Monday 8 October 2018

BERSABARLAH DAN BERSYUKURLAH SEPERTI BAGINDA AYYUB A.S

Setelah 7 Tahun diuji dengan Penyakit, Habis rosak, memburuk dan membusuk daging dan kulitnya, tinggal berbaki cuma lidah dan hatinya utk berzikir kpd Allah swt. Di saat yg begitu terhimpit, datang Syaitan Durjana mengambil kesempatan di atas kesempitan, cuba merosakkan iman Ayyub a.s dgn menimbulkan rasa kesal dgn ujian dr Allah swt ke atasnya, namun jawapan yg di berikannya ialah..

الحَمْدُ للهِ الذِّي هُوَ أَعْطَاهَا وَهُوَ أَخَذَهَا

“Segala puji bagi Allah. Dialah yang memberi, Dialah pula yang berhak mengambil.”

Ketika isterinya meminta supaya Baginda Ayyub a.s memohon doa kesembuhan dr Allah swt, jawabnya..

"Aku telah diberi kesihatan selama 70 tahun. Sakit ini masih terlalu sedikit jika dibandingkan dgn nikmat yg Allah swt kurniakan kpd aku selama ini."

Sehingga si isteri tak sanggup lg utk teruskan khidmat beliau dan ditinggalnya Ayyub a.s keseorangan diri dalam sebuah gua.

Dalam keadaan yg begitu genting, yang keluar dr lisan Nabi Ayyub as bukanlah keluhan mahupun makian, tapi puji pujian kpd Yang Maha memberi Ujian. Betapa Allah swt suka dgn kata2 Nabinya Ayyub a.s sehingga ia telah dirakam dlm Al Quranul Kareem dalam Surah Al Anbiya ayat ke 83.

Kata Nabi Ayyub a.s :

أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang Maha Mengasihani daripada segala yang mengasihani".

Setelah itu Allah swt perintahkan Nabi Ayyub a.s menghentakkan kakinya ke tanah..

ارْكُضْ بِرِجْلِكَ ۖ هَٰذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ
"Hentakkanlah bumi dengan kakimu " maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya, " Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin ". [Surat Sad 42]

Dan Allah swt bukan sahaja telah mengembalikan harta dan keluarganya bahkan menggantikannya dengan yg jauh lebih baik dr sebelumnya.

Begitulah nizam Allah swt, setelah diuji hamba2, apa yang Allah swt nak lihat, siapa antara hamba2nya yang mampu istiqomah dalam bersabar dan bersyukur.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...