Sunday 31 December 2017

SYUKUR

ASSALAMUALAIKUM .....

Malam tadi, ketika minum kopi,  saya merasa sedikit pahit.. Namun tetap juga lah saya minum..

Dan pada ketika air kopi tinggal suku, baru lah saya perasan, saya lupa kacau kopi dan susunya..

Apabila saya kacau, kopi yang tinggal suku itu, terasa sangat manis pula..  Terlalu manis sehingga tidak mampu saya telan..

Agaknya itu lah resam hidup.. Ada kalanya kita lupa, yang 'manis' itu ada di dasar.. Perlu dicari.. Dan kiranya kita malas mencari, maka hanya pahit lah yang dapat kita nikmati..

Ada waktunya juga pada ketika teringat berkenaan 'manis' itu, segalanya sudah terlewat..

Mujur lah Allah sudah membantu 'membancuh' hidup kita antara yang pahit dan manis.. Kerana hidup pasti kurang maknanya kiranya hanya berkenaan yang pahit-pahit saja.. Atau yang manis-manis saja..

Makanya, hirup lah udara dengan senyuman dan tak perlu hiraukan sangat apa orang nak kata dan umpat belakang kita.. Sebab memang kita manusia tidak-lari dari ketidaksempurnaan  !!

Ucap lah Syukur Alhamdulillah untuk satu lagi peluang kita menghirup udara di bumi Allah swt

Salam Sejahtera...
Salam Ukhawah...
Salam perjuangan..
Salam kasih sayang..
Salam persahabatan...
Salam segalanya....

Buat akhirnya,maaf zahir batin untuk tahun 2017🌺❤🌺Semoga tahun 2018 menjadi tahun yg lebih baik bagi kehidupan kita.

Friday 29 December 2017

ADA SAHABAT BERMACAM- MACAM

Ada sahabat... dia macam garam. Nampak kecik. Harga pun murah je macam takde nilai sangat. Tapi, bila garam takde, masak apa pun jadi huru hara. (tak sedap, tawar) Sahabat macam ni wajib ada dalam kitaran harian.

Ada sahabat... dia macam gula. Sedap sangat bila ada. Tapi kalau terlebih, boleh pening kepala. Kencing manis naik. Tapi... tetap tak boleh, kalau tak ada. Nanti ketar badan pulakk. Biasanya sahabat kita yang nakal-nakal suka buat orang kancing gigi.😁😁😁

Ada sahabat... dia macam beras. Wajib ada, kalau takde, tak puas makan. Macam tak kenyang. Mesti kena ada jugak dalam sehari tu walau sikit. Biasanya dialah penasihat kita, peguam, cikgu, doktor, tukang masak, tukang sapu.

Ada sahabat... dia macam desert. Tak perlu selalu ada, tapi selalu kita akan teringin-ingin. Tercraving-craving... terleleh-leleh air liur gitu. Muncul sesekali tapi impact bermakna.

Ada sahabat... dia macam sayur. Kita tak berapa suka nak makan. Tapi kita tau, sayur tu elokkkkkk sangat untuk kesihatan kita yang ni biasanya yang Ustaz atau Ustazah ☺

Walau kategori mana pun anda berada semuanya saling melengkapi hidup ini. Semuanya penting

Terima kasih atas jalinan persahabatan kita dan semoga kita ikhlas bersahabat kerana Allah 😍😎😎😀
#jgn mkn kawan
#jgn tikam kawan
#jgn kencing kawan kawan
#jgn tikam kwn kt blkg
#jgn aniaya kawan
#barulah namanya KAWAN💪👌👍
*SAHABAT BIAR SAMPAI SYURGA*👍🤣😁😝

Monday 25 December 2017

3 PESANAN BUAT IBU BAPA

3 PESANAN buat ibu bapa yang hantar anak ke sekolah awal tahun nanti.

1. JANGAN parking sesuka hati. Sikap ini kita kena ubah. Kenapa nak sangat parking depan pintu pagar utama? Malah kalau boleh nak parking kereta dalam kelas anak terus!

Jom ubah. Parkinglah jauh sedikit tak apa asal tidak mengganggu laluan. Banyak keuntungan parking jauh ni. Kita boleh luang masa lama sikit berjalan-jalan dengan anak untuk hantar ke kelas. Banyak cerita boleh dikongsi, paling penting, ini momen yang bakal kita ingati tua nanti.

Jangan halang jalan. Jangan menyusahkan laluan orang lain. Berjalan jauh ni, selain dapat berinteraksi dengan anak-anak, badan kita pun sihat.

2. JADILAH manusia yang ada rasa. Waktu hantar anak-anak, perhatikan juga keadaan murid-murid lain.

Jika lihat ada murid yang datang dengan pakaian koyak dan lusuh, ringankan mulut bertanya khabar berita. Mungkin ayahnya lumpuh, mungkin juga keluarganya dhaif.

Jika ada duit kau lebih, hari esok bawalah sepersalinan baru untuk anak itu. Ya, aku tahu kita tak mampu nak tolong semua orang, tapi cubalah bantu setakat yang mampu. Hadiahkan anak itu alat tulis contohnya.

3. JANGAN ambil hak murid-murid lain! Aku dah menulis hal ini berkali-kali. Tapi aku kena tulis lagi kerana masih ramai yang ambil hak anak-anak.

Ibu bapa yang menemani anak mereka rehat di kantin selalu ambil hak murid-murid lain.

Kerusi meja kantin terhad. Bila mak ayah turut sama duduk kat situ, maka pasti ada murid tiada tempat untuk duduk dan makan.

Kita kena sentiasa ingat. Bukan semua keluarga beruntung macam kita. Yang mampu temani anak di awal-awal hari persekolahan mereka.

Ada anak-anak yang sudah tidak punya ayah dan ibunya terpaksa bekerja. Maka dia hadir seorang diri di hari pertama persekolahan tanpa ditemani siapa-siapa.

Membeli di kantin tiada yang bantu. Terkulat-kulat tidak tahu hendak menggunakan duit. Jika kau nampak murid sebegini, bantulah dia membeli.

Dah dapat makanan, ramai pula murid mundar mandir mencari tempat duduk. Biasa sangat berlaku tempat duduk murid penuh dengan ibu bapa yang mengelilingi anak mereka. Duduk dibangku murid sambil menyuap anak tersayang sedang murid lain termangu-mangu tidak tahu mana hendak dituju.

Sedang murid lain yang tidak ditemani ibu bapa, berdiri melihat kejamnya manusia yang mengambil hak mereka. Pernah berlaku, seorang murid berdiri dengan sepinggan mee yang belum disentuh sambil memeluk tiang hingga loceng rehat tamat berbunyi sebelum ada guru yang menyedari.

Guru yang bertugas, sila bertegas dengan ibu bapa yang suka ambil hak murid sebegini. Tegur dengan sopan. Jika dia buat tidak endah, jerkah sahaja. Kalau dia melawan, panggil guard halau keluar saja.

Tiada hormat buat mereka yang tidak tahu beradab. Begitulah.

- Jadilah manusia yang punya rasa.

#kopipes

3 LOKASI BERBEZA

Seorang lelaki kaya memandang keluar jendela & nampak seorang lelaki miskin mengutip sesuatu dari tongsampah. Katanya , Syukur Allah. Aku tak miskin.

Lelaki miskin itu memandang sekeliling & nampak seorang lelaki bogel berkelakuan tidak tentu arah di jalanan. Katanya , Syukur Allah. Aku tidak gila.

Lelaki gila memandang ke depan & nampak ambulans membawa seorang pesakit. Dia berkata, Syukur Allah. Aku tidak sakit.

Org sakit di hospital melihat troli yg mengusung mayat menuju ke bilik mayat. Dia berkata Syukur Allah, aku belum mati.

Hanya orang mati saja yg tidak dpt bersyukur & berterima kasih kpd Allah.

Kenapa tidak kita bersyukur hari ini atas keberkatan hidup, dan peluang menikmati hari baru?

*Apakah sebenarnya kehidupan?*

Untuk memahami kehidupan, pergilah ke 3 lokasi ini :

*1. Hospital*
*2. Penjara*
*3. Tanah perkuburan*

Di hospital, akan kau fahami tiada ada yg lebih indah dari *kesihatan*.

Di penjara, kau akan tau *kebebasan* adalah amat berharga.

Di tanah perkuburan, kau akan sedar kehidupan ini tiada apa2. Tanah yg kita pijak hari ini, akan jadi bumbung kita esok hari.

Kebenaran yg menyedihkan : Kita dtg tanpa apa2, kita pergi juga tanpa apa2. Jadi mari kita rendahkan diri & mensyukuri serta berterima kasih kpd Allah sepanjang masa utk segala2 nya.

Share msg ini.

Friday 22 December 2017

APA ITU REZEKI

*بسم الله الر حمن الر حيم*

Rezeki tu bukan bermakna kau dapat apa kau nak. Tapi bila kau terima apa yang Allah beri.

Kau belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itu rezeki dia.

Kau tengok pula sirah 'Aaishah. Kahwin dengan Rasulullah, tapi tak dapat anak. Itu pula rezeki dia.

Tuhan hantar Musa ke rumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke Syurga. Tapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.

Tuhan hantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima.

Pelajarilah sesuatu dari kisah-kisah seperti itu.. Sungguh. Rezeki masing-masing tak sama.

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak, ini bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah dapat pahala. Tapi mudah juga dapat dosa.

Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab tertentu, dan risiko nak menjawab depan Allah nanti.

Jadi, sebelum kau terus mengeluh tentang itu dan ini, kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.

Kau dapat apa kau nak, tak semestinya kau boleh terus bergembira. Kau tak dapat apa kau nak, tak semestinya kau tak boleh bahagia.

*Takdir Allah* ni *misteri* sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kau titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kau ke syurga.

*"Rezeki tu bukan bermakna kau dapat apa kau nak. Tapi bila kau terima apa yang Tuhan beri."*

Ya! Yang penting, kau percaya.. kalau dah itu takdir kau, itulah yang sebaik-baiknya. Dialah Sebaik-baik Penyusun

*Kau hanya akan bahagia kalau kau terima...*

{ Nukilan TG Syeikh Zaini Hj Ahmad  }

🌿Hidup Mulia Bersama AlQuran🌿

KELUARGA SUNNAH

Assalamualaikum..hari ni saya nak share sikit beberapa points penting yang saya belajar daripada 4 tokoh yang amat saya kagumi (Ustaz Ebit Lew, Ustazah Fatima Syarha, Ustaz Pahrol dan Ustaz Hariyanto) di Seminar Keluarga Sunnah di Matrade KL, Sabtu lepas.
.
Baca, jgn scroll je.. rugi besar kalau tak baca sampai habis.. sgt bermanafaat... tapi kalau malas baca tu x dapek den nk tolong..
Baca dan perlahan-lahan ubah ke arah yang lebih baik.
Kita usaha sama-sama, ok?
.
.
🔴 Jaga solat awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
.
🔴 Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis2. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
.
🔴 Wujudkan 3 waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual.Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
.
🔴 Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
.
🔴 Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
.
🔴 Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu-- penyayang dan pengasih.
.
🔴 Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
.
🔴 Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
.
🔴 Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
.
🔴 Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah saw sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
.
🔴 Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada 3: Tempat tinggal, Makanan, Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
.
🔴 Rasulullah saw tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
.
🔴 Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja "kotor" sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati--
"Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata." 😭
.
🔴 Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak--
SABAR.
Betulkan diri sendiri dulu. Kadang2 kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul2 yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
.
🔴 Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
.
🔴 Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
.
🔴 Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
.
🔴 Rasulullah saw tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
.
🔴 Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
.
🔴 Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
.
🔴 Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
.
🔴 Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
.
🔴 Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
.
🔴 Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
.
🔴 Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
.
🔴 Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
.
🔴 Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
.
🔴 Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada. 😂) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
.
🔴 Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah saw.
.
🔴 Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.
.
🔴 Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
.
🔴 Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.
.
.
Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat, dan menjemput rahmat Allah ke dalam keluarga kalian.
.
Ini cuma perkongsian.
Bukan nasihat, atau jauh sekali nak tunjuk bagus.
.
Sama-sama kita berlapang dada,
cuba ikut sunnah Rasulullah,
dan perlahan-lahan kayuh kembali kepada Allah.
.
Sementara masih dipinjamkan nyawa ni.
Kan? 😊

.(C&P....for sharing)

DOA MUSLIM

Ya Allah, aku mohon pada Mu Kau ampunkan dosa arwah abah yang telah pergi menemui Mu. Kau ampun kan dosa mak dan keluarga serta semua kaum Muslimin dan Muslimat.

Aku mohon pada Mu, terangilah kubur mereka dengan cahaya Mu. Janganlah Kau biarkan kubur mereka berada dalam kegelapan.

Ya Allah,

Jadikanlah kubur mereka sebagai salah satu daripada taman taman syurga Mu. Janganlah Kau biarkan kubur mereka menjadi salah satu daripada lubang lubang neraka Mu.

Ya Allah, Kau permudahkan urusan mereka untuk menjawab soalan Mungkar dan Nangkir di alam kubur ini ya Allah. Jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah.

Ya Allah, Kau jadikanlah kubur sebagai tempat untuk mereka beristirehat sementara menunggu hari kiamat.

Ya Allah, Kau berilah peluang untuk mereka menerima kitab mereka dengan tangan kanan. Janganlah Kau beri mereka kitab mereka dengan tangan kiri.

Ya Allah, Kau berilah peluang kepada mereka untuk minum air dari telaga Al Kauthar. Mudah mudahan dengan minuman itu mereka tidak akan haus buat selama lamanya.

Ya Allah, Kau masukkanlah mereka ke dalam 7 golongan hamba Mu yang mendapat Rahmat Mu di padang masyar nanti ya Allah. Permudahkanlah timbangan mereka di mizan nanti ya Allah. Kau beratkan amalan kebaikan mereka dan Kau hapuskan amalan kejahatan mereka.

Ya Allah, Kau permudahkanlah mereka untuk melintas titi siratal mustaqim nanti ya Allah. Permudahkanlah mereka untuk sampai ke syurga Mu. Janganlah Kau biarkan mereka terjatuh ke dalam lubang neraka Mu ya Allah.

Ya Allah, Kau masukkanlah mereka ke dalam syurga Mu dengan rahmat Mu tanpa dihisab. Kau jauhkanlah mereka masuk ke dalam neraka walau sesaat pun ya Allah.

Ya Allah, Kau perkenankanlah doa ku ini ya Allah. amin ya rabbal alamin...

Thursday 21 December 2017

Pemberian Pada Anak Pelindung Neraka

PERKONGSIAN HADIS

Pemberian Pada Anak Pelindung Neraka

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ دَخَلَتْ امْرَأَةٌ مَعَهَا ابْنَتَانِ لَهَا تَسْأَلُ فَلَمْ تَجِدْ عِنْدِي شَيْئًا غَيْرَ تَمْرَةٍ فَأَعْطَيْتُهَا إِيَّاهَا فَقَسَمَتْهَا بَيْنَ ابْنَتَيْهَا وَلَمْ تَأْكُلْ مِنْهَا ثُمَّ قَامَتْ فَخَرَجَتْ فَدَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا فَأَخْبَرْتُهُ فَقَالَ مَنْ ابْتُلِيَ مِنْ هَذِهِ الْبَنَاتِ بِشَيْءٍ كُنَّ لَهُ سِتْرًا مِنْ النَّارِ

Dari ‘Aisyah RA berkata; Telah datang seorang wanita bersama dua putrinya menemuiku untuk meminta sesuatu namun aku tidak mempunyai apa-apa selain sebutir kurma lalu aku berikan kepadanya. Lalu wanita itu membagi kurma itu menjadi dua bahagian yang diberikannya untuk kedua puterinya sedangkan dia tidak memakan sedikitpun. Lalu wanita itu berdiri untuk segera pergi. Ketika itulah Nabi SAW datang kepada kami, lalu aku khabarkan masalah itu, maka Baginda bersabda: “Siapa yang memberikan sesuatu kepada anak-anak ini, maka mereka akan menjadi pelindung dari api neraka baginya”. (HR Bukhari No: 1329) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakan keperluan untuk anak termasuk penyediaan makanan.

2.  Ibu bapa yang soleh akan mendahulukan keperluan anak-anaknya walaupun terpaksa mengikat perut.

3.  Orang yang memberikan sesuatu makanan kepada anaknya, akan menjadi saham melindunginya dari api neraka.

22hb Disember  2017
03hb Rabiul Akhir 1439H

Wednesday 20 December 2017

DISEBALIK SAKIT, ADA HIKMAHNYA

'SAKIT'

Suatu hari Rasulullah  SAW didatangi oleh seorang bapa dan anak gadisnya.

Si bapa meminta Rasulullah SAW utk menikahi anak gadisnya kerana anak gadisnya tidak pernah sakit sejak kecil lagi.

Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda diberitahu oleh malaikat Jibril utk menolaknya kerana tidak ada kebaikan dlm diri anak gadis itu.


Sungguh besar hikmah yg tersirat di sebalik sakit. Ia membawa banyak kebaikan. Bahkan kebanyakan ulama mengatakan orang yg sedang sakit sedang dicintai oleh Allah.

*Pertama*, sakit itu zikrullah. Orang yg sedang sakit kebiasaannya akan selalu mengingati Allah dibandingkan semasa sihatnya.

*Kedua*, sakit itu istighfar. Orang yg sedang sakit akan teringat segala dosa yg pernah dilakukannya, sehingga lisannya akan terbimbing utk selalu beristighfar dan memohon keampunan drp Allah.

*Ketiga*, sakit itu tauhid. Bukankah ketika sedang rasa teramat sakit, akan bergema dua kalimah syahadah?

*Keempat*, sakit itu muhasabah. Orang yg sedang sakit mempunyai banyak masa utk merenung diri, menghitung apakah amalan telah cukup dikumpulkan utk kembali menghadap Ilahi.

*Kelima*, sakit itu jihad. Orang yg sedang sakit diwajibkan terus berusaha dan berikhtiar utk sembuh drp penyakitnya.


*Keenam*, sakit itu ilmu. Ketika sakit, kita akan berusaha mencari penawar utk merawat penyakit.

*Ketujuh*, sakit itu nasihat. Orang yg sakit mengingatkan yg sihat supaya sentiasa menjaga kesihatan. Yg sihat menghiburkan yg sakit supaya banyak bersabar. Allah mengasihi dan mencintai kedua-duanya.

*Kelapan*, sakit itu silaturrahim. Ketika sakit, keluarga yg jarang bertemu akhirnya datang menziarahi mengeratkan lagi hubungan persaudaraan.

*Kesembilan*, sakit itu menggugurkan dosa. Orang yg sedang sakit, sesungguhnya dia sedang diuji. Ujian itu menggugurkan dosa.

*Kesepuluh*, sakit itu memustajabkan doa. Sesungguhnya doa orang yg sedang sakit mudah dimakbulkan Allah. Maka saat kita menziarahi orang sakit, di samping kita mendoakannya maka mintalah doa drpnya. Imam As-Suyuthi  selalu mengelilingi kota mencari orang yg sakit lalu beliau minta didoakan.


*Kesebelas*, sakit itu salah satu keadaan yg menyusahkan syaitan. Orang yg sedang sakit semestinya tidak mampu dan tidak mahu utk melakukan maksiat.

*Kedua belas*, sakit itu membuatkan sedikit ketawa dan banyak menangis. Perbuatan yg disukai oleh para Nabi dan makhluk di langit.

*Ketiga belas*, sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk dan sujud lebih khusyuk, tasbih dan istighfar lebih kerap, doa dan munajat lebih lama.

*Keempat belas*, sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, sifat tamak dipaksa tunduk, peribadi santun, lembut dan tawaduk.

*Kelima belas*, dan akhirnya sakit menyebabkan kita selalu ingat pada kematian.


SEMOGA BERMANFAAT..

3 PERKARA

: 🌹 _Tiga perkara_ 🌹

_Pada suatu hari Rasulullah saw duduk bersama:  sahabatnya & bertanya kepada mereka._

💎 _bermulaIah di tanyakan kepada Saidina Abu Bakar:_

*"apa yg kamu suka dari dunia ini?"*  _dan berkatalah Saidina Abu Bakar ra_

*aku suka dari dunia ini 3 perkara*

💞 _1.duduk duduk bersama rasulullah saw._
💞 _2.melihat wajah mu ya rasulullah saw._
💞 _3.aku korbankan harta ku untuk mu ya rasulullah saw "_

*lalu rasulullah saw bertanya dengan saidina umar ra.*  _"bagaimana pula dengan mu ya umar?"_

*jawab Saidina Umar ra. "ada 3 perkara juga yang aku suka:*

💞 _1.membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya._
💞 _2.mencegah kemungkaran wlaupun dalam keadaan terang-terangan_
💞 _3.berkata yg benar walaupun pahit"_

*"dan bagaimana pula denganmu wahai uthman?"*

*berkata Saidina Uthman ra.*
_"ada 3 perkara yang aku suka:_

💞 _1.memberi makan_
💞 _2.memberi salam_
💞 _3.bersolat malam di waktu manusia tidur"_

*"bagaimana pula dengan kamu wahai ali ra ?"*

*"aku juga cintakan 3 perkara:*

💞 _1.memuliakan tetamu_
💞 _2.berpuasa di musim panas_
💞 _3.dan memukul musuh dengan pedang"_

*kemudian bertanya rasulullah saw pada Abu Dzar. ra*

*"apa yg kamu suka di dunia ini?"* _berkata Saidina Abu Dzar ra_ *"aku suka 3 perkara di dunia ini:*

💞 _1.lapar_
💞 _2.sakit_
💞 _3.mati"_

*kemudian rasulullah bertanya, "kenapa wahai Abu Dzar?"*

_berkata saidina Abu Dzar ra,_
💞 1. _"aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati._
💞2. _aku sukakan sakit kerana untuk mngurangkan dosaku._
💞3 _aku sukakan maut kerana untuk bertemu tuhanku"_

*kemudian bersabdalah rasulullah saw "aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:*

💞 _1.wangian_
💞 _2.wanita yang solehah_
💞 _3.solat menjadi penyejuk mata ku"_

*kemudian di waktu itu turunlah malaikat jibril as memberi salam pada rasulullah saw & para sahabat.*

*kemudian malaikat Jibril mengatakan "aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara" :*

💞 _1.menyampaikan risalah_
💞 _2.menunaikan amanah_
💞 _3.cinta terhadap orang miskin"_

*kemudian malaikat Jibril naik ke langit & turun sekali lagi ke bumi & berkata "Sesungguhnya Allah swt mengucapkan salam kepada kamu semua & Allah swt berkata sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:*

💞 _1.lidah yang sentiasa berzikir_
💞 _2.hati yang sentiasa khusyuk_
💞 _3.jasad yang sabar menanggung ujian"_

*AllahuAkbar..

💎 _Apa yang kita dengar dapat kita amalkan, kita sampaikan dan kita ambil ikhtibar_ 💎

Wahai sekalian yang membaca ....

Maka, alangkah baiknya, jika kita dapat sebarkan maklumat ini kepada insan-insan yang kita kenali.

Moga2 bermanfaat & agar ada hati-hati insan yang Allah izinkan bergerak untuk menjadi lebih baik.
In Shaa Allah...
Wallahualam Bissawab.

SIFAT 20

*_PANTUN SIFAT 20_*

*1. WUJUD*
Wujud ALLAH wajib ada
Wujud kita harus sahaja
Wujud ALLAH dapat dirasa
Namun ia tak dapat_ diduga.

*2. QIDAM*
Ada ALLAH, tiada mula
Sejak azali, Dia sedia
Ada kita diciptakanNya
Dari tiada kepada ada.

*3. BAQA*
Ada ALLAH, kekal sentiasa
Tiada yang mengubahNya
Ada kita binasa akhirnya
Datang dariNya, pulang kepadaNya.

*4. MUKHOLAFAH LIL HAWADIS*
Ada ALLAH, tiada serupa
Tak berbentuk dan berupa
Tak bertempat di mana jua
Tidak takluk pada masa.

*5. QIAMUHU BI NAFSIHI*
Ada ALLAH, sendiri sahaja
Tak berhajat pada apa jua
Cukuplah Dia dengan DiriNya
Bahkan kita yang perlu padaNya.

*6. WAHDANIYYAH*
Ada ALLAH, Esa sahaja
Tidak berbilang apa pun jua
Tidak bersusun dari apa-apa
Anak tiada bapa pun tiada.

*7. QUDRAT*
Ada ALLAH, Pemilik Kuasa
Kita hanya dikuasa jua
Kuasa ALLAH tiada terkira
Kuasa kita terbatas jua.

*8. IRADAT*
Ada ALLAH, Kehendak MilikNya
Kehendak kita kehendakNya jua
Tiada yang dapat mengatasiNya
Pasrahlah kita kepadaNya.

*9. ILMU*
Ada ALLAH, Ilmu MilikNya
Kita jahil tak tahu apa-apa
Dialah yang Maha Bijaksana
Semua takdirNya elok belaka.

*10. HAYAT*
Ada ALLAH, Hayat MilikNya
Tidak mati mahupun binasa
Dialah yang kekal jua
Lemahlah kita tiada berdaya.

*11. SAMA'*
Ada ALLAH, Dengar MilikNya
Tiada apa yang sunyi dariNya
Tiap kata didengarNya jua
Maka berwaspadalah kita.

*12. BASYOR*
Ada ALLAH, Lihat MilikNya
Tiada dapat selindung dariNya
Zahir batin dilihatNya jua
Baik buruk pasti dihitungNya.

*13. KALAM*
Ada ALLAH, Kata MilikNya
Kita makhluk kelulah jua
Tiada kata seindah KataNya
Al-Quran itu pengzahirannya

*14. KAUNUHU TA'ALA QADIRAN*
Ada ALLAH, Pemilik Kuasa
Kita hanya dikuasa jua
Kuasa ALLAH tiada terkira
Kuasa kita terbatas jua.

*15. KAUNUHU TA' ALA MURIDAN*
Ada ALLAH, Kehendak MilikNya
Kehendak kita kehendakNya jua
Tiada yang dapat mengatasiNya
Pasrahlah kita kepadaNya.

*16. KAUNUHU TA'ALA 'ALIMAN*
Ada ALLAH, Ilmu MilikNya
Kita jahil tak tahu apa-apa
Dialah yang Maha Bijaksana
Semua takdirNya elok belaka.

*17. KAUNUHU TA'ALA HAYYAN*
Ada ALLAH, Hayat MilikNya
Tidak mati mahupun binasa
Dialah yang kekal jua
Lemahlah kita tiada berdaya.

*18. KAUNUHU TA'ALA SAMI'AN*
Ada ALLAH, Dengar MilikNya
Tiada apa yang sunyi dariNya
Tiap kata didengarNya jua
Maka berwaspadalah kita.

*19. KAUNUHU TA'ALA BASHIRON*
Ada ALLAH, Lihat MilikNya
Tiada dapat selindung dariNya
Zahir batin dilihatNya jua
Baik buruk pasti dihitungNya.

*20. KAUNUHU TA'ALA MUKTAKALIMAN* Ada ALLAH, Kata MilikNya
Kita makhluk kelulah jua
Tiada kata seindah KataNya
Al-Quran itu pengzahirannya.

Kita hamba lemahlah jua
Tiada berdaya, tiada berupaya
KepadaNya berpasrahlah kita
Baru kita hidup bahagia...

Sifar 20 lengkap sudah
Kunci utk mengenal Allah
Jgn umat ambil mudah
Tak kenal Allah batal Ibadah

Kenal Allah hancur kamu
Insan itu rahsia Aku
Aku ini rahsia kamu
Rasailah nikmat bersamaKu.

Tuesday 19 December 2017

PESANAN KPD IBU BAPA

Pesanan untuk semua ibu bapa... cikgu juga adalah ibu bapa kepada seseorang anak... peringatan untuk semua... mudah2an membantu membentuk anak2 dlm masyarakat yg perihatin...

Tanamkan dalam hati bahawa;

1. *Anak kita bukan baik sangat.*

Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.

2. *Bukan anak kita sorang aje kat dalam kelas tu.*

Kita kat rumah paling banyak anak 6 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.

3. *Anak kita juga pandai menipu.*

Jangan percaya sangat dengan cerita2 anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.

4. *Anak kita layak dimarah.*

Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.

5. *Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.*

Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.

6. *Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.*

Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.

7. *Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.*

Kita perlukan guru2. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru2 itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.

8. *Duit bukan segalanya.*

Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.

9. *Kita tak mampu membentuknya seorang diri.*

Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru2 itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.

10. *Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.*

Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.

11. *Jangan sombong dengan guru2. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al quran.*

Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia.
Amal kita?

12. *Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.*

Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.

13. *Guru2 sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.*

Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru2 untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru2 anak-anak kita.

Berlapang dadalah.
Ilmu itu bukan bilangan A.
Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.

Wednesday 13 December 2017

Jauhi Prasangka Dan Mencari Aib Orang

PERKONGSIAN HADIS

Jauhi Prasangka Dan Mencari Aib Orang

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: "Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kalian saling mendiamkan, janganlah suka mencari-cari isu, saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci, tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara." (HR Bukhari No: 5604) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Orang beriman dilarang menaruh prasangka buruk kepada orang lain kerana ia akan mendorong kepada perbuatan menuduh tanpa bukti yang menjadi dosa besar.

2.  Ibnu Sirin berkata: “Jika sampai kepadamu berita yang tidak kamu sukai tentang saudaramu, maka carilah uzur untuknya. Jika kamu tidak mendapati uzur maka katakan, barangkali dia memiliki uzur yang aku tidak mengetahuinya.

3.  Islam menyuruh agar tidak mendiamkan diri jika kemungkaran berlaku di hadapan kita dengan mencegah atau menasihat mengikut kemampuan.

4.  Muslim dilarang mencari-cari isu atau kelemahan orang lain. Apatah lagi isu atau kelemahan itu ditulis dan ditularkan di media elektronik seperti FB, Whatsapp, telegram dan sebagainya hingga mengaibkan peribadi seseorang.

5.  Setiap kita juga dilarang saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci. Raikanlah perbezaan yang ada pada kita dengan saling bermaafan.

6.  Setiap Muslim dituntut agar berusaha menjaga tali persaudaraan sesama Muslim.

Menjaga persaudaraan itu wajib seperti wajibnya solat dan puasa dengan  menjauhi sangka buruk, tidak mencari kelemahan dan aib orang lain, jangan berdengki, elakkan membenci, tidak membelakangkan orang lain dan bantu sahabat dengan mencegah dia dari melakukan maksiat.

14hb Disember  2017
26 Rabiul Awal 1439H

Saturday 9 December 2017

TEKNIK DAN RAHASIA DOA MENURUT SYEKH ABDUL QADIR AL-JAILANI

Syekh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan:
"Jangan salahkan Allah jika Dia menangguhkan penerimaan doamu dan jangan pula kau jemu untuk berdoa. Sebab sesungguhnya jika kau tak memperoleh, kau pun tak rugi. Jika Dia tak segera menerima doamu di kehidupan duniawi, maka Dia akan menyisakan bagimu pahala di kehidupan kelak.

Rasulullah SAW bersabda, "Pada Hari Kebangkitan, hamba-hamba Allah akan mendapati dalam kitab amalnya berbagai amal yang tak dikenalinya. Lalu, dikatakan kepadanya bahwa itu adalah balasan dari doa-doanya di kehidupan dunianya yang belum dikabulkan disana."

Saat engkau berdoa, kau juga harus selalu berada dalam dua keadaan, yakni kesadaran untuk selalu berdzikir kepada Allah, dan kesadaran untuk mentauhidkan-Nya, sepanjang waktu, setiap saat, siang atau malam, sehat atau sakit, suka atau.duka. Atau, tahan saja doamu sambil menunjukkan keridhaan dan kepasrahan menerima kehendak Allah. Seperti jasad mati di hadapan orang memandikannya, atau seperti bayi di tangan perawat, atau seperti bola polo di depan pemain polo, yang menggulirkannya dengan tongkat polonya. Dan, ketehuilah, takdir pun membolak-balikkan dirimu sekehendak-Nya."

--Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Adab As-Suluk wa at-Tawassul ila Manazil al-Muluk

Tuesday 5 December 2017

PESAN IBU TENTANG AYAH

Anakku…

Memang ayah tak mengandungmu...
Tapi,
Darahnya mengalir di darahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.

Memang ayah tak melahirkanmu...
Tapi,
Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.

Memang ayah tak menyusuimu...
Tapi,
Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.

Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi,
Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.

Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak selesa.

Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...
Kerana,
Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.

Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.

Ibu hanya ingin kau tahu...

Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.

Anakku dari dirinya juga terdapat syurga bagimu.

Maka, hormati dan sayangi ayahmu. Kerana, ibu adalah tulang rusuknya.

Jauh dilubuk hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka. Berbahagialah yang masih punya ibu & Ayah.

Dan Dia Pun Berdoa "Ya Tuhanku, Tugasku Telah Selesai Dgn Baik.
Bahagiakan lah Putera Puteri Kecilku Yg Manis Bersama Pasangannya".

Setelah Itu Ayah Hanya Akan Menunggu Kedatangan Kita Bersama Cucu-cucunya Yg Sesekali Dtg Untuk Menjenguk... Dengan Rambut Yg Memutih Dan Badan Yang Tidak Kuat Untuk Menjaga Kita.

Itulah Pengorbanan Seorang Ayah... Apakah Kita Masih Belum Sedar? Masih memandang Kemarahan Ayah Itu Alasan Untuk Kita Benci Dia?

Percayalah... Dia Orang Yang Paling Rindukan Kita Walaupun Kerinduan Ayah Terhadap Kita Mungkin Melebihi Kerinduan Ibu Dekat Kita... Kita Cium Pipi Ibu, Ayah Hanya Tersenyum Melihat...

Tahukah Kita Yang Kita Telah Berlaku Tidak Adil Terhadap Ayah? Apakah Ayah Tak Layak Mendapat Ciuman Sama Yang Kita Berikan Dekat Ibu? Kamu Lupa Masa Kamu Kecil, Ayah Mendukung Kamu Dan Mencium Kamu??

JANGAN MENANGIS SELEPAS MEMBACA KISAH INI , besarnya pengorbanan seorang ayah tidak dapat dibalas dengan dengan wang dan ucapan kata2 , cukup dengan menghargainya...

Sharing  is caring...sedih gak kan cerita ni

Wallahu A'lam...

Monday 4 December 2017

[ ADA DALAM TIADA ]

Semalam selesai solat Isya' suami bertanya,
"Kalau kita dua-dua takde, nak tinggalkan anak-anak dengan siapa?".

Termangu. Yang bongsu sedang dipangku.

"Taktaulah...Tapi kena fikir...".

"Anak kita bukan sorang. Tiga orang".

Baru tadi diceritakan kisah tiga beradik yatim piatu sekelip mata. Ini bukan kali pertama terpapar berita sebegini.

Ini hakikat hidup.
Terjadi pada mereka, boleh juga terjadi pada kita.
Cuma tak tahu bila.

Terus di mesej rakan baik, seorang peguam.
"Babe do you write will?".

Serius. Emosi ke tepi. Ini soalan serius.

Yang pergi sudah selamat dikandung tanah, menghadap perhitungan di alam lain. Tetapi...

Yang ditinggalkan terbeban dengan AMANAH.

PENJAGAAN ANAK diharapkan pada siapa?
Siapakah paling layak membesarkan anak-anak kami?
Sanggupkah pihak yang dipercayai mengambil tanggungjawab ini?
Anak-anak paling selesa dengan siapa?

Ditanya pada yang sulung,
"Kalau Babah dengan Ummi takde, Abang nak duduk dengan siapa?"

"Dengan Babah".

"Kalau Babah dengan Ummi takde pergi work jauh jauh?"

"Dengan Ummi".

"Kalau Babah dengan Ummi dua dua pergi jauh jauh jauh jauh jauh jauh jauh, Abang nak duduk dengan Jiddah ke, Ami ke Nda?".

"Dengan bibik dengan adik".

Allahu, you're so innocent my child.

Fahaman dia kalau Babah dan Ummi pergi 'work', dia di rumah dengan adik-adik, tempat paling selesa baginya.

Soalan masih belum terjawab. Siapa yang akan diamanahkan anak-anak kami? Nenek dan atuk memang rapat dan menyayangi, tetapi semakin meningkat usia. Ibu dan bapa saudara memang prihatin, tetapi baru membina keluarga sendiri.

Apa pun janganlah dipisahkan tiga beradik ini.

Siapa pun yang diberi amanah berat ini, perlu persetujuan ikhlas mereka sebaiknya secara bertulis bagi mengelakkan konflik di masa hadapan.

PENGURUSAN KEWANGAN bagaimana?
Siapa yang akan menguruskan wang peninggalan kami?
Berapa banyak hutang yang perlu dilangsaikan?
Cukupkah keperluan anak-anak?

Nasib baik ada sedikit perlindungan TAKAFUL.

Kalau tiada langsung??

Walaupun ditinggalkan WANG HIBAH TAKAFUL sejuta ringgit nilainya sekali pun, cukup atau tidak untuk anak bertiga sampai mereka dewasa?

'Cukup' = Gaji setahun x 24 tahun
(perkiraan sehingga anak bongsu tamat belajar dan boleh berdikari)

Tolak pula pembahagian wang mengikut Faraid.

We should definitely revise and upgrade our Takaful plans.

DUIT EPF pula, nama siapa yang akan disenaraikan untuk pengeluaran? Anak-anak kami semuanya belum berusia 18 tahun. Bagi memudahkan, elok jika kami membuat penamaan seorang waris yang dipercayai supaya proses pengeluaran mudah dan cepat.

Duit dalam bank yang tak berapa banyak tu, macam mana?
Nombor pin ATM dan password penting yang lain wajar untuk dikongsi sesama suami isteri dan juga waris yang dipercayai.

PENGURUSAN ASET pula bagaimana?
Loan rumah diuruskan siapa?
Kereta dijual atau disambung bayar?
Rumah ditinggalkan kepada siapa sementara anak-anak dewasa?
Harta benda yang lain disedekahkan atau disimpan untuk anak-anak?

Banyak perlu difikirkan. 'SOP' perlu ditinggalkan supaya tidak memeningkan pemegang amanah.

PENDIDIKAN anak-anak apakah jalannya?
Tadika mana, sekolah mana menjadi pilihan?
Ditahfizkan atau ke aliran utama?

Kos persekolahan pula semakin meningkat. Dianggarkan untuk anak-anak yang lahir pada tahun 2013-2017 yang akan ke IPT pada tahun 2031-2035, sekurang-kurangnya RM 35,000 diperlukan. Itu pun untuk kursus yang tidak kritikal.

Yang paling penting,
SOKONGAN EMOSI dan KASIH SAYANG.

Siapa yang akan mengganti tempat kami?

Ketiga-tiga anak sejak yang pertama, sesudah lahir saya siapkan account e-mail. Bila kesempatan, diutus coretan buat kenangan dan pedoman terutamanya dalam ketiadaan nanti. Antara ketakutan paling besar, saya ditakdirkan pergi tanpa sempat mereka mengenali saya, menghafal kehangatan pelukan Ummi.

Terbayang wajah anak-anak yang pasti ikut ke pintu untuk memeluk dan bersalaman setiap kali kami keluar meninggalkan rumah.

"Abang good boy jaga adik-adik kat rumah tau. Kejap lagi Ummi Babah balik ye".

Berani betul berjanji.

Allahu...
Anak-anak kami masih terlalu kecil. Melafazkan Al-Fatihah untuk mendoakan kami sahaja belum mampu.

"Kalau Babah dengan Ummi takde, abang boleh jaga adik-adik tak?"

"Boleh!".

"Abang sayang adik-adik?".

"Sayang! Sayang semua!".

Jawapan ringkas yang sangat ikhlas.
Tetapi apa yang anak ini faham tentang kehilangan?

"Maybe we should start travelling in separate cars".

Saling tersenyum. Mata berkaca.

Hanya mampu berusaha membuat persediaan serapi mungkin dan terus berdoa...

Ya Allah, berkatilah hayat kami, panjangkanlah hayat kami agar kami dapat menjalankan amanah kami sesempurna daya, simpulkanlah pengakhiran hayat kami dalam keadaan yang baik dan diredhai.

Ameen.

#copy paste utk sharing

Thursday 30 November 2017

JIKA INGIN MEROSAK SEBUAH KELUARGA, ROSAKLAH DULU IBUNYA.

Sebuah percakapan Iblis kepada anak buahnya :

"Jika kau ingin merosak sebuah keluarga, rosaklah dulu ibunya!!"

Beri ia perasaan akan rasa lelah bertubi yang membuatnya merasa lemah dan habis energi.

Jika ia sudah merasa lelah, ambil rasa syukurnya.

Biarkan ia merasa bahawa hidupnya habis untuk mengurus keluarga dan buatlah ia tidak memiliki apapun, selain lelah yang didapatnya.

Setelah kau ambil rasa syukurnya, buatlah ia menjadi orang yang tidak percaya diri.


Sibukkan pandangan matanya untuk melihat kebahagiaan orang lain dan buatlah ia lupa akan kebaikan yang ia miliki.

Buatlah ia merasa rendah diri dan merasa tidak berharga.
Jika itu sudah terjadi, ambilah juga sabarnya.

Gaduhkan hatinya agar ia merasa ada banyak hal yang berantakan dalam rumahnya, buatlah ia merasa betapa banyak masalah yang ditimbulkan dari anaknya, dari suaminya.

Goda lisannya untuk berkata kasar, hingga nanti anak-anak mencontohnya dan tak menghargainya lagi, lalu bertambahlah kemarahan demi kemarahan, hilanglah aura su
Syurga dalam rumah.

Dan kau akan menemukan perlahan, rumah itu rosak dari pintu seorang IBU.


SEKALI LAGI, MAKHLUK PENTING ITU ADALAH IBU.

Lelah yang tidak selesai menjadi tempat masuknya syaitan.
Ia mengambil bahagiamu, mengambil sabar dan syukurmu wahai ibu.

Jangan biarkan syaitan mengambil itu,
Jika kau lelah, rehatlah.
Jika kau lelah, berbagilah.

Sungguh tak ada satupun yang akan membiarkanmu merasa sakit sendiri, jika kau pandai menghargai dirimu.

Ringankan tugasmu , jangan menekan dirimu terlalu keras.
Sesekali tidak bermasalah rumahmu kotor
Tidak bermasalah juga betapa banyaknya pekerjaan yang belum engkau tuntaskan.

Jangan terjebak dalam waktu,
sungguh tugas muliamu jauh lebih penting dari sekadar rutin yang dilakukan setiap harinya.

Rehatlah...


Jika pun tak mungkin dapat melancong jarak puluhan kilometer untuk segarkan diri.

Sekadar menepi, menepilah...
Beri waktu untuk dirimu sendiri.

Sekadar melihat betapa banyak kebaikan yang kau punya, betapa manisnya keceriaan anak-anakmu, betapa bertanggungjawabnya suamimu.

Rasakan pelukannya, ada cinta dan ketulusanmu dalam tegap badannya.

Kau berharga ibu, jangan pernah lupakan itu.


Tapi saat mendengar masalah orang lain, kita semakin sedar bahawa perspektif kita menentukan cara pandang kita terhadap masalah.

Jika kita melihat peranan ini sebagai beban, maka kita hanya akan sampai pada titik lelah.

Jika kita memandang diri hanya sebatas pelaku rutin, kita tidak akan menemukan intinya.

Rewardlah diri kamu ibu.
sungguh perananmu jauh lebih besar dari semua keluhanmu.

Jangan biarkan syaitan merosak bahagia dengan mengambil rasa SABAR dan SYUKURMU dari bahagiamu, tercipta ketahanan sebuah keluarga.


Selamat beraktiviti sebagai Ibu dan Isteri yang HEBAT.

Selalu ada BAHAGIA di segala situasi

Ibu wajib bahagia.


Eina Tholhah
30 November 2017
Diizinkan Share dan kongsilah agar kita semua mendapat manfaat.

#SelfReminder
#keluarga

Sunday 26 November 2017

BARBER SHOP BERSAMA USTAZ

Seorang Ustaz ke Barber Shop untuk gunting rambutnya. Ketika rambutnya sedang digunting, si tukang gunting rambut bertanyakan 1 soalan kpd si Ustaz.

BARBER: Saya nak tanya 1 soalan.

USTAZ: Ya, silakan.

BARBER: Benarkah Tuhan itu wujud?

USTAZ: Mestilah wujud. Kalau Tuhan tak wujud, pastinya kita pun tak wujud di dunia ni.

BARBER: Kalau betul Tuhan itu wujud, knp ketika manusia dlm kesusahan Tuhan tak bantu. Kalau betul Tuhan itu wujud, semestinya takkan ada manusia dlm kesusahan di dunia ini.

USTAZ: "Diam dan tersenyum sambil menggelengkan kepala".

BARBER: Knp Ustaz diam??

USTAZ: Kamu gunting rambut saya bagi siap dulu, dan saya akan jawab soalan tu selepas semua selesai.

Si tukang gunting ni pun dgn segera siapkan rambut Ustaz itu kerana ingin tahu apa jawapan Ustaz itu. Akhirnya siap.

BARBER: Ok dah siap Ustaz. Apa jawapannya Ustaz?

USTAZ: Berapa harga?

Barber: RM10 sahaja. (masih menunggu jwpn)

USTAZ: "Ustaz keluarkan dompet sambil tersenyum tanpa sebarang kata".

Setelah membayar Ustaz terus keluar dari kedai. Si tukang gunting terdiam melihat tindakan Ustaz yg agak pelik. Tiba² Ustaz masuk kembali ke kedai tersebut dgn membawa seseorang. Orang itu adalah pengemis jalanan (gambar).

USTAZ: Kamu tengok dia ni. Benarkah wujud Tukang Gunting Rambut dlm dunia ni??

BARBER: Mestilah wujud. Saya ni kan tukang gunting.

USTAZ: Kalau betul wujud tukang gunting, takkan ada manusia yg rambut tidak terurus seperti ini. Kalau betul wujud tukang gunting mesti rambutnya terurus.

BARBER: Dia yg tak pernah mencari tukang gunting, mestilah rambutnya tak terurus.

USTAZ: Jadi, itulah jawapan saya utk soalan kamu tadi.

BARBER: "Terdiam seketika".

USTAZ: Manusia yg tidak mencari Tuhan, sombong dgn Tuhan. Tuhan itu sentiasa ada dgn kita. Kalau kita mencari Tuhan, pasti hidup kita terurus seperti yg rambut yg dijaga.

BARBER: "Terus terdiam dan terkedu mendengar jawapan Ustaz itu dlm keadaan menitis air mata".

Moral of the story, hidup kita semua bergantung pertolongan dari Allah. Jgn sesekali kamu anggap kamu boleh hidup tanpa bantuan Allah. Sebenarnya Allah tidak memerlukan manusia. Tetapi manusia yang memerlukan Allah.

#peringatanbuatdiri
#sharingiscaring

AHLI SYURGA YG TDK SOLAT TAHAJUD...TDK PUASA SUNAT....TDK SOLAT DHUHA.... BACALAH KALAU NAK RAHSIANYA....


Suatu hari ketika Rasulullah saw & para sahabat berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, Rasulullah saw tiba2 berkata:
"Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga."

Tak lama kemudian dtg seorg pemuda yg muka & tangannya basah berwudhuk, sambil sebelah tgn memegang sandal. Penampilan sgt sederhana. Tiada apa yg istimewa.

Beberapa hari kemudian, ketika Rasulullah saw & beberapa sahabat duduk di tempat sama, sekali lg Rasulullah saw kata:
"Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga."

Sebentar kemudian, pemuda yg sama sampai. Pun berpenampilan sama.
Salah seorang sahabat yg ada di situ ialah *Muaz bin Jabal ra.* Beliau ingin tahu apa rahsia lelaki itu yg dikatakan ahli syurga.

Lalu dia mencari jalan utk tidur di rumah lelaki itu dgn memberi pelbagai alasan. Pemuda itu benarkan Muaz tidur di rumahnya.

Malam itu ketika Muaz bangun *bertahajjud*, pemuda itu masih *nyenyak tidur* hingga ke Subuh.

Pabila subuh, pemuda itu bangun solat Subuh. Lalu mereka *membaca Al Quran, lelaki itu tersangkut-sangkut* merangkak membaca. Tidak lancar seperti Muaz.

Dan apabila menjelang waktu Dhuha, Muaz *bersolat sunat Dhuha*. Tapi lelaki itu tidak.
Selain itu pada hari yg sama Muaz *berpuasa sunat*, tapi lelaki itu tidak.

Muaz pun menceritakan perihal Rasulullah saw telah katakan pada lelaki itu, dan berterus-terang bertanyakan apakah amalannya hingga Rasulullah mengatakan dia ahli syurga.. lalu pemuda itu berkata:

"Amalanku tidaklah sebaik mana. Aku masih belum lancar baca Al Quran. Aku masih tak mampu bangun bertahajjud. Aku juga tak mampu lg solat dhuha. Apatah lg berpuasa sunat."
"Tapi…"
"Sejak beberapa minggu ini, aku cuba amalkan 3 perkara yg baru ku pelajari:"

1. *Aku sgt cuba tidak sakitkan hati sesiapa.* Samada kaum keluargaku, jiranku, sahabatku mahupun orang yg tak kukenal.

"Muaz  berkata, subahanallah."
"Lagi...?"

2. *Aku cuba elakkan diri dari memarahi sesiapa.* Dan aku akan maafkan semua org yg membuat salah kepadaku.

"Muaz berkata, subahanallah. Lagi...?"

3. *Aku cuba jaga tali silaturrahim.* Dan aku akan bantu panjangkan silaturrahim sebaik mana mungkin.
Itulah yg mampu aku lakukan.

*Subhanallah...*

Sahabat2 sekalian.
*Jika kita rasa kita hebat dgn imej kita, kita silap.* *Jika kita rasa kita hebat dgn amalan kita pun silap.*
*Kalau kita rasa kita tak perlu beramal, lagilah jauh silapnya.*

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, pakaian sunnah *tapi apa yg keluar dari mulut kita sentiasa sakitkan hati isteri, hati suami, hati anak, hati sedara mara, hati orang, apatah lg hati ibu bapa.*

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, berpakaian ikut sunnah tp *selalu marah maki hamun org dan penuh dendam kesumat dlm dada.* Apatah maafkan orang.... jauh sekali.

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, kereta penuh sticker Islamik tapi *sering bergaduh, kawan selalu salah kita saja yg betul, sedara mara mula menjauhi  kita, kita tak kesah..* apatah lg nak melawat dan berkunjung usah diharap....

Tazkirah ... (Utk diri sendiri 😔)
Semoga الله  permudahkan segala urusan kita. Aminnn..

7 TEMPAT KEGEMARAN JIN DI TUBUH MANUSIA YANG PERLU DIBERSIHKAN

Mulut manusia

Jin akan berusaha masuk ke lubang mulut manusia saat sedang menguap.

Oleh sebab itu saat sedang menguap, kita dianjurkan untuk menutup mulut dan membaca ta'awwuz (A'uzubillahi minasyaitanirrajim). Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Said bahwa Rasulullah bersabda,

"Apabila seseorang dari kalian menguap, letakkanlah tangannya pada mulutnya (tutuplah), kerana syaitan akan masuk bersama dengan orang yang menguap."
(HR. Muslim)


Di bawah kuku manusia

Makanya kita dianjurkan untuk rutin memotong kuku, sunnahnya hari Jum'at. Kerana jin dan syaitan mengikat manusia melalui kuku-kuku yang panjang.

Sebagaimana disebutkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah bersabda,

"Potonglah (perpendek) kuku-kukumu. Sesungguhnya syaitan mengikat (melalui) kuku-kuku yang panjang."
(HR. Ahmad)


Lubang hidung manusia

Saat manusia tidur, ternyata jin juga ikut menginap di batang hidung manusia. Kerana itu saat bangun tidur, kita dianjurkan untuk membasuh lubang hidung sebanyak tiga kali. Rasulullah bersabda,

"Apabila salah seorang di antara engkau bangun tidur, hendaklah memasukan (istinsaq) dan mengeluarkan air dari hidung (istintsar) tiga kali, karena setan itu menginap di batang hidungnya."
(H.R. Muslim).


Lubang telinga manusia

Bukan sekedar sembunyi di telinga manusia, namun ternyata ketika seorang manusia tertidur hingga pagi tanpa mengerjakan shalat malam maka berarti telinganya itu telah dikencingi oleh jin. Sebagaimana diceritakan dari Abdullah bahwa Di sisi Nabi bahawa ada seorang laki-laki yang selalu tidur sampai pagi tanpa mengerjakan shalat (malam).
Lalu beliau bersabda,

"Syaitan telah kencing di telinganya".
(H.R. Muslim)


Urat darah manusia

Sebagaimana telah disebutkan bahwa jin atau syaitan menyusup ke dalam tubuh manusia melalui aliran darah manusia tersebut.
Kemudian dari aliran darah itulah jin berusaha memperdaya manusia.

Hal ini dijelaskan oleh Shafiyyah binti Huyay bahawa Rasulullah SAW bersabda,

"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui peredaran darah dalam tubuhnya."
(H.R. Muslim)


Lubang pusat manusia

Lubang pusat merupakan tempat yang kotor kerana tidak banyak orang yang membersihkannya, sedang jin dan syaitan sangat menyukai tempat-tempat yang kotor.
Bahkan saat seseorang diruqiyah diketahui bahawa kebanyakan jin bersembunyi dan tinggal di bagian lubang pusat manusia.

Meski demikian kita tidak dianjurkan untuk membersihkan lubang pusar hingga mengoreknya, cara membersihkannya cukup dengan menyekanya secara lembut dengan air atau dengan kapas.


Lubang kemaluan manusia

Syaitan dan jin akan menambah rasa nikmat saat seseorang sedang berzina dengan cara merangsang syaraf kemaluan.

Oleh sebab itulah dianjurkan untuk menjaga kebersihan organ kemaluan baik pada lelaki mahupun wanita dan berdo'a, 

"Allahumma janibna bisyaitan, wajanibna syaitan wamarazaqtana waqinna 'azabannar" 

hanya dengan pasangan yang halal, bila tidak baca doa syaitan ikut sama yang kelak melahirkan keturunan yang berperilakukan syaitan yang direjam.


Kerana itu kita dianjurkan untuk mengikuti sunnah Rasulullah iaitu dengan mencukur rambut kemaluan, memendekkan misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak. Sebab selain menjadikan tubuh lebih bersih dan sihat, kita juga dapat menghalangi jin untuk bersembunyi pada bahagian tubuh tersebut.

wallahualam

Group Pelajar Ustaz Dato Sharhan Shafie
https://telegram.me/joinchat/CdqHDT6gjD_GXSMYP6Dz3g

Thursday 23 November 2017

Pernah orang belanja kita makan?

*Kongsi2 yg baik*

Pernah orang belanja kita makan?

Apakah akhlak kita bila makanan kita dibayar, dibeli atau diberi oleh orang lain?

Cukup kah sekadar ucapan terima kasih?

Apa panduan Nabi s.a.w dalam hal ini?

Nabi s.a.w ajar kita untuk mendoakan pemberi, pembeli dan pembayar makanan kita dengan doa :

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِيْمَا رَزَقْتَهُمْ، وَاغْفِرْ لَهُمْ، وَارْحَمْهُمْ

Allaahumma baarik lahum fiimaa rozaqtahum, waghfir lahum, warhamhum.

Ya Allah, berkahilah apa yang Engkau rezekikan kepada mereka, ampunilah mereka, dan rahmatilah mereka.

HR. Muslim 2042.
Jom! Hafal jika belum, amalkan jika belum.

Wednesday 22 November 2017

HARGAI USAHA ANAK - KEPUTUSAN UPSR

Saya terbaca sebaran poster kenyataan Dato Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia. Beliau berpesan supaya pada hari keputusan UPSR diumumkan, tidak perlu diadakan majlis khas meraikan pelajar cemerlang 6A sedang ratusan calon murid UPSR lain hanya memerhatikan dengan perasaan diri mereka tidak dihargai.

Betapa saya merasai pengalaman 'getir' itu sebelum ini. Bukan sebagai murid. Tetapi sebagai bapa.

Pada hari itu, subuh lagi isteri sudah berpesan,
"Abang, nanti jangan lupa datang sekolah. Zulfa ambil UPSR hari ni."


Saya hanya angguk dan senyum. Mana mungkin saya lupa.
Kali pertama dalam hidup anak sulung menerima keputusan peperiksaan besar.

Pagi itu, saya ke pejabat dulu. Rakan sepejabat pelik melihat saya masih berlegar-legar di meja.
"Encik Ammar tak pergi ambil result anak?"

"Relakslah. Bukannya keputusan keluar terus. Menteri umum dulu, baru result boleh ambil."
Terus menyambung kerja-kerja yang sedang menunggu.

Henfon berpusing di meja diiringi deringan lagu lembut.
"Abang, dah gerak dari ofis belum?"

"Belum. Baru nak gerak." Sambil menolak kerusi merapat ke meja.

"Result dah boleh tengok online. Tapi Ryn tak berani nak tengok. Kalau abang nak tengok, tengoklah. Tapi jangan beritahu Ryn."

Lif dari tingkat 7 turun ke B1 hari itu terasa sangat perlahan. Jantung berdegup lain dari biasa. Detak dan berombak seperti berlari.


Ya, saya gugup.

Zulfa sederhana saja di sekolah. Dari darjah 1 hingga 6, sering juga berpindah kelas. Pernah merasai kelas tertinggi semasa darjah 5, tetapi turun ke kelas kedua untuk menghadapi UPSR.

Tiada apa yang istimewa pada pencapaian. Jarang dia menerima anugerah akademik. Tetapi saya tidak boleh menyangkal seperkara. Dia anak rajin dan tak banyak soal. Diminta belajar, dia belajar. Diminta menolong kerja di rumah, dia menolong.

Walaupun akademik sederhana, tidak pernah saya rasa mahu memarahi Zulfa.


Dalam perjalanan balik dari sekolah selepas KAFA, dia akan tertidur kepenatan di dalam kereta.
Sampai saja di rumah, terus mandi dan menyelesaikan kerja-kerja sekolah tanpa disuruh.
Tiba maghrib, dia berhenti solat sendiri.
Selepas makan malam, sambung semula menyiapkan kerja sekolah.

Ada hari, apabila tiada kerja sekolah, dia menilik jadual belajar di dinding dan terus membuat latihan dalam buku aktiviti. Tanpa suruh.

Ada masa, dia minta saya mengajar apa yang sukar dia fahami. Tanpa sedar, kadang-kadang saya tertidur atas katilnya. "Abah, Zulfa nak tidur." Saya melihat jam dinding, pukul 12 malam.


Hari minggu, dia selalu memujuk rayu minta untuk belajar di rumah kawan. Jika tidak diizin, monyok sepanjang hari.

Bukan kami tak sokong, tetapi jarak rumah ke Putrajaya bukannya dekat. Rasanya, cukup setiap hari, abah mama berulang alik untuk kerja. Tidak betah rasanya hari minggu masih memandu jauh.

Tapi rajuknya sebentar. Sedang kami leka, dia sudah di dalam bilik, belajar sendiri.

Untuk anak yang begini, apa lagi mahu saya paksa.

Lalu, fahami saja jika saya gugup pagi itu.

Sebagai bapa, saya boleh menerima apa saja. Dengan usaha Zulfa, saya tidak menyesal apa-apa. Saya sudah melihat prosesnya. Hasilnya hanya bonus bagi saya.

Tetapi dia. Bagaimana dia?

Bukankah di mana-mana pun orang berkata, usaha tangga kejayaan. Mudah fahamnya, berusaha, pasti berjaya. Jika sudah usaha, tetapi tidak berjaya?

Saya tinggalkan soalan itu begitu saja. Kerana berjaya itu luas tafsirannya.

Lagipun, beberapa minggu sebelum itu, Zulfa pernah berbincang hati ke hati dengan saya. Dia sudah usaha, dia terima saja apa keputusannya. Ketika itu saya sudah lega. Harapnya apabila hari itu tiba, dia benar-benar kota apa dikata.

Ikon Google Chrome di henfon saya sentuh dan biarkan 'loading'. Alamat url yang disebut isteri saya taipkan satu persatu. 'Enter'. Paparan telah tersedia. Masukkan no. IC dan angka giliran, keputusan dipaparkan.


Lama saya duduk dalam kereta yang enjinnya telah dihidupkan. Sungguh saya tidak kecewa. Tidak. Saya sedang mencongak-congak bagaimana mahu berhadapan Zulfa. Apa yang saya lihat terpapar di skrin sudah saya redhakan. Sekarang ini, ayat apa mahu saya ucapkan nanti.

"Abang, guru besar belum balik dari pejabat PPD untuk ambil keputusan. Tapi Ryn dengar 'result online' dah keluar. Abang dah tengok?"

"Dah." Perlahan dan bergetar. Isteri, dari intonasi saja sudah terbaca di hati apa yang saya cuba sampaikan dari getar itu.


"Allah bang..." Itu saja yang terungkap dari mulut isteri selepas saya didesak untuk memberitahu keputusannya. Aneh juga wanita bergelar ibu. Satu masa dia berpesan seperti tak mahu peduli. Tidak lama dia pula mendesak untuk mengetahui.

Ketika itu, saya seperti baru memahami apa perasaan seorang doktor yang sudah tahu pesakitnya menghidap kanser tahap 4 dan didiagnos sukar untuk diubati lagi. Perasaan mahu mengkhabarkan berita itu, seperti pedih menoreh dada.

Dari jauh, saya mendengar pengumuman nama anak-anak bertuah yang memperoleh 5A. Menaiki tangga menuju dataran sekolah, terhidang di hadapan saya deretan anak-anak yang sedang duduk beratur menunggu nama masing-masing dipanggil.


Saya mencari kelibat Zulfa dan menangkap dia sedang bergelak ketawa mengusik rakan-rakan dalam barisan yang berada sedikit ke tengah.

Dia sedang enak ketawa dan hati saya pula sedang mendung. Dia masih belum tahu keputusan, sedangkan saya masih gagal menemui kata terbaik mahu diungkapkan.

Zulfa terpaling ke arah saya, melambai-lambai dan menunjukkan ibu jari tanda bagus. Itu keyakinan dia ketika itu.


"Ya Allah, teruji sungguh hati ini hari ini." Saya hanya mampu bersandar pada dinding.

Selepas menamatkan bercakap dengan ibu seorang pelajar, isteri datang merapati, "Bang, tengok Zulfa tu bang. Dia seronok lagi tu. Tak tahu apa. Kesiannya dia bang." Mata isteri mula berair.

Saya memerhati Zulfa dari jauh. Kepalanya terdongak-dongak menanti namanya dipanggil. Sesekali dia bertanya kawan hadapan, nama siapa yang disebut apabila tidak dapat mendengar dengan jelas. Kawan sekeliling yang tadi ramai, sudah mula bangun seorang demi seorang meninggalkan dia. Yang dapat 4A sudah. Yang dapat 3A sudah. Sedang diumum mereka yang 2A. Dia mula gelisah.


"Allah, Allah, Allah..." Itu saja mampu saya dalam hati. Kau takkan mampu untuk pandang wajah dia yang sedang menanti itu.

Zulfa memandang saya dari tempat duduknya. Kali ini, pandangannya tidak seceria dan bercahaya seperti awal tadi. Dia seperti sudah mengagak sesuatu. Jika kau pernah lihat wajah anak yang sedang bersalah, itulah wajah Zulfa ketika itu. Cuma kali ini, dia tidak salah, dia tidak berbuat apa dosa pun. Dan itu yang menyebabkan airmata seorang ayah hampir tumpah.

Sebaik saja slip peperiksaan bertukar tangan, barulah wajah putih tadi mula merah. Saya membiarkan saja dia memilih bahu siapa yang mahu dipinjam. Ternyata bahu yang diperlukan adalah ibu. Berlaku drama airmata yang kehilangan skrip. Tiada sebarang kata-kata, hanya pelukan penuh emosi hiba.

Saya berjaya mengawal 'ego' seorang lelaki pada pagi itu hanya untuk menanti akhirnya airmata itu tumpah pada waktu berdoa selepas solat maghrib berjemaah.


"Ya Allah, kami bersyukur dengan apa yang telah engkau rezekikan kepada kami ya Allah. Selepas segala usaha, jika ini yang kau berikan pada kami, penuhkan hati kami dengan rasa cukup ya Allah. Tidak ada kuasa yang mampu memberi bahagia melainkan engkau ya Allah.

Tanpa dirancang, saya berpaling ke belakang dan menitipkan doa khusus untuk Zulfa ketika itu.

Ya Allah, Zulfa sudah berusaha sebaiknya ya Allah. Dia sudah redha dengan hasil yang diperolehi ya Allah. Kau kuatkanlah hatinya ya Allah. Jangan kau padamkan api semangatnya yang mahu terus menimba ilmu-Mu ya Allah.


Sesungguhnya, kami sangat LEMAH ya Allah.... "

Sebut saja perkataan LEMAH, serentak itu juga, jatuh habis airmata yang dari pagi diempang. Saat itu, sebagai bapa, betapa saya sedar, sekalipun kau manusia boleh berusaha tanpa batas masa, menghimpun segala kepandaian manusia, merancang strategi 'pasti berjaya', apabila akhirnya Allah putuskan begitu, maka begitulah! Kau tidak akan berdaya. Kau selemah-lemah manusia.

Lama saya terhenti. Jelas ada esak tangis juga di belakang saya. Ya, ego manusia jatuh. Mana lagi mahu meminta pertolongan jika bukan dari-Nya.
Saya serahkan sepenuhnya urusan untung nasib persekolahan anak saya seterusnya pada Allah.
Ketika itu, baru terasa betapa nikmatnya hati yang bulat sepenuhnya, lillahi taala.


Alhamdulillah... Selepas satu tahun, saya mula nampak mengapa Allah menyusun apa yang berlaku sedemikian rupa. Di sekolah menengah, Zulfa sangat berbeza dari dia yang saya kenal di sekolah rendah sebelum ini. Potensinya dicungkil dalam pelbagai bidang. Mendapat rakan-rakan sekolah yang bagus akhlak. Dia seperti tidak terkesan langsung dengan apa yang berlaku tahun sebelumnya. Saya lega.

Cukuplah sekali itu. Saya memang berharap keputusan peperiksaan tidak lagi diumumkan sedemikian rupa. Serahkan saja keputusan peperiksaan mengikut nama kepada anak murid dan biarkan mereka membaca sendiri keputusan mereka. Mana yang keputusannya cemerlang, sekolah boleh raikan dalam satu majlis khas buat mereka kemudian dari itu. Tidaklah murid lain yang menunggu terpinga-pinga.

Tidak mahu lagi ada bapa atau ibu lain yang merasai apa yang saya rasa.

Siapa rakan di KPM, sampaikan salam pada YB Menteri. Saranan beliau saya hargai.


Ammar Kamilin
Tidak kuat melihat anak-anak berduka

MARILAH KITA SAMA2.. MEMAHAMI PERASAAN ANAK2 DAN IBU BAPA BILA ANAKNYA TAK DIPANGGIL NAIK KE PENTAS UTK MENGAMBIL SLIP UPSR

Tuesday 21 November 2017

DEMI MASA.....

Nasihat yang Terbaik dari orang paling kaya di China..Wilson Jack Ma   Pengasas AlibabaGB
 
Jack Ma berkata,

"Tolong beritahu anak-anak kamu bahawa dunia berubah setiap hari dan tiada sesiapa akan menunggu bila masa sudah berlalu.

Bila pemetik api dicipta, mancis perlahan-lahan lenyap. 

Bila kalkulator dicipta, abakus juga menghilang.

Bila kamera digital direka, jualan negatif filem tidak lagi wujud. 

Bila jualan langsung @ penjualan secara online meningkat, pemasaran secara tradisional menurun.

Bila smartphone guna 4G
(akses internet tanpa talian) diperkenalkan kpd dunia, kita tidak perlu lagi memasang komputer di rumah.

Bila wechat dan whatsapp
(mesej teks/suara/video bergerak) dibangunkan,  mesej teks tradisional (SMS) tidak lagi sepopular dulu.

Jangan kita tuduh "siapa ambil bisnes siapa." Ia hanyalah disebabkan orang lebih cepat menyesuaikan dan mengadaptasi kepada idea baru dan perubahan di dunia.

Ada org bertanya kepada Jack Ma, "Apakah Rahsia kejayaan kamu?" Dia berkata "Sangat mudah... Saya buat (bertindak) semasa kamu hanya memerhati."

Ingatlah dunia berubah setiap hari. Kalau kamu tidak berubah, kamu akan ketinggalan. Kamu Tuai apa yg kamu Semai dan Bagaimana Anda Guna MASA yang Ada.

Kalau kamu habiskan masa bergaul dengan orang-orang Berjaya, kamu menjadi seorang yang BERJAYA. 

Kalau kamu luangkan masa utk *belajar*, kamu mungkin beroleh *kebijaksanaan*.

Kalau kamu luangkan masa utk *membaca buku* untuk majukan diri, kamu akan beroleh *Peningkatan Diri*.

Kalau kamu habiskan masa utk *minum*, kamu mungkin menjadi seorang *pemabuk*.

Kalau kamu habiskan masa *mengomplen*, kamu akan menjadi seorang yang *suka menyalahkan*.

Kalau kamu luangkan masa untuk *mencantikkan diri* kamu, kamu mungkin menjadi seorang gadis yang *cantik*/lelaki yg *handsome*. 

Kalau kamu luangkan masa untuk *kekal sihat*, kamu akan nikmati *kehidupan sihat yang baik*. 

Kalau kamu habiskan masa menjadi seorang yang *suka marah-marah*, kamu mungkin menjadi orang yang *tidak disukai orang*.

Kalau kamu habiskan *masa dengan keluarga*, kamu akan mewujudkan *kasih sayang dan perhubungan yang aman dengan orang-orang yang kamu sayangi*.

*Beza* antara *Orang yang Berjaya* dan *Tidak* ialah *Bagaimana Pintarnya Anda Menggunakan MASA.

Sunday 19 November 2017

KESIHATAN DIRI

Sekedar nak mengingati kawan kawan ;

1) pergilah check kolestrol 3 bulan sekali. Kolestrol yang tidak merbahaya ialah di bawah 3.5

2) belilah alat check darah tinggi harganya hanya 100 dan baterinya harganya 5 ringgit. Boleh tiap tiap hari check di rumah sambil makan atau sambil tengok TV pun boleh. Bacaan normal dan sehat ialah 120/80. Kalau lebih dari 140 pergilah jumpa doktor segera jangan buat bodoh sombong kerana anda tidak tau apa apa sebenarnya.

3) janganlah percaya pada tukang jual jamu atau herba kerana kelulusan mereka hanya SPM dan tidak faham tentang ilmu kedokteran. Mereka pandai saja cakap sebab hendak lariskan produk mereka sahaja.

4) jangan sekali kali lengahkan jumpa doktor jika rasa sakit kepala melampau atau pening melampau kerana umur kita sudah USIA SAKIT yakni 40 tahun ke atas. Dan kita tidak tahu apa apa pasal sebab sebab sakit kepala. Minyak cap kapak bukan ubat saluran darah tersumbat.

5) berhentilah minum teh tarik atau kopi  susu isian pekat manis kerana ianya bukan susu malah ianya adalah pekatan kelapa sawit yang diperkaya dengan gula dan di diwarna putih.

6) sebenarnya kita, awak dan kawan kawan semua tak tahu apa satu pasal penyakit. Hanya cakap pandai dan besar saja. Hakikatnya seringlah jumpa doktor.
Jangan takut jumpa doktor kerana doktor bukan hantu atau rimau.

7) lebih baik kita tau dari awal penyakit kita agar kita boleh berusaha mengubati dari dok kecek sedak padahal kita tak tahu gapa satu.

8) jawatan tinggi dan kedudukan kewangan yang banyak bukan ukuran bahawa kita tahu akan penyakit kita.

9) Cari masa utk bersenaman semampu anda mengikut usia dan kemampuan masing2. Jalan kaki pun boleh, apa susah

BERINGATLAH.
Pesanan ikhlas untuk sahabat sahabat demi menjaga kesihatan.                           Mahasabah diri

Saturday 18 November 2017

KUNCI UNTUK DAPAT HATI SENANG & JIWA TENANG

1. *TIDAK MEMBENCI*
Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah padamu.

2. *TIDAK MERUNGUT*
Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa.

3. *BERSEDERHANA*
Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta.

4. *BERSANGKA BAIK*
Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian.

5. *SELALU  SENYUM*
Senyumlah walaupun hati terluka.

6. *SELALU  MEMBERI*
Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya..

7. *DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA*
Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya...

8. *TIDAK BERDENGKI & IRI HATI*
Jangan berdengki dengan kejayaan teman-teman anda, berdoalah semoga anda jua berjaya sepertinya...jika anda dengki dengan mengaibkan dia..ingtlah  segala
amal baik anda pasti hangus..Kerana Allah tak terima amal Kebajikan orang yang Berhasad dengki..

9. *MUDAH MEMAAFKAN*
Jangan merasa liat dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan didalam memaafkan

10. *HINDARI PERMUSUHAN*
Jangan menganggap orang yang tidak sependapat sebagai lawan namun dia adalah kawan anda.

*SILA SHARE DAN SEBARKAN*😉

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...