Saturday 20 October 2018

BILA UMUR MASUK 40 TAHUN


1. Lipat tilam dan bantal yang selesa...hidupkan malam dengan amal.


2. Ingat kembali usia yg telah dilalui , hitung msa yg banyak terbuang
     Jangan banyak rehat dan hiburan yang melekakan.
     Kurangkan pakaian mahal dan makanan sedap
     Jangan banyak  bersenang kerana kematian semakin              hampir.

3. Imam shafie...umur 40 tahun berjalan pakai tongkat supaya ingat diri sedang berjalan ke akhirat.
.
4. Jika masih tidak berubah ketika masuk 40 tahun...syaitan dah nobat sebagai rakannya untuk ke neraka.
.
5. Kurangkan fikir hal dunia...kumpul amalan untuk mati.
.
6. Pada usia ini...tukarkan niat kerja kerana Allah. Fokus urusan dunia untuk mendapat  redha Allah.

7. Apa harta yang ada pada umur ini...cukuplah kerana itu saja rezeki yg Allah bagi. Tumpukan perhatian lebih kepada amal...kurangkan pesona kepada dunia...jika tidak terus tertinggal akhirat.

8. Jangan tamak dengan  dunia. Ingat dunia bukan lagi milik kita.

9. Kata ulamak, aku dengar  setiap pagi ada suara dari langit ke 4 yang berseru- "wahai anak yg berusia 40 tahun, kamu sudah hampir kepada kematian, wahai anak umur 50 tahun, hitunglah apa yg kamu belum lakukan untuk mati...wahai anak umur 60 tahun masa kamu sudah tiada.."

10. Doa semasa umur 40 tahun ke atas..wahai Tuhanku tolonglah lapangkan dalam diri aku rasa syukur atas nikmat yg telah kau beri..kepada kedua- dua ibu bapaku dan redai mereka.

11. Bykkan taubat- 70 kali sehari

12. Tingkatkan keyakinan kepada agama -hanya Islam yang jadi pegangan sehingga mati.

13. Jaga hati, bersihkan hati,  redha dengan ketentuan dan berbaik sangka dengan Allah.

14. Tingkatkan iman dan ibadah- tingkatkan amalan sunat...solat lebih khusyuk, Solat Awal waktu, sentiasa Solat berjemaah dan laksanakan semua ibadah lebih berkualiti.

15. Amalkan sifat-sifat  Mahmudah, jauhi Dan hindari sifat-sifat Mazmumah.

USTAZ AHMAD DUSUKI

Thursday 18 October 2018

JAGA-JAGA, TERGELINCIR

Nu'man bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Imam Abu Hanifah rahimahullah Ta'ala, pernah berjalan bertentangan arah dengan seorang budak kecil yang berjalan mengenakan terompah kayu.

Si imam berkata: "Jaga-jaga Nak dengan terompah kayumu itu, jangan sampai kamu tergelincir."

Budak ini pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.

"Bolehkah saya tahu namamu, Tuan?" tanya si budak kecil itu tadi.

"Nu'man namaku", jawab si imam.

"O.. jadi, tuankah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A'zhom (Imam agung) itu..?", tanya si budak.

"Bukan aku yang memberi gelaran itu. Masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku", jawab si Imam.

"Wahai si Imam, berhati-hatilah dengan gelaranmu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran itu. Terompah kayuku ini mungkin hanya menggelincirkanku di dunia. Tetapi gelaranmu itu dapat menjerumuskan kamu ke dalam api yang kekal JIKA KESOMBONGAN dan KEANGKUHAN menyertainya..."

Ulama besar yang diikuti banyak umat Islam itupun tersungkur menangis menerima nasihat 'tajam' daripada seorang budak kecil...

Imam Abu Hanifah rahimahullah Ta'ala (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan yang begitu dalam maknanya, justeru ia datang dari lidah seorang budak.

Betapa banyak manusia yang tertipu kerana PANGKAT, tertipu kerana KEDUDUKAN, tertipu kerana GELARAN atau TITLE, tertipu kerana POSISI YANG 'DIMULIAKAN', tertipu kerana STATUS SOSIAL, tertipu kerana sebutan gelar HAJI/HAJJAH, USTAZ, AL-FADHIL, SYAIKH, DOKTOR, YB, Tan Sri, Dato' dan sebagainya.

Marilah kita berhati-hati dan TERUS SALING MENGINGATKAN agar jangan sampai kita tergelincir...

Jangan sampai kita menjadi angkuh dan sombong kerana gelaran, pangkat, status sosial dan kebesaran di dunia.

Ingatlah...
"Sepasang tangan yang menarik kita takkala terjatuh lebih kita percayai dari seribu tangan yang menyambut kita takkala tiba di puncak kejayaan.."

Mari kita hubungi sahabat-sahabat kita...
Kerana sahabat yg baik adalah pelita di kegelapan..
Kadang cahayanya baru terasa ketika dunia terasa gelap.

Ketahuilah...
"TIDAK AKAN MASUK SYURGA orang yang dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun hanya seberat biji sawi." (Hadis riwayat Muslim).

JANGAN MEREMEHKAN NASIHAT, WALAUPUN DATANGNYA DARIPADA SEORANG 'BUDAK HINGUSAN.🌱🌱🌱

MUTIARA KATA DARIPADA HABIB

Mutiara Habib Umar Bin Hafidz

"Sebagaimana engkau membersihkan wajahmu agar indah dipandang orang, maka bersihkan pula hatimu agar indah dipandang Allah."

- Habib Umar bin Hafidz

"Semua persahabatan yang terbina di muka bumi ini akan menjadi permusuhan di hari akhirat kecuali persahabatan yang dibina dengan ketaqwaan."

- Habib Umar bin Hafidz

“Syukuri apa yang kau miliki. Jangan iri dengan apa yang orang lain miliki, maka Allah SWT akan memberimu apa yang belum kau miliki.”

- Habib Umar bin Hafidz

"Ada manusia yang amalnya seperti gunung di dunia namun di akhirat umpama debu yang berterbangan."

- Habib Umar bin Hafidz

"Menjaga perasaan seorang muslim adalah ibadah. Menyakiti hati seorang muslim dosanya lebih besar dari menghancurkan ka'bah. Siapa saja yang membuat senang hati seorang muslim, maka Allah akan membuatnya senang kelak di hari akhir."

- Habib Umar bin Hafidz

"Orang yang tinggi akhlaknya, walaupun rendah ilmunya lebih mulia dari orang yang banyak ilmunya tapi kurang akhlaknya."

- Habib Umar bin Hafidz

“Bila aku kecewa pada mereka yang banyak menyakitiku, aku teringat pada Rasulullah yang senantiasa memaafkan semua orang yang menyakiti beliau. Shallallahu alaihi wa sallam.”

- Habib Umar bin Hafidz

"Suatu saat kau akan dapati sesuatu yang kau pinta dari Allah sejak lama, mungkin sejak masa kecilmu yang bahkan kau sudah lupakan itu, tapi Allah tak akan melupakannya."

- Habib Umar bin Hafidz

"Jika kaulihat seseorang jauh dari Tuhannya, jangan kauejek dia. Allah lebih dekat kepada pendosa ketimbang orang-orang yang sombong."

- Habib Umar bin Hafidz

"Jika kamu ingin untuk berada dekat dengan Nabi Muhammad, maka kamu perlu untuk bangun malam dan melaksanakan Tahajjud."

- Habib Umar bin Hafidz

“Bila aku merasa harus membalas kejahatan orang terhadapku, aku teringat Rasulullah ketika beliau dilempari batu, dipukul, dan diusir dari Thoif, maka beliau hanya berdoa kebaikan dan hidayah untuk seluruh kampung tersebut, shalallahu alaihi wa sallam.”

- Habib Umar bin Hafidz

"Ramai wanita yang meniru wanita-wanita di TV, sehinggakan mereka tidak kenal lagi siapa Sayyidatina Fatimah Binti Rasulullah SAW."

- Habib Umar bin Hafidz

"Sungguh celaka la orang orang yang tidak melihat wajahnya Nabi Muhammad di akhirat kelak,iaitu orang orang yang mengagungkan para pemain bola sepak dan para artis lebih dari mengagungkan Rasulullah Saw dan para sahabat r.a."

- Habib Umar bin Hafidz

"Layanlah orang tuamu seperti Raja, maka rezekimu juga akan menjadi seperti Raja."

- Habib Umar bin Hafidz

"Jika jernih keadaan seorang mukmin, maka dia tak akan sabar untuk zikir kepada Allah."

- Habib Umar bin Hafidz

"Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah , maka Allah akan penuhi hatinya dengan rahmat dan ketenangan di setiap waktu."

- Habib Umar bin Hafidz

"Didiklah mata hati supaya jangan memandang hina pada orang lain walaupun dengan ahli maksiat."

- Habib Umar bin Hafidz

"Seandainya Allah perlihatkan pahala kesabaran, pasti ramai manusia yang berlumba lumba mendekati ujian."

- Habib Umar bin Hafidz

"Jangan sibuk dengan hal orang lain. Jaga lah hati kamu. Biarkan hati kamu senantiasa bersujud kepada Allah."

- Habib Umar bin Hafidz

"Wahai kamu semua yang mengharapkan pandangan daripada Allah, berselawatlah kepada Rasulullah Saw."

- Habib Umar bin Hafidz

LAPAN JENIS MAKANAN UNTUK KESIHATAN

*Lapan jenis makanan yang paling baik untuk mencegah penyakit*
‎الرمان . Delima
‎الروب . Yogurt
‎الثوم . Bawang putih
‎البصل . Bawang besar
‎الشاي الأخضر . Teh hijau
‎الشوفان . Oat
‎القرع . Labu
‎البروكلي . Brokoli
‎ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
‎ثلاثة أشياء تمرض الجسم :
*Tiga perkara membawa penyakit*
‎1) الكلام الكثير . Banyak bercakap
‎2) النوم الكثير . Banyak tidur
‎3) الأكل الكثير . Banyak makan
‎ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
‎وأربعة أشياء تهدم البدن :
*Empat perkara merosakkan badan*
‎1) الهم . Dukacita
‎2) الحزن . Sedih
‎3) الجوع . Kebulur
‎4) السهر . Tak tidur malam
‎ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
‎وأربعة تزيد في ماء الوجه وبهجته :
*Empat perkara menambah seri wajah*
‎1) التقوى . Taqwa
‎2) الوفاء . Jujur
‎3) الكرم . Pemurah
‎4) المروءة . Jaga kehormatan
‎ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
‎وأربعة تجلب الرزق :
*Empat perkara menarik rezeki*
‎1) قيام الليل . Qiamulail
‎2) كثرة الاستغفار بالأسحار. Banyak istighfar waktu 2/3 malam
‎3) تعاهد الصدقة . Biasa bersedeqah
‎4) الذكر أول النهار وآخر . Berzikir waktu awal pagi dan petang
‎ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
*Jangan kedekut untuk sebarkan kepada kawan kawan mu dan orang yang anda kasihi..*

Friday 12 October 2018

13 OKTOBER 2018

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
           
Salam Pagi Sabtu
4 Safar
13 Oktober 2018

‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
‎اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
kami  memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu Ya Allah semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana Engkaulah Tuhan Yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya 'Alim ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dari masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirMu.

Ya Allah takdirkanlah yg baik2
utk diri kami, jgnlah Engkau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.  Ya Allah bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami Ya Allah.

Ya Allah sejahterakanlah kami dgn kesihatan yg baik supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu.

Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu byk dosa kpdMu Ya Allah. Ampunkanlah dosa kedua2 ibubapa kami, setiap titik susu ibu yg mengalir dlm diri kami Engkau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh membawa ke syurgaMu Ya Allah Ya Rahman.

Pd setiap keringat yg mengalir pd tubuh ayah kami dlm mencari rezeki kpd keluarga kami Engkau gantikan dgn keampunan yg membawanya ke syurgaMu Ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak mampu kami  membalasnya.  Justeru itu kurniakanlah kpd kedua2 ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu Ya Allah.

Ya Allah kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2, ketua2 kami yg masih hidup dan yg terlebih dahulu pergi dahulu meninggalkan kami ke alam barzah, golongkanlah mereka dlm golongan orang2 yg Engkau redhai. Ya Allah apabila tiba pula giliran kami menuju barzahMu, maka Engkau ambillah kami dlm keadaan yg baik2 dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah.

Kurniakanlah kpd kami ya Allah, jiwa yg tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab. Engkau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka Engkau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkan keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dgn sakit, maka Engkau sembuhkan lah Ya Allah, agar mereka dpt beribadah bersama-sama kami.

Ya Allah jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti, sesungguhnya Engkau Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi.

Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lagi diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu utk kami semakin dekat dgnMu. Jgnlah Engkau jadikan kami dpd golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

Ya Allah bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya, jadikanlah kehidupan kami ini sbg tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sbg ketenangan kpd kami dari segala kejahatan,g Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kpd kedua-dua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa2 kami, dosa kedua2 ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru2 kami, sahabat2 kami , jiran tetangga kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Ya Allah lindungilah kami dari angin merah, lindungi kami dari darah hitam (stroke) dan penyakit berat.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     

‎رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَالْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Tuesday 9 October 2018

SIAPAKAH TEMAN DUDUKMU....???


*Telah berkata IMAM GHAZALI Rahimahullah di dalam kitab Tanbihul Ghafilin*_

_Siapa saja yang sering duduk bersama 8 orang kelompok manusia, Allah akan memberinya 8 perkara:_
*1.من جلس مع الأغنياء زاده الله حب الدنيا والرغبة فيها.*
_1. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang kaya, Allah akan menambahkan cinta kepada dunia & semangat untuk mendapatkan dunia._
*2. ومن جلس مع الفقراء زاده الله الشكر والرضا بقسمة الله تعالى*
_2. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang miskin, Allah akan menambahkan perasaan syukur & ridha atas pemberian Allah._
*3. ومن جلس مع السلطان زاده الله الكبر وقساوة القلب*
_3. Barangsiapa yang duduk dengan para pemimpin/raja, Allah akan menambahkan perasaan sombong & kerasnya hati._
*4. ومن جلس مع النساء زاده الله الجهل والشهوه*
_4. Barangsiapa yang duduk dengan perempuan, Allah akan menambahkan kebodohan & syahwat._
*5. ومن جلس مع الصبيان زاده الله اللهو والمزاح*
_5. Barangsiapa yang duduk dengan anak-anak kecil, Allah akan menambahkan lalai & gurau senda._
*6.ومن جلس مع الفساق زاده الله الجرأة على الذنوب والمعاصي والإقدام عليها،والتسويف في التوبة*
_6. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang fasik, Allah akan menambahkan berani berbuat dosa & kemaksiatan serta mendorongkan diri untuk berbuat maksiat kemudian menunda-nunda akan taubat._
*7.ومن جلس مع الصالحين زاده الله الرغبة في الطاعات*
_7. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang shaleh, Allah akan menambahkan perasaan cinta kepada amalan-amalan ketaatan._
*8. ومن جلس مع العلماء زاده العلم والورع*
_8. Barangsiapa yang duduk dengan para ulama, Allah akan menambahkan ilmu & perasaan tidak cintakan dunia._
-
_*MARI kita renungkan, dengan siapa kita bersahabat..???*_

KESAN SOLAT DHUHA

KESAN SOLAT DHUHA


Ana-Anisah Ahmad: Doa dhuha


DMS Roslinza:

*INILAH KESAN DARI SOLAT DHUHA*

Ramai orang yang belum tahu apa kesan yang akan mereka rasakan bila rajin solat dhuha.
Bertuahlah anda yg berkesempatan membaca artikel ini, semoga menjadi pengajaran berguna untuk kita semua.
Seperti dijelaskan oleh Sayid Muhammad bin Alwi al-Maliki dalam bukunya Khasais al-Ummah al-Muhamadiah tentang keutamaannya, penulis menjelaskan keutamaan-keutamaan yang disediakan oleh Allah bagi hamba yang menunaikannya lengkap dengan sumber hadisnya.

*Pertama*
orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah. “Sesiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.” (HR. Tirmidzi)

*Kedua*
Sesiapa yang menunaikan solat Dhuha dia tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat kepada Alah. “Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali dia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.” (HR. Hakim).

*Ketiga*
Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah. “Sesiapa yang solat Dhuha 2 rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Sesiapa yang mengerjakannya sebanyak 4 rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah. Sesiapa yang mengerjakannya 6 rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu. Sesiapa mengerjakannya 8 rakaat, maka Allah tulis dia sebagai orang yang taat. Dan sesiapa yang mengerjakannya 12 rakaat, maka Allah akan membangun sebuah rumah di syurga untuknya.” (HR. At-Thabrani).

*Keempat*
Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha kelak dia akan masuk syurga melalui pintu khas, pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah. “Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru, "Di manakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah swt.” (HR. At-Thabrani).

*Kelima*
Allah mencukupkan rezekinya. “Wahai anak Adam, janganlah kalian merasa lemah dari 4 rakaat dalam mengawal harimu, nescaya Aku akan mencukupkan di akhir harimu.” (HR. Abu Darda`).

*Keenam*
Orang yang mengerjakan solat Dhuha dia telah mengeluarkan sedekah. “Hendaklah masing-masing kalian bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan 2 rakaat solat Dhuha.” (HR Muslim).

Tata Cara Shalat Sunnah Dhuha Lengkap for Android - APK Download


*Setelah membaca artikel ini, apakah anda masih tidak mahu mengerjakan solat sunat Dhuha ?*

Solat Dhuha punya kedudukan yg mulia. Disunat mengerjakannya sejak terbit suria hingga masuk solat Zuhur.

Syukran..Siapapun yg menulis Pertama tulisan ini semoga kita boleh mengambil pelajaran dan kita amalkan.





*SEMANGAT SOLAT DHUHA*


Boleh di share biar lebih bermanfaat bagi orang ramai, kalau di simpan sendiri pun tidak mengapa.
Rasulullah saw bersabda :"Sesiapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap dapat pahala." (HR. Al-Bukhari)
Wallah hu a'lam.

Monday 8 October 2018

BERSABARLAH DAN BERSYUKURLAH SEPERTI BAGINDA AYYUB A.S

Setelah 7 Tahun diuji dengan Penyakit, Habis rosak, memburuk dan membusuk daging dan kulitnya, tinggal berbaki cuma lidah dan hatinya utk berzikir kpd Allah swt. Di saat yg begitu terhimpit, datang Syaitan Durjana mengambil kesempatan di atas kesempitan, cuba merosakkan iman Ayyub a.s dgn menimbulkan rasa kesal dgn ujian dr Allah swt ke atasnya, namun jawapan yg di berikannya ialah..

الحَمْدُ للهِ الذِّي هُوَ أَعْطَاهَا وَهُوَ أَخَذَهَا

“Segala puji bagi Allah. Dialah yang memberi, Dialah pula yang berhak mengambil.”

Ketika isterinya meminta supaya Baginda Ayyub a.s memohon doa kesembuhan dr Allah swt, jawabnya..

"Aku telah diberi kesihatan selama 70 tahun. Sakit ini masih terlalu sedikit jika dibandingkan dgn nikmat yg Allah swt kurniakan kpd aku selama ini."

Sehingga si isteri tak sanggup lg utk teruskan khidmat beliau dan ditinggalnya Ayyub a.s keseorangan diri dalam sebuah gua.

Dalam keadaan yg begitu genting, yang keluar dr lisan Nabi Ayyub as bukanlah keluhan mahupun makian, tapi puji pujian kpd Yang Maha memberi Ujian. Betapa Allah swt suka dgn kata2 Nabinya Ayyub a.s sehingga ia telah dirakam dlm Al Quranul Kareem dalam Surah Al Anbiya ayat ke 83.

Kata Nabi Ayyub a.s :

أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang Maha Mengasihani daripada segala yang mengasihani".

Setelah itu Allah swt perintahkan Nabi Ayyub a.s menghentakkan kakinya ke tanah..

ارْكُضْ بِرِجْلِكَ ۖ هَٰذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ
"Hentakkanlah bumi dengan kakimu " maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya, " Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin ". [Surat Sad 42]

Dan Allah swt bukan sahaja telah mengembalikan harta dan keluarganya bahkan menggantikannya dengan yg jauh lebih baik dr sebelumnya.

Begitulah nizam Allah swt, setelah diuji hamba2, apa yang Allah swt nak lihat, siapa antara hamba2nya yang mampu istiqomah dalam bersabar dan bersyukur.

Friday 5 October 2018

AKAN TIBA...

_*Baginda Nabi ﷺ bersabda (mafhumnya):*_

🕒 Akan tiba masanya atas ummat ku di mana ke khusyu'kan dlm solat akan hilang.

🕒 Akan tiba masanya atas ummat ku banyaknya kematian secara mengejut.

🕒 Akan tiba masanya atas ummat ku banyak nya gempa² bumi.

🕒 Akan tiba masanya atas ummatku di mana seseorang muslim itu tidak akan mengucapkan salam kecuali kepada orang yang ia kenal sahaja.

🕒 Akan tiba masanya atas ummat ku banyak terjadi pembunuhan sesama sendiri.

🕒 Akan tiba masanya atas ummat ku manusia saling berbangga² dengan perbuatan maksiat mereka.

Para sahabat bertanya " Bilakah itu akan terjadi wahai Rasulullah ?

Rasulullah ﷺ menjawab " Semua itu akan terjadi di akhir zaman, maka apabila hal itu sudah terjadi maka tunggulah saat kedatangan hari kiamat.

.. Hampir² semua yg disebut itu berlaku di zaman kita 😭

💔 Adalah Hari-hari yang sangat Ganjil.

Ibu² & bapa² hanya mementingkan makanan yg sedap dan pakaian yg cantik² sahaja terhadap anak² mereka.
Namun mereka lupa menanam ajaran agama dan akhlak kepada anak² mereka.

💔 *Hari² yang ganjil.*

Para pekerja tidak ikhlas bekerja dengan alasan gaji yg diberi tidak berpatutan/sedikit. Namun mereka lupa sesungguh nya Allah memberkati rezeki yang halal dan menghilangkan berkah dari rezeki yang haram.

💔 *Hari² yang Ganjil.*

Pemuda dan pemudi berjam² menghabiskan waktu mereka jalan² dan berpeleseran di Mall atau di Pasaraya. Namun mereka merasa letih dan berat untuk mengerjakan solat walau hanya satu rakaat.

💔 *Hari² Ganjil.*

Pemuda dan pemudi asyik mendengar lagu² dengan hati yang girang gembira. Namun jika untuk mendengar firman² Allah, hati mereka menjadi sesak, seolah² mereka hendak naik ke langit sedang mereka tidak tahu bahwa perkara yang halal tidak boleh bercampur dengan perkara yang haram.

💔 *Hari² sangat Ganjil.*

Kita bersungguh² berusaha sehingga mampu membeli apa yang kita suka, yg enak² dan yang bagus². Murah atau mahal, kita sanggup membayar nya walaupun dengan berapa harga sekalipun, namun ketika kita ingin menderma kedalam tabung masjid, kita akan memilih wang kita yg paling kecil sekali unutk dimasukkan kedalam tabung derma.

💔 *Hari² yang Ganjil.*

Kita set alarm sebelum tidur takut terlambat bangun untuk pergi kerja. Namun kita lupa untuk setkan alarm untuk bangun menghadap Allah ketika solat Subuh.

💔 *Hari² sangat Ganjil.*

Kita saling caci dan membicarakan keburukan makhluk² Allah, namun kita lupa akan firman Allah _*"Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di datangi malaikat pengawas yang selalu hadir".*_

💔 *Hari² yang Ganjil.*

Kita mengeluh dari banyak nya musibah dan bencana, namun kita lupa akan firman Allah _*"Maha Suci Allah yang telah menggerak kan kenderaan ini untuk kami padahal kami tiada kuasa menggerakkannya".*_

💔 *Hari² yang Ganjil.*

Ibu² & bapa² membiarkan saja isteri dan anak perempuan mereka memakai pakaian dengan menampakkan aurat bahkan menimbulkan fitnah kepada orang lain tanpa ada rasa bersalah dan tidak berani untuk mencegahnya dengan alasan itu adalah hak asasi manusia, kubur masing² dll....

💔 *Hari-hari yang ganjil.*

Pada saat pesan ini sampai kepada mu, maka dengan engkau telah menjadi salah seorang yang berkongsi dalam memberikan peringatan tentang peraturan serta syariat Allah dan sunnah² _*Nabi Muhammad ﷺ.*_

Apa yang kami harapkan darimu adalah turut serta menghidupkan sebahagian dari sunnah _*Nabi ﷺ*_ ini walau hanya dengan satu perbuatan sunnah sahaja.

Jadilah anda salah seorang yang mengajak kepada kebaikan. ✳

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...