Wednesday 29 March 2017

SEORANG LELAKI BERNAMA UKASYAH

Assalamualaikum...

Kisah ini terjadi pada diri Rasulullah SAW sebelum wafat.

Rasulullah SAW telah jatuh sakit agak lama, sehingga keadaan beliau sgt lemah.

Pada suatu hari Rasulullah SAW meminta Bilal memanggil semua shbt dtg ke Masjid.

Tidak lama kmdian, penuhlah Masjid dgn para shbt. Semuanya merasa rindu setelah agak lama tidak mendpt taushiyah dr Rasulullah SAW.

Beliau duduk dgn lemah di atas mimbar.
Wajahnya terlihat pucat, menahan sakit yg tgh di deritanya.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Wahai sahabat2 ku semua. Aku ingin bertanya, apakah telah aku sampaikan semua kpdmu, bahwa sesungguhnya Allah SWT itu adalah satu2nya Tuhan yg layak di sembah?"


Semua shbt menjwb dgn suara bersmgt,
" Benar wahai Rasulullah,

Engkau telah sampaikan kpd kami bahwa sesungguhnya Allah SWT adalah satu2nya Tuhan yg layak disembah."

Kemudian Rasulullah SAW bersabda:
"Persaksikanlah ya Allah.
Sesungguhnya aku telah menyampaikan amanah ini kpd mrk."

Kemudian Rasulullah bersabda lagi,
dan setiap apa yg Rasulullah sabdakan selalu dibenarkan oleh para sahabat.

Akhirnya sampailah kpd satu pertanyaan yg menjadikan para shbt sedih dan terharu.


Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya, aku akan pergi menemui Allah. Dan sblm aku pergi, aku ingin menyelesaikan segala urusan dgn manusia.

Maka aku ingin bertanya kpd kalian semua. Adakah aku berhutang kpd kalian? Aku ingin menyelesaikan hutang tersebut.

Krn aku tidak mahu bertemu dgn Allah dlm keadaan berhutang dgn manusia."

Ketika itu semua shbt diam,
dan dlm hati masing2 berkata "Mana ada Rasullullah SAW berhutang dgn kita?
Kamilah yg byk berhutang kpd Rasulullah".

Rasulullah SAW mengulangi pertanyaan itu sebyk 3 kali.


Tiba2 bangun seorg lelaki yg bernama UKASYAH, seorg shbt mantan preman sblm masuk Islam, dia berkata:

"Ya Rasulullah!

Aku ingin sampaikan masalah ini.
Seandainya ini dianggap hutang,
Maka aku minta engkau selesaikan. Seandainya bkn hutang,
maka tidak perlulah engkau berbuat apa2".

Rasulullah SAW berkata: "Sampaikanlah wahai Ukasyah".

Maka Ukasyah pn mulai bercerita:
"Aku masih ingat ketika perang Uhud dulu, satu ketika engkau menunggang kuda, lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda.

Ttp cemeti tsb tidak kena pada belakang kuda, Tapi jesteru terkena pada dadaku,
Krn ketika itu aku berdiri di belakang kuda yg engkau tunggangi wahai Rasulullah".


Mendgr itu,
Rasulullah SAW berkata: "Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Ukasyah.
Kalau dulu aku pukul engkau,
Maka hari ini aku akan terima hal yg sama."

Dgn suara yg agak tinggi,
Ukasyah berkata: "Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah."

Ukasyah seakan2 tidak merasa bersalah mengatakan demikian.

Sdgkan ketika itu sebahagian shbt berteriak marah pd Ukasyah.
"Sungguh engkau tidak berperasaan Ukasyah. bknkah Baginda sdg sakit.

Ukasyah tidak menghiraukan semua itu.
Rasulullah SAW meminta Bilal mengambil cemeti di rumah anaknya Fatimah.

Bilal meminta cemeti itu dari Fatimah,
Kemudian Fatimah bertanya: "Utk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?"

Bilal menjwb dgn nada sedih: "Cemeti ini akan digunakan Ukasyah utk memukul Rasulullah"


Terperanjat dan menangis Fatimah seraya berkata:
"Knp Ukasyah hendak pukul ayahku Rasulullah?
Ayahku sdg sakit,
kalau mahu mukul,
pukullah aku anaknya".

Bilal menjwb: "Sesungguhnya ini adalah urusan antara mrk berdua".

Bilal membawa cambuk tersebut ke Masjid lalu diberikan kepada Ukasyah.
Setelah mengambil cambuk,
Ukasyah menuju ke hdpn Rasulullah.

Tiba2 Abu bakar berdiri menghalangi Ukasyah sambil
berkata: "Ukasyah..! kalau kamu hendak memukul, pukullah aku.

Aku org yg pertama beriman dgn apa yg Rasulullah SAW sampaikan.
Akulah sahabtnya di kala suka dan duka.
Kalau engkau hendak memukul,
maka pukullah aku".

Rasulullah SAW: "Duduklah wahai Abu Bakar. Ini urusan antara aku dgn Ukasyah".


Ukasyah menuju kehdpn Rasulullah.
Kemudian Umar berdiri menghalangi Ukasyah sambil berkata:

"Ukasyah...
kalau engkau mahu mukul, 
pukullah aku.

Dulu mmg aku tidak suka mendgr nama Muhammad,
bahkan aku prnh berniat utk menyakitinya, itu dulu.

Skrg tidak boleh ada seorg pn yg blh menyakiti Rasulullah Muhammad.
Kalau engkau berani menyakiti Rasulullah, Maka langkahi dulu mayatku..."

Lalu dijwb oleh Rasulullah SAW:
"Duduklah wahai Umar.
Ini urusan antara aku dgn Ukasyah".

Ukasyah menuju kehdpan Rasulullah,
tiba2 berdiri Ali bin Abu Talib sepupu sekaligus menantu Rasulullah SAW.

Dia menghalangi Ukasyah sambil berkata: "Ukasyah, pukullah aku saja.
Darah yg sama mengalir pada tubuhku ini wahai Ukasyah".

Lalu dijwb oleh Rasulullah SAW:
"Duduklah wahai Ali,
ini urusan antara aku dgn Ukasyah" .

Ukasyah semakin dekat dg Rasulullah.
Tiba2 tanpa disangka, bangkitlah kedua cucu kesygan Rasulullah SAW iaitu Hasan dan Husen.


Mrk berdua memegangi tgn Ukasyah sambil memohon.

"Wahai Pkcik,
pukullah kami Pkcik.
Atuk kami sdg sakit,
Pukullah kami saja wahai Pakcik.

Sesungguhnya kami ini cucu kesygn Rasulullah, dgn memukul kami sesungguhnya itu sama dgn menyakIiti atuk kami, wahai Pkcik."

Lalu Rasulullah SAW berkata: "Wahai cucu2 kesyganku duduklah kalian.
Ini urusan atuk dgn Pkcik Ukasyah".


Begitu sampai di tangga mimbar,
dgn lantang Ukasyah berkata:

"Bagaimana aku mahu memukul engkau ya Rasulullah.

Engkau duduk di atas dan aku di bawah.
Kalau engkau mahu aku pukul,
Maka turunlah ke bawah sini."

Rasulullah SAW mmg manusia terbaik.
Kekasih Allah itu meminta bbrp shbt memapahnya ke bawah.
Rasulullah didudukkan pada sebuah kerusi, lalu dgn suara tegas Ukasyah berkata lagi:

"Dulu waktu engkau memukul aku,
aku tidak memakai baju,
Ya Rasulullah"

Para shbt sgt geram mendgr perkataan Ukasyah.
Tanpa ber-lama2 dlm keadaan lemah, Rasulullah membuka bajunya.
Kemudian terlihatlah tubuh Rasulullah yg sgt indah, sdg bbrp batu terikat di perut Rasulullah pertanda Rasulullah sdg menahan lapar.

Kemudian Rasulullah SAW berkata:
"Wahai Ukasyah,
Segeralah dan jgnlah kamu ber-lebih2an.
Nanti Allah akan murka padamu."

Ukasyah langsung menghambur menuju Rasulullah SAW,
Cemeti di tgnnya ia buang jauh2,
Kemudian ia peluk tubuh Rasulullah SAW seerat2nya. Sambil menangis se-jadi2nya,


Ukasyah berkata:
"Ya Rasulullah, ampuni aku,
Maafkan aku,

Mana ada manusia yg sanggup menyakiti engkau ya Rasulullah.
Sengaja aku melakukannya agar aku dpt merapatkan tubuhku dgn tubuhmu.

Seumur hidupku aku ber-cita2 dpt memelukmu. Krn sesungguhnya aku tahu bahwa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka.

Dan sungguh aku takut dgn api neraka.
Maafkan aku ya Rasulullah..."

Rasulullah SAW dgn senyum berkata:

"Wahai sahabat2ku semua,
kalau kalian ingin melihat ahli Syurga,
Maka lihatlah Ukasyah.."

Semua shbt menitiskan air mata. Kemudian para shbt
bergantian memeluk Rasulullah SAW.


Semoga dgn membaca ini bila ada air mata ini membuktikan kecintaan kita kpd kekasih Allah SWT...

Allahumma sholli 'alaa Muhammad.
Allahumma sholli 'alayhi wassalam...


Semoga Allah SWT selalu meredhai kita semua,

Aamiin...

Ayuh kita posting di WA ttg keagungan Rasulullah SAW..

Jgn smpai kisah  ini kalah popular dibanding berita yg ada saat ini,
                                                                                    

Seluruh dunia mencintai Nabi SAW.

Kami ingin mengajak 500,000,000 Selawat kpd sahabat yg mencintai Rasul Muhammad SAW.
Dgn ribuan org berzikir Smoga negara Malaysia ini dislmtkan Allah SWT
Hanya baca dan sebarkan kpd rakan2

KITA SEMUA UMAT
RASULULLAH  S A W

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

ALLAHUMMA SHALLI 'ALA MUHAMMAD,
WA 'ALA AALI MUHAMMAD,

كما صليت على سيدنا ابراهيم وعلى ال سيدنا ابراهيم

KAMAA SHALLAITA 'ALA IBRAHIM,
WA 'ALA AALI IBRAHIM,

وبارك على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

WABAARIK 'ALA  MUHAMMAD,
WA 'ALA AALI MUHAMMAD,

كما باركت على سيدنا ابراهيم وعلى ال سيدنا ابراهيم فى العالمين انك حميد مجيد

KAMAA BAARAKTA 'ALA IBRAHIM,
WA 'ALA AALI IBRAHIM,
FIL 'ALAMIN INNAKA HAMIDUM MAJID

YA ALLAAH     يا الله
YA RAHMAAN   يا رحمن
YA RAHIIM    يا رحيم
YA MALIK     يا ملك
YA QUDDUUS   يا قدوس

YA AZIIZ    يا عزيز
YA ALIIM    يا عليم
YA JABBAAR   يا جبار
YA GHANIYY   يا غني
YA LATHIIF   يا لطيف

YA KHABIIR    يا خبير
YA AWWAAL     يا أول
YA AAKHIR    يا آخر
YA BASHIIR   يا بصير
YA SHABUUR   يا صبور

YA SHAMAD    يا صمد
YA MUJIIBU  يا مجيب
YA WAAJIDU  يا واجد   
YA RA'UUF   يا رؤوف
YA QAADIR   يا قادر

YA WAAHID   يا واحد
YA HALIIM   يا حليم
YA HAYYU    يا حي
YA QAYYUUM  يا قيوم
YA SALAAM   يا سلام

YA JABBAAR   يا جبار
YA MUTAKABBIR يا متكبر
YA KHAALIQ   يا خالق
YA BAARI    يا بارئ
YA RAZZAAQ   يا رزاق


Kirim nama ALLAH kpd semua teman Muslim dan INSYA ALLAH dlm bbrp minit nanti ramai org bersama sama membaca keindahan nama ALLAH

Tlg teruskan message ini..

Anggaplah sbg sedekah Jariyah...

Jgn lupa utk menghantar kppd rakan2 anda...

Tlglah walaupun anda tak mahu membacanya,
hanya hantar kpd rakan2 yg lain..

Astaghfirullah

أستغفر الله

Astaghfirullah

أستغفر الله

Astaghfirullah

أستغفر الله

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل


Selesai membacanya, kirim kpd teman lain



TIPS TAHAN LAMA

Tips tahan lama di atas katil, walau pun usia menjelang 50-an, apa lagi org yg dah nak pencen hahaha..

Amazing...harus dibaca untuk aktiviti atas katil...tipsnya,

1. Pastikan suhu ruang bilik cukup nyaman & pasang aircond.

2. Gunakan haruman spray dan ganti sarung bantal dan cadar 3 hari sekali, agar terjaga kebersihannya.

3. Jika anda suka, boleh guna haruman aromatherapy yg lembut.

4. Letakkan keperluan penting seperti air minum, buah, buku, alat tulis serta hp dan remote control tv dan aircond, di tempat yg mudah dicapai.

5. Jika anda suka tengok tv, pastikan tv di dpan katil, pastikan remote terjangkau oleh tangan.

Jika anda lakukan semua persiapan ini, sudah pasti anda akan boleh berada di atas katil berjam-jam lamanya dengan selesa...

Jangan fikir yg bukan2 ya... sebab org yg post status ni org baik2 hahaha...
😀😄😃😬😬😬😝😜😛

KESAN BACAAN AL QURAN PADA TUBUH BADAN

r Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan di Hospital Besar Florida, Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim, sama ada mereka berbahasa Arab ataupun tidak, mampu merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

Penurunan tekanan, kesedihan, memperolehi ketenangan jiwa, menangkis pelbagai jenis penyakit, merupakan pengaruh yang boleh dirasakan oleh orang-orang yang menjadi subjek kajiannya. Penelitiannya disokong dengan bantuan alat elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, denyutan jantung, ketahanan otot dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik.

Dari hasil ujiannya, dia membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran mampu mempengaruhi sehingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit.

Dalam laporan sebuah penelitian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan hingga 97% bagi mereka yang mendengarkannya.

Kesimpulan hasil ujian tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan Universiti Boston. Subjek kajiannya telah dijalankan terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan 2 orang wanita.

Kelima-lima orang tersebut sama sekali tidak memahami bahasa Arab dan mereka juga tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkan adalah ayat Al-Quran. Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali terbahagi dua sesi, iaitu membacakan Al-Qur’an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Quran.

Kesimpulannya, responden mendapat ketenangan sehingga 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur’an dan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari ayat Al-Quran. Malah, Al-Quran juga memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada seorang bayi. Perkara tersebut didedahkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997.

Menurut kajian beliau, bayi yang berusia 48 hari yang diperdengarkan kepadanya ayat-ayat Al-Quran dari tape recorder menunjukkan respon tersenyum dan menjadi lebih tenang.

Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan nikmat yang besar kita mempunyai Al-Quran. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya juga memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.

Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ​​) seseorang, bacaan Al-Qur’an lebih dari itu. Selain IQ dan EQ, bacaan Al-Qur’an juga mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ). Maha Benar Allah yang telah berfirman; "Ketahuilah, hanya dengan mengingat Allah (zikrullah) hati menjadi tenang". QS Ar-Ra'd ayat 28.

Sumber : sentiasapanas.com

Tuesday 28 March 2017

MALAM MUSTAJAB DOA


Ahlan Wa Sahlan Bulan Rejab!
InsyaAllah malam ini adalah malam yang pertama bulan Rejab.

Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam yang diistimewakan untuk di qobulkan doa.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
“ Lima malam doanya tidak di tolak, malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jum’at, malam Hari Raya Eidul Fitri, malam Hari Raya Eidul Adha." (Al Baihaqi).

Perbanyakkan berdoa malam ini. Moga-moga Allah menerima permintaan kita.

وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ
أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا

Dan [Al-Quran] memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. Al-Kahfi {18:2}

Marilah kita memanfaatkan peluang dan kesempatan yang ada di hadapan kita dengan amalan-amalan saleh untuk meraih rahmat Allah SWT, semoga Allah memberi taufik kepada kita untuk beramal demi meraih rahmat-Nya.

Amin.

Berbantah dan Bertikam Lidah

Bilal bin Saad pernah berkata; " Jika pada suatu ketika engkau melihat seseorang yang banyak cakap,suka berbantah dan berasa bangga dengan pendapatnya sendiri,maka sudah sempurnalah kerugiannya." Ibnu Abu Laila berkata;  "Aku ini tidak suka membantah sahabatku,adakalanya aku mesti mendustakannya dan adakala aku perlu memarahinya."

Huraian dan keterangan mengenai celaan suka berbantah-bantah amat banyak dan rasanya tidak perlu dijelaskan satu persatu.Apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan berbantah-bantahan yang dilarang itu? Iaitu semua sanggahan kepada perbicaraan orang lain dengan tujuan hendak memperlihatkan kesalahan,kekurangan atau kebodohan orang itu dengan menganggapnya seolah-olah bodoh atau dia lebih tahu dan pintar. Ini adakalanya berhubungan dengan ucapannya,adakala mengenai isi yang dibicarakan dan adakalanya mengenai tujuan dari perbicaraan itu. 


Menghindarkan diri daripada berbantah-bantahan ialah dengan cara tidak menyanggah atau melawan.Oleh sebab itu, semua perkataan yang engkau dengar,sekiranya memang benar menurut perasaan  kamu,baiklah dipercayai dan sekiranya kamu anggap salah,batil ataupun dia berdusta,baiklah kamu berdiam diri sahaja,asalkan tiada kaitan dengan kehormatan agama.Inilah cara yang sebaik-baiknya.

Image result for bercakap


Apakah kewajipan kita sekarang? 

Jika terjadi perbantahan dan yang dipercakapkan itu mengenai persoalan ilmiah,baiklah berdiam diri sahaja sambil merenungkan hujah atau alasan pihak masing-masing.Kita tidak perlu mencampurinya,tetapi kita boleh memilih dan meneliti mana yang benar dan mana yang salah.Jika kita perlu bertanya tentang sesuatu perkara yang tidak kita ketahui, baiklah dilakukan,tetapi janganlah dengan nada membantah,menyamggah atau menyalahkan pendapat orang yang kita tanya itu.Lebih baik lagi jika perkara ini dilakukan dengan sikap lemah lembut dan sopan agar kita mengetahui persoalan yang sebenarnya. Bukan bermaksud untuk menjatuhkan dengan mengemukakan pertanyaan tadi.

Adapun sesuatu pertanyaan atau ucapan yang dimaksudkan untuk melumpuhkan hujah orang lain,untuk membuatnya lemah sehingga tidak dapat menjawab,ataupun dengan cara merendahkan ucapannya sehingga dapat diambil kesimpulan seolah-olah menganggapnya salah dan bodoh,maka itulah bentuk perbantahan yang dilarang dalam agama dan sangat tercela pada pandangan masyarakat.Maka untuk menghindari semua ini hendaklah berdiam diri supaya kita selamat daripada dosa dan akibatnya.Kelakuan sebagaimana diatas itu hanyalah ditimbulkan kerana perasaan yang salah iaitu semata-mata hendak menonjolkan kelebihan diri sendiri,lebih pandai,lebih utama dan lebih benar.

Selain itu ianya bertujuan untuk menyerang orang yang dianggap lawannya dengan menunjukkan kekurangan serta kebodohannya. Dua sifat diatas benar-benar merosakkan jiwa.Berbantah-bantahan itu tidak akan terlepas dari menyakiti hati orang lain,menyalakan api kemarahan dan membawa si penentang untuk mengulangi lagi perbuatannya kepada sesiapa pun.

Oleh sebab itu,sebaiknya kelakuan buruk ini dijauhi secepat mungkin,baik yang benar atau salah.Orang yang suka membantah itu akhirnya tidak lagi memperdulikan lagi ucapan-ucapan,apakah itu benar atau salah.Adapun yang penting dia ingin memperolehi kemenangan dan dianggap pandai dan cerdik.Dia akan tertipu oleh ucapannya sendiri dengan mengemukakan ganbaran yang bukan semestinya,hanya semata-mata menginginkan keunggulan dalam berdebat.Jika ini terjadi,maka pasti akan timbul persengketaan dan pertikaman lidah yang amat sengit antara orang-orang yang berbantah-bantahan tadi.

Sebagai penawar,seseorang itu mestilah menghilangkan sifat yang akan menimbulkan perbantahan iaitu sifat bongkak dan takabbur yang hanya ingin memperlihatkan bahawa dirinya lebih utama dan lebih penting. Perkara ini juga berpunca dari sifat kebinatangan yang sentiasa menganggap orang lain rendah dan kurang.


Wallahu A'lam
Semoga bermanfaat 

Apa Maksud ‘Rejab’

*1 REJAB 1438H = 29 Mac 2017*

*اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ*
“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”

*#1 – Apa Maksud ‘Rejab’?*

‘Rejab’ bererti keagungan, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah s.w.t.

*#2 – Mengapa Bulan Ini Diagungkan?*

Ini kerana ia termasuk dalam 4 bulan suci dan mulia yang diharamkan berperang atau bersengketa dalam Islam. Bulan ini adalah bulan aman, damai dan selamat. Seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud;

_“Sesungguhnya, bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan, (sepertimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang di dalamnya (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu…”_
Surah at-Taubah:36

*#3 – Adakah Terdapat Peristiwa Penting Dalam Bulan Rejab?*

Ya. Antara peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab ialah peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab.

Juga berlakunya Perang Tabuk, peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah s.a.w.
Selain itu, pada bulan Rejab juga berlakunya hijrah pertama dalam Islam.

*#4 – Apa Yang Boleh Dilakukan Dalam Bulan Rejab?*

Digalakkan kepada kita umat Islam untuk memperbanyakkan berzikir, istighfar, berpuasa serta melakukan amal kebajikan dalam bulan Rejab.

Juga digalakkan untuk kita melazimkan doa berikut;

“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”

*#5 – Apa Keistimewaan Bulan Ini?*

Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam dikabulkan doa sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

_“Lima malam doa tidak ditolak, iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jumaat, malam Hari Raya Eidulfitri, malam hari raya Eiduladha.”_
Hadis Riwayat Al-Baihaqi.

*#6 – Adakah Terdapat Ayat Al-Quran Yang Menyebut Mengenai Bulan Rejab?*

Al-Quran tidak menyebut secara terperinci mengenai bulan Rejab dan kelebihannya. Akan tetapi terdapat dua surah al-Quran yang menyebut mengenainya secara tidak langsung, iaitu surah al-Baqarah ayat 194 dan 217 dan surah at-Taubah ayat 2, 36 dan 37.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca untuk merebut keistimewaan bulan Rejab yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Bahkan, bulan Rejab ini juga menjadi penanda aras atau tanbih (ingatan) kepada umat Islam agar bersedia untuk menghadapi bulan Ramadan; bulan yang di dalamnya terkandung 1001 rahmat dan maghfirah (keampunan) daripada Allah s.w.t. Wallahua’lam.

KONGSIKAN TAZKIRAH INI

Monday 27 March 2017

Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz :Tiga doa yang janganlah kau lupakan di dalam sujud !!!

Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz -semoga Allah merahmatinya- berkata :
Merupakan 3 doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud


Image result for doa ketika sujud

1. Mintalah diwafatkan dalam keadaan khusnul khotimah ١. اللهم إني أسألك حسن الخاتمةAllahumma inni as'aluka husnal khotimah

Artinya : " Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah "


2. Mintalah agar kita diberikan kesempatan Taubat sebelum wafat ٢. اللهم ارزقني توبتا نصوحا قبل الموتAllahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut

Artinya: " Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat "


3. Mintalah agar hati kita ditetapkan di atas Agamanya. ٣. اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينكAllahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi 'ala diinika

Artinya: " Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU " Kemudian saya sampaikan, jika kau sebarkan perkataan ini, dan kau berniat baik denganya, maka semoga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.



Sunday 26 March 2017

Selawat Ibrahimiyah dalam bacaan Tahiyyat Akhir

Setelah Allah SWT menciptakan Adam a.s., kalimah pertama yang dilihat oleh Nabi Adam adalah 'Laa ilaaha illallaah, Muhammad Rasuulullah'.

Lalu Nabi Adam bertanya tentang siapakah Muhammad itu? Lantas Allah menjawab, Muhammad SAW adalah penutup segala nabi dan rasul, serta insan paling mulia diantara semua (rasul). Umatnya juga diberi banyak kemuliaan berbanding umat-umat yang lain.
Diceritakan bahawa Nabi Adam a.s. berkata, "Sesungguhnya Allah memberi 4 kemuliaan kepada umat Muhammad SAW yang tidak diberikan kepaduku, iaitu:

1. Penerimaan taubatku di Makkah, sedangkan umat Muhammad boleh bertaubat dimana-mana tempat.

2. Aku berpakaian ketika aku melakukan dosa. Kemudian Allah menjadikanku telanjang bulat. Sedangkan umat Muhammad tetap diberi pakaian, walaupun dia derhaka kepada Allah dalam keadaan bertelanjang.

3. Ketika aku berbuat dosa, Allah memisahkan aku dan isteriku (Adam dikaki gunung Himalaya, Hawa di Jeddah). Sedangkan umat Muhammad yang berbuat dosa tidak dipisahkan dari isterinya.

4. Aku berbuat kesalahan di syurga. Lalu Allah mengusirku dari syurga ke dunia. Sedangkan umat Muhammad berbuat dosa diluar syurga, Allah tetap memasukkan mereka ke syurga apabila mereka bertaubat. Umat Nabi Muhammad SAW Menyedari ketinggian darjat Nabi Muhammad SAW di sisi Allah SWT, Nabi Adam a.s. memohon kepada Allah agar diberi anugerah iaitu cukuplah sekadar menjadi umat Nabi Muhammad SAW, namun permintaannya ditolak Allah SWT. Begitu juga dengan nabi-nabi lain seperti Nabi Musa a.s.

Sehinggakan Allah SWT sendiri menegur sikap Nabi Musa a.s. agar reda dengan apa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya. Dalam banyak-banyak nabi yang memohon untuk menjadi umat Nabi Muhammad SAW, hanya ada seorang nabi sahaja yang Allah perkenankan permohonannya. Dia ialah Nabi Ibrahim a.s.

Secara dasarnya, Allah SWT tidak memperkenankan permohonan Nabi Ibrahim a.s. untuk menjadi umat Nabi Muhammad SAW, tetapi Allah menjanjikan kepada Nabi Ibrahim a.s. yang Rasulullah SAW akan lahir daripada salasilah keturunannya.

Nama Nabi Ibrahim a.s. juga akan meniti dibibir umat Nabi Muhammad SAW, iaitu akan selalu disebut-sebut oleh umat baginda Rasulullah SAW. Maka, sebab itulah kita disunatkan untuk menyebut nama Nabi Ibrahim a.s. dalam solat lima waktu, semasa bacaan tahiyat akhir seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada Nabi Ibrahim a.s.

Image result for tahiyat akhir


Selawat Ibrahimiyah adalah selawat yang dibaca pada separuh kedua dalam bacaan Tahiyyat Akhir di dalam solat. Selawat Ibrahimiyah dalam Tahiyat Akhit adalah:

1. Mazhab Syafie. Imam syaraf An-Nawawi: Syarah Muslim (4/123): Kita hanya perlu membaca selawat atas nabi sahaja. Selawat atas keluarga baginda dan selawat Ibrahimiyah adalah sunat.

2. Mazhab Imam Maliki dan Imam Hanafi. Sunat hukumnya selawat ini baik atas Nabi SAw, keluarga dan ke atas Nabi Ibrahim a.s.

3. Mazhab Imam Hambali. Wajib selawat ke atas Nabi SAW, keluarga dan selawat Ibrahimiyah. Begitu besar penghargaan yang Allah berikan kepada Nabi Ibrahim, sehingga selawat kepadanya di syiarkan dalam solat kita.

Image result for tahiyat akhir

Selawat ini menggabungkan dua ucapan salam dan hormat ke atas kedua-dua Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim a.s. Lafaz selawat ini sebagus-bagus, selengkap-lengkap dan sesempurna lafaz ke atas junjungan Nabi SAW. Sebab itu selawat ini ditentukan bacaannya di dalam solat.

Ibnu Taimiyyah berkata, "Selawat yang paling sempurna untuk Rasulullah adalah selawat Ibrahimiyah."


Saturday 25 March 2017

Jadi pengikut Firaun ke, atau pengikut Nabi Musa?

Ustaz : Kalau kita hidup zaman Firaun agak-agak kita jadi pengikut Firaun ke, atau pengikut Nabi Musa?

Jemaah : Tentulah Nabi Musa.

Ustaz : Yakin?

Jemaah : Yakinnnnn.

Ustaz : Tapi yang membangunkan Mesir, Firaun. Yang bina piramid, Firaun. Yang terKAYA, Firaun. Yang ada kuasa tentera, Firaun. Yang bole beri PERLINDUNGAN Firaun. 

Yang boleh sediakan MAKANAN MINUMAN, Firaun. Yang bole sediakan HIBURAN, Firaun. Yang buat shopping complex, Firaun.Musa cuma pengembala kambing. Senjata dia pun tongkat je. Yakin?
Jemaah : »»dah mula diam««


Image result for firaun
Ustaz : Dah la keje cuma jaga kambing, tau-tau ajak kita redah laut tak guna sampan. Yakin ke kita nak ikut Musa ni?
Dasyat Ustaz ni perli kita.


Betapa manusia zaman Firaun dan zaman kita TIDAK BANYAK BEZA.
Kita di zaman ini masih lagi lebih percayakan pada harta, kedudukan, duit dan pengaruh.


Kebenaran kita akan tolak bila terkena orang yg berpengaruh & orang yg kita idolakan.


Friday 17 March 2017

Hadis Palsu

Beberapa Hadis Palsu yang tersebar dalam masyarakat

الحمدلله رب العالمين و الصلاة و السلام علي أشرف الأنبياء و المرسلين وعلي آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلي يوم الدين ، أما بعد :

Al-Hamdulillah kita bersyukur kepada Allah swt kerana kita merupakan umat yang terpimpin. Hidup kita terpimpin dengan al-quran dan hadis nabi saw. Jika keadaan ini berterusan, Insyaallah kita akan selamat dan tidak akan sesat selama-lamanya. Namun akhir-akhir ini kedapatan hadis-hadis nabi saw disebarkan dalam masyarakat kita sedangkan sebenarnya ia bukan hadis atau hadis tersebut dipertikaikan statusnya.

Image result for hadis palsu
Dalam kesempatan ini saya ingin mengingatkan beberapa hadis nabi yang dipertikaikan telah disebar secara meluas dalam masyarakat kita. Semoga dengan usaha yang tidak seberapa ini saudara dan saudari dapat mengetahui status hadis-hadis yang disebarkan. Berikut adalah contoh-contoh hadis maudhu’ (palsu) yang tersebar 
dalam masyarakat kita.







1- أطلبوا العلم ولو بالصين
Maksudnya: “Tuntutlah ilmu pengetahuan itu walau di negeri Cina sekalipun”.(Hadis ini banyak dalam kitab, namun ulamak menghukumkannya maudu’) Lihat Al-Samhudi. Al-Ghummaz min al-Lummaz.

2- أنا مدينة العلم وعلى بابها Maksudnya: “Saya adalah bandar ilmu dan Ali adalah pintunya”.(Ulamak menghukumkannya maudu’, walaupun ada sebahagian mereka menghukumkan doef) Al-Bani. 2001. Silsilat al-Ahadith al-Dhoefah wa al-Mawdu’ah; Al-A’jluni. 1997. Kasyfu al-Khafa’ ; al-Suyuti. Al-Laali’ al-Masnua’h fi al-Ahadith al-Mauduah..

3- Hadith bermaksud: “Jika isteri berkata kepada suami belum pernah aku dapat merasa kebaikan darimu maka bererti gugur amalnya”. Al-Bani. Silsilah al-Ahadith al-Dhoefah wa al-Mawdhua’h.

4- Hadith bermaksud: “Apabila masuk bulan Syaa’ban perbaikilah niat kamu kerana bulan Syaa’ban atas bulan lain seperti kelebihanku atas para nabi”. Ibn H.ajar mengatakan bahawa Hadis ini mawdu’ kerana al-Saqt.-i, salah seorang perawinya terkenal sebagai pemalsu hadis dan pereka sanad (تركيب الأسانيد). Perawi-perawi lain dalam sanad ini sama sekali tidak pernah meriwayatkan hadis ini. Jadi jelaslah bahawasanad dan hadis ini adalah rekaan al-Saqt.-i. (Ibn Hajar. Abu Fadl Ahmad Bin Ali al-Asqalani. 1988. Tabyin al-a’jaib bima wurid fi fadl Rajab. Dar al-Kutub Ilmiah Bairut.).

5- Hadith bermaksud: “Dinamakan Syaa’ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak”. Al-Bani. Silsilah al-Ahadith al-Dhoefah wa al-Mawdhuah. Jil 7 

6- Hadis: “Barang siapa meringan-ringankan dan melalaikan akan sembahyang lima waktu yang difardhukan, disiksa oleh Allah dengan lima belas macam siksa. Enam siksa sewaktu di dunia ( semasa hayat ), tiga siksa sewaktu hampir ajalnya (matinya), tiga selama di kuburnya dan tiga siksa sewaktu berjumpa kelak dengan Tuhannya di hari berbangkit. Para Sahabat bertanya , apakah siksa yang didapatinya semasa di dunia, kata Nabi S.A.W. Hilang berkat umurnya. Hilang berkat rezekinya. Dihilangkan Allah tanda orang soleh pada mukanya. Tidak diakui ia masuk golongan Islam. Segala amal baiknya yang dikerjakannya tidak ia memperoleh pahala. Doanya tertolak. Al-Zahabi. Muhammad Bin Ahmad Uthman. 1963. Mizan I’tidal fi naqd Rijal. Dar al-Ihya’ al-Babi al-Halabi Kaherah.

7- Kitab Dosa-dosa besar oleh Haji Abu Bakar Ya’qub, hlm 7. Poster-poster yang tergantung di dinding masjid.
8. حب الوطن من الإيمان Maksudnya: “Cintakan negara separuh daripada Iman” Al-Zahabi. Muhammad Bin Ahmad Uthman. 1963. Mizan I’tidal fi naqd Rijal. Dar al-Ihya’ al-Babi al- Halabi Kaherah.

9. من جلس فى طلب العلم حر آباءه وأمه وجدهفى القبر Maksudnya: “Sesiapa yang duduk menuntut ilmu seolah-olah dia membebaskan ibu bapa dan datuknya dari siksaan kubur”. Al-A’jluni. Kasyfu al-Khafa’. Jil 1

10. Hadith bermaksud “Anak seorang yang hafiz boleh memberi 
syafaat 40 orang”. Al-A’jluni. Kasyfu al-Khafa’. . 11. الفكرة نصف العبادة Maksudnya: “Berfikir satu perdua daripada ibadah”. 12. Hadith bermaksud “Tiap isteri yang keluar rumah tanpa izin suaminya dikutuk oleh malaikat di langit dan apa saja yang dilaluinya selain manusia dan jin sehingga kembali ke rumah”. Hadis ini dihukumkan palsu oleh beberapa ulama seperti Ibn Arra-q, Ibn T.a-hir al-Maqdis-i dan al-Muna-w-i. Sebabnya adalah kerana dalam sanadnya terdapat Ibra- h-im b. Hudbah, dia dituduh pendusta oleh Ibn Ma’in, Al-i b. Tha- bit dan al-Dhahab-i.(al-Kannani. 1981.Tanzi-h al-shari-ah. ; al-Muna-wi-. Abd Rauf Bin Taj al-A’rifin. 1972. Fayd. al-Qadi-r. Dar al-Ma’rifah Bairut.)

13. Hadith bermaksud “Barang siapa yang memenuhi hajat dari peminum arak, tak ubahnya ia meruntuhkan agama Islam”. Hadith ini tidak ada asalnya, ternyata ia adalah mawdu’ kerana terdapat unsur-unsur mubalaghah.

14. Diriwayatkan oleh Saidina Ali (r.a) daripada Rasulullah S.A.W. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W tentang fadhilat (kelebihan)sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadhan: 

Malam 1 : keluar dosa-dosaOrang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah. 
Malam 2 : diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman). 
Malam 3 : berseru malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau. 

Malam 4 : memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa. Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitil Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf) serta batu-batu dan tanah- tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan nabi Musa serta menolong nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman. 
Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada nabi Allah Ibrahim Alaihissalam. 
Malam 9 : Allah mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W. 

Malam 10 : Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 : keluar ia daripada dunia ( mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan. 
Malam 12 : datang ia pada hari Qiamat dalam muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya) Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 : datang malaikat menyaksikan ia sembahyang terawih , serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat. 
Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakanya supaya Allah mengampunkannya. 
Malam 16 : Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga. 

Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala nabi-nabi. 
Malam 18 : Seru malaikat :Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau ( yang masih hidup atau mati) 
Malam 19 :Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus. 

Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin. 
Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur. Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-taip dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di padang Mahsyar). 

Malam 23: `Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada nur. 
Malam 24 : ` Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini (elok sekali berdoa ketika dalam sujud). Malam 25: Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur. 

Image result for hadis palsu


Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat. 
Malam 27: Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian siratol mustaqim seperti kilat menyambar. 
Malam 28: Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat. 

Malam 29: Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur. 
Malam 30: Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali ,lalu ber Firman: “Hai hambaku : makanlah segala jenis buah–buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila,serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bernama Al- Kauthar”. 

Terdapat tanda-tanda mubalaghah dalam hadith ini yang menunjukkan hadith mawdu’. 15. من زار عالما فكانما زار بيت المقدس محتسبا وحرام لحمه وجسده على النار ومن أدرك مجلس عالم فليس عليه فى القيامة شدة ولاحساب 

Maksudnya: “Sesiapa menziarahi orang alim seolah-olah ia menziarahi Baitul Maqdis hal keadaan mengira-ngira (untuk dapatkan pahala) ia dan mengharam oleh Allah akan dagingnya dan tubuhnya atas api neraka dan barang siapa mendapat ia akan majlis orang alim maka tiada atasnya kesengsaraan huru hara pada hari kiamat dan tidak dihisab”.[1] 

16. Hadith bermaksud “Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku dan Bulan Ramadan bulan umatku” Dalam sanad Hadis ini terdapat Al-i b. Abd Allah b. Jahdam al-Suda-’-i yang lebih dikenali dengan nama Ibn Jahdam, dia dituduh pendusta. Sedangkan beberapa perawi lainnya dalam sanad ini tidak dikenali, bahkan beberapa ulama Hadis mengatakan bahawa barangkali mereka belum lagi dilahirkan (لعلهم لم يخلقوا). 

Hadis ini telah dihukumkan palsu oleh Ibn al-Jawz-i, Ibn Qayyim, Ibn H.ajar, al-Suyu-t.-i dan lain-lain. (Ibn al-Jawzi-. al-Mawd.u-a-t; Ibn Qayyim. al-Mana-r al-muni-f. ; Ibn H.ajar. Tabyi-n al-a’jaib; al-Suyu-t.i-. al-La’a-li’). 

17- Hadith bermaksud “Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga Firdaus. Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya. Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan). Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah dajjal di hari Qiamat. 

Puasa tujuh hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya tujuh pintu neraka. Puasa lapan hari pada bulan Rejab dibuka padanya lapan pintu syurga”. Dalam sanad al-Bayhaq-i terdapat beberapa perawi yang dhoe’f, amat dhoe’f dan seorang yang dituduh meriwayatkan hadith palsu daripada perawi thiqah. 

Antaranya adalah Uthman b. Mat.ar, dia dhoe’f menurut Abu- Hatim, al-Nasa-’-i, al-Dhahab-i dan Ibn H.ajar. Abu- Salih. Abd al-Ghafu-r al-Wa-sit.-i, menurut al-Bukha-r-i mereka meninggalkannya dan hadithnya munkar (تركوه وهو منكر الحديث). Ibn A’diy berkata: Dia dhoe’f dan hadithnya munkar (ضعيف منكر الحديث). 

Al-Nasa’i berpendapat dia متروك الحديث. Ibn H.ibba-n pula menyatakan bahawa dia meriwayatkan hadith-hadith palsu daripada perawi thiqah(كان يروي الموضوعات عن الثقات). Al-Bayhaq-i yang meriwayatkan hadith ini hanya mengatakan bahawa sanadnya dhoe’f, akan tetapi Ibn H.ajar yang kemudian diikuti oleh al-Kannani menghukumkannya dengan palsu. (al-Bayhaqi-. Abu Bakar Ahmad Bin al-Husayn Bin A’li al-Naisaburi. 1990. Fadh.a-’il al-awqa-t. Maktabah al-Manarah Makkah.; al-Haythami-. Nur al-Din Ali Bin Abi Bakar. 1982. Majma’ al-zawa-’id. Dar al-Kutub al-A’rabi Bairut; Ibn H.ajar.Tabyi-n al-a’jab; Al-Kannani. Tanzi-h al-shari-a’h; al-Dhahabi-Muhammad Bin Ahmad Bin Uthman. T. Tarikh.Mi-za-n al-I’tida-l. Dar Ihya’ al-Kutub al-A’rabi Mesir; Ibn H.ibba-n. Muhammad Bin Hibban Bin Abi Hatim al-Busti. 1975. al-Majru-h.i-n minal-Muhaddithin wa al-dhua’fa’ wa al-matrukin. Dar al-Wa’yi Halab. 

18 أيما إمرأة كلحت فى وجه زوجها فهى فى سخطالله الى أن تضا حكمه وتسترضيه Maksud “Siapa saja seorang isteri bermuka muram di muka suaminya, maka dia di dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang dan gembira kepada suaminya dan mohon kerelaannya”. Hadith ini dihukumkan palsu kerana ia tidak terdapat di dalam sumber kitab-kitab hadith dan sanadnya tidak dijumpai. Demikianlah beberapa hadis yang dipertikaikan telah tersebar dalam masyarakat kita. Semoga kita semua terselamat daripada memperkatakan sesuatu hadis yang tidak disebut oleh Rasulullah SAW.

Sekian Wallahu A’lam.

Disediakan oleh:Dr. Mohd Fauzi Mohd AminSekretariat MUIS

Saturday 11 March 2017

Doa Penyembuh Penyakit Jantung Yang Lemah Dan Masalah Penyakit Dalaman

Surah Ad-Dhuha adalah surah yang ke 93 dalam Al-Quran terdiri dari 11 ayat. Surah ini termasuk golongan surah Makkiyah dan diturunkan sesudah surah Al-Fajr. 

Nama Adh Dhuhaa diambil dari kata yang terdapat pada ayat pertama, yang ertinya "waktu matahari sepenggalahan naik".
Surat Adh-Dhuhaa, menerangkan tentang bimbingan pemeliharaan Allah SWT terhadap Nabi Muhammad SAW dengan cara yang tak putus-putusnya dan mengandung pula perintah kepada Nabi supaya mensyukuri segala nikmat itu.

Image result for Surah Ad-Dhuha


Penyembuh Sakit Jantung Dan Sakit Dalam Badan.

Dibaca sebagai doa penyembuh penyakit jantung yang lemah dan masalah penyakit dalam badan - dibaca 25 kali pada segelas air dan diminum oleh orang yang sakit. InsyaAllah. Lakukan selepas setiap kali solat wajib.

Diantara khasiat surah Ad-Dhuha adalah:-

1. Doa untuk perlindungan rumah- Dibaca 7x selepas solat subuh dan 7x selepas solat maghrib.
2. Doa murahkan rezeki - hari Jumaat, sembahyang sunat dhuha lepas itu baca surah dhuha 7x dan sambung dengan Ya- Ghani.
3. Doa untuk terang hati baca 40x sehari selama 41 hari.

Terjemahannya.

1. Demi waktu Dhuha.

2. Dan malam apabila ia sunyi-sepi.

3. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

4. Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

5. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati).

6. Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan?

7. Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)?

8. Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan?

9. Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

10. Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

11. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.



Monday 6 March 2017

SOLAT TAUBAT

Solat taubat Kena buat selalu.Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih. Pastu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati mcm seronok.Tak nak lagi buat dosa-dosa lama. Haa.. tu inshaALLaH tanda taubat ALLaH dah terima.

Solat ni elok buat malam-malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam.

Bersihkan diri. Amek wudhu.
Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).
Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu bebetul tenang.. Pastu baru niat..

أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Ussoli sunnatan taubati rok 'ataini liLLaHi Ta'ala

[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]

Baca do'a Iftitah dan al-Fatihah mcm biasa.

Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x
(Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)

Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x
Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do'a Nabi Yunus a.s.

"La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”

Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut suka.

Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.. Kita berada dlm keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama..

Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.
Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yg panjang sikit..

AstaghfiruLLaHhal'adziim /
AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih.

Baca seberapa banyak yg kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah...

Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do'a.. Bila berdo'a, kita kena bebetul menyesal dgn dosa2 kita.. Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita..

Sebagai permulaan, guna do'a sendiri dlm bahasa melayu.. Luahkan apa yg terbuku kat hati tu.. Menangislah.. Merayulah.. Mohon ALLaH ampunkan dosa tu.. Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dgn ALLaH..

Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.. Kejap lagi kita mati.. Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLaH?

Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pon takpa.
Dah selesai berdo'a, tutup do'a kita tu dengan;

Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar
Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita..

Tengok apa yg boleh kita perbaiki lepas ni.

Imam al-Ghazali ada cakap..

Tanda hati kita sudah mula hitam,
[1] bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
[2] hilang kemanisan beribadah
[3] hati tak makan nasihat

*SUAMI*

Suami adalah pelengkap kehidupan seorang wanita. Ada yang sempat bergelar isteri merasai nikmat dan ujian berumahtangga dari Allah. Ada yang ditangguhkan jodohnya hingga satu saat nanti di jannah.

Namun satu perkara yang pasti bak kata Imam al-Ghazali : "Cintailah sesiapa pun yang engkau mahu cintai.. namun ketahuilah suatu saat nanti engkau pasti akan berpisah dengannya.."_

Image result for suami

*Suami.*

1. Seorang Lelaki yang kita kasihi.. yang kita cintai.. yang adakalanya buat kita kecewa. Ada kalanya kita memarahi dan meleterinya bagai terlupa kita juga tidak sempurna.._


*Suami..* 

2. Insan yang paling tahu susuk tubuh kita.. yang paling tahu buruk kerenah kita.. namun ia tidak ambik kisah semuanya.. dileteri dan dimarahi.. Dia tetap menerima kita  seadanya._

*Suami..* 

3. Dia bukan milik kita.. Dia dipinjamkan oleh Allah sebagai jodoh kita didunia ini.. Mungkin jugak kita akan berkongsi kasih dgn wanita lain.. itu semuanya ketentuan Allah.. Dia milik Allah yg mutlak.. Allah berhak  merancang perjalanan hidupnya sebegitu_

4. Dia akan pergi suatu hari nanti.. Disaat itu, kita akan tersenyum mengenangkan kebahagiaan kita mengharungi susah payah dengannya atau kita akan menangis mengenang kegagalan kita memanfaatkan masa-masa bersamanya...?_

5. Hargailah seorang insan bernama SUAMI.. Biar siapa pun dia.. Dia bukanlah insan yg sempurna saperti Nabi Muhammad SAW.. Kita juga harus sedar kita jugak tidak sesempurna Siti Khadijah... Terimalah dia seadanya.. 

Carilah kelebihannya.. jangan diungkit keburukanya kerana Dia adalah anugerah (jodoh) Allah kpd kita.. Suami adalah  lubuk pahala kita setiap masa agar memudahkan kita memasuki SYURGA Allah utk Isteri-isteri Yang Solehah.._
Aamiin..

#Ust. Siti Norbahyah

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tiga Sifat Mendapat Jaminan Syurga

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَا زَعِيمٌ بِبَيْتٍ فِي رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا وَبِبَيْتٍ فِي وَسَطِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْكَذِبَ وَإِنْ كَانَ مَازِحًا وَبِبَيْتٍ فِي أَعْلَى الْجَنَّةِ لِمَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ

Dari Abu Umamah ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Aku akan menjamin rumah di tepi syurga bagi seseorang yang meninggalkan perdebatan meskipun dia benar. Aku juga menjamin rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan pendustaan meskipun bersifat gurau, Dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi seseorang yang berakhlak baik." (HR Abu Daud No: 4167) Status: Sanad Sahih

Pengajaran:

Rasulullah memberikan jaminan syurga kepada mereka yang memiliki sifat-sifat berikut:

1.  Meninggalkan perdebatan walaupun dia dipihak yang benar.

a.  Orang yang berdebat @ berbantah-bantahan, akan berusaha mengalahkan lawannya dengan berbagai cara seperti mencela, memperleceh dan menghina lawannya dan menunjukkan keegoan untuk mempertahankan pandangannya.

b.  Tidak semua perdebatan dilarang. Contoh yang dibenarkan ketika mempertahankan aqidah. Walaubagaimanapun berdiskusi itu lebih baik.

2.  Meninggalkan perbuatan berbohong meskipun bersifat gurauan.
(Islam menuntut kejujuran dalam pertuturan mahupun penulisan)

3.  Berakhlak baik
(Berbudi pekerti mulia ketika berinteraksi dan  berhubungan dengan kawan dan lawan)

Milikilah sifat yang Rasulullah SAW memberi jamin syurga. Orang yang meninggalkan perdebatan, rumahnya ditepi syurga. Orang yang meninggalkan pendustaan, rumahnya ditengah syurga. Orang yang berakhlak baik, rumahnya paling tinggi di syurga.

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia

LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH

*1.Rezeki Yang Telah Dijamin.*

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).

*2. Rezeki Kerana Usaha.*

‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39).

*3. Rezeki Kerana Bersyukur.*

‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7).

*4. Rezeki Tak Terduga.*

‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

*5. Rezeki Kerana Istighfar.*

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

*6. Rezeki Kerana Menikah.*

‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32).

*7. Rezeki Kerana Anak.*

‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31).

*8. Rezeki Kerana Sedekah.*

‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).

TAHUKAH ANDA?

🐪 Sdh tahukah anda bahwa Rasulullah tdk pernah meninggalkan sholat berjamaah, sejak shalat diwajibkan malam isra miraj hingga shalat terakhir dalam hidup beliau?

🐪 Tahukah anda bahwa banyak di antara para ulama yg seumur hidupnya tidak pernah shalat fardhu sendirian dan selalu berjamaah sampai akhir hayat mereka?

🐪 Tahukah anda bahwa diantara mereka ada yg rela walaupun harus membayar orang demi menemani shalat berjamaah?

🐪 Tahukah anda bahwa ada sebagian ulama yg pernah menangis selama 40 hari krn merasa rugi yg amat mendalam sebab tertinggal satu sholat fardhu berjamaah saja?

🐪 Tahukah anda bahwa bila anda shalat berjamaah maka sholat anda dapat dipastikan diterima oleh ​اَللّهُ ?

🐪 Tahukah anda bahwa khusus utk shalat isya dan subuh berjamaah berpahala seperti shalat setengah malam dan semalam suntuk?

🐪 Tahukah anda bahwa org yg shalat subuh berjamaah,  maka dihari itu kehidupannya dibawah perlindungan ​اَللّهُ ? Artinya, bila ada org yg mengusiknya maka dia berurusan langsng dgn ​اَللّهُ ?

🐪 Tahukah anda bahwa krn begitu sakralnya shalat berjamaah sehingga dalam madzhab hanafi difatwakan bahwa hukum shalat berjamaah adalah wajib?
🐪 Tahukah anda bahwa dalam madzhab kita asysyafi'i shalat berjamaah hukumnya fardhu kifayah sehingga bila dalam sebuah perkampungan penduduknya, tdk ada yg shalat berjamaah, maka sekampung itu, berdosa semua krn meninggalkan berjamaah dan bukan karena meninggalkan shalat?

🐪 Tahukah anda bahwa setan akan leluasa berkuasa di sebuah perkampungan, bila penghuninya tdk ada yg sholat berjamaah?
Tahukah anda bahwa dalam suatu hadits, Rasulullah sempat mengancam bahkan Rasulullah gregetan kepada org yg meninggalkan shalat berjamaah hingga berkeinginan membakar rumah mereka?

🐪 Tahukah anda bahwa sahabat Ibnu masud ra,pernah mengatakan "kami saksikan saat Nabi Muhammad masih hidup tidak seorangpun, ada yg  meninggalkan sholat berjamaah kecuali hanya org2 munafik tulen"?

🐪 Tahukah anda bahwa bila anda menyebar info ini maka anda tdk akan rugi atau menjadi hina, malahan, insya ​اَللّهُ  akan berpotensi mendapat kebaikan yg tak terhingga? Smg mendapat hidayah bersama. آمين يا رب العالمين. ...
Semoga bermanfaat.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...