Monday 25 September 2017

Tips Ketika Menghadapi Masalah

1. Pertama sekali, terus paksa diri untuk ambil air wuduk dan solat. Boleh rujuk surah Al Baqarah ayat 45. Allah s.w.t sendiri bagi tips terbaik, mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan solat.

2. Bila ada masalah, tika air mata mengalir. Saat itu satu saja yang boleh selesaikan masalah kita. Sedarilah bukan duit, bukan orang, bukan apa-apa melainkan Allah.

3. Selalu masalah datang dari pelbagai arah. Bertalu-talu. Kita tidak perlu fikir solusi, strategi atau pening nak buat apa. Jawapannya ketika timbul masalah adalah banyakkan Istighfar. Istighfar dulu. Solusi Allah akan bagi.

Minta ampun pada Allah. Kurangkan dosa kita. Diantara penyebab hidup kita selalu ada masalah, ini kerana kita kurang rahmat Allah dalam hidup atas akibat dosa kita.

4. Tarik perhatian Allah. Jemput rahmat Allah melalui mulakan menjaga amalan wajib. Solat 5 waktu saja tidak cukup, kalau boleh solat awal 5 waktu. Tambahkan dengan amalan-amalan sunat terutama Tahajud.

Lihat saja surah Al Isra dan Muzammil, betapa Allah tidak sebut solat sunat nafilah atau sebagai 'tambahan' selepas solat fardhu melainkan bangun malam.

Tunjukkan pada Allah, yang kita benar-benar mahu masalah kita selesai.

5. Banyak hutang, masalah rumahtangga, belum ada jodoh, belum ada rezeki anak, belum ada kerja dan bisnes down. Bangun Tahajud. Luahkanlah perasaan kita pada Allah ketika semua orang sedang tidur.

6. Jangan hanya baca doa yang kita hafal. Ajak berbicara dengan Allah dalam doa. Allah suka dengar hambaNya mengadu padaNya. Dia suka.  "Ya Allah, saya ada itu dan ini.."

Ceritakan masalah kita dari awal. Seperti bercerita dengan kawan rapat. Luahkan semuanya.

7. Allah uji tanda sayang. Bila masalah datang, dan terlalu banyak sampai kita tak mampu nak buat apa-apa. Sebutlah, "Innalillahi wa innalillahi rojiun".

Kita tak boleh buat apa-apa. Jawapannya adalah Redha. Ya redha dulu dengan apa yang dah berlaku. Redha kita dalam situasi tersebut. Kita bukan tuan apatah lagi Tuhan. Redha.

8. Nabi Sulaiman alaihi salam juga pernah alami situasi sejatuh-jatuhnya. Boleh rujuk kisahnya surah Sod ayat 33 hingga 36. Biasanya kita sering dengar orang sebut,

"Ya Allah, tolonglah bantu aku bayar hutang kali ni saja. Aku cuma nak hutang aku lunas."

"Ya Allah, aku ada masalah besar. Lepaskan aku dari masalah ini ya Allah."

SubhanaAllah, Nabi Sulaiman a.s ketika down, dia tak minta hanya selesaikan masalah dia saja. Kerajaan dia hilang. Justeru, Nabi Sulaiman a.s meminta pada Allah,

"Qala rabbi ighfir li wahab li mulkan la yanbaghi liahadin min ba'aadi innaka anta alwahhab."

" Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya."

Maksudnya, ketika ada masalah. Jangan bersedih, istighfar dan mintalah yang besar-besar dari Allah.

Contoh, "Ya Allah selesaikanlah masalah hutangku dan bagi aku kemampuan ya Allah untuk selesaikan masalah hutang orang lain."

"Ya Allah aku redha dengan apa yang dah hilang, gantikanlah aku yang baru, yang jauh lebih baik dan ubahkanlah hidupku ya Allah."

9. Sentiasa zikir "La haula quwwata billah". Biasakan baca selawat. Ini kerana selawat akan meleraikan segala masalah. Amalkan selawat Syifa dan Tafrijiyyah.

10. Jumpalah orang yang soleh. Minta nasihat dari mereka. Orang yang baik ada cahaya dalam percakapannya. InshaAllah akan buat hati kita tenang bila dekat dengan orang yang dekat dengan Tuhan.

11. Minta maaflah. Rendahkan ego kita untuk minta maaf jika ada buat salah pada manusia terutama pada emak ayah. Salam dan ciumlah tangan dan dahi mereka, minta doakan kita.

12. Bersedekahlah. Ya sedekah. Semakin banyak masalah, semakin perlu banyak kita bersedekah. Allah akan menggantikan hingga 10 kali lipat. Sekaligus menjaga kita dari bala musibah.

13. Hidup ini untuk menyelesaikan masalah. Life is to solve problem. Itulah kata-kata mutiara barat, tapi kita ubah sikit, "Hidup ini untuk menyelesaikan ujian." Kita gantikan perkataan masalah kepada perkataan 'ujian'.

Masalah itu adalah ujian, tapi ujian bukan masalah. Ini kerana kita tahu segala ujian datang dari Allah.

14. Iringi masalah kita dengan taat pada Allah dulu. Mula jaga Quran. Baca dan fahami. Sekaligus praktikkan dalam hidup kita. Kuncinya adalah, "Semakin banyak masalah, semakin taat pada Allah."

15. Tenangkan hati dulu dengan ingat pada Allah. Selepas itu baru usaha dan ikhtiar. Imbas semula kesusahan kita yang lepas, kita sangka kita tak dapat lepas ujian itu tapi ternyata hari ini kita masih hidup.

Allah selamatkan kita. Yakinlah, kali ini juga Allah pasti selamatkan kita. Bersyukur bila ada masalah, Allah masih sayang kita dan mahu mengangkat darjat kita.

Semoga membantu. Silakan share.

Kredit: Surya Sufie

Sunday 24 September 2017

LUANGKAN MASA KERANA ALLAH

Dari: Dr Zakir Naik.
Tolong baca sampai
habis..

Kita selalu luangkan
sedikit masa utk Allah.
Tapi DIA selalu
menyayangi dan
merahmati kita. Allah
sentiasa bersama kita.
Mari kita luangkan 30
min masa utk ALLAH.
Bukan berdoa, tetapi
memuji-NYA.

Hari ini, mari kita
sebarkan mesej ini ke
sluruh dunia. Sudikah
anda melakukanya? Jgn
tamatkn pnyebaran
mesej ini.

Kenapa kita mengantuk
apabila SOLAT malam?
Tapi boleh berjaga
sepanjang malam untuk
berwhatsapp.

Kenapa kita bosan bila
lihat & baca AL-QURAN?
Tapi boleh berjam2
lamanya baca whatapps

Kenapa kita sering abai &
padam mesej2 berkaitan
agama? Tapi boleh save
& forward mesej2
kelakar.

Kenapa Masjid makin
sepi? Tapi pasar2 makin
meriah sedangkan
pasarlah tmpt paling
Allah benci.

Kenapa kita selalu
sebut2 nama artis2? Tapi
susah kita ingat ALLAH.

Ingatlah; Allah (SWT)
Berfirman: Jika kamu
berpaling dari aku di
depan kawan kamu, Aku
akan berpaling dari kamu
pada Hari Kiamat kelak.

Jika seseorang menutup
satu pintu, Allah akan
membuka dua pintu; Jika
Allah membuka pintu
untuk kamu, hantarlah
mesej ini termasuk saya..

Dikatakan bahawa
apabila Malaikat Maut
cabut nyawa drpd jasad
org yg mati.. Itu satu
pengalaman yang
menyakitkan.
Dikatakan juga bila
manusia dibangkitkan
pada Hari Kiamat, kesan
sakit roh dicabut drpd
jasad masih ada lagi.

Maka, ALLAH menyuruh
kita utk membaca AYAT
KURSI setiap selepas
solat fardhu.
Dinyatakan sesiapa yang
membaca ayat kursi, roh
mereka akan dicabut
seperti mengambil
sehelai rambut daripada
tepung.. Bayangkan
betapa ringannya rasa
ITU,
Masya-Allah!  Moga Allah
menyelamatkan kita drpd
sebarang sakit dan moga
DIA mematikan kita dgn
iman di hati dan
selamatkan kita drpd
Azab. Aamiin.

Ini perkara biasa kita
buat..
Sebahagian drpd kita
bercakap masa tgh Azan.
..
BACA ini..
Nabi Muhammad(SAW)
bersabda,
Berhenti melakukan apa2
semasa Azan,
walau membaca Quran,
Sesiapa yang bercakap
semasa Azan orang itu
takkan dapat mengucap
Kalimah Shahadat waktu
dia mati.

BACA DOA INI UTK
HIDUP YG LEBIH BAIK..
Allahumma- inni-ala-
zhikrika-wa Shukrika-wa-
husni-ibaadatika.
Doa yg hebat telah
dihantar kepada anda.
Apa yg anda fikir nak
buat dgn Doa ini.
Bayangkan kalau 1000
org baca doa ini sebab
anda. ﺳﺒﺤﺎﻧﺎﻟﻠﻪ  !!!
Subhanallah!!!

Bangun apabila dengar
AZAN, seperti anda
bangun apabila dengar
lagu NEGARAKU

Bacalah AL-QURAN
dengan cermat seperti
anda baca nota.

Takut ALLAH, seperti
anda takut MATI

Ingatlah MATI, seperti
anda ingat NAMA anda.

*MATLAMAT HIDUP KITA
SEMUA ADALAH
KEMATIAN YG BAIK*
*KHUSNUL KHOOTIMAH*

⚠ 80% orang takkan
forward mesej ni

Thursday 21 September 2017

JUMAAT ; HIJRAH

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه 

Intisari Qutbah Jumaat JDT
Tarikh:  22 September 2017
               01 Muharam 1439
Tajuk:  Hijrah Yang Sebenar.
              
1) Firman Allah surah Al-anfal/74 bermaksud: " Dan orng yg beriman dan berhijrah serta berjihad pd jalan Allah (utk membela islam) dan orng (Ansar) yg memberi tempat kediaman dan pertolongan (kpd orng islam yg berhijrah itu), merekalah orng yg beriman dgn sebenar2nya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia  yg mulia".

2) Maksud Hijrah- berpisah; berpindah dari satu tempat ketempat yg lain; perubahan sikap dan tingkah laku; berhijrah kearah beriman kpd Allah dan Rasul SAW.

3) Firman Allah surah Fathir/29 bermaksud: "Sesungguhnya orng yg selalu nembaca kitab Allah dan tetap mendirikn solat serta mendermakan dpd apa yg Kami kurniakan kpd mereka secara sembunyi atau secara berterang2, mereka (dgn amalan yg demikian) mengharapkn satu perniagaan yg tidak akn mengalami kerugian".

4) Keuntungan berniaga dgn Allah- harap ridho Allah; bermuamalat dgn hamba Allah; munajat dgn membaca Al-quran; mendirikan solat; keluarkn zakat; infakkan harta utk wakaf, hibbah, wasiyah dll.

5) Aqidah- dikukuhkan kpd para sahabat oleh Rasul SAW semasa di Mekah; teguh atas dasar Tauhid; kemantapan ilmu mengenal Allah; benar2 menghayati sirah Rasul SAW; percaya perkara2 Syurga dan Neraka.

6) Lemah aqidah- bertentangan dgn ajaran islam; mudah terikut2 dgn budaya lain; terikut dgn perubahan suasana dan masa; lemah usaha dlm menangani musuh2 islam yg ingin menghancurkan islam.

7) Firman Allah surah Al-baqarah/120 bermaksud: "Orang yahudi dan nasara tidak sekali2 akn bersetuju atau suka kpd mu (wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka (yg telah terpesong itu)............".

8) Peristiwa Hijrah- penghijrahan sikap dan akhlak kpd yg lebih baik; amalan dan perlakuan melambangkan sbg orng islam; jauhi tindakan merendahkan martabat islam; bantuan Allah sekiranya kita bantu mempertahankan agama Allah.

9) Muhasabah diri- mantapkan ilmu aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah; didik jiwa perbaiki amalan2 solat zakat puasa; perbetulkan muamalat; baca Al-quran setiap hari; beristigfar bertaubat sunnah Rasul SAW.

10) Firman Allah surah Yusuf/111 bermaksud: "Demi sesungguhnya kisah2 Nabi itu mengandungi pengajaran yg mendatangkan iktibar bagi orng yg mempunyai akal fikiran..................serta ia menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yg (mahu) beriman".

              باراك الله لي ولكم ...

Monday 18 September 2017

MOTIVASI ; LELAKI TUA

🌴Motivasi yg sgt hebat.Masya Allah
Bacalah ianya cukup menginsafkan

😔🥀😔🥀😔🥀😔
LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB.

Tulisan Dato Roslan Abd Hamid

Saya jumpa lelaki tua ini
Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid.
Baca al Quran.
Umur dlm 70an.

Duduk rumah dkt masjid.
Rumah agam besar & menarik.
Hartanya di sana sini.
Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta.

Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln.
Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq.
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu.

Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak.
Katanya malu.
Saya minta 1 formula, dia berikan 10.

Saya catat & mahu kongsikan.

1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa.
Doa ibubapa adalah segala galanya.
Ia tiada hijab, terus termakbul.
Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia.
Doakan mereka apabila telah tiada.

2. Jaga masa.
Ia datang & berakhir.
Urus masa antara 5 waktu solat.
Atur kerja dgn sebaik cara.
Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan.
Berada di masjid sebelum azan.
Masuk waktu terus lah solat.Selepas solat bertebaranlah berusaha cari rezeki..

3. Berdoa dgn khusyuk..
Berserah pada Allah & bertawakallah
Allah tahu apa yg terbaik utk kita.

4. Namun begitu, kena lah berusaha.
Usaha pagi ptg siang & mlm.
Usahalah bersungguh2.
Usaha bermula dgn berniat.
Lepas itu buat sampai dpt.
Kalau tak dpt usaha yg lain pula.
Adakan masa utk baca
Al-Quran.
Maka dia pun nasihatkan saya.
"Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran.
Jadi jika membaca surah
Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran.
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari.

5. Jaga Kesihatan.
Banyak kan berjalan kaki.
Banyakkan minum air masak atau air mineral.
Jaga pemakanan.

6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan.
Ikat perut & usah membazir.
Makanan & minuman mestilah dihabiskan.
Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan.
Sentiasa lah belanja org mkn & minum.
Apabila mkn di kedai yg kecil,  perhatikan kebersihan kedai itu.
Apabila bersih masuk.
Disitu kita akan temui ramai org susah.
Belanja mereka mkn & minum.

7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln
Apabila dlm perjalanan, berhenti.
Cari lah masjid.
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2.
Malam, buang sampah sarap.
Basuh pinggan mangkuk.
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama.
Boleh dgr org mengajar.
Boleh juga baca kitab.
Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi.
Siapkan bahan utk kerja esok hari.

8. Usah takut jumpa org.
Walau pun 5 minit mahu berjumpa pergi lah sendiri.
Usah pakai posmen apabila depani soal penting.
Biar kita merangkak panjat bangunan.
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan.
Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri.

9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih.
Usah cakap sakit.
Apabila sakit, senyum.
Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dlm dunia ni yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina.
Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW.
Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org.

10. Niat kan mahu kaya.
Niat kan mahu bantu ramai org.
Niat mahu jadi manusia berguna.
Niat itu macam tulis surat.
Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah.
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu.
Maka tulis alamat betul2

Marilah kita istiqamah dlm amalan kebaikan yang baik jadikan qudwah yang buruk jadikan dakwah bersama amar maaruf nahi mungkar.

😔🥀😔🥀😔🥀😔

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
                                                                                 MUHASABAH HARI INI KEISTIMEWAAN MANUSIA BERNAMA IBU

1.    Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu2 jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

2. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menmpakkn segalanya

ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..

🌷 Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
🌷Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
🌷Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata.

3   Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
🌷Anak
🌷 Ibu
🌷Suami / Isteri

1. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.

2. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu/bapa kita yang telah tiada.

3.  Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

4.    Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.

5. Jika mak ayah kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukan wang untuk dia, bila mak kita dah takda teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.
“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu/bapaku”.
Itu yang yang buat ibu/bapa kita bahagia di sana.

6. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak ber-sedekah.

7. Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya.  Jagalah mereka dengan baik Insyallah, syurga balasanya.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebut-lah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.

8. Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mmbersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

ANAK2 BERMASALAH

LARI DARI RUMAH

1. Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

2. Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepdanya.

DEGIL

1. Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK

» Wahai roh anakku “nama anak”, jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibubapa, roh yang taat pada Allah, roh yg sayang sesama manusia
Dengan niat yg baik ikhlas kerna Allah same2 berdoa

"Yaa Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.... Orang Yg M'baca Ini Adalah Org Yg Baik & Setia, Kuat
Sabar
Sayangilah Dia Serta Kasihilah Dia
Tolong Bantu Tingkatkan Kehidupannya
Mudahkan Rezekinya
Sihatkan Tubuh Badannya
Jika Dia Melangkah
Selamatkanlah Dia
Mudahkan Langkahnya
Aaminn Aamiin Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

Wassalam

Ust. Sihabuddin  Muhaemin.

🌷🌸🌷🌸🌷🌸🌷

Sunday 10 September 2017

DOA BUAT ANAK EXAM UPSR

Mak ayah yang ada anak nk tempoh peperiksaan Srai, upkk, upsr,pt3 dan Spm amalkan zikir ini kekuatannya dari asmaul husna....

(Rentetan perkongsian Ustzh Nurhafizah Musa, program di tg karang). kekuatan Asmaul husna.


Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang exam ya..

Allahumma 1x
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 40x
Bicara hati
Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik. 1x

Allahumma 1x
Ya zohir 40x
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda ankku kerana Kau Maha Menampakkan  1x

Allahumma 1x
Ya Fatah 40x
Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul. 1x

Allahumma 1x
Ya Baari'. 40x


Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik2nya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi.
Aku yaqin hanya kuasaMu shj Ya Allah.. aku tiada daya.. 1x.

Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam .. zikirlah. Bayangkan ank2 sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak2 ada dalam keadaan berwuduk masa nak pergi skolah. Kalau batal takpe.. mak ayah kena istighfar sepanjang exam ini juga ya..


Mudah2an perkongisan ini dirahmati Allah.

Dalam Al-Quran surah Al A' Raf.. ayat 180. Buka dan carilah apa Allah kata tentang Asmaul Husna...


buat semua calon SRAI, UPKK, UPSR, PT3 dan SPM 2017, Semoga beroleh kejayaan cemerlang

Ps:share ramai ramai ya.

DOA SEPANJANG EXAM UPSR

DOA MENDUDUKI EXAM.

Keluar rumah🏠:
بِسْمِ ٱللَّهِ تَوَکَّلْتُ عَلَى ٱللَّهُ

Otw 🚶🚶 :
يَا ذَٱلْجَلَالِ وَٱلْإِكْرَامِ

Msuk dewan periksa 🏫 : 
سَلٰمٌ قَوْلًا مِّن رَّبِّ ٱلرَّحِيمِ

Duduk 💺:
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينَ

Buka kertas soalan 📄 :
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَاطَ اٱلْمُسْتَقِيمَ

Jawab soalan 📝 :
إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

Soalan susah ⚠ :         
وَكَانَ ذٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرًا

Check jawapan ❌ :        
إِنَّ ٱللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلٍيمًا

Hantar 🏁 :
وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ وَلِيًّا وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ يَسِيرًا
ٰ

Share utk anak2 kita yg akn menduduki exam UPSR beberapa hari saja lagi.

DOA BUAT PELAJAR UPSR

Hamba ALLAH:
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2017

Nasihat² KEHIDUPAN mengucapkan selamat menduduki peperiksaan buat semua calon UPSR 2017

Kepada anak2 semua...

Selamat Berjuang mulai 11.09.2017 hingga 14.09.2017

Semoga mendapat kejayaan Dunia dan Akhirat.

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي* وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي* وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي * يَفْقَهُوا قَوْلِي

“Wahai Tuhanku lapangkan bagiku dadaku dan mudahkan bagiku urusanku dan bukalah simpulan dari lidahku supaya mereka faham ucapanku”

Ya Allah,
Kurniakan mereka kesihatan baik yang berterusan, selamatkan perjalanan mereka ke dewan peperiksaan, lindungi dari halangan dan rintangan.

Ya Allah,
Mudahkan setiap soalan bagi mereka, tajamkan akal fikiran mereka, lancarkan penulisan mereka, ingatkan apa yang mereka lupa dan bantu mereka untuk menjawab soalan dengan tepat dan betul.

Ya Allah,
Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan mu semata2.

Terimalah doa kami dan makbulkanlah dengan berkat kekasih Mu, Nabi Muhammad SAW...

Aamiin, aamiin, aamiin ya rabbal 'alaamiin

PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA

JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik.

Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, Kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yg kamu lakukan.

Dan yang membenci mu tidak percaya tentang kebaikan yg masih ada pd dirimu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Hari ini dan semalam adalah hari yg berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya.

Kita Bukan Siapa-Siapa Untuk Menilai Siapa Siapa..

Eratkan silaturahim,
Walau sekadar berdoa untuk semua ahli keluarga..jiran & sahabat

Ketika kita menanam padi, rumput pun ikut tumbuh..
Tapi ketika kita menanam rumput, tidak pernah padi turut tumbuh....

Dalam kita melakukan “ kebaikan ”, kadang-kadang ada yang buruk turut ikut sama..

Tapi Ketika kita melakukan “ keburukan ”, tidak ada kebaikan turut ikut serta..

Jangan bosan untuk berbuat baik walaupun kadang-kadang kita tidak sempurna.

Jika melawat ke hospital, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat kesihatan.
Jika melawat ke penjara, kita akan menyedari betapa besarnya nikmat kebebasan.
Jika kita ke kubur, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat hidup.

Pesakit akan keluar wad bila sakitnya sembuh.
Manakala banduan akan keluar penjara bila tamat tempoh hukumannya.
Tetapi kubur TIADA JALAN KELUAR.

Sentiasa ingat mati dan Buatlah persiapan untuk kematian...sedar lah diri segala yg kt miliki  termasuk diri kt milik ALLAH SWT

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

📮Join Telegram Taman Orang Soleh
telegram.me/RiyadusShaliheen

ANAK AMBIL UPSR ESOK?


Esok UPSR. Debaran pada anak. Ayah ibu lebih kuat debarannya.
.
Terdengar sana sini ayah ibu stres. Cikgu pun tidak terkecuali.
.
Apa kata bantu anak-anak dengan buat perkara berikut:
.
1. Tidur awal. Pastikan 9 jam. Pengukuhan memori berlaku masa tidur. Benarkan proses ini berlaku.
.
2. Beri sarapan bernutrisi tinggi. Contoh telur. Ada Choline. Otak perlukan. Beri pisang. Ada Tryptophan. Otak perlukan.
.
3. Beri kata-kata semangat. Contoh, "ayah/abi/emak/ummi/appa/amma bangga dengan xxxx. Senyum. Peluk. Lepaskan dia.
.
Pelukan akan keluarkan hormon oxytocin. Dia akan suka dan bahagia. Hilang stres dan kecut perut.
.
4. Bekalkan air mineral. Sebut pada anak untuk teguk air apabila buntu. Air bawa oksigen dan nutrisi pada otak.
.
5. Bekalkan anak dengan buah-buahan. Kekacang masukkan sekali.

Elakkan dari beri:
.
1. Makanan ada MSG. Glutamate sudah ada di otak. Lebihan glutamate ganggu keluarkan isi yang dihafal.
.
2. Minuman berkafein. Kafein kecilkan pembuluh darah di otak.
.
3. Jauhkan anak-anak dari makanan segera yang diproses. Pewarna dalamnya lemahkan sel-sel otak di bahagian hippocampus - pusat memori.
.
Saya percaya kita sayang pada anak-anak. Kita mahukan mereka berjaya. Lakukan tanpa tunggu. Buat tanpa nanti.
.
Boleh boleh.
.
Copy paste drp fb Dr Rizal Abu Bakar

Saturday 9 September 2017

ANAK KITA


Anak anak adalah buah hati kita.
Jangan bandingkan  antara mereka.
Yang pandai jangan terlalu dipuji,
yang lemah janganlah kita keji.

Anak yg baik, anak yg cerdik; cuma ujian. ALLAH nak tengok kita demand ke tidak,
letak syarat ke tidak, kerja kuat ke tidak,
sabar ke tidak.

Anak2 yg biasa-biasa, tak berapa pandai; itu hadiah ALLAH.
Di mata manusia mereka biasa saja,
tapi siapa tahu kekurangan mereka ASBAB kita masuk syurga.
Tak perlu kecewa hasil kita tak seberapa.
Mana tahu kalau asyik cemerlang,
kita riak menjaja bangga.

Anak2 yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan kerjaya & rencahnya. Jangan lukai hati anak2 kita.
Terimalah pemberian ALLAH dengan redha. Sayangi mereka sama rata.
Doakan mereka tak kira di mana-mana.
Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.

Anak2 kita mentah,
jiwa mereka rapuh.
Yang salah kita, terlebih menghukum daripada membina.
Terlebih menyumpah daripada  membimbing. Terlebih marah daripada nasihat.
Terimalah mereka penuh amanah.

Anak2 ini dipinjamkan buat kita untuk dijadikan ummat Muhammad yang hebat.
Bukan membesar untuk dinobat.
Jangan bezakan anak2 kita,
kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa jadi ibu bapa.. belajarlah malu pada ALLAH,
DIA yang sebegitu hebat tak pernah bezakan hamba-hambaNya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.

Anak2 kita juga punya hati dan jiwa.
Mana tahu ada yang kita tak beri penuh perhatian sekarang tp dialah yg akan ingat kita sampai tua,
akan mendoakan kita hingga ke syurga.

Jangan berhenti untuk menjadi ibu bapa yang berilmu dan cemerlang!

Kata-kata indah untuk renungan kita bersama....
Sempena ank2 nak exam upsr...upkk...psra..pt3..spm...stpm...

UJIAN MENGHADAPI EXAM

Assalamualaikum wbrt.
Yabg Mulia
Anak-Anak UPSR

*Selamat Menduduki UPSR Ajari Anakmu Erti Kejayaan Sebenar*

Ujian Penilaian Sekolah Rendah, UPSR dijadualkan bermula minggu ini dari 11 September sehingga 18 September 2017. Anak-anak tahun 6 dari seluruh negara akan menduduki peperiksaan UPSR selama seminggu.

Selamat maju jaya kepada semua anak-anak calon UPSR. Semoga beroleh kejayaan cemerlang. Buat ibu bapa, banyakkan berdoa untuk kejayaan anak-anak, bukan sahaja untuk dunia semata-mata malah paling penting kejayaan di akhirat sana. Didiklah mereka erti kejayaan sebenar sejak dari kecil.

Allah S.W.T merakamkan pesanan terindah mengenai pendidikan anak-anak melalui Surah Luqman yang bermaksud:"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: *“Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.*

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKu kembalimu.

"Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, Maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Ku kembalimu, Maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

"(Luqman berkata): “Hai anakku, Sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha mengetahui. "Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah). (Surah Luqman : 13 - 17)

Akhir kata, selamat menduduki peperiksaan UPSR buat semua calon. Semoga dipermudahkan urusan anda semua.

Amin...

ZON MASA

Terbaca satu tazkirah yang sangat baik untuk dikongsikan kpd kita semua sbg tazkirah dan muhasabah diri...

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.

Ada yang masih single.
Ada kahwin 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah.
Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama.
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya.
Masa kita belum sampai.
Obama retired at 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.
Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.

Ada yang dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yang dah ada cucu di umur yang sama.
Malah ada yang baru menimang cahaya mata pertama di umur yang sama.

Ada yang 'depan' dari kita.
Tapi ada juga yang 'belakang' kita.
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.

Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early.

You are just on time.
Jangan stress.

Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh.
Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki.
Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti.
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga.
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.

Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah.
Runsingkan kerja kita yang asik tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan
"eh nanti tua siapa nak jaga kau."
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua?

Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.
Kuatkan pergantungan kpd Allah, itu yg paling penting.

Monday 4 September 2017

PERBANDINGAN ANTARA CARA SEMBELIHAN ISLAM DAN CARA BARAT DGN PROSES PEMINGSANAN

*KAJIAN DARI BARAT TERKEJUT DGN CARA ISLAM MENYEMBELIH LEMBU*

Semakin maju penelitian ilmiah semakin membuktikan kebenaran Islam.

Sila lihat penelitian ini.

1. Nabi Muhammad tidak pernah belajar cardiology tapi syari’at nya membuktikan penelitian ilmu modern.

2. Melalui penelitian ilmiah yang dilakukan oleh dua staf ahli penternakan dari Hannover University, sebuah university terkemuka di Jerman. Prof.Dr. Schultz dan rakan nya, Dr. Hazim, keduanya memimpin satu padukan penelitian terstruktur untuk menjawab pertanyaan:

*Manakah yang lebih baik dan paling tidak sakit, penyembelihan secara Syari’at Islam yang murni (tanpa proses pemingsanan) ataukah penyembelihan dengan cara Barat (dengan pemingsanan)?*

3. Keduanya merancang penelitian yg sangat canggih, mempergunakan sekelompok lembu yg telah cukup umur (dewasa). Pada permukaan otak kecil lembu2 itu dipasang electrode (microchip) yang disebut Electro-Encephalograph (EEG). Microchip EEG dipasang di permukaan otak yang menyentuh titik (panel) rasa sakit di permukaan otak, untuk merakam dan mencatat bacaan rasa sakit lembu ketika disembelih. Di jantung lembu2 itu juga dipasang Electro Cardiograph (ECG) untuk merakam aktiviti jantung saat darah keluar kerana disembelih.

4. Untuk mengelak dari kesalahan, lembu2 dibiarkan selesa dengan EEG maupun ECG yang telah terpasang di tubuhnya selama beberapa minggu. Setelah masa selesa itu dianggap cukup, maka separuh lembu disembelih sesuai dengan Syariat Islam yang murni, dan separuh lagi disembelih dengan menggunakan cara pemingsanan yang digunakan di Barat.

5. Dalam Syariat Islam, penyembelihan dilakukan dengan menggunakan pisau yang sgt tajam, dengan memotong tiga saluran pada leher bahagian depan iaitu: saluran makanan, saluran nafas serta dua saluran pembuluh darah: arteri karotis dan vena jugularis.

6. Patut pula diketahui, syariat Islam tidak menyarankan teknik pemingsanan. Sebaliknya, cara Barat mengajarkan atau bahkan mengharuskan agar ternak dipingsankan terlebih dahulu sebelum disembelih.

7. Selama penelitian, EEG dan ECG pada seluruh lembu itu dicatat untuk merakam dan mengetahui keadaan otak dan jantung sejak sebelum pemingsanan (atau penyembelihan) hingga ternak itu benar-benar mati. Nah, hasil penelitian inilah yang sangat ditunggu-tunggu!

8. Dari hasil penelitian yang dilakukan dan dilaporkan oleh Prof. Schultz dan Dr. Hazim di Hannover University Jerman itu dapat diperoleh beberapa hal sbb.:

*Penyembelihan Menurut Syariat Islam*

Hasil penelitian dengan menerapkan amalan penyembelihan menurut Syariat Islam menunjukkan:

Pertama
Pada 3 detik pertama setelah ternak disembelih (dan ketiga saluran pada leher lembu bahagian depan terputus), tercatat tidak ada perubahan pada grafik EEG. Hal ini bererti bahwa pada 3 detik pertama setelah disembelih itu, tidak ada indikasi rasa sakit.

Kedua
Pada 3 detik berikutnya, EEG pada otak kecil merakam adanya penury Nancy grafik secara bertahap yang sangat mirip dengan kejadian deep sleep (tidur nyenyak) hingga lembu2 itu benar-benar hilang kesedaran. Pada saat tersebut, tercatat pula oleh ECG bahwa jantung mulai meningkat aktiviti nya.

Ketiga
Setelah 6 detik pertama itu, ECG pada jantung merakam ada nya aktiviti luar biasa dari jantung untuk menarik sebanyak mungkin darah dari seluruh anggota tubuh dan mengepam nya keluar. Hal ini merupakan refleksi gerakan koordinasi antara jantung dan sumsum tulang belakang (spinal cord). Pada saat darah keluar melalui ketiga saluran yang terputus di Bahamian leher tersebut, grafik EEG tidak naik, tapi malah turun hingga ke zero level. Hal ini diterjemahkan oleh kedua peneliti ahli itu bahwa: *“No feeling of pain at all!” (tidak ada rasa sakit sama sekali!)*

Keempat
Kerana darah tertarik dan di pam oleh jantung keluar tubuh secara maksima, maka dihasilkan healthy meat (daging yang sehat) yang layak doing makan oleh manusia. Jenis daging dari hasil sembelihan semacam ini sangat sesuai dengan prinsip Good Manufacturing Practise (GMP) yang menghasilkan Healthy Food.

Penyembelihan Cara Barat

Pertama
Segera setelah dilakukan proses stunning (pemingsanan), lembu terhuyung jatuh dan rebah. Setelah itu, lembu tidak bergerak-gerak lagi, sehingga mudah dikendalikan. Oleh karena itu, lembu dapat pula dengan mudah disembelih tanpa meronta-ronta, dan (nampaknya) tanpa (mengalami) rasa sakit. Pada saat disembelih, darah yang keluar hanya sedikit, tidak sebanyak bila disembelih tanpa proses stunning (pemingsanan).

Kedua
Segera setelah proses pemingsanan, tercatat adanya kenaikan yang sangat nyata pada grafik EEG. Hal itu menunjuk kan adanya tekanan rasa sakit yang diderita oleh ternak (karena kepalanya dipukul, sampai jatuh pingsan).

Ketiga
Grafik EEG meningkat sangat tajam dengan kombinasi grafik ECG yang turun ke batas paling bawah. Hal ini menunjuk kan adanya peningkatan rasa sakit yang luar biasa, sehingga jantung berhenti berdenyut lebih awal. Akibatnya, jantung kehilangan kemampuannya untuk menarik darah dari seluruh organ tubuh, serta tidak lagi mampu mengepam nya keluar dari tubuh.

Keempat
Karena darah tidak tertarik dan tidak di pam keluar dari tubuh secara maksima, maka darah itu pun membeku dalam urat-urat darah dan daging, sehingga dihasilkan Unhealthy Meat (daging yang tidak sehat), yang dengan demikian menjadi tidak layak untuk dimakan oleh manusia. Disebutkan dalam khazanah ilmu dan teknologi daging, bahwa timbunan darah beku (yang tidak keluar saat ternak mati/disembelih) merupakan tempat atau media yang sangat baik bagi pembiakan bakteria pembusuk, yang merupakan agen utama merosak kualiti daging.

*Bukan Ekspresi Rasa Sakit!*

Meronta-ronta dan meregangkan otot pada saat ternak disembelih ternyata bukanlah ekspresi rasa sakit! Sangat jauh berbeza degas dugaan kita sebelumnya! Bahkan mungkin sudah lazim menjadi keyakinan kita bersama, bahawa setiap darah yang keluar dari anggota tubuh yang terluka, pastilah disertai rasa sakit dan ngilu. Terlebih lagi yang terluka adalah leher dengan luka terbuka yang menganga lebar…!

Hasil penelitian Prof. Schultz dan Dr. Hazim membuktikan yang sebaliknya. Iaitu bahawa pisau tajam yang menghiris leher (sebagai syariat Islam dalam penyembelihan ternak) ternyata tidaklah ‘menyentuh’ saraf rasa sakit. Oleh kerana nya kedua peneliti ahli itu menyimpulkan bahawa lembu meronta-ronta dan meregangkan otot bukanlah sebagai ekspresi rasa sakit, melainkan sebagai ekspresi ‘keterkejutan otot dan saraf’ saja (iaitu pada saat darah mengalir keluar dengan deras). Mengapa demikian? Hal ini tentu tidak terlalu sulit untuk dijelaskan, karena grafik EEG tidak membuktikan juga tidak menunjukkan adanya rasa sakit itu.

Subhanallah… Memang selalu ada jawapan dari setiap pertanyaan tentang kebenaran Islam. Selalu ada penguatan Allah dari setiap adanya usaha pelemahan dari musuh Agama yang mulia ini.

Sebenarnya, sudah tidak ada alasan lagi menyimpan rasa tak sanggup melihat proses penyembelihan korban, karena kita sudah tahu bahawa haiwan ternak tersebut tidak merasakan sakit ketika disembelih. Dan yang paling penting, kita dapat mengerti hikmah dari salah satu Syariah Islam dan keberkahan yang tersimpan di dalamnya.

*KABAR INI HARUS TERSEBAR DEMI MEMBUKTIKAN, APA YANG ISLAM PERINTAHKAN SANGAT BERGUNA BAGI MANUSIA*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...