang disekeliling kita. Jangan sampai menjadi muflis di akhirat.

30hb Dis 2020
15hb Jamadil Awal 1442H

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...