Friday 30 April 2021

Puasa, Sedekah dan Qiamullail

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
  
Puasa, Sedekah dan Qiamullail
 
عَنْ مُعَاذٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَأُنَبِّئُكَ بِأَبْوَابٍ مِنْ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَقِيَامُ الْعَبْدِ مِنْ اللَّيْلِ 

Daripada Mu'adz bin Jabal bahawa Nabi SAW bersabda; "Aku akan memberitahu kepadamu pintu-pintu kebaikan iaitu; puasa adalah perisai, sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api, dan seorang hamba bangun di malam hari. (HR Ahmad No: 21116) Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1.  Pelbagai pintu kebaikan dianugerahkan kepada orang mukmin khususnya di bulan Ramadan antaranya ibadat puasa, sedekah dan Qiamullail.

2.  Ibadat puasa adalah pintu kebaikan yang menjadi benteng atau perisai seorang mukmin daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.

3.  Puasa adalah perisai yang akan melindungi dari kehancuran jiwa, kerosakan perjalanan hidup, melindungi diri dari terjerumus ke dalam golongan manusia yang tidak memiliki sifat sabar.

4.  Puasa juga menjadi perisai memberikan keteguhan hati untuk bertakwa kepada Allah. 

5.  Ibadah sedekah pula adalah pintu kebaikan seorang  mukmin yang boleh menjadi penghapus daripada dosa. Hadis Nabi SAW:

اِتَّقُوا النَّارَوَلَوبِشِقِّ تَمْرَةٍ

Hindarilah neraka meskipun dengan sebelah biji korma.  (HR Bukhari  no 5564) Status: Hadis Sahih

6.  Menghidupkan malam (Qiamullail) dengan melakukan solat sunat, tilawah al-Quran, berzikir, memohon ampun dan berdoa merupakan pintu bebaikan seorang Mukmin untuk membina kekuatan rohani. Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

“Tuhan yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia sewaktu masa berbaki sepertiga malam terakhir dan berfirman: Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan baginya. Baransiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikan (apa yang dipinta) kepadanya. Barangsiapa yang meminta pengampunan daripada-Ku, nescaya Aku akan mengampuninya”. (HR Bukhari  No:1145).

Ambillah kesempatan Ramadan ini untuk merebut pintu-pintu kebaikan dengan berpuasa, bersedekah dan qiamullail. Semoga semua ibadah ini menjadi pembina perisai diri, menghapuskan dosa dan menguatkan rohani.

01hb Mei  2021
19hb Ramadan 1442H

Thursday 29 April 2021

Sedekah Tidak Mengurangkan Harta

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sedekah Tidak Mengurangkan Harta

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ

Daripada Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah, melainkan Allah akan mengangkat darjatnya." (HR. Muslim no. 4689) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Sedekah adalah amalan yang dituntut dalam Islam khususnya di bulan Ramadan.

2.  Orang yang bersedekah tidak akan mengurangkan hartanya. Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik malah akan didoakan oleh Malaikat.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَامِن يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ, إِلاَّ مَلَكَانِ يَنزِلاَنِ, فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا: اَللهُمَّ أَعْطِ مُنفِقًا خَلَفًا. وَيَقُولُ الآخَرُ: اللهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا 

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Tidak ada suatu hari pun ketika seorang hamba melewati paginya kecuali akan turun (datang) dua malaikat kepadanya lalu salah satunya berdoa; "Ya Allah berikanlah pengganti bagi siapa yang menafkahkan hartanya", sedangkan yang satunya lagi berdoa; "Ya Allah berikanlah kehancuran (kebinasaan) kepada orang yang menahan hartanya (bakhil) ".(HR Bukhari No: 1351) Status: Hadis Sahih

3.  Orang yang memberi kemaafan kepada orang lain, Allah akan menambah kemuliaannya. 

4.  Orang yang merendahkan diri kerana Allah (rendah hati, tidak sombong), Allah akan mengangkat darjat serta kedudukannya di sisi Allah. 

5.  Perbanyakkanlah sedekah di bulan Ramadan ini, jadikanlah diri kita seorang yang pemaaf dan berusahalah menjadi orang yang sentiasa merendah diri bukan angkuh dan sombong.


30hb April  2021
18hb Ramadan 1442H

Tuesday 27 April 2021

AL QURAN DAN SUNNAH PANDUAN HIDUP

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Al-Quran dan Sunnah Panduan Hidup 

عَنْ مَالِك أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Daripada Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi " (Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW meninggalkan pusaka yang amat berharga untuk diwarisi oleh orang beriman agar sentiasa berada di dalam petunjuk dan hidayah Allah.

2.  Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW merupakan dua pusaka yang wajib di amalkan dan dijadikan panduan dalam kehidupan ini.

3.  Al-Quran adalah kitab hidayah dan panduan untuk kehidupan. Berusahalah mempelajari, membaca, memahami dan melaksanakan tuntutan al-Quran.

4.  Jadikanlah al-Quran sebagai panduan dan rujukan di dalam hidup kita. Semoga al-Quran memandu kita untuk ke syurga. Hadis Nabi SAW:

عن جابر عن النبي صلى الله عليه وسلم قال اَلقُرْءَانُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ وَمَاحِلٌ مُصَدَّقٌ مَن جَعَلَهُ أَمَامَهُ قَادَهُ إِلَى الْجَنَّةِ وَمَن جَعَلَهُ خَلْفَ ظَهْرِهِ سَاقَطَهُ إِلَى النَّارِ

Daripada Jabir RA dari Nabi SAW bersabda: Al-Quran adalah pemberi syafaat (yang mana) syafaatnya akan diterima dan sebagai penghujah (yang mana) hujahnya disokong. Barangsiapa meletakkan al-Quran di hadapannya maka al-Quran akan memandunya ke syurga dan barangsiapa yang meletakkan al-Quran di belakangnya maka al-Quran akan mencampakkannya ke neraka”   (HR Ibn Hibban No: 124) Status: Hadis Sahih

5.  Al-Quran akan menjadi pemberi syafaat kepada mereka yang sentiasa mendampinginya, mempelajari, membaca, menghafal dan menjadikannya panduan.

6.  Sunnah Rasulullah SAW adalah penjelas dan penerang kepada al-Quran. Sunnah adalah jalan, tingkah laku, amalan, pembawaan atau cara hidup Rasulullah SAW sama ada percakapan, perbuatan mahupun perakuan.

7.  Menerusi sunnah, orang beriman dapat memahami aqidah,  ibadah yang diterangkan dalam al-Quran serta dalam bidang-bidang lain yang diperlihatkan oleh Rasulullah seperti muamalah, jinayat, akhlak, pentadbiran dan lain-lain.

Sempena Ramadan bulan al-Quran, marilah kita memastikan al-Quran sentiasa kita baca, fahami dan amalkan. Moga al-Quran menjadi hidayah serta panduan dan sunnah menjadi ikutan kita.

28hb April  2021
16hb Ramadan 1442H

Monday 26 April 2021

Puasa dan Al-Quran Pemberi Syafaat

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa dan Al-Quran Pemberi Syafaat 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ الصِّيَامُ أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ وَيَقُولُ الْقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ قَالَ فَيُشَفَّعَانِ

Daripada Abdullah bin Amru RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa dan al-Quran itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat nanti. Puasa akan berkata : "Wahai Rabb ku, saya telah menahannya daripada makan dan nafsu syahwatnya, kerananya perkenanankan aku untuk memberi syafaat kepada nya (kepada orang yang berpuasa)." Dan al-Quran berkata : "Saya telah melarangnya daripada tidur pada malam hari, kerananya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya." Baginda bersabda : "Maka syafaat keduanya diperkenankan." (Musnad Ahmad No: 6589) Dar Ihya Turath Arab. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Puasa dan al-Quran akan menjadi penolong dan pemberi syafaat kepada pencinta dan pengamalnya pada hari Kiamat.

2.  Orang yang berpuasa semasa di dunia, puasa akan  menolongnya dan memberi syafaat kerana semasa di dunia dahulu, orang yang berpuasa telah menahan diri dari makan dan minum di siang hari serta mengekang nafsunya.

3.  Orang yang menyibukkan diri dengan al-Quran  (membaca hingga terpaksa menyengkang mata di malam hari), al-Quran akan menjadi syafaat serta penolong di hari kiamat.

4.  Di hari kiamat nanti semua manusia akan membawa diri masing-masing kerana tiada siapa lagi pada hari tersebut yang dapat memberikan pertolongan. Namun selain daripada syafaat Nabi SAW ke atas umat baginda, solat, puasa, al-Quran dan amalan-amalan kebaikan lain akan menjadi syafaat yang diterima oleh Allah SWT untuk mereka yang telah menunaikan ibadat tersebut dengan sebaik-baiknya. Alangkah indah dan beruntungnya kehidupan seorang Muslim yang pada waktu siangnya berpuasa dan pada malam harinya membaca al-Quran serta sibuk mendekatkan diri kepada Allah SWT disamping melakukan amalan-amalan ibadah yang lain.

5.  Ambilah kesempatan melaksanakan ibadat puasa dengan iman dan ikhlas serta membaca al-Quran sebanyaknya.
 
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW menyebutkan:

حَدَّثَنِي أَبُو أُمَامَةَ الْبَاهِلِيُّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِقْرَءُوالْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang kepada kamu pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada ahlinya” (HR Muslim No: 1337) Status: Hadis Sahih

6.  Sempena mengingati peristiwa Nuzul al-Quran pada bulan Ramadan, marilah kita berusaha menyemarakkan budaya al-Quran dengan membaca dan berusaha mentadabur, memahami dan mengamalkannya.

7.  Rebut peluang bertadarus al-Quran bersama ahli keluarga atau ahli kariah sepanjang Ramadan ini. Sama-sama dapat menyemak dan memperbetulkan bacaan ahli yang lain.  

Berusahalah menjadikan al-Quran sebagai hidayah dan panduan hidup.

27hb April  2021
15hb Ramadan 1442H

Sunday 25 April 2021

RASULLAH AMAT PEMURAH MELAKUKAN KEBAJIKAN

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Rasulullah SAW Amat Pemurah Melakukan Kebajikan

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُونُ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ إِنَّ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ سَنَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ فَيَعْرِضُ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ

Daripada Ibnu Abbas RA dia berkata; "Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah melakukan pelbagai kebaikan. Kemurahan Baginda SAW akan bertambah menjelangnya bulan Ramadhan. Kerana setiap tahun Jibril selalu menemui baginda tiap-tiap malam, hingga habis bulan Ramadhan. Rasulullah SAW memperdengarkan bacaan Quran kepadanya (dan Jibril menyemak). Apabila Jibril mendatanginya, baginda lebih banyak lagi berbuat kebajikan melebihi angin yang berhembus." (Sahih Muslim No: 2308) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Ramadhan adalah kesempatan yang amat berharga untuk menggandakan amalan kebaikan kerana salah satu hakikat ibadah puasa ialah sifatnya yang peribadi dan merupakan rahsia antara seorang hamba dengan Pencipta-Nya. Segala kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan bukanlah bermakna bahawa seseorang itu hanya perlu menumpukan ibadahnya pada bulan Ramadhan sahaja dengan tidak beramal pada bulan yang lain, tetapi hendaklah dijadikan sebagai satu perangsang dan momentum memulakan satu titik perubahan ke arah yang lebih baik.

2.  Antara amalan kebaikan yang selalu dilakukan oleh Nabi SAW pada bulan Ramadhan adalah bersedekah dan bertadarus al-Qur’an. Setiap Muslim dituntut membaca al-Qur’an pada setiap hari, terutamanya pada bulan Ramadhan yang mulia ini kerana dengan bertadabbur makna dan kandungan al-Qur’an akan meningkatkan keimanan dan kekayaan hati ke arah kebaikan. 

3.  Marilah kita bersama-sama mengisi kedatangan Ramadhan ini dengan penuh keinsafan dan memperbanyakkan bersedekah, membaca, dan mentadabur al-Quran kerana pada bulan ini adalah bulan yang dipenuhi keberkatan serta dihidangkan di dalamnya dengan pelbagai amal ibadah yang pahalanya digandakan.

4.  Konsep "memberi"  (bersedekah)  harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja sepanjang Ramadan bahkan di bulan lain kerana bersedekah memberikan pengaruh yang baik pada peribadi - menghakis sifat kedekut dan mempereratkan ikatan kemesraan anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.

5.  Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk. Harta yang kita infak tetap akan kekal pahalanya, namun harta yang tinggal pada kita belum tentu mendatangkan manfaat dan pahala. 

مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاقٍ

“Apa saja yang ada di sisimu (wahai manusia) akan habis, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal” (QS an-Nahl: 96)

6.  Tadarus al-Quraan juga antara amalan yang digalakkan agar dapat menyemak bacaan yang betul.


26hb April  2021
14hb Ramadan 1442H

Thursday 22 April 2021

Melewatkan Sahur Menyegerakan Berbuka

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Melewatkan Sahur Menyegerakan Berbuka
  
عَنْ أَبِي ذَرٍّ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِبِلَالٍ أَنْتَ يَا بِلَالُ تُؤَذِّنُ إِذَا كَانَ الصُّبْحُ سَاطِعًا فِي السَّمَاءِ فَلَيْسَ ذَلِكَ بِالصُّبْحِ إِنَّمَا الصُّبْحُ هَكَذَا مُعْتَرِضًا ثُمَّ دَعَا بِسَحُورِهِ فَتَسَحَّرَ وَكَانَ يَقُولُ لَا تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا أَخَّرُوا السَّحُورَ وَعَجَّلُوا الْفِطْرَ

Daripada Abu Dzar RA bahawa Nabi SAW bersabda pada Bilal: "Wahai Bilal, kalau subuh telah beranjak ke langit maka itu bukanlah subuh, subuh itu nampak seperti ini, " lalu baginda menyuruh untuk sahur dan baginda pun sahur seraya bersabda: "Umatku akan selalu dalam kebaikan selama mengakhirkan sahur dan mempercepat berbuka." (Musnad Ahmad No: 20996) Dar Ihya Turath Arabi. Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW adalah contoh dalam kita melakukan ibadat termasuk amalan berbuka dan bersahur ketika berpuasa. Ia juga adalah amalan para Nabi.

2.  Antara amalan yang perlu dicontohi ketika berpuasa ialah segera berbuka apabila masuk waktu berbuka.

3.  Melewatkan bersahur juga merupakan amalan Rasulullah SAW dan para sahabat yang kita digalakkan mengikutinya.

4.  Waktu sahur dilewatkan seperti yang diceritakan oleh  Anas bin Malik RA dari Zaid bin Tsabit: 

تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ قُلْتُ كَمْ كَانَ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالسَّحُورِ قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً

"Kami makan sahur bersama Nabi Muhammad SAW lalu kami solat (subuh) berjamaah", Anas berkata kepada Zaid: "berapa jarak waktu antara azan (subuh) dan sahur?" Zaid menjawab: "sekitar bacaan al-Quran 50 ayat" (Sahih Bukhari No: 550) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Berdasarkan hadis ini,  jarak waktu selesai sahur Nabi SAW dengan waktu subuh sangat dekat, hanya sekitar jangkaan waktu bacaan 50 ayat al-Quran yang dibaca dengan kadar sederhana, tidak cepat dan tidak lambat (sekitar 10 hingga 15 minit sebelum subuh) yang juga disebut waktu imsak (atas dasar berhati-hati).

Amr B. Maimun al-Audi menyatakan, “Para sahabat Muhammad SAW adalah orang-orang yang paling bersegera dalam berbuka dan paling terakhir (lewat) dalam bersahur.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 4/199)

Semoga kita dapat mengikuti sunah Nabi SAW dengan bersegera berbuka apabila masuk waktu dan melewatkan sahur.

23hb April  2021
11hb Ramadan 1442H

HANYA DENGAN SATU RASHIA TERHAPUS DOSA-DOSA SILAM

*Hanya Dengan Satu Rahsia terhapusnya Dosa-Dosa Silam* 

Salah satu jalan untuk mengingati Allah SWT ialah dengan berzikir, oleh kerana itulah umat Islam digalakkan memperbanyakkan berzikir kepada Allah SWT jika mahu hampir kepada-Nya. Zikir adalah amalan yang sangat mulia dan sangat dituntut serta disukai oleh Allah SWT dan Rasul-Nya.

 *Zikir Yang Ganjarannya Luar Biasa* 

 ﺟَﺰَﻯ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻨَّﺎ ﺳَﻴِّﺪَﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪًﺍ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻤَﺎ ﻫُﻮَ ﺃَﻫْﻠُﻪُ

 *JazaAllahu anna saiyadana muhammadan sollaAllahu alaihi wassalama ma huwa ahluhu* 

“Semoga Allah memberikan balasan kebaikan kepada pemimpin kita Nabi Muhammad SAW. atas jasa-jasa Baginda kepada kita dengan balasan yang selayaknya Baginda terima.”

Barangsiapa membaca zikir diatas ,*70 Malaikat tulis ganjaran untuknya selama 1000 pagi*. Begitu besar ganjarannya di sisi Allah.

Selain dari zikir, amalan sedekah juga sangat dianjurkan ketika bulan Ramadhan. *Klik link* di bawah bagi bersedekah dalam cara yang sangat mudah dan pantas. 
https://perkimdatukkeramat.com/order/form/85

P/s: 
1. Andai tidak mahu menerima tazkirah ramadhan ini boleh reply *TIDAK*. Saya minta kerjasama anda supaya tidak report akan nombor ini supaya orang lain masih berpeluang untuk mendapat tazkirah Bersama.
2. Jangan lupa save nombor saya *Fara Perkim Datuk Keramat*.

Semoga apa yang disedekahkan memperoleh keberkatan daripada Allah S.W.T.

Wednesday 21 April 2021

SAHUR DENGAN KURMA KERING

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sahur Dengan Kurma Kering

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نِعْمَ سَحُورُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW baginda bersabda: Sebaik-baik (makanan) ketika seseorang mukmin bersahur adalah tamar (kurma kering).” (Sunan Abi Daud No: 2345) Maktabah Asriyyah. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Bersahur adalah sunnah Rasulullah SAW.

2.  Sebaik-baik makanan untuk bersahur adalah kurma kering

3.  Syeikh Abd al-Muhsin al-‘Abbad mensyarahkan hadis ini menyebut: “Pada hadis ini menunjukkan pujian pada sesiapa yang bersahur dengan tamar, kerana pada tamar itu terdapat kekuatan yang tersendiri. Terdapat satu hadis sahih yang menceritakan, "Rumah yang tiada tamar padanya, maka akan lapar penghuninya", kerana tamar merupakan makanan asasi yang utama di sisi mereka. Hal ini menunjukkan bahawa bersahur dengan tamar itu dipuji, kerana perkataan ni'ma (نِعْمَ) ini menunjukkan sighah pujian sebagaimana yang diketahui. (Syarh Sunan Abi Dawud, oleh Syeikh Abd al-Muhsin al-'Abbad, 8/255)

4.  Kurma merupakan makanan paling kaya kandungan gula glukosa sekitar 55% gula dalam kurma berbentuk glukosa, sedangkan 45% lagi membentuk fruktosa.

5.  Glukosa dalam kurma akan cepat berubah menjadi fructosa, kemudian diserap melalui sistem pencernaan untuk menjadi tenaga. Khususnya jaringan yang perlu tinggi energi, seperti: sel-sel otak, sel-sel saraf, sel-sel darah merah dan sel-sel tulang belakang.

6.  Selain glukosa, kurma juga mengandung sejumlah lemak, protein, dan beberapa vitamin seperti vitamin A, B2, B12. Kurma mengandung beberapa mineral, terutama kalsium, sulfat, sodium, fosfor, potassium, magnesium, florin, kuningan, manganese, cobalt, zinc, serta sejumlah selulosa.

At-Thabrani dalam Mu’jam al-Kabir, dari  Uqbah bin Amir RA

أن النبي صلى الله عليه وسلم أخذ حفنة من تمر، فقال: نعم سحورٌ للمسلم

Bahawa Nabi SAW pernah mengambil segenggam kurma, kemudian  bersabda, “Ini sebaik-baik hidangan sahur orang Muslim.” (Mu’jam al-Kabir, 17/282).

Jika kita memiliki korma di waktu sahur, selain mengambil nasi bersama ikan dan sayur, elok juga makan sedikit kurma kering.

22hb April  2021
10hb Ramadan 1442H

Tuesday 20 April 2021

TIDUR ; BAGAIMANA MENCUKUPI MASA TIDUR

TIDUR

Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan dapatannya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3jam, saya cuba...saya tidur sebelum jam 12 dan cuma bangun semula pukul 3pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi.

Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik..menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang.

Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya "tanpa rela" sering tertidur pada pukul 9malam.....seterusnya secara otomatik, sekitar jam 2pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar....lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti2 rutin saya....tanpa mengantuk! Saya pelik!

Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal....saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi.

Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur selama 3jam sahaja. Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 malam hingga 12 malam (tapi kita di zaman skrg ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dàn bangun jam 2pagi...itu dah lebih dari baik).

Berdasarkan sunnah, Rasulullah saw sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat 'Baraka' di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur.

Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur.

Tidur dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi
Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah 'dream sleeping' yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.

Dari dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajr)
Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental.

Tidur pada waktu siang (selepas Fajr)
Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga (3) jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.

Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari
Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu 'serotonin' iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun.
Bagi mereka yang solat Subuh dengan 'Jamat' dan duduk mengingati Allah.
Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.

Pembebasan 'melatonin' oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya.

Jadi, jika seseorang mendapat 'Alzheimer' dan permulaan 'Dementia', bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya.

Copypaste#
kredit : Cypreme-HQ
#motivasiislam#

SAHUR WAKTU MUSTAJAB BERDOA

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sahur Waktu Mustajab Berdoa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

Daripada Abu Hurairah RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Allah Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia pada setiap akhir sepertiga malam lalu berfirman, “Siapa sahaja yang berdoa kepada-Ku, maka Aku tunaikan untuknya. Sesiapa sahaja yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya. Sesiapa sahaja yang memohon ampun kepada-Ku, Aku ampunkannya.” (HR Bukhari No: 1094) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Sepertiga akhir malam adalah waktu istimewa untuk ahli ibadah (sekitar jam 3 pagi hingga sebelum subuh).

2.  Waktu akhir sepertiga malam (waktu sahur) merupakan waktu mustajab doa (doa diperkenan).

3.  Waktu akhir sepertiga malam (waktu sahur) waktu Allah mengampunkan dosa kepada yang memohon keampunan.

وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُون

Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon keampunan”  (QS. Adz Dzariyat: 18) 

4.  Rugilah mereka yang bangun di penghujung malam hanya untuk makan sahur atau ke bilik air semata-mata.

Rebutlah peluang waktu istimewa ini dengan solat sunat seperti tahajud  dan  berdoa serta memohon  keampunan daripada dosa.

Jadikan ibadat Ramadan kali ini menyuburkan amalan kita dan memantapkan keperibadian.

21hb April  2021
09hb Ramadan 1442H

Monday 19 April 2021

SAHUR ITU BARAKAH

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sahur Itu Barakah

 عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ السَّحُورُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ فَلَا تَدَعُوهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ

Daripada Abi Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda: "makan sahur itu barakah, maka janganlah kalian tinggalkan meskipun salah seorang dari kalian hanya minum seteguk air, kerana sesungguhnya Allah 'azza wajalla dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang makan sahur." (HR Ahmad No: 10664) Status: Hadis Hasan 

Pengajaran:

1.  Makan ketika bersahur itu memiliki keberkatan. Antara bentuk barakah dari makan sahur adalah mampu memberikan tenaga, menguatkan semangat, dan meringankan beban bagi mereka yang berpuasa.

2.  Bersahurlah kita  sebagai mengambil barakah atau kebaikan dan kelebihan, walaupun hanya dengan seteguk air. 

3.  Ibn Hajar al-‘Asqalani mensyarahkan hadis ini: "Berkat pada sahur terhasil daripada sudut yang pelbagai, iaitu mengikut sunnah, serta berlawanan dengan ahli kitab, dan ianya menguatkan tenaga untuk melakukan ibadah puasa, serta menambahkan semangat untuk berpuasa, menahan daripada perbuatan yang tidak baik disebabkan oleh lapar, penyebab memberi sedekah kepada yang meminta, dan sebab kepada berzikir dan berdoa, waktu mustajab untuk berdoa, dan waktu niat untuk berpuasa bagi yang lupa berniat sebelum tidur. (Lihat Fath al-Bari, 4/140)

4.  Allah dan para malaikat berselawat ke atas orang yang makan dan minum untuk bersahur. Selawat Allah ke atas orang yang bersahur adalah pujian-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang bersahur, manakala selawat para malaikat ke atas mereka yang bersahur pula merupakan doa pengampunan dari malaikat buat mereka yang bersahur.

5.  Waktu sahur itu sendiri pula termasuk antara waktu mustajab berdoa, waktu terbaik beribadah, dan waktu diampunkan bagi mereka yang memohon keampunan.

6.  Keberkatan bersahur terbahagi kepada dua jenis keberkatan:

a.  Keberkatan Syar'iyyah: iaitu keberkatan dalam mengikut sunnah baginda Rasulullah SAW, mendapat ganjaran dan pahala, penyebab kepada berzikir, berdoa, beristighfar pada waktu sahur yang merupakan waktu mustajab doanya serta beroleh keampunan.

b.  Keberkatan Badaniyah: iaitu keberkatan pada sahur tersebut memberikan bekalan nutrien dan tenaga kepada badan serta menguatkan semangat untuk berpuasa, dan menahan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak baik disebabkan oleh lapar.

20hb April  2021
08hb Ramadan 1442H

Sunday 18 April 2021

BERSAHUR MEMBEZAKAN PUASA MUSLIM

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bersahur Membezakan Puasa Muslim 

عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ

Daripada Amru Ibnu Al-Ash RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:  "Perbezaan antara puasa kita dengan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur." (HR Muslim No: 1836) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Ibadah puasa yang diwajibkan ke atas umat Islam sama juga dengan ibadat puasa yang telah pun diwajibkan kepada ahli kitab (yahudi dan nasrani). Tetapi terdapat beberapa perbezaan di antaranya ialah :

a.  Umat Islam diwajibkan berpuasa setahun sekali iaitu pada bulan Ramadhan.
b.  Disunatkan bagi orang Islam yang hendak berpuasa makan sahur sebelum masuk waktu subuh.

2.  Ibadat puasa kita perlu berbeza dengan ibadat puasa ahli kitab iaitu dengan kita makan sahur sebelum fajar.

3.  Bersahurlah walaupun dengan seteguk air atau sebiji kurma.

4.  Umat Islam yang berpuasa dengan niat ikhlas kerana Allah akan mendapat ganjaran pahala yang melimpah-limpah di akhirat dan beroleh berbagai-bagai pertolongan di dunia lagi.

Bagi yang berpuasa sebaiknya bersahurlah sebagai mencontohi amalan Rasulullah SAW dalam ibadat puasa dan ia membezakan ibadat puasa orang Islam dengan puasa ahli kitab.

19hb April  2021
07hb Ramadan 1442H

Saturday 17 April 2021

Memasuki Syurga Menerusi Pintu Ibadat

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Memasuki Syurga Menerusi Pintu Ibadat 

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَنْفَقَ زَوْجَيْنِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ نُودِيَ مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا خَيْرٌ فَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّلَاةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّلَاةِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجِهَادِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الْجِهَادِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصِّيَامِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الرَّيَّانِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّدَقَةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّدَقَةِ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا عَلَى مَنْ دُعِيَ مِنْ تِلْكَ الْأَبْوَابِ مِنْ ضَرُورَةٍ فَهَلْ يُدْعَى أَحَدٌ مِنْ تِلْكَ الْأَبْوَابِ كُلِّهَا قَالَ نَعَمْ وَأَرْجُو أَنْ تَكُونَ مِنْهُمْ

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang menginfaqkan dua jenis (berpasangan) dari hartanya di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga; (lalu dikatakan kepadanya): "Wahai 'Abdullah, inilah kebaikan (dari apa yang kamu amalkan). Maka barangsiapa dari kalangan ahli solat dia akan dipanggil dari pintu solat dan barangsiapa dari kalangan ahli jihad dia akan dipanggil dari pintu jihad dan barangsiapa dari kalangan ahli puasa dia akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan dan barangsiapa dari kalangan ahli sedekah dia akan dipanggil dari pintu sedekah". Lantas Abu Bakar Ash-Shidiq radliallahu 'anhu bertanya: "Demi bapa dan ibuku, jika seseorang dipanggil diantara pintu-pintu yang ada, itu sebuah kepastian, namun apakah mungkin seseorang akan dipanggil dari semua pintu?". Rasulullah menjawab: "Benar, dan aku berharap kamu termasuk diantara mereka". (HR Bukhari No: 1764). Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Ramadan bulan infak. Orang yang menginfak dua jenis hartanya di jalan Allah, dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga.

2.  Amalan fardu seperti solat, puasa, zakat dan haji yang dilakukan  semasa di dunia, akan menyediakan  daripada ibadat tersebut, antara pintu-pintu ke syurga.

3.  Mereka yang ahli solat, ahli jihad, juga ahli sedekah, akan dipanggil menerusi pintu-pintu di syurga antaranya pintu solat, pintu jihad dan pintu sedekah untuk masuk ke syurga.

4.  Ahli puasa akan dipanggil dari pintu syurga yang bernama ar-Rayyan

5.  Orang yang melaksanakan semua ibadat,  semua pintu ibadat di syurga akan memanggil untuk masuk ke syurga melalui pintu  masing-masing.

Jom kita suburkan dan sempurnakan ibadat SOLAT, JIHAD, SEDEKAH dan PUASA. Semoga ia memantapkan keperibadian kita dan menjadi antara pintu-pintu Syurga buat kita.

18hb April  2021
06hb Ramadan 1442H

Friday 16 April 2021

33 NIAT PENTING KETIKA MEMBACA AL QURAN

Assalamualaikum wbt 
sahabat2 AlQuran yg dah mula tadarus.🌹🌹🌹

Jgn lupa niat² ini.

*33 Niat Penting Ketika Membaca Al-Quran.*

Ramai di kalangan saudara muslim kita ketika membaca Al-Qur'an berniat semata² untuk pahala dan masing² kurang mengetahui tentang kelebihan besar Al-Qur'an, iaitu seseorang akan mendapat apa saja yg dia niatkan ketika membaca Al-Qur'an.

Ini sebagaimana yg disabdakan oleh Rasulullah saw;
_“Sesungguhnya setiap amal yg dilakukan itu diukur atas niatnya dan seseorg akan mendapat (hasil amalnya) apa yg dia niatkan.”_

فالقرءان منهج حياة  تجارة العلماء فمن هذا المبدأ والمنطلق أردت أن أذكر نفسي وإخواني ببعض النوايا عند القراءة ومنها

_Al-Quran itu adalah panduan cara hidup, sehingga niatnya itu adalah perniagaan para ulamak untuk mendapatkan keuntungan_

Dari 2 prinsip ini, saya ingin mengingatkan diri saya dan saudara sekalian dgn beberapa dari niat² ketika membaca Al-Qur'an, antaranya tujuan & niat;

1. Belajar & beramal;

(اقرأ القرآن لأجل العلم والعمل به)

_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan belajar dan beramal dengannya._

2. Memohon hidayah;

(اقرأ القرآن بقصد الهداية من الله)

_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan memohon hidayah dari Allah swt._

3. Bermunajat;

(اقرأ القرآن بقصد مناجاة الله تعالى)

_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan utk bermunajat kepada Allah Taala._

4. Menyembuhkan penyakit;

(اقرأ القرآن بقصد الإستشفاء به من الأمراض الظاهرة والباطنة)
_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan menyembuhkan penyakit zahir dan batin._

5. Meminta dikeluarkan dari kegelapan kepada cahaya;

(اقرأ القرآن بقصد أن يخرجنى الله من الظلمات إلي النور)

_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan meminta kepada Allah utk mengeluarkan saya dari kegelapan (maksiat) kepada cahaya (iman)._

6. Ubat bagi hati yg keras;

(اقرأ القرآن لأنه علاج لقسوة القلب فيه طمأنينة القلب وحياة القلب وعمارة القلب)

_Saya niat membaca Al-Qur'an ini kerana ia merupakan ubat bagi hati yg keras, dgn Al-Quran ini hati menjadi tenang, hidup dan makmur (dgn iman)._

7. Menikmati hidangan;

(اقرأ القرآن بقصد أن القرآن مأدبة الله تعالى)

_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan (utk menikmati) jamuan atau hidangan dari Allah Taala._

8. Supaya tidak termasuk dalam golongan yg lalai;

(اقرأ القرآن حتى لا أكتب من الغافلين وأكون من الذاكرين)

_Saya niat membaca Al-Qur'an ini supaya saya tidak ditulis termasuk dari golongan org² yg lalai, bahkan saya ingin ditulis sebagai golongan org yg mengingati Allah._

9. Menambah keyakinan;

(اقرأ القرآن بقصد زيادة اليقين والإيمان بالله)
_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan utk menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah._

10. Mentaati perintah Allah;

(اقرأ القرآن بقصد الإمتثال لأمر الله تعالي بالترتيل)
_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan mentaati perintah Allah Taala yg memerintahkan utk membaca Al-Qur'an dgn tartil._

11. Mendapat pahala dan kebaikan;

(اقرأ القرآن للثواب حتى يكون لى بكل حرف ١٠ حسنات والله يضاعف لمن يشاء)

_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan mendapat pahala sehingga dituliskan 10 ganjaran kebaikan bagi saya atas setiap satu huruf yg saya baca, sesungguhnya Allah melipatgandakan ganjaran bagi org yg Dia kehendaki._

12. Mendapat syafaat;

(اقرأ القرآن حتى أن أنال شفاعة القرآن الكريم يوم القيامة)

_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan utk mendapat syafaat Al-Qur'an pada hari kiamat kelak._

13. Mengikut wasiat nabi;

(اقرأ القرآن بقصد إتباع وصية النبى ﷺ)

_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan mengikuti wasiat Nabi saw._

14. Supaya Allah mengangkat darjat diri & umat Islam;

(اقرأ القرآن حتى يرفعنى الله به ويرفع به الأمة)

_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan semoga Allah mengangkat darjat saya dgn Al-Qur'an dan mengangkat darjat umat ini dgn Al-Qur'an._

15. Supaya Allah mengangkat darjat di Syurga;

(اقرأ القرآن حتى أرتقي في درجات الجنة وألبس تاج الوقار ويكسي والداى بحلتين لا يقوم لهما الدنيا)

_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan utk dinaikkan kedudukan saya di syurga dan dapat dipakaikan mahkota kemuliaan, dan utk ibu bapa saya semoga dipakaikan juga dgn perhiasan yg tidak diberikan ketika di dunia._

16. Mendekatkan diri kepada Allah;

(اقرأ القرآن بقصد التقرب إلي الله بكلامه)

_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan utk mendekatkan diri kepada Allah melalui kalamNya._

17. Agar dimasukkan dalam golongan Ahlillah;

(اقرأ القرآن حتى أكون من أهل الله وخاصته)

_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan agar dimasukkan kedalam golongan ahlillah dan daripada golongan org² yg khusus._

18. Agar dimasukkan dalam golongan ahli yg mahir membaca Al-Qur'an;

(اقرأ القرآن بقصد أن الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة)

_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan (agar termasuk dalam golongan) org² yg mahir membaca Al-Quran akan bersama para Malaikat yg mulia lagi taat._

19. Agar diselamatkan daripada ahli Neraka;

(اقرأ القرآن بقصد النجاة من النار ومن عذاب الله)

_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan agar diselamatkan daripada neraka dan azab Allah._

20. Agar hati rasa bersama dengan Allah;

(اقرأ القرآن حتى أكون في معية الله تعالي)

_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan agar hati saya dapat merasakan kebersamaan dgn Allah Taala._

21. Supaya tidak mensia²kan usia;

(اقرأ القرآن حتى لا أرد إل أرذل العمر)

_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan agar tidak menghinakan atau mensia²kan usia._

22. Agar Al-Qur'an menjadi saksi kebaikan;

(اقرأ القرآن حتى يكون حجة لى لا علىّ)

_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan agar dia menjadi saksi kebaikan bagi saya dan tidak pula menjadi saksi keburukan ke atas saya._

23. Memandang musyaf ialah 1 kebaikan;

(اقرأ القرآن بقصد أن النظر في المصحف عبادة)

_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan utk melihat kepada musyaf yg mana perbuatan itu adalah 1 ibadat._

24. Agar Allah mengurniakan sakinah;

(اقرأ القرآن حتى تنزل علىّ السكينة وتغشانى الرحمة ويذكرنى الله فيمن عنده)

_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan agar diturunkan sakinah (ketenangan) ke atas saya, dan diliputi rahmat buat diri saya, dan disebut nama saya oleh Allah kepada makhluk di sisiNya._

25. Mendapat kebaikan;

(اقرأ القرآن بقصد الحصول على الخيرية والفضل عند الله)

_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan mendapat kebaikan dan kelebihan di sisi Allah._

26. Supaya aroma mulut menjadi harum;

(اقرأ القرآن حتى يكون ريحي طيب)

_Saya niat membaca Al-Qur'an agar aroma (bau mulut) saya menjadi harum (dgn lantunan Quran)._

27. Agar tidak sesat di dunia;

(اقرأ القرآن حتى لا أضل في الدنيا ولا أشقي في الآخرة)

_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan agar saya tidak tersesat di dunia dan tidak ditimpa celaka di akhirat._

28. Agar terhindar dari kesedihan, kerisauan & kegusaran;

(اقرأ القرآن لأن الله يجلى به الأحزان ويذهب به الهموم والغموم)

_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan agar Allah menghindarkan diri saya dgn sebab membaca Al-Quran dari segala kesedihan, serta menghilangkan kerisauan dan kegusaran._

29. Agar Al-Qur'an menjadi kawan di alam kubur;
l
(اقرأ القرآن ليكون أنيسي في قبري ونور لي علي الصراط وهادياً لي في الدنيا وسائقاً لي إلى الجنة)

_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan agar dia menjadi kawan saya di dalam kubur dan cahaya bagi saya ketika melintasi titian Sirath, dan petunjuk saya ketika di dunia, dan pemandu saya utk ke syurga._

30. Agar Allah mentarbiah;

(اقرأ القرآن ليربينى الله ويؤدبنى بالأخلاق التي تحلى بها الرسول ﷺ)
_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan agar Allah mentarbiah saya, dan mengajar adab kepada saya dgn akhlak yg dihiaskan akannya kepada Rasulullah saw._

31. Agar dapat menyibukkan diri dengan yang Hak;

(اقرأ القرآن لأشغل نفسي بالحق حتى لا تشغلني بالباطل)

_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan menyibukkan diri saya dgn Al-Haq, sehingga tidak mampu kebatilan yg menyibukkan saya._

32. Mujahadah melawan nafsu.

(اقرأ القرآن لمجاهدة النفس والشيطان والهوى)

_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan utk mujahadah melawan nafsu, syaitan dan keinginan kepada selain Allah._

33. Agar Allah memisahkan diri dengan Al-Kafirin;

(اقرأ القرآن ليجعل الله بينى وبين الكافرين حجاباً مستوراً يوم القيامة)

_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan memohon agar Allah memisahkan saya dgn para kafirin di akhirat kelak._

(فهيا لنكون من أهل القرآن، وهذه هي التجارة مع الله المضمونة الرابحة والتي يعطى الله عليها من فضله الكريم وعطائه الذي لا ينفد)

_Marilah kita menjadi ahlil Qur'an, yg telah dijamin keuntungannya, yg mana keuntungan itu Allah kurniakan atas sifat pemurahNya dan sesungguhnya segala pemberianNya itu tidak akan habis._

Kongsikan artikal ini, Nabi Muhammad saw berpesan; _“Sampaikanlah dari saya walau 1 ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.”_

Bila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah.

Insya Allah ramai yg akan mendapat manfaat.

Ar-Rayyan Pintu Khas Syurga Untuk Orang Berpuasa

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ar-Rayyan Pintu Khas Syurga Untuk Orang Berpuasa

عَنْ سَهْلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ

Daripada Sahl RA, Nabi SAW telah bersabda: "Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu yang diberi nama Ar-Rayyan, iaitu pintu masuk bagi orang yang berpuasa di hari kiamat nanti. Tidak akan ada seorangpun yang masuk melewati pintu tersebut kecuali orang yang berpuasa. Lalu dikatakan kepada mereka; Mana orang yang berpuasa?, maka orang yang berpuasa berdiri menghadap (memasukinya). Tidak akan ada seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut selain mereka. Apabila mereka telah masuk semuanya, maka pintu itu ditutup dan tidak akan ada lagi seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut". (HR Bukhari No: 1896) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar dan kedudukannya di sisi Allah SWT sangat mulia di mana Allah SWT menyediakan pintu khas memasuki syurga yang dinamakan Ar-Rayyan kepada orang yang berpuasa. Malaikat yang menjaga pintu tersebut akan menyeru dan memanggil orang yang berpuasa untuk dimasukkan ke dalam syurga melaluinya dan tiada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak sahaja.

2.  Imam al-Nawawi dalam Syarah Muslim menyebut: Hadis ini menunjukkan kelebihan puasa dan kemuliaan orang yang berpuasa.

3.  Pintu tersebut dinamakan “Ar-Rayyan” yang berasal dari kalimah “Array” dari segi bahasa membawa maksud titisan air hujan yang pertama. Kiasan kepada orang yang berpuasa apabila  memasukinya akan hilanglah segala kehausannya selama-lamanya sebagaimana apabila kita sesat di padang pasir yang panas dalam keadaan kehausan dan apabila disebutkan air maka akan terasa kehausan itu semakin berkurangan walaupun sebenarnya kita belum meminumnya lagi. Bayangkanlah apabila kita dapat menikmati air tersebut tatkala kehausan. Betapakah nikmatnya tidak dapat diperkatakan.

4.  Al-Rayyan membawa maksud: Orang yang tidak merasa dahaga. Ia kalimah atau sifat yang sangat sesuai kepada orang yang berpuasa.

5.  Berkata Mulla al-Qari: “Maksud al-Rayyan itu sama ada dirinya sendiri tidak merasa dahaga kerana terdapat banyaknya sungai-sungai yang mengalir dan buah-buahan yang berada di sampingnya atau kerana yang sampai kepadanya (memasukinya) akan hilang rasa dahaga pada hari kiamat.”

6.  Syurga itu indah dan terlalu mahal harganya. Sudah pasti untuk memasukinya memerlukan rahmat Allah SWT yang Maha Luas. Di bulan Ramadhan ini, rahmat Allah SWT mencurah-curah untuk hamba-Nya yang berpuasa dan sudah disediakan kepada orang yang berpuasa satu pintu untuk memasukinya. Orang yang berpuasa Ramadan, pada hari kiamat akan memasukki syurga melalui pintu Ar-Rayyan (pintu yang dikhaskan kepada orang yang berpuasa).

Ayuh kita laksanakan ibadah puasa dengah sungguh-sungguh, semoga kita menjadi salah seorang yang akan memasuki syurga melalui pintu ar-Rayyan. 

17hb April  2021
05hb Ramadan 1442H

Thursday 15 April 2021

MENGHIDUPKAN BULAN RAMADHAN MENJADI PENGHAPUS DOSA

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Menghidupkan Malam Ramadan Menjadi Penghapus Dosa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa mendirikan Ramadhan (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah, iktikaf, zikir dan lain-lain)  kerana iman dan penuh keikhlasan (mengharap rahmat Allah), maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu" (HR Bukhari No: 36) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Mendirikan Ramadan atas dasar iman bermaksud menghidupkan malam hari dengan solat sunat tarawih, solat witir, solat tahajud, tilawah al-Quran, iktikaf, berdoa, berwirid dan lain-lain amal solleh kerana meyakini akan amalan sunnah.

2.  Ihtisab membawa maksud mengharap pahala semata-mata dari Allah SWT. Tidak merasa berat melaksanakan ibadah. Tidak dilakukan atas dasar riya’, mencari pujian atau hanya sekadar mengikuti kebiasaan orang sekitar.

3.  Semoga ibadat qiam di malam hari sama ada untuk solat sunat, tilawah, zikir, doa, iktikaf mahupun bangun sahur, akan menjadi sebahagian daripada elemen menghapuskan dosa-dosa yang lalu

4.  Antara ibadat di malam hari di bulan Ramadan ialah solat sunat Tarawikh. Orang yang solat sunat bersama imam hingga selesai solat, dituliskan baginya seolah-olah ia bersolat sepanjang malam. Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ ..... فَقَالَ إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الْإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ ...

Daripada Abu Zar RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: 'Barangsiapa yang berdiri bersama imam (solat sunat malam), hingga selesai (hingga imam beredar) dituliskan baginya ganjaran pahala orang yang qiam sepanjang malam.'  (HR Tirmizi No: 734) Status: Hasan Sahih

Ayuh, pastikan kita dapat bersama solat tarawikh sama ada di masjid atau di rumah di musim PKP ini bersama imam hingga selesai kerana ganjarannya ditulis pahala seperti ia qiam sepanjang malam. Rugilah kita yang balik awal dari masjid atau tidak tunggu hingga selesai sedangkan imam masih bersolat.

16hb April  2021
04hb Ramadan 1442H

Tuesday 13 April 2021

IBADAH PUASA DAN ANUGERAH

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ibadah Puasa dan Anugerah

عَنْ أَبِي صَالِحٍ الزَّيَّاتِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ فَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَسْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ

Daripada Abu Shalih Az Zayyat bahawa ia mendengar Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Allah 'azza wajalla telah berfirman; 'Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah bagi-Ku, dan Akulah yang akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu berpuasa, maka janganlah kamu rosakkan puasamu dengan rafats, dan jangan pula menghina orang. Apabila kamu dihina orang atau pun diserang, maka katakanlah, 'Sesungguhnya saya sedang berpuasa.' Demi Allah, yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kesturi. Dan bagi mereka yang berpuasa ada dua kebahagiaan. Ia merasa gembira ketika berbuka lantaran puasanya, dan gembira ketika berjumpa dengan Rabbnya juga kerana puasanya." (HR Muslim No:  1944) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap amalan yang dilakukan oleh anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah untuk Allah dan hanya Allah yang akan memberi ganjaran pahalanya.

2.  Puasa itu adalah perisai atau pendinding seseorang dari melakukan perkara yang dilarang serta melaksanakan sesuatu yang diperintah.

3.  Bagi orang yang berpuasa, mereka perlu menjaga puasanya dari dirosakkan dengan sebab rafats (perhubungan suami isteri di siang hari) termasuk perbuatan dan perkataan sama ada yang diucapkan atau yang ditulis dan ditularkan yang kotor, lucah dan buruk serta hina.

4.  Orang yang berpuasa, jika dihina, dimarah ataupun diserang, maka katakanlah: Sesungguhnya saya sedang berpuasa.

5.  Bagi orang yang berpuasa, mulutnya mungkin akan berbau yang kurang menyenangkan, namun bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kasturi.

6.  Untuk orang yang berpuasa, mereka akan dikurniakan dengan dua kebahagiaan:

a.  Gembira ketika berbuka puasa
b.  Gembira ketika berjumpa dengan Allah kerana ibadat puasanya yang diterima.
  
Semoga  Ramadan pada tahun ini lebih baik untuk kita dengan kualiti dan kuantiti amal yang bertambah. Marilah kita semarakkan ibadah kita agar ia menjadi pemacu perubahan diri kita kepada yang lebih baik. Berusahalah melakukan amalan terbaik. Suburkan Amalan Mantapkan Keperibadian. Andaikan  Ramadan Tahun Ini Terakhir Buat Kita.

SALAM RAMADHAN KE2

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Rabu               
14 April 2021  
2 Ramadhan 1442                                 

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن


Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon ke hadratMu, berikanlah  kami kekuatan, taufiq dan hidayah supaya dapat kami memperbaiki diri kami. 

Ya Allah dorongkanlah kami untuk mempertingkatkan keimanan kami, menambah ilmu kami serta amalan baik kami.

Ya Allah kurniakanlah kami rezeki yg halal, rumahtangga yang bahagia , zuriat yang soleh, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar dan, keselamatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.

Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Sejahtera, kepada Engkaulah kami mengharap kesejahteraan, maka hidupkanlah kami dalam keadaan sejahtera. 

Ya Allah masukkanlah kami ke dalam syurga tanpa hisab sebagai tempat yang telah Engkau berkati.

Ya Allah berilah kami petunjuk dan kesihatan, berilah keampunan kepada kami.

Ya Allah  Engkau ampunilah segala salah-silap kami, ibu-bapa kami, ahli kluarga kami, sahabat-handai kami dan rakan-taulan kami, 

Ya Allah Engkau bersihkanlah hati kami semua daripada sifat buruk lagi tercela dan gantikanlah dengan  sifat mulia lagi terpuji agar kami dapat  ta'at dan patuh kepada Mu serta mengabdikan diri kami hanya kepada Mu demi mengharap redhaMU semata-mata. 

Ya Allah, bagi mereka yang telah kembali kepadaMu, kurniakanlah kepada mereka nikmat Syurga Mu semasa mereka di Alam Barzah.

Ya Allah, hidupkan kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Iman. Ya Allah perlindungilah kami dari bisikan dan tipu helah syaitan.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. 

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                      

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
 
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Sila share.َ

MAKAN DAN MINUM KETIKA LUPA

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Makan dan Minum Ketika Terlupa

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا نَسِيَ فَأَكَلَ وَشَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ

Daripada Nabi SAW bersabda: "Jika seseorang lupa lalu dia makan dan minum (ketika sedang berpuasa) maka hendaklah dia meneruskan puasanya kerana hal itu bererti Allah telah memberinya makan dan minum" (HR Bukhari No: 1797) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Orang yang terlupa lalu dia makan atau minum di siang hari ketika berpuasa, puasanya tetap sah dan dia perlu memberhentikan pengambilan makanan atau minuman.

2.  Orang yang terlupa tadi hendaklah meneruskan ibadat puasanya seperti biasa.

3.  Bagi orang yang terlupa, makanan dan minuman yang telah masuk ke dalam perutnya adalah hadiah Allah kepadanya.

14hb April  2021
02hb Ramadan 1442H

Monday 12 April 2021

SALAM RAMADHAN SAHABATKU

*Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh*

● *Bila Ramadan tiba sambutlah dgn sujud syukur...tanda terima kasih pada Allah kerana memilih kita utk terus beribadah pada bulan yg mulia ini*

● Bila bertemu dgn ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai @ sesiapa sahaja ucapkanlah *"Ramadan Kareem*" dan org yg mendengar menjawab  *"Allahu Akram"*
Maksudnya *"Ramadan Mulia"* dan jawapannya *" Allah lebih Mulia"*

● Sambutlah Ramadan ini dgn *wajah yg berseri-seri* tanda kegembiraan yg tidak terhingga dan berazam utk mendekatkan diri kpd Allah dgn selalu berbicara dgn Allah walau dlm hati.
Contohnya...Ya Allah aku berpuasa ya Allah ... terimalah puasaku ini...aku berpuasa hanya untukMu Ya Allah.

● Hiaslah rumah kita sebaik-baiknya dgn bersih dan cantik kerana terlalu byk rahmat yg Allah hendak berikan pada bulan yg mulia ini.

● Moga Ramadan ini lebih baik berbanding Ramadan yg telah lepas...hiasilah diri dgn *AMALAN* dan *TAQWA*

*Ramadan Kareem utk sahabatku semua*

Maaf Zahir Batin

Sunday 11 April 2021

RAMADHAN BULAN IBADAH

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ramadan Bulan Ibadah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bila bulan Ramadan tiba, maka dibukalah pintu-pintu syurga, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pun dibelenggu." (HR Muslim No: 1793) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Apabila Ramadan menjelang, Rasulullah SAW mengingatkan para sahabat agar bersedia dengan kedatangan bulan Ibadah:

1.  Ramadan adalah bulan yang diwajibkan keatas umat Islam berpuasa.

2.  Ramadan adalah bulan Syiam (berpuasa di siang hari) dan Qiam (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah al-Quran, zikir, doa). 

3.  Ramadan adalah bulan ibadah dimana dibuka pintu-pintu syurga.  Mereka yang terus melaksanakan pelbagai perbuatan yang mengandungi ibadah atau kebaikan,  akan  disediakan  padanya dengan rahmah Allah syurga.

4.  Pintu neraka ditutup di bulan Ramadan. Ertinya, dengan kehadiran bulan Ramadan, kita dianjurkan  untuk memperbanyak amal kebaikan maka dengan sendirinya perbuatan yang tidak baik (maksiat) dihindarkan. Dengan demikian, maka tidak ada lagi kesempatan untuk bermaksiat, dengan itu tertutuplah pintu-pintu neraka.

5.  Bulan Ramadan dipermudahkan kepada umat Islam melaksanakan ibadah kerana syaitan telah dirantai atau dibatasi pergerakkannya untuk mengganggu.

Ayuh kita menyediakan diri dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Ramadan yang dijangka akan bermula pada hari esok. Ahlan Ya Ramadan. Ramadan Kareem. Suburkan Amalan Mantapkan Keperibadian..

12hb April  2021
29hb Syaaban 1442H

Friday 9 April 2021

FAHAMI 7 PERKARA SEMASA HIDUP

Kenapa rumah saya adik beradik x datang pun. Saya je kena ziarah mereka. Dan mereka "lalu" rumah saya tetapi x singgah.

Mari saya bagi tau.

Allah SWT perintahkan kita menziarahi untuk eratkan silaturrahim. Jika kita buat kira dapat pahala. Mereka x dapat.

Bab ni kita yang pilih. Antara pahala / kebencian /dendam / cemburu.

Jadi biarkan orang yang x nak menyambung silaturrahim.

Kita ikut sunnah pasti kita bahagia.

Seperkara lagi:
Saya sendiri tidak kesal / kecewa jika rumah saya tidak dikunjungi sanak saudara. Mungkin mereka sibuk. Ada hal lebih penting daripada silaturrahim.

Kita tak perlu kecil hati. In Sha Allah orang lain jadi tetamu kita membawa balik dosa kita dan membawa rahmat.

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya.

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya.

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama.

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya.

5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya.

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya.

7. Apabila meninggal dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya.

Ketahuilah, hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Maka,
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yg fana ini.

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.

(Manfaatkanlah masa yg mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi)

Copypaste
#viralmuafakatjohor#

SABAR MENERIMA MUSIBAH

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sabar Menerima Musibah

أُمَّ سَلَمَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ  مَا مِنْ عَبْدٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا إِلَّا أَجَرَهُ اللهُ فِي مُصِيبَتِهِ وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا

Daripada Ummul Mukminin, Ummu Salamah isteri Nabi SAW bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tiada daripada kalangan hamba (Allah) yang ditimpa suatu musibah, kemudian mengucapkan: “Innā lillāhi wa innā ilaihi rājiʿun (Sesungguhnya kami milik Allah dan pastinya kami akan kembali kepada-Nya), Ya Allah! Aku mohon agar kurniakanlah ganjaran pada musibahku ini, dan berikanlah ganti yang lebih baik daripada musibah ini,” melainkan Allah akan memberikan pahala kepadanya kerana musibah itu dan menggantikan yang lebih baik.” (HR Muslim No: 918) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Musibah adalah ujian yang didatangkan oleh Allah kepada kita dalam bentuk kesusahan, kesakitan, dukacita dan sebagainya.

2.  Bersabar terhadap segala musibah yang menimpa adalah tuntutan kepada setiap Muslim.

3.  Musibah yang menimpa seorang mukmin mempunyai banyak hikmahnya antaranya bertujuan untuk menghapuskan dosa dan meningkatkan pahala.

4.  Muslim yang menerima musibah diajar agar mengucapkan kalimah dan doa yang diajar oleh Rasulullah SAW:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ . اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

5.  Orang yang membaca kalimah dan doa diatas apabila menerima musibah akan diberi gantian yang lebih baik antaranya pahala di sisi Allah diatas kesabarannya serta pengampunan dosa.

6.  Sebagai Muslim, kita perlu meyakini bahawa setiap yang berlaku terdapat didalamnya hikmah tertentu. 

10hb April 2021
27hb Syaaban 1442H

Thursday 8 April 2021

ANGIN DUDUK

*Angin Duduk*

```Pada satu ketika dimana Nabi Allah Sulaiman a.s duduk di singgahsananya,
Maka datang satu Angin yang cukup besar, maka bertanya Nabi Allah
Sulaiman siapakah engkau......?.

Maka dijawab oleh Angin tersebut : akulah Angin Rihul Ahmar....dan
Aku bila memasuki rongga anak Adam, maka lumpuh, keluar darah dari
rongga, dan apabila aku memasuki otak anak Adam, maka menjadi gilalah anak Adam.....

Maka diperintahkan oleh Nabi Sulaiman a.s supaya membakar angin
tersebut,maka berkatalah Rihul Ahmar kepada Nabi Sulaiman a.s bahwa:
Aku kekal sampai hari Kiamat tiba,tiada sesiapa yang dapat membinasakan Aku melainkan Allah SW T. 
Lalu Rihul Ahmar pun menghilang.

Diriwayatkan cucu Nabi Muhammad SAW terkena Rihul Ahmar
sehingga keluar darah dari rongga hidungnya. 

Maka datang Malaikat Jibril kepada
Nabi SAW  dan bertanya Nabi kepada Jibril. 

Maka menghilang sebentar,lalu Malaikat Jibril kembali mengajari akan do'a Rihul Ahmar kepada Nabi SAW kemudian
dibaca do'a tersebut kepada cucu nya dan dengan sekejap cucu Rasulullah sembuh serta merta. 

Lalu bersabda Nabi S AW : Bahwa barang siapa membaca do'a stroke/do'a Rihul Ahmar.....walau sekali dalam seumur hidupnya, maka akan dijauhkan dari penyakit ANGIN AHMAR atau
STROKE.

Do'a menjauhkan terhindar dari angin ahmar dan penyakit kronik :

اللهم إني أعوذبك من الريح الأحمر والدم الأسود والداء الأكبر

Allahumma inni a'uzubika minarrihil ahmar, waddamil aswad, waddail akbar....
Artinya :
Ya Allah Tuhanku lindungi aku dari angin merah dan lindungi aku dari darah hitam (stroke) dan dari penyakit berat.
 
Panjangkanlah ke Group Keluarga, Sahabat kita yang tersayang...agar kita semua  terhindar dari STROKE senantiasa dalam balutan sehat dan sejahtera.....!```

KEUTAMAAN TAWAKAL

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Keutamaan Tawakal 
 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ أَقْوَامٌ أَفْئِدَتُهُمْ مِثْلُ أَفْئِدَةِ الطَّيْرِ.

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: "Akan masuk syurga suatu kaum yang hati mereka seperti hati burung." (HR Muslim No: 2840). Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Mukmin hendaklah bertawakal kepada Allah SWT sebagaimana sifat seekor burung walaupun tidak diberikan akal tetapi ia tidak duduk diam sahaja disarangnya. Ia akan keluar untuk mencari rezeki (berusaha) dan pulang dengan perut yang penuh dengan makanan kerana yakin bahawa yang memberi rezeki adalah Allah SWT.

2.  Tawakal mesti didahulukan dengan usaha dan ikhtiar. Bukan semata-mata menyerahkan kepada Allah tanpa usaha dan ikhtiar. Contohnya dalam isu wabak virus Covid 19 ini. Kita menyerahkan segalanya kepada Allah namun dengan usaha dan ikhtiar yang bersungguh-sungguh menghindarinya antaranya “stay at home”, "penjarakan", "pakai mask", "vaksinasi".

3.  Sifat tawakal akan terhasil apabila adanya sifat khauf (takut) hanya kepada Allah SWT yang disertai keyakinan yang jitu dalam setiap waktu dan keadaan kerana hakikat sebenar tawakal adalah dengan mengambil sebab-sebab dan usaha.

4.  Seseorang akan dimasukkan ke dalam syurga dengan sebab tawakalnya yang penuh dengan sifat keimanan dan khauf (takut) kepada Allah SWT.

Ayuh, jadilah seperti burung yang memiliki hati penuh keyakinan. Yakin bahawa apabila keluar dari sarang, rezeki baginya tetap ada. Yakin setiap musibah itu datang dari Allah. Jika Allah tidak izin terkena pada kita dengan usaha dan ikhtiar kita, In sha Allah kita tetap akan terhindar.

09hb April 2021
26hb Syaaban 1442H

Wednesday 7 April 2021

BERTAWAKAL UMPAMA BURUNG

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bertawakal Umpama Burung

عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرُزِقْتُمْ كَمَا يُرْزَقُ الطَّيْرُ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا

Daripada Umar bin Al-Khaththab RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Jika sekiranya kamu bersungguh-sungguh bertawakal kepada Allah, nescaya Allah memberi rezeki kepada kamu seperti rezeki seekor burung yang keluar di waktu pagi dengan perut kosong dan pulang di waktu petang dengan perut terisi penuh kenyang." (HR Tirmidzi No: 2266) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim diperintahkan agar bertawakal iaitu menyerahkan segala urusan kepada Allah dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu selepas usaha dan ikhtiar yang bersungguh-sungguh.

2.  Bertawakal dengan menyerahkan semata-mata kepada Allah tanpa usaha dan ikhtiar adalah menyalahi pengajaran daripada hadis ini.

3.  Jadilah seperti burung yang keluar pada waktu pagi dalam keadaan perutnya kosong namun berusaha mencari makanan dan akan pulang pada waktu petang dalam keadaan perut yang penuh dengan makanan.

4.  Muslim yang berusaha mencari rezeki dan bertawakal bersungguh-sungguh, nescaya dia tetap akan memperoleh rezeki seperti burung.

5.  Muslim tidak boleh menganggur dan berpeluk tubuh tanpa usaha dan ikhtiar. Contohilah burung yang keluar dari sarang mencari makanan kerana rezeki itu mengikut sebab dan musabab.

6.  Tawakal akan menimbulkan ketenangan jiwa dan ketenteraman dalam menghadapi sebarang perkara. Bertawakal dengan penuh yakin bahawa kejayaan dan kegagalan bukanlah hak mutlak manusia.

08hb April 2021
25hb Syaaban 1442H

Monday 5 April 2021

AMALAN KEBAIKAN

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amal Kebaikan 

عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْحَارِثِ بْنِ عَاصِمٍ الْأَشْعَرِيِّ  قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ  الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيْمَانِ وَالْحَمْدُ للهِ تَمْلأُ الْمِيزَانَ وَسُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ تَمْلآنِ – أَوْتَمْلأُ – مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ وَالصَّلاَةُ نُورٌ وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ كُلُّ النَّاسِ يَغْدُو فَبَائِعُ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوبِقُهَا 
 
Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya’arie RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi (bukti). Sabar itu adalah sinaran (memberi cahaya). Al-Quran itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi (berusaha), ada yang menjual dirinya (sama ada kepada Allah dengan melakukan ketaatan atau kepada syaitan dan hawa nafsu dengan melakukan maksiat dan kemurkaan Allah), ada yang memerdekakan dirinya (daripada kehinaan di dunia dan azab akhirat) dan ada pula yang mencelakakan dirinya (dengan melakukan maksiat). (HR Muslim No: 223) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  lslam amat menitikberatkan soal kebersihan, sehingga menganggapnya sebahagian daripada lman. Jagalah kebersihan terutama di zaman Wabak Covid-19 ini.

2.  Bersuci merupakan syarat sahnya ibadah, oleh itu setiap Muslim perlu sentiasa mengambil perhatian.

3.  Menjaga ibadat solat akan mendatangkan cahaya petunjuk dan mampu memperbaiki diri seorang muslim terhadap manusia lain, menjadikan ia  berakhlak dan berperilaku terpuji, memiliki sifat kewarakan dan ketakwaan di sisi Allah.

4.  Semua amalan soleh merupakan kebaikan dan keindahan bagi seorang mukmin dan mempunyai nilai yang tinggi. Ada amalan yang menjadi hujah baginya, ada yang menjadi cahaya baginya, ada yang menjadi pemberat timbangannya dan sebagainya. Antaranya;

a.  Zikir al-Hamdulillah akan memenuhi neraca timbangan. 

b.  Zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. 

c.  Solat adalah cahaya. 

d.  Sedekah adalah saksi (Seruan untuk berinfaq pada jalan-jalan kebaikan dan bersegera melakukannya dimana hal tersebut merupakan pertanda dan bukti benarnya keimanan).

e.  Sabar adalah sinaran. (bersabar tatkala mengalami musibah, khususnya apa yang dialami seorang muslim kerana perbuatan amar ma’ruf nahi munkar)

f.  Al-Qur’an adalah hujah bagi mukmin (Membaca Al-Quran dengan pemahaman dan mentadabbur (merenungkan) maknanya, mengamalkan kandungannya kerana hal tersebut dapat memberi syafaat bagi seorang hamba pada hari kiamat).

5.  Setiap manusia dalam kegiatan hariannya mendedahkan dirinya sama ada kepada kebaikan atau kecelakaan. Ada yang menjual dirinya kepada Allah, lalu beroleh kebaikan dan kejayaan dan pula ada yang menjual dirinya kepada syaitan lalu beroleh kecelakaan.

6.  Pastikan segala aktiviti harian kita membawa kebaikan dan pahala bukan keburukan dan dosa.

06hb April 2021
23hb Syaaban 1442H

Sunday 4 April 2021

AMAL YANG TIDAK IKHLAS

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amal Yang Tidak Ikhlas 

إِنَّ اَوَّلَ النَّاسِ يُقْضَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَيْهِ رَجُلٌ اسْتُشْهِدَ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَعَهَا, قَالَ: فَمَا عَمِلْتَ فِيْهَا قَالَ: قَاتَلْتُ فِيْكَ حَتَّى اسْتُشْهِدْتُ قَالَ: كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ قَاتَلْتَ ِلأَنْ يُقَالَ جَرِيْءٌ, فَقَدْ قِيْلَ  ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى اُلْقِيَ فيِ النَّارِ, وَرَجُلٌ تَعَلَّمَ الْعِلْمَ وَعَلَّمَهُ وَقَرَأََ اْلقُرْآنَ فَأُُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَعَهَا, قَالَ: فَمَا عَمِلْتَ فِيْهَا قَالَ: تَعَلَّمْتُ الْعِلْمَ وَعَلَّمْتُهُ وَقَرَأْتُ فِيْكَ اْلقُرْآنَ, قَالَ:كَذَبْتَ, وَلَكِنَّكَ تَعَلَّمْتَ الْعِلْمَ لِيُقَالَ: عَالِمٌ وَقَرَأْتَ اْلقُرْآنَ لِيُقَالَ هُوَ قَارِىءٌٌ  فَقَدْ قِيْلَ  ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى اُلْقِيَ فيِ النَّارِ, وَرَجُلٌ وَسَّعَ اللهُ عَلَيْهِ وَاَعْطَاهُ مِنْ اَصْْنَافِ الْمَالِ كُلِّهِ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا, قَالَ: فَمَا عَمِلْتَ فِيْهَا قَالَ: مَاتَرَكْتُ مِنْ سَبِيْلٍ تُحِبُّ أَنْ يُنْفَقَ فِيْهَا إِلاَّ أَنْفَقْتُ فِيْهَا لَكَ, قَالَ: كَذَبْتَ  وَلَكِنَّكَ فَعَلْتَ لِيُقَالَ هُوَ جَوَادٌ فَقَدْ قِيْلَ, ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ ثُمَّ أُلْقِيَ فِي النَّارِ

"Sesungguhnya orang pertama yang diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati kerana  syahid di jalan Allah.  Diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang ia perolehi di dunia, lalu ia pun mengakuinya. Kemudian ditanya kepadanya : Apa yang engkau perbuat dengan nikmat tersebut? Ia menjawab : Aku berperang untuk-Mu Ya Allah, sehingga aku syahid. Allah berkata: Engkau dusta! Engkau berjihad supaya dikatakan engkau seorang yang berani. Dan itu telahpun dikatakan orang padamu. Kemudian diperintahkan para Malaikat untuk menyeret orang itu atas wajahnya, lalu dilemparkan ke neraka. Dan juga orang yang menuntut ilmu, ia juga mengajarkannya serta membaca Al Quran. Ia diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang ia dapatkan di dunia, lalu ia pun mengakuinya. Kemudian Allah berkata kepadanya: Apa yang engkau perbuat dengan nikmat itu? Ia menjawab: Aku menuntut ilmu dan mengajarkannya, aku juga membaca Al Quran kerana Mu ya Allah. Allah pun berkata : Engkau dusta! Engkau menuntut ilmu agar disebut alim (orang yang berilmu), engkau membaca Al Quran supaya disebut qari’ (ahli membaca Al Quran), dan orang telahpun mengatakannya. Kemudian diperintahkan para Malaikat agar menyeret atas wajahnya dan  dilemparkan ke dalam neraka. Dan juga orang yang Allah berikan ia kelapangan rezeki dengan bermacam harta benda. Ia diperlihatkan kenikmatan yang ia peroleh di dunia, lalu ia pun mengakuinya. Allah berkata kepadanya : Apa yang engkau perbuat dengan nikmat itu? Dia menjawab : Aku tidak pernah meninggalkan suatu jalan kebaikan kecuali aku berinfaq kerana Engkau ya Allah’. Allah berkata : Engkau dusta! Engkau melakukan itu supaya disebut  dermawan dan orang telahpun mengatakan itu. Kemudian diperintahkan malaikat agar menyeret di atas wajahnya dan ia dilemparkan ke dalam neraka" (HR. Muslim No: 1905). Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap kita akan di hadapkan di padang mahsyar untuk dihisab setiap amal dan perbuatan.

2.  Orang yang mati syahid ada yang dihumban ke neraka kerana berjihad mengharapkan orang lain menyebut tentang keberaniannya.

3.  Orang yang menuntut ilmu ada yang dihumban ke neraka kerana belajar bertujuan agar orang menyebutnya sebagai orang alim.

4.  Orang yang membaca al-Quran juga ada yang dihumban ke neraka  kerana mengharap agar dia digelar seorang qari 

5.  Orang yang berinfaq juga ada yang dihumban ke neraka kerana mengharap agar orang lain menyebutnya sebagai seorang dermawan.

Pastikan agar setiap amal yang kita lakukan ikhlas untuk mencari keredhaan Allah bukan sebaliknya.

05hb April 2021
22hb Syaaban 1442H

Friday 2 April 2021

PESAN KAT ADIK BERADIK KITA

Pesan kat adik-beradik kita.
.
Bila dah besar, dah ada kerja, dah ada pendapatan, dah ada duit, cari harta sendiri..beli rumah, beli tanah, beli aset.
.
Bagi ada harta dgn nama sendiri.
.
Jgn direbutnya tanah sekangkang kera dikampung tu nnti.. jgn disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik beradik bergaduh, bermasam muka.. bertelagah.
.
Tak guna..
.
Kita ni sulung ke, kita ni lelaki ke, nanti bahagian kita lebih dari adik beradik yg lain ke, jgn fikir, jgn berharap.. jgn letak target yg kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak harta.
.
Jangan..
.
Sebab nanti bila tak dpt, kita mula la nk marah, nk bergaduh dan nak menuntut.. walhal ketika "harta" tu ada, bukan kita yg jaga, bukan kita yg usahakan, bukan kita yg berbakti...tup² bila harta tu dh tiada pemiliknya, kita nak sgt² "hak" kita.
.
Hak apa yg kita nak?
Hak apa yg kita tuntut?
Kita berhak ke?
.
Usaha sendiri utk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita² kita...yg lebih utama ialah menjaga ibubapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa² dari mereka.
.
Ini tak, kita buat mereka seperti bola..sekejap pass sana, sekejap pass sini.
.
Kita sebagai anak yg perlu bagi "sesuatu" kpd org tua kita dan bukannya menunggu dan berebut "sesuatu" hasil penat lelah mereka.
.
Kalaulah kita berebut menjaga org tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung org tua kita kan.. tapi byk yg jadi bodoh dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yg bernama "harta pusaka".
.
Time sakit taknak jaga, time dah tiada datang menuntut pula.. 😥
.
.
Kredit : fuyyoopictures

Sumber : Telegram Jentik Hati 

#roadtobettermuslim 
#roadtopeaceofmind 
#JomHibahTakaful 
#JomSimpanEmas 
#takafulforall
#teamemaskini

Thursday 1 April 2021

TINGGALKAN SATU YANG TIDAK BERMANFAAT

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tinggalkan Sesuatu Yang Tidak Bermanfaat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata : Rasulullah  SAW bersabda : Merupakan tanda baiknya Islam seseorang, dia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya (Sunan Tirmidzi No: 2239 )  Status: Hadis Sahih

Pengajaran

1.  Termasuk sifat orang Muslim adalah dia menyibukkan dirinya dengan perkara-perkara yang mulia dan bermanfaat untuk diri, keluarga, masyarakat dan Negara.

2.  Termasuk sifat seorang Muslim adalah menjauhkan diri dari perkara yang tidak bermanfaat baginya, perbuatan yang sia-sia, serta dosa dan maksiat.

3.  Menyibukkkan diri dengan sesuatu yang tidak bermanfaat adalah sia-sia dan merupakan tanda kelemahan iman contohnya banyak tidur, asyik dengan bermain game serta menonton video hiburan.

4.  Anjuran untuk memanfaatkan waktu dengan sesuatu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat.  Kerana waktu yang berlalu tidak akan kembali. Gunakan waktu seperti membaca al-Quran, membaca bahan bermanfaat, menulis bagi menghasilkan artikel yang boleh dikongsikan, mengajar anak-anak di rumah dan sebagainya.

5.  Jadilah orang bermanfaat kepada orang lain. Hadis Rasulullah SAW

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain. (HR Ibn Hibban  No:  2/48)

6.  Gunakan kesempatan di waktu PKP dan PKPB ini bermanfaat walaupun tidak boleh merentas negeri. Contohi Pak Hamka ketika dipenjara beliau berjaya menghasilkan Tafsir al-Azhar. Syed Qutb ketika dipenjara mampu menghasilkan Tafsir fi Zilal. Mari kita hasilkan sesuatu yang bermanfaat sepanjang fasa PKP ini.

Jom tinggalkan sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat pada kita, keluarga, masyarakat, agama dan negara.  

02hb April 2021
19hb Syaaban 1442H

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...