Friday 25 April 2014

Senarai Smartphone Terbaru 2014

Ramai orang semestinya tertunggu-tunggu akan telefon pintar generasi baru bagi tahun 2014. Sedia kita maklum pelbagai jenis telefon pintar dikeluarkan pada tahun lepas (2013). Fungsi, spesifikasi dan design merupakan perkara utama yang diperhatikan oleh pengguna sebelum membelinya. Pembangun sudah semestinya telah merancang sesuatu yang baru pada telefon pintar yang akan dikeluarkan. Antara jangkaan telefon pintar pada tahun ini ialah penggunaan processor 64-bit, RAM setinggi 4GB, skrin lebar beresolusi tinggi, keupayaan rakam video 4K, dan pengimbas cap jari. Disini admin senarainya beberapa telefon pintar (smartphone) yang diperkenalkan pada tahun 2014. 



HTC ONE (M8)

CIRI-CIRI & FUNGSI :
1. Duo kamera bersertakan sensor UltraPixel
2. Antaramuka terbaru HTC Sense 6.0
3. Fungsi terbaru Motion Launch dan BlinkFeed
4. Slot tambahan kad MikroSD

SPESIFIKASI :
OS : Android 4.4.2 (KitKat)
Processor : 2.5 GHz Quad Core Snapdragon 801
RAM : 2GB RAM
Storan : 16/32 GB + slot MicroSD
Bateri : 2600 mAh
Kamera Utama : 4 MP Ultrapixel
Kamera Hadapan : 5 MP
Skrin : 5.0 inci LCD 3 1080P
Resolusi : 1080 x 1920 pixels (441 ppi)

Keluaran : Mei 2014
Harga : RM2300 - RM2500

SONY XPERIA Z2


CIRI-CIRI & FUNGSI :
1. Pengesahan IP58  - kalis air dan tahan debu
2. Rakaman video 4K
3. Teknologi skrin BRAVIA dan fungsi kamera Exmor RS
4. Alat pendengar suara yang membatalkan 98% bunyi latar belakang.

SPESIFIKASI :
OS : Android 4.4
Processor : 2.3GHz Quad-core - Qualcomm Snapdragon 801
RAM : 3GB
Storan : 16GB
Bateri : 3,200mAh
Kamera belakang : 20.7MP, LED flash, OIS
Kamera depan : 2.2MP
Skrin : 5.2 inci
Resolusi : 1,920 x 1,080 pixels (424ppi)

Keluaran : Mac 2014
Harga : RM 2300 - 2500


SAMSUNG GALAXY S5


CIRI-CIRI & FUNGSI :
1. Pengimbas cap jari
2. Rakaman video 4K
3. Ultra Power Saving Mode - mampu menjimatkan bateri sehingga 24 jam dalam mod standby
4. Pengesahan IP67 - kalis air dan tahan habuk
5. Sensor kadar jantung, kelembapan, dan suhu

SPESIFIKASI :
OS : Android 4.4
Processor : 2.5GHz Quad-core - Qualcomm Snapdragon 801
RAM : 2GB
Storan : 16 / 32GB
Bateri : 2,800mAh
Kamera belakang :  16MP, LED flash, OIS
Kamera depan : 2.0 MP
Skrin :  5.1 inci
Resolusi : 1,920 x 1,080 (432ppi)

Keluaran : April 2014
Harga : RM 2300 -RM 2500

BLACKBERRY Z3



SPESIFIKASI :

OS : BlackBerry OS 10.2.1
Processor : 1.2GHz Dual-Core Snapdragon 400
RAM : 1.5GB
Storan : 8GB
Bateri : -
Kamera belakang : 5MP
Kamera depan : 1.1MP
Skrin : 5 inci
Resolusi : 540 x 960 (220 ppi)

Keluaran : April 2014
Harga : RM $200


Nokia Lumia 930



CIRI-CIRI & FUNGSI :
1. Kamera 20MP PureView bersertakan perisian kamera seperti Nokia Camera, Creative Studio, dan Cinemagraph
2. Teknologi ‘Qi Wireless’ cas tanpa wayar.

SPESIFIKASI :
OS : Microsoft Windows Phone 8.1
Processor : Quad-core 2.2 GHz Qualcomm Snapdragon 800
RAM : 2 GB RAM
Storan : 32 GB
Bateri : 2420 mAh
Kamera Utama  : 20 MP PureView
Kamera Hadapan : 1.2 MP
Skrin : 5.0 inci
Resolusi : 1080 x 1920 pixels (441 ppi)

Keluaran : Jun 2014
Harga : RM 2100-2300

LG G PRO 2


CIRI-CIRI & FUNGSI :

1. Rakaman video 4K UHD
2. Penambahbaikan penstabilan optik imej (OIS) - mampu mengubahsuai fokus gambar selepas ditangkap

SPESIFIKASI :
OS : Android 4.4.2 (KitKat)
Processor : Quad-core 2.26 GHz - Qualcomm Snapdragon 800
RAM :  3GB
Storan : 16/32GB
Bateri : 3200 mAh
Kamera belakang : 13 MP
Kamera depan : 2.1 MP
Skrin : 5.9 inci (Full HD IPS)
Resolusi : 1080 x 1920 (373 ppi)

Keluaran : April 2014
Harga : RM 2600 - 2800






Sumber >> Senarai Smartphone Terbaru 2014 | SANoktah
via sanoktah.blogspot.com 

Tuesday 15 April 2014

CNN: Telefon Fariq buat sambungan ke menara


Satu laporan rangkaian CNN melaporkan, telefon bimbit milik pembantu juruterbang penerbangan MH370 membuat sambungan dengan menara telekomunikasi di Pulau Pinang, tetapi tiada tanda menunjukkan panggilan dibuat.


Satu sumber rasmi Amerika Syarikat yang tidak dinamakan dalam laporan itu memetik maklumat didakwa dikongsi oleh penyiasat Malaysia.

Sumber itu mendedahkan, menara komunikasi itu mengesan telefon bimbit Fariq Ab Hamid membuat carian perkhidmatan selama 30 minit selepas pesawat tersebut dilencongkan dari haluan asalnya pada 8 Mac.

"Jarang sekali, pada fikiran saya bagi seseorang dengan telefon bimbit berada dalam kokpit... Ia tidak sepatutnya berlaku langsung.

“Ia sebahagian dari senarai semak setiap syarikat penerbangan yang saya tahu,” kata David Soucie, seorang penganalisis keselaman yang dipetik dalam laporan tersebut.

Akhbar New Straits Times pada hari Sabtu lalu melaporkan mengenai sambungan telefon bimbit Fariq ke menara komunikasi yang disifatkan sebagai “panggilan terdesak untuk meminta bantuan”.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menafikan bahawa Fariq membuat apa-apa penggilan dalam penerbangan MH370.



sumber : malaysiakini

Saturday 12 April 2014

GST Dapat Kurangkan Pergantungan Hasil Minyak



Kerajaan sedang mengkaji untuk mengurangkan pergantungan kepada hasil minyak ke paras kurang daripada 30 peratus dengan melebarkan asas cukai, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Beliau berkata mengurangkan pergantungan kepada hasil minyak boleh dicapai dengan menambah baik kutipan bentuk hasil cukai yang lain dan dengan melebarkan asas cukai melalui cukai barang dan perkhidmatan (GST).


Bagaimanapun, Abdul Wahid enggan menyatakan jangka waktu untuk mencapai sasaran itu. "Kita telah mula mempelbagaikan sumber hasil dan mengukuhkan kutipan hasil. Pendapatan kerajaan meningkat 12.1 peratus kepada RM207.9 bilion pada 2012 daripada RM185.4 bilion pada 2011.

"Pada 2013, hasil meningkat selanjutnya kepada RM220.4 bilion, sedangkan sumbangan daripada hasil minyak berkurangan kepada 31.2 peratus berbanding dengan 33.7 peratus pada 2012 dan 35.8 peratus pada 2011," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Keusahawanan Cekal 2014 di Kuala Lumpur hari ini.

Mengenai sumber minyak dan gas, Abdul Wahid berkata kerajaan telah menguruskannya dengan cara yang bertanggungjawab dan mampan untuk memastikan nisbah penggantian sumber (ORR) keseluruhan dikekalkan pada kadar lebih daripada satu. Kadar semasa Malaysia ialah 1.94 kali pada Januari 2014.

Beliau berkata nisbah semasa ini memastikan rizab sumber Malaysia akan mencukupi bagi tempoh yang panjang pada masa akan datang.

Berdasarkan tahap pengeluaran harian sebanyak 576,000 tong minyak dan kondensat, rizab minyak kita sebanyak 5.79 bilion tong bersamaan minyak (BBOE) mencukupi bagi 28 tahun akan datang manakala rizab gas semasa sebanyak 16.8 BBOE mencukupi bagi 42 tahun akan datang," katanya.

Sementara itu, Abdul Wahid berkata kerajaan juga berusaha untuk meningkatkan agihan keluaran dalam negara kasar pekerja kepada 40 peratus, dengan didorong oleh Program Transformasi Ekonomi dan agar setanding dengan ekonomi maju, daripada 32.9 peratus sekarang, yang ketara lebih tinggi berbanding 29 peratus pada 2008.

- Bernama



sumber : Malaysiakini


maklumat tambahan :

Ilustrasi 1: GST atas nilai tambah



Ilustrasi 2: Bagaimana GST dilaksanakan pada kadar 4%



sumber maklumat  lanjut : http://gst-m.blogspot.com/2013/07/pemahaman-mengenai-cukai-asas-kepada.html




















Tuesday 8 April 2014

Selangor lulus 47 projek pembinaan Rumah Selangorku

SHAH ALAM 8 APRIL : Kerajaan Selangor meluluskan 47 projek pembinaan Rumah Selangorku untuk dibangunkan bagi memenuhi permintaan penduduk negeri ini.
Exco Perumahan Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 18,732 unit rumah akan dibina daripada 44 projek berkenaan selepas rundingan penetapan jumlah unit rumah berjaya dimuktamadkan.
Katanya, terdapat perbezaan antara pembinaan Rumah Selangorku dengan Rumah PR1MA yang dibina Kerajaan Persekutuan dari segi harga dan keluasan.
Harga Rumah Selangorku antara RM42,000 hingga RM250,000 sementara Rumah PR1MA diantara RM100,000 hingga RM400,000.
Dari segi keluasan pula rumah yang dibina Kerajaan Selangor dari 700 hingga 1,000 kaki persegi sementara PR1MA dari 670 hingga 1,300 kaki persegi.
“Kita tidak membuat rumah melebihi 1,000 kaki persegi kerana kita mahu menumpukan kepada golongan pertengahan yang sudah cukup memadai dengan 1,000 kaki persegi,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS).
Sehingga kini, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah menerima 7,335 permohonan untuk Rumah Selangorku.
Secara keseluruhan Kerajaan Selangor mensasarkan pembinaan rumah mampu milik berjumlah 35,000 termasuk kerjasama dengan pemaju swasta seperti Sime Darby menjelang tahun 2017.
Jelas Adun Cempaka, Kerajaan Negeri memberikan insentif pengurangan caj pembangunan kepada pemaju swasta yang terlibat dengan projek perumahan yang dibuat bersama Kerajaan Negeri.
Selain itu, satu Jawatankuasa Khas untuk memantau penyiapan projek perumahan telah ditubuhkan bagi memastikan projek pembinaan 18,732 unit rumah ini siap secepat mungkin.
Kata beliau lagi, kuota 30 peratus pembelian untuk golongan Bumiputera masih dikekalkan.
Manakala pemberian insentif pototongan harga sebanyak tujuh peratus kepada pembeli telah dimansuhkan oleh kerana harga jualan rumah yang ditawarkan Kerajaan Negeri lebih rendah dan telah diberikan subsidi daripada harga pembinaan.

SUMBER : selangorkini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...