Monday 27 August 2018

TAZKIRAH ; Jangan Fikir Haram Itu Arak, Daging Babi dan Sebagainya

Pedasnya taZkirah ni 🌶🌶

Mari fikir-fikirkan.
"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.

Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak dicampurkan dengan darah daging.

Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu..pun ragu statusnya.

Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.
Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.

Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.

Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis.
Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.

Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa..bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.

Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri".

*KEBERKATAN YANG DICARI*
*6 cara utk mendapat pahala setelah mati:*

1. Beli Al - Quran kpda sseorang, setiap kali dia mmbacanya kamu akn mnerima pahala.

2. Sedekah kerusi roda kpda hospital, setiap kali org sakit mnggunakannya nescaya kamu akn mndapat pahala.

3. Turut serta dlm pembinaan masjid.

4. Meletak watercooler di tempat awam.

5. Menanam pokok. Kamu mnerima pahala skiranya ada manusia ataupun binatang berteduh dibwahnya atau mkan darinya.

6. Cara yg terakhir dan paling mudah adalah kongsi mesej ini kpda semua, sekiranya ada org yg mampu melakukan salah satu perkara di atas maka kamu akn mndpat pahala.

Friday 24 August 2018

PERLU KITA TAHU

PERLU KITA TAHU


Banyak yang tidak tahu, kerana memang tidak ada yang memberi tahu, kalau usia sudah 50 thn dan ke atas, sebaiknya tidak memilih joging, berlari, apalagi melompat...

Jangan sampai salah memperlakukan sendi lutut, akibat masih tetap joging, berlari, main tennis, badminton, bola tampar, & aktiviti fizikal lain yang membebani sendi lutut...

Itu yang saya maksudkan dengan "pengetahuan sihat itu murah..."

Contoh lain yang tidak boleh dilakukan di usia 50 & ke atas ini ialah...tidak memijak batu kerikil tanpa alas kaki sehingga persarafan tapak kaki menderita radang akibat tertekan kerasnya kerikil yg sangat keras selama memikul beban tubuh...

Alasan bahawa itu sebagai refleksologi...memang tidak boleh diterima akal yg sihat...
Refleksologi? Tekanan yg diterima tapak kaki hanya dilakukan oleh ibu jari tangan saja yg tekanannya ibu paling kuat hanya sekitar 5 kg...

Namun apabila berdiri di atas kerikil, tekanannya adalah seberat beban tubuh...
Kerana tidak ada yang memberitahu dan hanya kerana  mendengar kata-kata orang, bahawa memijak batu kerikil tanpa alas kaki amat menyihatkan...maka yg mahu menjadi sihat...telah menjadi korban kerosakan saraf tapak kaki...

Kesan buruk memijjak batu kerikil itu boleh mengakibatkan terjadinya fascitis/plantaris.

Murahnya pengetahuan yang memberi informasi tidak memijak kerikil tanpa alas itu menjadi mahal kalau kita tidak tahu...





Salam sihat...

Dr HANDRAWAN NADESUL

_*YOGA*-nya orang Islam itu dengan gerakan SOLAT._
_*MEDITASI*-nya orang Islam itu duduk tenang sambil berZIKIR._
_*SELF HEALING*-nya orang Islam itu melakukan MUHASSABAH._
_*DETOX*- nya orang Islam adalah dengan rajin berPUASA._
_*PEMBERSIHAN*- nya orang Islam boleh dengan SEDEKAH._
_*VITAMIN*- nya orang Islam adalah sikap MUDAH MEMAAFKAN._
_*UBAT AWET MUDA*- nya orang Islam: TIDAK MENCAMPURI urusan yang tidak perlu._
_*NUTRISI TERBAIK*- nya orang Islam adalah BERBAIK SANGKA (Huznuzon)._
_*PEMBERSIH HATI*- nya orang Islam dengan menahan GHIBAH (mengumpat)._
_*PENYUCI JIWA*- nya orang Islam adalah : Menjauhi sifat IRI HATI & DENGKI._
_*PENGAWET PAHALA*- nya orang Islam: Tidak RIAK._
_*PENCEGAH HURU HARA*- nya orang Islam : Menghindari PERDEBATAN._
_*PENGUKUR RENDAH HATI*- nya orang Islam : Tidak menceritakan KELEBIHANNYA kepada orang lain._
_*PENDETEKSI KEIKHLASAN*- nya orang ISLAM : Tidak menyebut KEBAIKAN & KEBAJIKANNYA._
_*SARIPATI*-nya dalam beribadah itu adalah DOA, dan ROH-nya dalam beramal itu adalah IKHLAS._


INFO PENTING MUSLIM & MUSLIMAH
DAFTAR UBAT :

_1. Sering sakit = silakan puasa._
_2. Wajah gelap = solat Dhuha._
_3. Hati sempit = baca Al-Qur'an._
_4. Susah bahagia = solat tepat waktu._
_5. Emosi kacau = wudhuk dan istighfar._
_6. Gelisah = banyak doa dan olahraga._
_7. Tertekan = baca "lahaula walaquwwata illa billah"._
_8. Kurang berkat rezekinya = dekati yang halal saja._
_9. Miskin melulu = muliakan orang tua & banyak  bersedekah._



 _*Salam Fastabiqul Khairat...*_ 
dr. Handrawan Nadesul https://g.co/kgs/mF9VJd

Monday 20 August 2018

DOA YANG TERBAIK PADA HARI ARAFAH OLEH JAKIM

✔1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

✔2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

✔3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

✔4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

✔5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

✔6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

✔7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Tetapkan hatiku di dalam islam dan ketaatan kepadamu. Selamatkan aku daripada kejahatan dan kesesatan.

✔8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

✔9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

✔10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

✔11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

✔12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

✔13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

✔14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

✔15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

✔16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

✔17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

✔18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

✔19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

✔20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

✔21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

✔22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

✔23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

✔24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

✔25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

✔26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

✔27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

✔28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

✔29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

✔30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

✔31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Sunday 19 August 2018

PUASA TARWIYAH

*Ingat Beringat*
ESOK DAN LUSA ADA IBADAH YANG SANGAT LUAR BIASA JIKA KITA BOLEH  MENGERJAKANNYA.

PUASA TARWIYAH (Isnin, 8 Dzulhijjah / 20 Ogos 2018) ARAFAH (Selasa , 9 Dzulhijjah / 21 ogos 2018).

Puasa sunah Tarwiyah dan Arafah sangat dianjurkan bagi umat muslim sedunia, agar kita dapat turut merasakan nikmatnya seperti yang dirasakan oleh para jama’ah haji. Namun, bagi jamaah haji sendiri haram hukumnya untuk berpuasa di hari Arafah 9 Dzulhijjah.

Adapun yang dimaksud dengan puasa Arafah adalah (Mengetahui) puasa yang dilaksanakan pada hari Arafah yakni pada tanggal 9 Dzulhijjah yaitu hari pada saat jama’ah haji melakukan wukuf dipadang Arafah.

Dan Puasa Tarwiyah adalah (Merenung atau berpikir) puasa yang dilaksanakan pada hari tarwiyah yakni 8 Dzulhijjah, hari sebelum hari wukuf.

KEUTAMAAN PUASA TARWIYAH DAN AROFAH
Adapun keutamaan puasa sunah Tarwiyah (8 Dzulhijjah) dan Arofah (9 Dzulhijjah) bagi orang yang tidak melaksanakan ibadah haji berdasarkan beberapa hadist Nabi Muhammad SAW adalah:

1. Barang siapa yang menjalankan Puasa Tarwiyah akan dihapus dosa satu tahun yang lalu yang telah terlewati.

2. Sedangkan yang berpuasa di hari Arofah akan dihapus dosa dua tahun (1 tahun yang lalu dan 1 tahun yang akan datang)

3. Dan yang melaksanakan dua puasa ini akan dianugrahi oleh Allah SWT dengan 10 macam kemuliaan, yaitu:

1. Allah akan memberi keberkahan pada kehidupannya.
2. Allah akan menambah harta.
3. Allah akan menjamin kehidupan rumah tangganya.
4. Allah akan membersihkan dirinya dari segala dosa dan kesalahan yang telah lalu.
5. Allah akan melipat gandakan amal dan ibadahnya.
6. Allah akan memudahkan kematiannya.
7. Allah akan menerangi kuburnya selama di alam Barzah.
8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya di Padang Mahsyar.
9. Allah akan menyelamatkannya dari kejatuhan kedudukan di dunia ini.
10.Allah akan menaikkan martabatnya di sisi Allah SWT.

Alangkah banyak keberkahan dan kebahagiaan yang Allah berikan bagi orang yang menjalankan puasa Tarwiyah dan Arofah. Semoga kita termasuk di dalamnya.

NIAT

Do'a Niat Puasa Tarwiyah

*ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﺗﺮﻭﻳﻪ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ*

NAWAITU SAUMA TARWIYAH SUNNATAN LILLAHI TA’ALAH
“ Saya berniat puasa Tarwiyah, sunat karena Allah ta’ala.”

Do'a Niat Puasa Arafah
*ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﻋﺮﻓﺔ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ.*                         
NAWAITU SAUMA ARAFAH SUNNATAN LILLAHI TA’ALAH
“ Sahaja Aku berpuasa pada  hari  Arofah , sunat  karena Allah ta’ala.”

Sampaikanlah kepada Saudara2 kita.... Semuanya

MEMAHAMI MAKNA REDHA


Syekh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan:


"Kalian harus senantiasa redha kepada Allah Azza Wa Jalla dalam keadaan senang mahupun susah, dalam keadaan baik mahupun buruk, sihat ataupun sakit, kaya mahupun miskin, dan dalam keadaan sukses ataupun gagal. Allah tidak melihat ubat yang baik bagi kalian selain berserah diri kepada-Nya".


"Jika Allah mentakdirkan sesuatu bagi kalian, janganlah takut. Janganlah mengeluh
kepada selain-Nya, sebab itu justeru boleh menyebabkan bencana bagi kalian. Tenang dan diamlah! Jika kalian redha, DIA akan mengubah kesusahan kalian menjadi kebahagiaan!"


Syekh Abdul Qadir Al-Jailani 
Sumber - Fath Ar-Rabbani

Saturday 18 August 2018

PENGORBANAN MAK AYAH

Pernah tak, ada dalam situasi ni??

= Bawa mak ayah gi klinik, mak ayah bayar sendiri sebab kita pun tak mampu nak tolong bayar..sedangkan dari kecil mak ayah yang bayarkan bil kita..kadang terpaksa meminjam...ada yang sampai sekarang masih mengharapkan mak ayah yang bayar..

= Bawa mak ayah gi pasar malam / supermarket..mak ayah bayar sendiri..sedangkan dari kecil lagi mak ayah yang turuti apa yang kita nak sampai abaikan keinginan sendiri..

= Mak ayah pegang pape tapi kita buat tak tahu, sebab nanti short duit belanja kita..dulu, berguling2 kita berontak nak juga sesuatu tu..

= Nak keluar makan takut nak pelawa mak ayah sekali sebab nanti kena bayar lebih..padahal dulu kita menangis2 nak kfc mak ayah terpaksa ikat perut waktu kerja sebab terguna duit belanja...

= Nak balik kampung melawat mak ayah pun tak mampu sebab kos minyak, tol dan belanja di kampung..padahal dulu nak ke mana pun mak ayah sanggup pinjam kereta, sanggup naik turun bas bawa kita berjalan..

= Waktu balik kampung tak hulur wang belanja padahal dari sekolah mak ayah la yang bagi duit blanja..

Tak payah cakap bab memberi..sampai dah kahwin dah ada anak pun masih meminta pada mak ayah...itu saya dulu..waktu seronok, waktu senang..insan pertama yang kita cari ialah pasangan kita..rai kan bersama...tapi waktu susah, waktu musibah insan pertama yang kita cari ialah mak ayah...

Mak ayah kita tak pernah berfikir 2kali untuk beli atau berbuat sesuatu untuk kita walaupun dia pun takda waktu tu...tak pernah sebut dan bagi alasan ..semuanya ditelan..kalau cakap takut kita rasa serba salah nak minta tolong...sedangkan kita sekarang mak ayah minta sikit..panjang berjela pnerangan kita..untuk itu ini...


Persoalannya BILA???? 


Kita nak mampu beri balik..bukan soal wang..sikit atau banyak sebab mereka bukan mengharapkan kemewahan tapi pemberian dari insan bergelar anak walaupun sikit...ingat, setiap kali alasan yang kita beri..umur mak ayah kita makin meningkat dan mereka takda masa yang banyak untuk tunggu kita "mampu"...dan bagi mereka yang sudah tiada mak ayah..ia bukan alasan untuk kita berenti memberi pada mereka..

»renungan dan ingatan untuk terus kuat buat diri "sendiri" dan mereka yang saya sayang..

(masih banyak yang harus diperbetulkan..janji untuk jadi yang terbaik dan beri yang terbaik buat mereka)


Sharekan pade umat manusia lain jika bermanfaat.

Tuesday 7 August 2018

WAKTU FISIOLOGI TUBUH BERFUNGSI

🕔5 - 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk *buang air besar* dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.

🕖7 - 9 pagi
Wajibkan diri utk *bersarapan* . Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang2 orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!

🕘9 - 11 pagi
Organ limpa bekerja.
*Elakkan makan* dalam waktu ini.

🕚11 - 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. *Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika* . Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.

🕐1 - 3 petang
Usus kecil bekerja. *Sebaiknya buang air besar kali kedua* dalam waktu ini.

🕒3 - 5 petang
Pundi kencing bekerja. *Sebaiknya buang air kecil* dalam waktu ini.

🕔5 - 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. *Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air* dalam waktu ini.

🕖7 - 9 malam
Perikardium bekerja. *Elakkan makan makanan yang berat* pada waktu ini.

🕘9 - 11 malam
*Waktu terbaik utk berehat dan tidur* .

🕚11 - 1 pagi
Hempedu bekerja. *Elakkan makan* , berat badan akan naik mendadak.

🕐1 - 3 pagi
Hati bekerja utk singkirkan toksik. *Elakkan berjaga* . Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.

🕒3 - 5 pagi
Peparu bekerja.
Bagi pesakit asma, *elok amalkan bangun* pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan

❤💚❤

3 WAKTU TIDAK DIGALAKKAN MANDI

1. 30 minit selepas solat Asar.

2. Selepas Maghrib.

3. Selepas Isyak sehingga 12 malam.

Penjelasan :

*1. 30 minit selepas solat asar.*

Adalah waktu dimana darah dalam badan panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi letih dan penat untuk bekerja.

*2. Lepas Maghrib*

Jantung kita sudah mulai lemah untuk bekerja.
Kajian menunjukkan bahawa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan penyakit paru-paru berair.

*3. Selepas solat Isyak*

Ini masanya jantung berehat, jika mandi ketika ini akan mengakibatkan lemah jantung.
Sebaiknya mandi selepas jam 1 pagi.

Antara pukul 2~3 pagi, itu akan lebih memberikan tenaga kepada badan seperti bateri yang telah lemah dicas semula.

*Kata Alim Ulamak :-*

۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah swt.

۞ Surah Yasin dapat menghilangkan dahaga dan haus di Padang Masyar.

۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah swt pada hari kiamat.

۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau kemiskinan semasa hidup di dunia.

۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab kubur.

۞ Surah Al-Kautsar dapat mendamaikan segala perbalahan dan merapatkan silaturahim.

۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. (Husnul Khatimah)

۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada jadi golongan munafik.

۞ Surah Al-Falak dapat menghapuskan perasaan hasad dengki dan irihati.

۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit nyanyok dan was-was.

Seterusnya, bagi melawan syaitan durjana.

*Dikatakan juga:-*

۞ Ketika anda membawa Al-Qur'an, syaitan hanya tengok saja.

۞ Ketika anda duduk dan membukanya, syaitan mula curiga.

۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.

۞ Ketika anda mengalun ayat2 suci dgn merdu, betul tajwid, menghayati dan memahaminya, iblis & syaitan mula kejang.

۞ Bila kita mengamalkan Al-Qur'an dalam kehidupan seharian, dia kena stroke.

Teruskan membaca Al-Qur'an dan mengamalkannya agar iblis, syaitan dan anak beranak suku sakatnya terus stroke.

Tahukah anda, dimanakah hospital yg menyembuhkan anak beranak suku sakat kaum iblis syaitan yg kena stroke dan luka2 terkena kerikil panas semasa azan.

Jawapannya ialah di dalam *jamban & tandas* menunggu & menanti orang Islam yg kencing berdiri. Bila mereka melihat org Islam kencing berdiri, tambah pula tidak baca doa masuk tandas, maka mereka berebut-rebut, tolak menolak, tendang menendang untuk kena air kencing. Jadi, jika anda kencing berdiri, anda menjadi doktor yg menyembuh dan memelihara syaitan.

۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.

۞ Syaitan kata;
_"Jangan sebar kerana ianya tiada kepentingan langsung."_

Pilihan dihujung jari anda, samada hendak disebarkan atau hanya alongside dalam gadget anda, kemudian delete, terpulanglah.

KHATAM AL QURAN

Bismillah...

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran ker ana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

NABI MUSA AS : rezeki

Pada satu masa dulu ada sorang lelaki tua di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala tetapi macam terganggu sedikit sebab setiap hari dia asyik fikir dan risau pasal rezeki dia, hari-hari memang rezeki dia ada sebuku roti sahaja.

Satu hari, Nabi Musa AS lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir inilah peluang yang terbaik untuk dia tanya Nabi Musa AS untuk tanya ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala tentang rezeki dia.

Dia pun tegur dan beri salam kepada Sayyidina Musa AS dan dengan teragak-agak dia tanya.

"Wahai Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada ALLAH, bolehkah tuan memohon ALLAH meningkatkan rezeki saya (rezeki). Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti ALLAH akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih."

Nabi Musa AS pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa AS mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada orang tua itu memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia.

Nabi Musa AS pun sampaikan kepada orang tua tu apa yang dia diberitahu.

Orang tua itu berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan dengan gembira. Terkejut dengan tindak balas ini Sayyidina Musa AS bertanya kepadanya sebab kegembiraannya.

Lelaki itu menjawab,

"Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!".

Dan dengan itu dia kembali untuk solat dan ibadat dia.

Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya. Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat dia terhadap ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan.

Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti.

Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar.


Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa-apa makanan.

Orang tua itu berkata kepadanya,

"Apa kata kalau kamu bawak roti-roti yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!".

Penggembala tu pun lakukan seperti apa yang dicadangkan orang tua tu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis.

Untuk tanda berterima kasih kepada orang tua tu, pengembala tu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan dia.

Masa berlalu setelah berbulan-bulan dan bertahun-tahun dan Sayyidina Musa AS melalui lagi kawasan orang tua tu. Dengan kagum baginda AS mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman.

Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran dan haiwan-haiwan ternakan meragut tidak jauh dari situ. Terdapat sebuah ladang gandum dan suasana kesejahteraan.

Sayyidina Musa AS mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.

Nabi Musa AS pun menjadi hairan kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu - sebuku roti sehari - Sayyidina Musa AS pergi untuk mengetahui apa yang terjadi.


"Bagaimana ini boleh berlaku?

Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis, namun dia memiliki begitu banyak lagi."

Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar:

Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu.

Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia.


Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.


Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki.

Keperluannya telah menjadi sangat kecil.

Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.

Jadi Rezeki memang ditakdirkan.

Tetapi...


BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir ALLAH Subhanahu Wa ta'ala di atas segala-galanya.

Semoga ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala menjadikan kita dalam kalangan hambaNya yang bersyukur, taat dan murah & besar hati.

Aamiiinnn.

Sila kongsi kisah ini untuk manfaat bersama.


Moral dari kisah ini.

- Janganlah kita risau dengan rezeki kita dapat sekarang.
- Bersyukur walaupun sedikit.
- Walaupun sedikit murahkan hati berkongsi dengan orang yang benar-benar memerlukan.
- Jangan mudah mengeluh bila kita dtimpa kesusahan.
- Jangan mudah rasa tidak puas hati dengan apa yang kita dapat sekarang.
- Jangan riak atau menunjuk dengan apa yang kita 'hulur' kan semata-mata untuk diketahui umum.
- Duit jangan dikejar, kelak kita jadi hamba duit.

Wallahu A'lam.

TERSENTUH HATI KISAH INI

DARI KISAH BENAR


Sesudah selesai solat jumaat.. aku masih duduk di teras mesjid di salah satu kompleks sekolah. Jamaah masjid sudah sepi, para jemaah keluar meneruskan urusan masing2..

Kelihatan seorang  nenek tua menawarkan dagangannya, kueh traditional. Satu plastik harganya lima puluh sen.. Aku sebenarnya tidak berminat, tetapi kerana kasihan aku beli satu plastik.

Si nenek penjual kueh terlihat letih dan duduk di teras masjid tak jauh dariku. Kelihatan masih banyak dagangannya. Tak lama kemudian ku lihat seorang anak lelaki dari kompleks sekolah itu mendatangi si nenek. Dlm pengamatan ku.. anak kecil itu baru murid tahun satu atau dua.

Dialognya dengan si nenek jelas terdengar dari tempat aku duduk.

“Berapa harganya Nek?”
“Satu plastik kueh lima puluh sen nak”, jawab si nenek.

Anak kecil itu mengeluarkan wang lima ringgit  dari kocek seluar nya dan berkata :

“Saya beli 10 plastik, ini wang nya., tapi saya kembalikan saja kpd nenek kuehnya kan boleh dijual lagi.”

Si nenek jelas sekali terlihat berair2 matanya :

“Ya Allah terima ksh bnyk Nak. Alhamdulillah ya Allah kabulkan doa saya utk beli ubat cucu yg sedang sakit.” Si nenek terus berlalu

Sepontan aku panggil anak lelaki itu.

“Siapa namamu ? Kelas berapa?”
“Nama saya Rashid, tahun 2 pak cik jawabnya sopan.
“wang belanja kamu sehari rm 5?.

” Oh .. tidak pak cik.. saya di beri wang belanja sekolah oleh ayah 50 sen sehari. Tapi saya tidak pernah membelanjakan nya karena saya juga bawa bekal makanan dari rumah.”
“Jadi wang yg kamu berikan kpd nenek tadi ada lah hasil dari tabungan wang perbelanjaan sekolah kamu sejak hari isnin?”, tanyaku semakin tertarik.

“Betul Pak cik..jadi setiap jumat saya boleh sedekah rm5. Dan sesudah itu saya selalu berdoa agar Allah berikan pahalanya untuk ibu saya yang sudah meninggal. Saya pernah mendengar ceramah ada seorang ibu yang Allah ampuni dan selamatkan dari api neraka kerana anaknya bersedekah sepotong roti, pak cik", anak kecil itu berbicara dengan fasihnya.


Aku pegang bahu anak itu :

” Sejak bila ibumu meninggal, Rashid?”
“Ketika saya masih di tadika pak cik”

Tak terasa air mataku menitis di pipi ku:

“Hatimu jauh lebih mulia dari aku Rashid, ini aku ganti wang kamu yg rm5 tadi ya…”, kataku sambil menyerahkan sekeping wang rm5 ke tangannya.

Tapi dengan sopan Rashid menolaknya dan berkata :

“Terima kasih banyak, Pak cik… Tapi untuk keperluan pak cik saja, saya masih anak kecil tiada tanggungan… Tapi pakcik ada keluarga…. Saya minta diri balik ke kelas pakcik”.

Rashid bersalaman tanganku dan menciumnya.

“Allah menjagamu, nak ..”, jawabku perlahan..

Aku pun bergerak pergi, tidak jauh dari situ kulihat si nenek penjual kueh ada di sebuah kedai farmasi.. Bergegas aku kesana, kulihat si nenek akan membayar ubat yang dibelinya.

Aku bertanya kepada casier.. berapa harga ubatnya. Casier menjawab : ” Empat ringgit..”

Aku serahkan wang yang ditolak anak tadi ke casier : ” Ini saya yang bayar… Selebih nya berikan kepada si nenek ini..”

Belum sempat si nenek berterima kasih, aku sudah bergegas meninggalkan kedai farmasi tersebut… Aku bergegas pergi untuk meneruskan perjalananku.


Dalam hati aku berdoa semoga Allah terima sedekahku dan ampuni kedua ibubapaku yg sudah meninggal serta anak2ku yg sedang berjuang menuntut ilmu.

Sahabatku ada kalanya seorang anak lebih jujur drpd orang dewasa, ajarkan lah anak2 kita dri kecil lagi... tindakan nyata yg bukan teori semata.

Boleh di share biar lebih bermanfaat utk orang ramai.
Rasulullah S.A.W bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)


Ya ALLAH...


▶ Muliakanlah orang yang membaca dan berkongsi status ini
▶ Permudahkan lah kakinya untuk melangkah ke masjid & majlis ilmu
▶ Lapangkanlah hatinya
▶ Bahagiakanlah keluarganya
▶ Luaskan rezekinya
▶ Mudahkan segala urusannya
▶ Kabulkan cita-citanya
▶ Jauhkan dari segala Musibah
▶ Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar dan Mungkar.
▶ Dan dekatkanlah jodohnya untuk yg blm punya jodoh & orang yang membaca serta berkongsi status ini.


Aamiin yaa Rabbal'alamin

SEMOGA KITA SAMA SAMA MENDAPAT PERLINDUNGAN SERTA KERAHMATAN DARI ALLAH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...