Thursday 29 October 2020

TEST KEWARASAN OTAK



1. Jawab dengan spontan (MESTI CEPAT),
tak boleh fikir lama-lama
2. Baca satu demi satu, JANGAN SKIP!
3. Fokus

Permainan fokus warna:

1. kertas A4 warnanya apa?
2. awan warnanya apa?
3. tisu warnanya apa?
4. lembu minum apa?

Yang menjawab susu, fokus anda terganggu.
Sebab lembu minum air.

1. rambut anda warna apa?
2. bulu mata warnanya apa?
3. jalan tar warnanya apa?
4. kelawar tidur waktu bila?

Yang menjawab malam, maknanya fikiran anda
tergganggu. Sebab kelawar tidur di siang hari.

1. Cendol warnanya apa?
2. daun kelapa warnanya apa?
3. warna umum rumput?
4. zirafah makan apa?

Yang jawab rumput, maknanya emosi anda sedang bercelaru. Zirafah kan makan daun.


Haaa..!! Kalau banyak jawapan anda yang salah, anda dalam keadaan stress. 

Pergilah bercuti 🙆

DOA MOHON KEAMPUNAN DAN KESELAMATAN DUNIA DAN AKHIRAT



Daripada Ibn Umar RA berkata: Nabi SAW tidak pernah meninggalkan doa-doa ini pada waktu petang dan pagi: 

“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) pada agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah! Tutupilah aibku dan berilah ketenteraman di dalam hatiku. Ya Allah! Jagalah aku dari depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku, serta aku memohon perlindungan dengan keagungan-Mu agar tidak disambar (dalam keadaan tidak sedar) dari bawahku.”
(HR Abu Daud No: 5074) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:

1.  Setiap Muslim dituntut sentiasa berdoa memohon kepada Allah kerana ia adalah sebahagian daripada ibadah.

2.  Antara doa seorang Muslim adalah memohon keampunan iaitu  pelepasan daripada melakukan dosa dan memohon afiyah iaitu keselamatan.. 

3.  Syarah Sunan Ibn Majah: memohon ‘afiyah adalah memohon  keselamatan daripada sebarang kerosakan dan juga kesusahan. Menutup aib bermaksud menutup apa-apa yang memalukannya dan tidak disukai apabila ia dilihat oleh orang lain. Adapun, berilah ketenteraman di dalam hatiku bermaksud ketenangan hati daripada perasan takut, berbangga dan sebagainya. [Lihat: Syarah Sunan Ibn Majah, 1/276]

4.  Menurut Imam al-Nawawi: makna ‘afiyah di dalam doa di atas, adalah satu lafaz umum yang mana terkandung di dalamnya menolak segala perkara yang tidak baik pada badan dan batin serta agama sama ada di dunia dan juga di akhirat. [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 46/12]

5.  Syeikh al-Munawi: ‘afiyah bermaksud keselamatan (kesejahteraan) daripada penyakit-penyakit dan bala. Ia juga menghimpunkan di antara dua kesejahteraan iaitu di dunia dan agama. Selain itu, ‘afiyah akan menolak penyakit-penyakit dunia yang ada di hati dan juga yang berada di badan. [Lihat: Faidh al-Qadir, 107/4]

6.  Doa ini memohon keselamatan dan kesejahteraan pada agama daripada segala bentuk fitnah, pada tubuh badan daripada segala penyakit sama ada penyakit hati atau penyakit fizikal dan sebagainya  kepada kita, ahli keluarga dan harta. Hal ini termasuklah memohon perlindungan daripada wabak virus Covid 19 yang sedang melanda Negara kita.

 اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي وَمِنْ فَوْقِي وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي


Marilah kita amalkan doa ini. Semoga Allah SWT mengurniakan kita semua kesejahteraan yang berpanjangan serta menjauhkan kita daripada segala perkara yang tidak baik sama ada di dunia mahupun di akhirat termasuk jangkitan virus Covid 19.

Wednesday 28 October 2020

MAULIDUR RASUL ; RINDUNYA NABI KEPADA UMATNYA


Bayangkan, Rasulullah ﷺ sangat merindui umatnya walaupun Baginda tidak pernah melihat kita.

Kita bukan sahaja pernah dirindui oleh baginda ﷺ bahkan dicemburui oleh para sahabat juga.

Pernah disebutkan di dalam sebuah Hadis. 


Rasulullah ﷺ bersabda, "Ingin sekali di hatiku seandainya dapat aku bertemu dengan saudara-saudaraku.”

Sahabat Baginda lalu bertanya: “Apakah kami ini bukan termasuk saudara-saudaramu ya Rasulullah?” 

Baginda ﷺ menjawab: “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku. Sedangkan saudara-saudara ku adalah (orang-orang beriman) yang belum pernah melihat aku.”

(Hadis Riwayat Muslim, Ibn Majah, an-Nasa’ie dan Imam Malik)


Tidakkah kita rasa bahagia kerana beruntung menjadi umat Baginda ﷺ yang mulia?

طُوبَى لِمَن آمَنَ بِي وَرَآنِي مَرَّةً ، وُطُوبَى لِمَن آمَنَ بِي وَلَم يَرَنِي سَبعَ مِرَارٍ (رواه أحمد في المسند)

“Beruntunglah orang beriman kepadaku dan bertemu denganku sekali. Dan beruntunglah orang yang beriman kepadaku dan belum pernah bertemu dengaku tujuh kali.” (HR. Ahmad)


Ya Allah, limpahkan shalawat pada Nabi kami Muhammad ﷺ, sampaikan salam kami padanya. Pula ridhaMu atas semua sahabat; jadikan kami bersama mereka. 

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ

Selamat menyambut Maulidur Rasul ❤️

KEUTAMAAN BERSELAWAT DALAM SUATU MAJLIS


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Keutamaan Berselawat Dalam Suatu Majlis

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّى الرَّجُلُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّةً فِي الْمَجْلِسِ أَجْزَأَ عَنْهُ مَا كَانَ فِي ذَلِكَ الْمَجْلِسِ

Daripada Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang berselawat kepada Nabi SAW sebanyak sekali di dalam sesebuah majlis, maka ianya telah mencukupi sepanjang ia berada di majlis tersebut. (Sunan at-Tirmidzi No: 3468) Status: Hassan Sahih

Pengajaran:

1.  Majlis yang diberkati, di dalamnya disertakan dengan kalimah Allah dan selawat ke atas Nabi SAW

2.  Berselawat sekali apabila berada dalam satu majlis atau program mencukupi bermaksud sangat mudah untuk dilakukan tetapi memiliki pahala yang sangat besar termasuk keampunan.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dari Abdullah bin ‘Amr RA, ia berkata:

مَنْ صَلَّى عَلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلاَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَمَلاَئِكَتُهُ سَبْعِيْنَ صَلاَةً, فَلْيُقِلَّ عَبْدٌ مِنْ ذَلِكَ أَوْ لِيُكْثِرْ.

“Barangsiapa yang berselawat kepada Rasulullah SAW sekali sahaja, maka Allah dan para Malaikatnya akan berselawat kepadanya sebanyak tujuh puluh selawat, maka perbanyaklah seorang hamba dalam membacanya.” (Al-Musnad Imam Ahmad X/106-107 No. 6605) Status: Hadis Hasan 

3.  Sufyan As-Sauri mengatakan bahawa selawat dari para malaikat adalah permohonan ampun baginya.

4.  Memperbanyak selawat pada bila-bila masa amat digalakkan

29hb Okt 2020
12hb Rabiul Awal 1442H

SALAM MAULIDUR RASUL : JOM SELAWAT



SELAWAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL SAW

‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
Selawat Allah ke atas Muhammad 
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
Selawat salam dipohon lagi
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
Selawat salam dipohon lagi

‎يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
Wahai Nabi salam atasmu
‎يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
Wahai Rasul, salam atasmu
‎يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
Wahai kekasih, salam atasmu
‎صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ 
Selawat Allah ke atasmu

‎أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا 
Bulan purnama menyinari kita
‎فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ 
Hilang segala cahaya
‎مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا 
Indah menawan tak pernah dilihat
‎قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ 
Wajah gembira sepanjang hayat

‎أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ 
Kaulah matahari, kaulah bulan
‎أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ 
Kaulah cahaya mengatasi cahaya
‎أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي 
Kaulah rahsia hidup mulia
‎أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ 
Kaulah menyuluhi jiwa

‎يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد 
Wahai kekasihku, ya Muhammad
‎يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ 
Wahai pendamping indah sejagat
‎يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ 
Wahai Nabi dijulang dipuja
‎يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ 
Wahai imam 2 kiblat

‎مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد 
Bahagialah orang memandang wajahmu
‎يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ 
Wahai penghulu keturunan mulia
‎حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد 
Kolam airmu sejuk jernih
‎وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ 
Kunjungi kami pada hari akhirat

‎عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى 
Allah mengetahui rahsia sulit
‎مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ 
Dialah menyahut semua seruan
‎رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا 
Wahai Tuhan Rahmatilah kami
‎بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ 
Dengan segala amalan soleh

‎وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد 
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ 
Sebanyak baris kertas ditulis
‎أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد 
Ahmad Muhammad petunjuk jalan
‎صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ 
Empunya wajah berseri menawan

‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
Selawat salam dipohon lagi
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
Selawat salam dipohon lagi

‎اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ 
Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

Friday 23 October 2020

AMALAN PENGUBAT COVID-19


Alhamdulillah

Maulana Hamid di tahan 4 hari ketika positif COVID kemudian discharge dan sihat sepenuhnya . 

Maulana kongsikan amalan beliau selama berada di hospital .

Amalan YM Maulana Che Hamid Chin sewaktu Dalam Wad 4hari:

Selawat 3x
Fatehah 3x
Al Ikhlas 3x
Hasbunallah wanikmal wakil 313x
Selawat 3x 

Minum pada air YG dibaca

Jaga amalan Quran setiap Hari

Zikir 300 pagi petang

Dzikir 300 amalan saya ialah YG diamalkan minima seluruh ahbab Tabligh seluruh dunia:

Sayang Allah SWT: 
Subhanallah walhamdulillah la Ilaha illallah allahuakbar 100x

Sayang Nabi Muhammad Saw:
Selawat 100x

Sayang diri sendiri:
Istighfar 100x

Jadi 300x

Lepas subuh Dan Lepas asar.

Amalkan basic Dzikir ini insha'Allah Ada kekuatan dlm amalan harian lain2.

Lepas Tu boleh tambah lain2 Dzikir dgn Ada ijazat guru.inshaAllah.

Amalan yg dikongsi oleh Maulana Taqi Usmani & beliau pula dpt dpd Maulana Ibrahim.


InshaAllah pakat² amal dn share ye.
Allah pelihara dn bagi sembuh..😍😍

21 PESANAN USTAZ EBIT LIEW



Ustaz Ebit Liew
21 Pesanan Bermakna Dari Beliau



1- “Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia”

2- “Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.”

3- “Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.”

4- “Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.”

5- “Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.”

6- “Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.”

7- “Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.”

8- “Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.”

9- “Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.”

10- “Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.”

11- “Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah,itulah cinta yang sebenar.”

12- “Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang.”

13- “Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.”

14- “Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.”

15- “Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.”

16- “Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.”

17- “Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.”

18- “Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.”

19- “Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.”

20- “Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.”

21- “Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.”



Pesanan Bermakna Dari Ustaz Ebit Liew

TUNTUTAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS



Berselawat Tuntutan Mukmin

عَنْ كَعْبِ بْنِ عُجْرَة قَالَ: لَمَّا نَزَلَتْ: {إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا} . قَالَ: قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ عَلِمْنَا السَّلَامَ فَكَيْفَ الصَّلَاةُ عَلَيْكَ "قُولُوا: اللَّهُمَّ صِلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ. إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ". وَكَانَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي لَيْلَى يَقُولُ: وَعَلَيْنَا مَعَهُمْ.


Daripada Ka'b ibnu Ujrah berkata, bahawa ketika ayat ini diturunkan : Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (Al-Ahzab: 56) 

Lalu kami bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui bagaimana cara mengucapkan salam penghormatan kepadamu. Maka bagaimanakah caranya mengucapkan selawat untukmu?" Rasulullah SAW. menjawab: Ucapkanlah, "Ya Allah, limpahkanlah selawat buat Muhammad dan keluarganya, sebagaimana telah Engkau limpahkan selawat buat Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mahamulia. 

Dan limpahkanlah berkah buat Muhammad dan keluarganya sebagaimana telah Engkau limpahkan berkah buat Ibrahim dan keluarganya. Sesungguh¬nya Engkau Maha Terpuji lagi Mahamulia.” Dan Abdur Rahman ibnu Abu Laila mengatakan, "Dan semoga dilimpahkan pula kepada kami disertakan dengan mereka." (HR Bukhari No: 2497) Status: Hadis Sahih



Pengajaran:

1.  Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW adalah suatu yang dituntut kepada setiap Mukmin. 

2.  Abul Aliyah telah mengatakan bahawa yang dimaksud dengan selawat dari Allah ialah pujian-Nya kepada Nabi SAW. Selawat dari para malaikat ialah doa mereka untuknya.

3.  Sufyan As-Sauri mengatakan bahawa selawat dari Allah adalah rahmat-Nya, dan selawat dari para malaikat adalah permohonan ampun bagi yang bersangkutan.

4.  Rasulullah SAW mengajarkan cara berselawat ke atas baginda. Seafdhal-afdhal selawat adalah selawat yang biasa dibaca semasa tasyahud akhir setiap solat (Mustika Hadis 1/259) atau yang dipanggil selawat Ibrahimi:

اللَّهُمَّ صِلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ. إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

5.  Setiap Mukmin dituntut berselawat setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW. Antaranya dengan lafaz:

–   صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ  
           Atau

–   عَلَيْهِ الصّلاَةُ وَالسَّلاَمُ

Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW. Abi Umamah berkata Rasulullah bersabda:

أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَإِنَّ صَلاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً
 
Banyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku. (Riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 3/249, no. 5791) Status: Hadis Hasan



23hb Okt 2020
06hb Rabiul Awal 1442H

Sunday 4 October 2020

KEJAYAAN DAN KEKAYAAN MENJEMPUT MASUK KE RUMAH



Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.

Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."

"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"

Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :

"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."

Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"

Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.

...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"...


Dicatat oleh IBNU MUSLIM.  
ALLAHUAKBAR / ALLAH MAHA BESAR

Saturday 3 October 2020

KENAPA LALAI?

Dengar kat Radio IKIM Ustaz Pahrol Mat Juoi kupas tentang isu LALAI.


Mula-mula Ustaz kongsi tanda-tanda lalai.  
Antaranya:

1. Kurang membaca Al Quran
2.  Kurang berzikir
3.  Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah; tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat jemaah
4.  Banyak membuang masa; untuk hiburan
5.  Kurang atau malas berdoa.  Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6.  Memanjang sibuk dengan urusan dunia; mudah stress
7.  Cara hidupnya menyerupai musuh Islam
8.  Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah dan haram


Ada juga Ustaz sebut; jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat 'jarak' kita dengan Al Quran.  


Pesannya, beli Al Quran guna duit sendiri.  Pilih ikut citarasa kita.  Cakap dengan Al Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia.  


Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat lalai:

1.  Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca quran
2.  'Bunuh' kebaikan yang kita buat; kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama 
3.  Hilang fokus dalam hidup
4.  Mudah lesu dan buntu,sentiasa rasa esok masih ada.

Sebab-sebab lalai:
1.  Mengulang-ulang dosa kecil sampai jadi kelaziman
2.  Berkawan dengan orang-orang yang lalai
3.  Berada dalam persekitaran 'rosak' (Contoh: pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah
4.  Tidak berzikir
5.  Terjerat dalam perancangan-perancangan licik musuh Islam (Contoh: berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem dan rancangan sukan )


Cara-cara untuk atasi:

1.  Cari sahabat yang baik
2.Hadiri majlis ilmu
3.Bagun mlm dan solat
4. bnykkan zikir
5. rajin baca quran
6.Bersangka baik dgn org lain. 


Share lah jika ia memberi manfaat...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...