Tuesday 28 March 2017

MALAM MUSTAJAB DOA


Ahlan Wa Sahlan Bulan Rejab!
InsyaAllah malam ini adalah malam yang pertama bulan Rejab.

Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam yang diistimewakan untuk di qobulkan doa.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
“ Lima malam doanya tidak di tolak, malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jum’at, malam Hari Raya Eidul Fitri, malam Hari Raya Eidul Adha." (Al Baihaqi).

Perbanyakkan berdoa malam ini. Moga-moga Allah menerima permintaan kita.

وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ
أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا

Dan [Al-Quran] memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. Al-Kahfi {18:2}

Marilah kita memanfaatkan peluang dan kesempatan yang ada di hadapan kita dengan amalan-amalan saleh untuk meraih rahmat Allah SWT, semoga Allah memberi taufik kepada kita untuk beramal demi meraih rahmat-Nya.

Amin.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...