Thursday 30 April 2020

PENGUMUMAN TERBARU MORATARIUM

UPDATE TERBARU MORATORIUM, BERAPA LEBIHAN INTEREST PERLU DIBAYAR DAN PATUTKAH KITA MASIH AMBIL?

Kenyataan terbaru Bank Negara dan Persatuan Bank Malaysia mengatakan yang hire purchase & fixed rate loan akan dikenakan interest sepanjang tempoh moratorium jika kita pilih untuk ambil moratorium tersebut.

Bermaksud yang terlibat adalah loan kereta dan juga personal loan. Hutang rumah tak ada apa-apa perubahan.

Beza yang dulu dengan sekarang?

Dalam kenyataan sebelum ini, moratorium untuk loan kereta dan personal loan tak akan ada apa-apa bayaran tambahan. Cuma panjangkan tempoh bayaran loan selama 6 bulan. Umpama dapat loan holiday selama 6 bulan.

Sekarang interest akan dikenakan untuk tempoh 6 bulan cuti bayar tu.

Jadi berapa jumlah extra yang kita kena bayar kalau ambil Moratorium?

Boleh guna formula ni untuk kira lebihan interest yang perlu dibayar,

Extra Interest = (Jumlah bayaran bulanan x 6 bulan) x interest rate x (baki tempoh pinjaman dalam tahun + 0.5)

Contoh untuk loan kereta,

Bayaran bulanan = RM1,000
Interest rate = 3%
Baki tempoh pinjaman = 5 tahun

Extra interest = RM1,000 x 6 bulan x 3% x (5 + 0.5) = RM990

Lebihan interest sebanyak RM990 ini perlu dibayar samada:

1. Terus bayar lump sum instalment tertangguh 6 bulan itu sebaik sahaja habis tempoh moratorium 6 bulan (October 2020). Tak perlu bayar lebih instalment seterusnya dan tempoh pinjaman masih sama.

2. Bayar jumlah instalment seperti biasa bermula October 2020, tapi tempoh bayaran akan dipanjangkan untuk tampung lebihan interest.

3. Bayar dengan jumlah instalment yang lebih tinggi setiap bulan bermula October 2020, tetapi tempoh pinjaman akan kekal sama.

Boleh rujuk dengan bank masing-masing untuk kaedah bayaran yang lebih tepat.

Sebelum ini memang “no brainer” punya pilihan untuk kita ambil moratorium untuk loan kereta & personal loan sebab tak ada kena bayar extra.

Tapi memandangkan sekarang dah kena charge, adakah masih sesuai untuk kita ambil?

Kalau tanya saya personally, saya memang akan tetap ambil juga moratorium ni.

Pun masih atas sebab yang sama seperti apa yang saya kongsikan sebelum ni.

1. Kita perlukan tunai sebanyak mungkin sepanjang tempoh krisis ini.

2. Ada syarikat besar yang tersenarai dalam Bursa pun sudah mula potong gaji pekerja sebanyak 4%. Keadaan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya.

3. Lebihan tunai itu boleh kita guna untuk hapuskan hutang jahat seperti kad kredit.

4. Jumlah interest lebihan yang dikenakan masih lagi munasabah. Kita hanya perlu bayar RM990 untuk dapat lebihan tunai RM6,000 selepas 6 bulan (guna contoh di atas)

5. RM6,000 itu saya boleh gandakan sebanyak paling kurang 10% sebulan di pasaran saham. Lepas 7 bulan dah boleh berkembang 100% menjadi RM12,000.

Terpulang kepada pilihan masing-masing untuk ambil atau tidak.

Ada orang malas nak pening-pening, dia bayar sahaja macam biasa.

Yang ada skill untuk melabur, memang dia akan ambil lebihan tunai tersebut.

Semoga pencerahan di atas mampu membantu anda membuat keputusan.

Boleh #kongsikan untuk bacaan orang lain.

Siraj Fahmi

#FinancialBoutiqueSpecialist
#TSIGroup

Monday 27 April 2020

STATISTIK COVID 19 MALAYSIA 27 APRIL 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 27 APRIL 2020

Kes baharu dilaporkan: 40

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 5,820

Kes sembuh: 95

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 3,957

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 37 (Seramai 17 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 1

Jumlah keseluruhan kematian: 99

- CPRC KKM

PENAWAR VAKSIN COVID 19?

👆👆 ada orang hntr wassup diatas pd saya dan ini pula jawapan saya.

Ya...besar kemungkinan ini yg akn berlaku slps PKP ditamatkan dan ianya adalah realiti dan pasti. Normal baharu atau 'New Norm' bakal mewarisi kehidupan kita nanti.

Saya pernah baca 1 article dr WHO baru2 ni, pakar2 perubatan dr WHO pernah kata bahawa vaccine atau penawar utk Covid-19 mungkin akn ambik masa yg lama utk dihasilkan krn WHO msh tak dapat nk menentukan cara utk menghasilkan vaccine Covid-19 ini.

Setakat ini vaccine yg berjaya dihasilkan oleh WHO serta pakar2 perubatan seluruh dunia termasuk CDC di Amerika hnya berjaya menghasilkan vaccine utk virus 'Malaria dan Ebola' shj.

Virus2 lain spt H1N1, SARS, MERS dan lain2 virus merbahaya lg msh  dlm penyelidikan dan msh lg belum berjaya menghasilkan sebarang vaccine utk virus2 tersebut walaupun H1N1, SARS atau virus MERS telah menyerang manusia sblm munculnya  Covid-19 bertahun2 lamanya.

Bayangkan pula berapa lama lg pakar perubatan dunia WHO atau CDC utk menghasilkan vaccine Covid-19 ni sedangkan virus2 lain, mereka msh gagal utk menghasilkan sebarang vaccine.

Ya betul, slps PKP ini ditarik blk nanti dlm tempoh seminggu dua lg, kehidupan kita takkan sama lg. Kita akn masuk era 'New Norm' dimana kita sentiasa khuatir atau berjaga2 dgn org2 disekeliling kita dgn istilah mudah kita dah tak percaya lg dgn org2 sekeliling kita kecuali keluarga sendiri..
Wallahua'lam.

ADAKAH KITA BERSEDIA SELEPAS PKP?

Adakah kita sudah bersedia ?

Apa yang bakal berlaku selepas PKP ?

Ramai yang ingat , Selepas sahaja PKP ditamatkan . Kita akan menjalani kehidupan seperti biasa .

Rangkaian covid boleh dihentikan , Tetapi untuk membunuh Virus tersebut adalah sesuatu yang belum diketahui kerana belum ada penawarnya . Jadi , kita masih belum selamat .

Sangkaan itu Mungkin betul , Tapi yang pasti selepas PKP , Kita semua akan menjalani kehidupan dengan New Norm

Kalau perasan sebelum ni , PM awal awal lagi dah sebut , Kita kena biasakan Dengan kehidupan baru Iaitu New Norm .

New Norm ini adalah keadaan dimana kita bakal bebas namun masih dalam keadaan terkawal , ianya Atas risiko masing masing .

Walaupun kes covid dah Zero , Tetapi kemungkinan untuk wujudnya jangkitan wabak semula adalah “ *Possible* “ Yang akan menyebabkan sporadik iaitu jangkitan baru .

Walaupun kita akan bebas keluar semula .

Tetapi , Ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi .

1 ) Masih mengamalkan social distancing pada jarak 1 Meter

2 )Keluar bila memerlukan sahaja . Terus pulang kerumah selepas waktu bekerja

3 )Tidak dibenarkan menghadiri atau mengendali majlis yang melibatkan pengumpulan ramai orang seperti Majlis kahwin , konvensyen dan sebagainya

4 ) Tidak dibenarkan keluar negara untuk beberapa tempoh , sehingga satu dunia bebas dari covid . Bila agaknya satu dunia akan bebas dari covid ? Mungkin mengambil masa 1-2 tahun .

5).Tidak digalakkan untuk bercuti dan belegar di shopping mall , Pawagam mahupun Pasar Borong

6). Sentiasa mengamalkan personal hygiene , Hand sanitization , Menutup bersin dengan siku , Memakai Mask jika perlu .

7).Tidak digalakkan melepak di warung , Kedai mamak dan sebagainya . Tiada lagi tontonan Live bolasepak di premis makanan

Apa yang akan berlaku seterusnya ?

1 - Pemilik Microbusiness juga akan terkesan dengan kerugian . Disebabkan pelanggan hanya keluar untuk membeli makanan bila perlu sahaja .

2- Microbusiness juga akan terkesan Seperti Kilang pengeluar , Dan mungkin mereka akan kurangkan bebanan dengan mengurangkan jumlah pekerja .

3- Sektor Perhotelan / Resort / Kelab golf / Shopping complex / Taman tema - Tidak akan menerima kunjungan seperti dulu lagi

4- Syarikat penerbangan juga akan terkesan bila mana mereka hanya boleh dibenarkan untuk terbang dalam negara sahaja

5- Syarikat penjualan kereta akan turut terjejas kerana faktor ekonomi pembeli yang terjejas . Siapa yang akan beli kereta dalam keadaan ekonomi tidak stabil ?
Ada ke bank yang sanggup beri hutang dalam keadaan macam ni ?

6- Sektor pakaian dan servis kecantikan juga akan terjejas . Pelanggan akan mengutamakan perbelanjaan dapur dari kecantikan

7- Bagaimana dengan sekolah / Kolej dan universiti ? Perkara ini agak rumit untuk dibincangkan kerana ianya mempengaruhi pelbagai aspek yang bakal melanggar syarat sosial distancing . kita tunggu dan lihat apa keputusan yang akan dibuat

8- Syarikat pembekal perubatan akan terus sukses kerana mempunyai demand yang tinggi

9 . Rakyat akan mula berjaga jaga , Dan cuba mengelakkan risiko jangkitan .
Rakyat akan lebih peka dengan personal hygiene .

10 - Oh ya ! Siapa yang mahu beli hartanah dalam keadaan ekonomi yang merosot  ?

11- Perniagaan perabot juga akan terkesan . Siapa yang mahukan perabot baru dikala income bulanan tidak menentu?

Dan banyak lagi .

Kesimpulan disini , Selepas tamat waktu PKP , Itu bukan lah titik noktah kerana rawatan utama untuk covid masih belum lagi ditemui . Oleh itu.. Risiko jangkitan dan kematian  masih tinggi .

6 bulan yang akan datang , Adalah tempoh kritikal yang lebih mencabar dimana rakyat perlu bersedia mental dan fizikal untuk mengharungi fasa pemulihan ekonomi .

 *Saranan*

1 Berjimat sebaik mungkin . Apa saja duit simpanan yang ada , Simpanlah selagi boleh .

2- Basuh semula pakaian lama , Dan pakai semula . Jangan bazir duit simpanan dengan pakaian yang baru

3- Hidup dalam besederhana

4- Jimatkan pengunaan elektrik dan air

5- Tangguh dahulu plan percutian sehingga income mula stabil

6- Kurangkan kos perbelanjaan makanan Dengan hanya membeli makanan yang perlu sahaja . . Jangan bazirkan duit dengan makanan pesanan yang ditempah diluar  Sebaiknya masak dirumah lebih menjimatkan

7- Jangan bazirkan wang dengan gadget elektronik yang tidak diperlukan .

8-Kurangkan pengunaan kenderaan untuk menjimatkan kos tol , kos selenggara dan kos minyak

9-Menumpang dengan ahli keluarga . atau menyewa rumah . Elakkan pembelian hartanah buat masa ini . Loan pun susah lepas , & Belum tentu lagi pekerjaan yang ada akan masih kekal .

Berikut adalah beberapa saranan sahaja , Untuk memastikan kita boleh survive dalam tempoh 6 bulan - 12 bulan akan datang

New Norm adalah kehidupan baharu yang bakal kita tempuhi . Yang pastinya Bukan mudah , Tetapi adalah untuk keselamatan Nyawa Masing Masing

Dan Ingatlah . Untuk tempoh Ini
“ Cash Is King . “

Jimatlah sebaik mungkin .

Apa yang bakal berlaku seterusnya ? Tiada siapa yang tahu

Marilah kita berdoa agar penawar virus ini dapat dijumpai dengan segera , Barulah kita boleh menjana ekonomi kita seperti dulu .

#COPYPASTE

Thursday 23 April 2020

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN


Assalamualaikum wbt...

💜Ramadhan tahun ini mencatat sejarahnya yang tersendiri bagi manusia yang hidup di zamannya.

💜Siapa sangka, kita akan menyambut Ramadhan di tahun 2020 dalam keadaan kita semua terkurung.

💜Jika tahun-tahun dahulu kita sambut malam-malam Ramadhan dengan terawih di masjid, tahun ini tidak lagi.

💜Jika tahun-tahun dahulu kita sambut dengan qiam berjemaah di surau, tahun ini juga tidak lagi.

💜Jika dulu kita bertadarus setiap malam bersama sahabat-sahabat, tahun ini tidak lagi.

💜Jika dulu kita melazimi mendengar Terawih live dari Mekah, tahun ini juga mungkin tiada lagi.

💜Jika dulu kita gembira dengan pelbagai juadah di bazar Ramadhan, tahun ini juga sudah tiada lagi.

💜Mungkin Ramadhan kali ini adalah yang teristimewa untuk kita semua.

💜Untuk pertama kalinya kita dapat beribadah kepada-Nya tanpa ada hingar bingar dunia.

💜Allah benar-benar ingin kita fokus beribadah kepada-Nya dengan amalan yang terbaik.

💜Tidak lagi sibuk bekerja.
Tidak lagi kelam-kabut pulang ke rumah untuk sediakan makanan untuk berbuka.

💜Tidak lagi keletihan di waktu sepertiga malam untuk bertahajud kepada-Nya.

💜Allah ingin jadikan Ramadhan kali ini yang terbaik untuk kita.


🌹Mana tahu, tahun depan kita tidak berjumpa Ramadhan lagi.

🌹Siapkan diri kita untuk melakukan yang terbaik pada Ramadhan tahun ini.

🌹Moga ibadah puasa kali ini benar-benar dapat kita lakukan hanya untuk Dia.

🌹Ramadhan kita kali ini hanya untuk Allah Yang Maha Agung.

🌹Allah sedang mengajar kita. Sedarlah dan bersyukurlah...

💜🌹Salam Ramadhan.


Moga kita bertemu malam Lalilatul Qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan.

*RAMADAN KAREEM*
Maaf Zahir Batin

MOHON MAAF SEMPENA KETIBAAN RAMADHAN


Assalamualaikum....

01 HARI SEBELUM RAMADHAN...


Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf Zahir Batin dari lubuk hati saya yang serba kekurangan*

*Maaf sekiranya pernah menyakiti,
*Maaf sekiranya pernah mengumpat,
*Maaf sekiranya pernah mengata,
*Maaf sekiranya pernah menghina,
*Maaf sekiranya pernah terkasar bahasa,
*Maaf sekiranya pernah menyinggung perasaan,
*Maaf sekiranya pernah buat semua terasa hati,



Baik disengaja mahupun tidak disengajakan*
Baik yang terang-terangan mahupun yang disembunyikan.*

Sesungguhnya yang buruk datang dari diri ini sendiri, dan yang baik itu sentiasa datangnya dari Allah SWT*


Salam RAMADHAN AL MUBARAK

1 RAMADHAN

Assalamualaikum Wbt.
1Ramadan.  1441H.
*MAGHRIB...7:20*
Shah Alam.

*💫Matahari berdzikir,*
*angin bertasbih dan pepohonan memuji keagungan-Mu.*
*Semua menyambut datangnya malam Seribu Bulan,*
 *Selamat berpuasa di bulan suci Ramadhan.*

Jom dirikan solat 💫💫💫💫
#selamatmeyambutramadhanalmubarak
#selamatberpuasa

PESANAN BUAT SEMUA

*Ustaz Ebit Liew*
*21 Pesanan Bermakna Dari Beliau*

1- “Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia”

2- “Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.”

3- “Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.”

4- “Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.”

5- “Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.”

6- “Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.”

7- “Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.”

8- “Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.”

9- “Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.”

10- “Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.”

11- “Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah,itulah cinta yang sebenar.”

12- “Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang.”

13- “Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.”

14- “Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.”

15- “Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.”

16- “Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.”

17- “Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.”

18- “Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.”

19- “Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.”

20- “Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.”

21- “Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.”

*Pesanan Bermakna Dari Ustaz Ebit Liew*

Moga sentiasa jd amalan kita ...

*SALAM RAMADHAN AL MUBARAK*

*IKHLAS DARI MUHD FIRHAN MOHD FARIZ SEKELUARGA*

Tuesday 21 April 2020

KISAH PEMUDA DI ZAMAN NABI IBRAHIM

BISMILLAH
SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
ALLAHUAKBAR



Belajar dari Doa-doa Nabi Ibrahim

SELAWAT & SALAM BUAT JUNJUNGAN BESAR KITA NABI MUHAMMAD SAW.


*SALAM SILATURRAHIM & SALAM SEJAHTERA BUAT SAHABATKU INI SERTA SELURUH KAUM KELUARGANYA AGAR SENTIASA DILINDUNGI & DIRAHMATI OLEH ALLAH YG MAHA ESA.*

*SEMOGA KITA SEMUA DILINDUNGI & DIJAUHKAN DPD SEBARANG PENYAKIT2 YG MERBAHAYA TERUTAMANYA VIRUS COVID-19 INI OLEH ALLAH SWT HENDAKNYA*.
*AAMIIN*🤲


*TAZKIRAH 1/3 MALAM*


*MERUBAH TAKDIR DENGAN PERBANYAKKAN AMALAN BERSEDEKAH.*


SUATU HARI, MALAIKAT MAUT MENDATANGI NABI IBRAHIM A.S, LALU 
BERTANYA :

*MALAIKAT :*
“SIAPA ANAK MUDA YANG TADI MENDATANGIMU WAHAI IBRAHIM ?

*NABI IBRAHIM :*
ITU TADI SAHABATKU & SEKALIGUS MURIDKU.

*MALAIKAT :*
ADA APA DIA DATANG MENEMUIMU..?

*NABI IBRAHIM :*
DIA INGIN MENYAMPAIKAN AKAN MENIKAH BESOK PAGI.

*MALAIKAT:*
WAHAI IBRAHIM, SAYANG SEKALI, UMUR ANAK ITU TIDAK AKAN SAMPAI BESOK PAGI.

HABIS BERKATA SEPERTI ITU, MALAIKAT MAUT PUN PERGI MENINGGALKAN NABI IBRAHIM.

HAMPIR SAJA NABI IBRAHIM A.S TERGERAK UNTUK MEMBERITAHU ANAK MUDA TERSEBUT, GUNA MENYEGERAKAN PERNIKAHANNYA MALAM ITU JUGA, DAN MEMBERITAHU TENTANG KEMATIANNYA.

TETAPI LANGKAHNYA TERHENTI.

NABI IBRAHIM A.S MEMILIH KEMATIAN TETAP MENJADI RAHSIA ALLAH..

ESOK PAGINYA, NABI IBRAHIM A.S TERNYATA MELIHAT & MENYAKSIKAN ANAK MUDA TERSEBUT MELANGSUNGKAN PERNIKAHANNYA.

HARIPUN BERGANTI, MINGGU BERGANTI, BULAN BERGANTI, & TAHUN PUN BERGANTI TAHUN,

NABI IBRAHIM A.S MALAH MELIHAT ANAK MUDA INI PANJANG UMURNYA SEHINGGA USIANYA 70 TAHUN..

NABI IBRAHIM A.S PUN BERTANYA KEPADA MALAIKAT MAUT,

KENAPA MALAIKAT BERBOHONG TEMPOH HARI,

MENYAMPAIKAN JIKA ANAK MUDA ITU AKAN MATI BESOK PAGI,

TERNYATA TIDAK MATI, BAHKAN UMURNYA PANJANG..


*MALAIKAT MAUT :*
DIRINYA MEMANG AKAN MENCABUT NYAWA ANAK MUDA TERSEBUT, KERANA ALLAH MENAHANNYA,DAN KENAPA ALLAH SWT MENAHAN TANGANKU UNTUK TIDAK MENCABUT NYAWA ANAK MUDA ITU (DAHULU)...?

KETAHUILAH WAHAI IBRAHIM,

BAHAWA DI MALAM MENJELANG PERNIKAHANNYA,

ANAK MUDA TERSEBUT MENYEDEKAHKAN 7 DIRHAM UNTUK ANAK2 YATIM, LALU ANAK2 YATIM MENDOAKAN NYA.

ALLAH MENGGANTI SETIAP DIRHAM  10 TH
DAN AKU DI PERINTAH KAN OLEH ALLAH. UNTUK TDK MENCABUT NYAWA ANAK MUDA TERSEBUT SBLM USIA NYA 70 TH.

DAN INILAH YANG MEMBUAT ALLAH MEMUTUSKAN UNTUK MEMANJANGKAN UMUR ANAK MUDA TERSEBUT,

HINGGA ENGKAU MASIH MELIHATNYA HIDUP..

KEMATIAN MEMANG DI TANGAN ALLAH SWT,

JUSTRU ITU, MEMAJUKAN DAN MEMUNDURKAN KEMATIAN ADALAH HAK ALLAH.

DAN ALLAH MEMBERITAHU LEWAT KALAM RASULNYA, MUHAMMAD SAW BAHWA SEDEKAH ITU BISA MEMANJANGKAN UMUR.


SAHABATKU YG DIKASIHI, MARILAH KITA PERBANYAKKAN BERSEDEKAH. MARI KITA AWALI SEDEKAH KITA INI, DENGAN MENGIRIMKAN KISAH YG BERMANFAAT INI KEPADA SELURUH KAUM KELUARGA, SAUDARA-MARA & SAHABAT2 YG LAIN.

SEMOGA YG* MENGAAMIIN KANNYA AKAN DIBERIKAN REZEKI YG MELIMPAH RUAH OLEH ALLAH SWT HENDAKNYA.

SELAMAT BERSEDEKAH DENGAN TULISAN INI...SEMOGA DICATAT SEBAGAI IBADAH.

*YA ALLAH...KAU AKHIRILAH PENGAKHIRAN HIDUP KAMI SERTA SELURUH KAUM KELUARGA KAMI NANTI DIDALAM HUSNUL KHOTIMAH*.


*AAMIIN YA RABBAL ALAMIIN

*SALAM SELASA & SALAM 1/3 MALAM

Monday 20 April 2020

DUA HARI SEBELUM PUASA

TAK TERASA...UCAP SYUKUR ALHAMDULILAH🤲


Pemerintah Tetapkan Puasa Ramadhan Dimulai Besok⭐ 2 hari lagi, Nafas menjadi  Tasbih...

⭐ 2 hari lagi, buat semuanya dan diri saya pribadi kurangi
tidur  prbanyak Ibadah... Dan smga di beri Istiqomah
⭐ 2 hari lagi, Doa di ijabah...


⭐ 2 hari lagi, Pahala di lipat gandakan...

⭐ *AKAN TETAPI......*

🙏 itu semua tidak akan terjadi tanpa maaf tulus & iklas dari hati saudara/i ku...



🙏 izinkan dari lubuk hatiku yang paling dalam, memohon maaf untuk...

🙏 lisan yg tidak berkenan...
🙏 janji yg terabaikan...
🙏 hati yg berprasangka buruk..
🙏 sikap yg menyakitkan...

🙏 *Mohon maaf atas semua kekhilafan*....🙏
Maaf lahir bathin..

⭐ Sehingga kita di beri umur panjang nan barokah...
⭐ Sehingga kita bisa di pertemukan pd bulan Suci Ramadhan...


🙏 *Alllhumma baariklanaa fii Rojaba wa Sya'bana wa ballighnaa Romadhoona waghfirlanaa dzunuubanaa...*

Aamiin Yaa Robbal Alaamiin.Dari kami skuarga *shahrul, dan keluarga* 😷🤲🤗

Thursday 16 April 2020

HATI-HATI MEMBELI SEMASA COVID 19


Berhati-hati di Supermarket

Saya dan isteri saya pergi ke Supermarket . Sudah tentu, kami memakai penutup muka dan mulut agar selamat.




Ketika kami sampai di sana, ramainyaa orang. Menakutkan!
Saya memutuskan, dan saya menarik isteri saya pulang ke rumah kerana kami mungkin juga terjangkit CoVid di sana ... 

Tetapi, isteri saya, dia berkeras dan tidak mahu balik!!!

Ya ampun! Saya terus menyeretnya ke kereta. Di dalam kereta, dia tidak menghiraukan saya dan marah ...

Beautiful Woman Shopping - Lady With Shopping Bags - 2527x4332 PNG ...Apabila kami sampai di rumah,  kami membuka topeng muka rupa-rupanya dia bukan isteri saya ....


BERHATI-HATI.

Wednesday 15 April 2020

PENGUMUMAN PEMBATALAN EXAM - MENTERI

Rumusan ringkas sidang media bersama YBM KPM sebentar tadi (15.04.2020 4.00pm)

UPSR dan PT3 Batal, Tiada Peperiksaan Untuk Anak-anak Tahun Ini ...


✅KPM akan umumkan pembukaan sesi persekolahan dua minggu lebih awal.

✅Spm dan sijil vokasional ditunda ke suku pertama tahun hadapan.

✅Peperiksaan Semester 2 dan Semester 3 STPM diubah kepada Ogos 2020 dan suku pertama 2021.

✅Tarikh masuk IPT bagi program diploma dan matrikulasi adalah pada Julai 2021 dan program ijazah pada September 2021.

✅UPSR dan PT3 dibatalkan.

✅Pembatalan UPSR dan PT3 tidak jejaskan penilaian murid. Penilaian kaedah baru akan dibuat.

✅KPM akan pastikan akses murid kepada PDPc diutamakan.

✅Pembelajaran dirumah secara atas talian perlu ambil kira kekangan guru dan murid dalam sampaikan pelajaran.

✅Perubahan tertakluk kepada hasil perbincangan (mengambil kira faktor kesihatan dan keselamatan murid).

✅Cuti sekolah akhir tahun tidak dipendekkan.

✅Penjarakkan sosial tetap akan dilaksanakan di sekolah.

✅Sekolah akan dibuka kepada pelajar tingkatan 5 dan 6 dahulu.

#StayAtHome
#KitaJagaKita

Saturday 11 April 2020

HIKMAH PKP BULAN RAMADHAN

HIKMAH PKP BULAN RAMADHAN


Ramadhan Tiba, Pintu-Pintu Surga Terbuka


Hikmah disebalik PKP time Ramadan ialah kita akhirnya dapat menghayati Ramadan yang sebenar.

Tak ada fikir malam nak makan menu apa, Syawal nak pakai baju apa atau nak balik kampung siapa. Tak ada lepak malam-malam lepas moreh sampai 3 pagi bangun terlajak sahur.

Ramadan sepatutnya time untuk 'self-reflection', dan self-reflection adalah lebih berkesan kalau kita menyendiri (solitude).

Nabi Yunus (Jonah) bertaubat apabila terpenjara dalam perut ikan paus selama 40 hari. Rasulullah menerima wahyu ketika bertafakur bersendirian di gua Hira. Kita lebih mudah untuk sedar dosa pahala kita dan 'reconnect' dengan Sang Pencipta kalau kita bebas daripada gangguan luaran, termasuk orang di sekeliling kita.

Sebab itu kalau kita baca sirah Rasulullah, kisah Sahabat atau alim ulamak, mereka mengamalkan 'uzlah' (mengasingkan diri) apabila masuk Ramadan. Beribadah setiap masa sepanjang sebulan. Sebab fokus bulan Ramadan adalah memperbaiki jiwa, bukan melayan nafsu fizikal.

Of course kita bukan alim ulamak, kita ada budaya sendiri, ada hubungan manusia yang kena dijaga. Tapi kita dah sampai satu tahap yang sangat berlebihan (excess) sehingga menyimpang dari makna Ramadan itu sendiri.

Bazar Ramadan. Membeli melebihi keperluan satu hal, then kekadang tak tau kenapa peniaga dan pelanggan boleh bergaduh sampai terpekik-pekik. Dah lah sesak sesuk. Habis kurus pahala.

Lepas beli makanan tu duduk seisi keluarga, sahabat, taulan tunggu masuk waktu Maghrib. Berapa ramai di waktu ni sempat membaca Quran atau berzikir? Atau niat kita dah jadi tunggu nak buka bungkusan makanan semata-mata?

Buffet Ramadan. Makan tak habis satu hal, makan pula sampai perut pecah, tak sempat Isyak dan Tarawih. Kenyang punya pasal esok hari Subuh gajah. Ramadan sepatutnya time untuk berdisiplin, kurangkan makanan fizikal dan banyakkan makanan spiritual, tapi kapitalis pemilik hotel mewah trick kita untuk jadi lebih rakus berbanding bulan-bulan biasa.

Tarawih tak ikhlas. Boleh buat di rumah, tapi nak juga pergi masjid besar sebab nak rasa "gah" bersolat di belakang imam ternama. Kalau imarahkan masjid setempat tak per lagi. Instafemes pergi tarawih sebab nak ambil peluang show off pakai telekung dan jubah mahal, sambil menunjuk-nunjuk diri beribadah.

Hari-hari terakhir Ramadan lagi lah, dah tak ada rupa Ramadan. Sibuk buat persiapan balik kampung. Shopping baju raya. Shopping kuih raya. Pergi Mood Republik, pergi Jakel. Jalan jam sampai 3 pagi. 10 malam terakhir disia-siakan akibat benda-benda materialistik.

Jadi ambil lah peluang PKP ni untuk back to basic. Tiada masa lain yang lebih sesuai untuk amalkan cara hidup sunnah apatah lagi di bulan Ramadan: makan secara minima, solat on time, tidur awal bangun awal, keep on membaca Quran dan berzikir sampailah azan Maghrib. 

Sesungguhnya COVID adalah 'reset' button untuk ingatkan manusia tentang kemanusiaan, dan kembalikan manusia kepada asas fitrah.

JOM BERZIKIR DAN MAKSUDNYA

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم

   
Ingatlah Kepada ALLAH SWT – Delicious Tahu Tuna


Yaa Allah Yaa Syaafii
_Jika hari ini ada di antara kami yang sedang sakit, mohon angkatlah penyakitnya yaa Allah ,,, Berikanlah kesembuhan untuknya ,,, kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan ,,,_


Yaa Allah Yaa Razzaq
_Jika hari ini ada di antara kami yang kesulitan rezeki, Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah ,,, Kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki ,,,_


Yaa Allah Yaa Qawwiy
Jika hari ini ada di antara kami yang hatinya sedang susah dan bersedih, dalam menerima dan menghadapi ujian-Mu ,,, Mohon Kuatkanlah ia untuk mampu bertahan dan bersabar ,,, Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu ,,,
Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau Ingkari Setelah kesusahan ada kesenangan dan kemudahan.


Yaa Allah Yaa Baasith
Jika diantara kami ada yang berhutang, selesaikanlah hutangnya, mudah urusannya, dan luaskanlah rezekinya.


Yaa Allah Yaa Qudduus
_Jika hari ini ada di antara kami yang sedang ada benih-benih sakit hati dihatinya.. Sombong, iri hati, dengki dan dusta ,,, Mohon bersihkan dan sucikanlah Yaa Allah.._


Yaa Allah Yaa 'Afuuw
_Mohon Ampunilah segala dosa dan khilaf kami ,,, Jika sampai hari ini ada diantara kami, yang merasa disakiti dan dizhalimi karana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengaja ,,, Bukakanlah pintu hatinya, agar mampu memaafkan kami ,,,_


Yaa Allah Yaa Ghaffaar
_Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua Ibu Bapa kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami, dosa sahabat kami, dan dosa Seluruh kaum Muslimin dan muslimat tanpa terkecuali ,,, Sesungguhnya Engkau lah Dzat yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani_

  
Yaa Allah Yaa Mujiib
_Ijabahkanlah Do'a-Do'a kami, Tiada daya & upaya kecuali dengan PertolonganMU, Karena hanya kepada MU lah tempat kami Bergantung dan tempat Kami meminta Pertolongan



آمِيـْـــــــــن، يَا رَبَّ اْلعَالَمِينْ



📡 Raih amal shalih dengan menyebarkan kiriman ini ke 3 group, semoga bermanfaat.
Jazakumullahu khairan.


*KUN FAYAKUUN*

AMBIL TAHU AUTO LOAN MORATARIUM

Ringkasan berkenaan Auto Loan Moratorium supaya lebih ramai faham dan tidak keliru.


6-month moratorium on bank loans – what does it mean for your car ...


1. Bila bermula?
- 1 April 2020 hingga 1 September 2020 (6 bulan).

2. Jenis loan yang dapat moratorium?
- Pinjaman Perumahan.
- Pinjaman Kenderaan.
- Pinjaman Peribadi.
- Pinjaman Perniagaan.
- Syaratnya, pinjaman tiada tunggakan selama 90 hari.

3. Macam mana nak mohon?
- Automatik, tak perlu pohon, tak perlu hantar borang, tak perlu telefon bank dan sebagainya.

4. Siapa yang layak?
- Semua rakyat Malaysia tidak kira kerja Kerajaan atas Swasta.
- Tak ada konsep gaji jalan tak boleh dapat ke atau gaji tak jalan je boleh dapat ke. Semua layak.

5. Kad Kredit pun dapat penangguhan ke?
- Tidak.
- Bank boleh convert baki hutang kepada pinjaman tetap.
- Faedah maksimum akan menjadi 13% setahun berbanding 18%.



6. Jumlah pinjaman akan bertambah ke?
- Tidak akan bertambah.
- Cuma akan bertambah faedah sebanyak 6 bulan (kerana penangguhan 6 bulan).
- Jangkamasa pinjaman sahaja ditambah 6 bulan.
- Jika sebelum ini pinjaman adalah selama 7 tahun, dia akan jadi 7 tahun DAN 6 bulan.

7. Kalau pinjaman yang bukan melalui Bank contohnya AEON Kredit, pinjaman kenderaan dengan Kedai dan sebagainya?
- Sila berurusan terus dengan pemberi pinjaman kerana mereka bukan institusi Perbankan.

8. Ada kesan tak kat rekod CCRIS dan CTOS?
- Tiada, tidak terkesan langsung.

9. Rumah sewa dapat tangguh secara automatik tak?
- Tidak. Tetapi boleh berbincang dengan pemilik untuk diskaun dan kelonggaran kerana secara dasarnya, pemilik pun dapat penangguhan bayaran pinjaman.

10. Bagaimana kalau tak mahu buat penangguhan dan nak bayar macam biasa?
- Hubungi bank dan bagitau mereka.



11. Penangguhan akan kena faedah atau penalti tak?
- Tidak. Anggap sahaja penangguhan ni satu anjakkan ke depan dan 6 bulan ini hanya satu ruang kosong yang anda tak perlu bayar dan tak memberi kesan.

12. Selepas 6 bulan moratorium macam mana?
- Bayar pinjaman seperti biasa.

13. Insurans perubatan, insurans nyawa dapat penangguhan juga tak?
- Tidak termasuk dalam Moratorium.
- Kalau tak bayar, takde perlindungan.


Semoga dapat memberi pencerahan. Kongsikan supaya orang tidak lagi tertanya-tanya.

Harap ni dapat membantu semua...

X payah dah pening2 kepala.. Kerajaan dah bagi kelonggaran tu.. Ambil shj.. Pasal kita x tahu di kemudian hari... De sebab kerajaan buat kelonggaran begini..

Kemungkinan kita akan menghadapi kegawatan ekonomi yg menggerunkan.. Simpan duit cash.. Berjimat cermat mulai skrang...


#ambiltahu
Sila dptkan maklumat dpd bank dan agensi berkaitan
secara jelas dan perinci.

MARI BERDOA RAKYAT MALAYSIA (COVID 19)

MARI BERDOA RAKYAT MALAYSIA (COVID 19)


The Light in the moonless night - Muslim Marriage Guide


🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻
*A'uuzubillaahiminasyaitoonirrojiim*
*Bismillaahirrohmaanirrohiim*
*Allaahummaasolli'alaa Sayyidinaa Muhammad*
*Wa'alaa Ali Sayyidinaa Muhammad*


*Segala pujian bagi Mu Ya Allah Pemberi Rahmat. Engkaulah yang kami sembah dan Engkaulah yang kami ma'arifat. Engkaulah yang mentadbir dengan Kudrat dan Iradat.* *Kepada Engkau kami mengadu saat senang dan melarat. Kepada Engkau kami menadah tangan bila bicara tersekat.*

*Allahummaa Ya Allah! Melihat segala musibah dan penyakit yang merebak, ketakutan menyelubungi kami bila ia menjadi wabak.* *Tolonglah kami dalam menghadapi suasana yang terdesak ini, hilangkan segala keresahan yang memuncak.*


*Allahummaa Ya Allah! Kalau ada wabak dalam negeri dan negara kami, Engkau hancurkanlah!*
*Kalau ia dalam masyarakat kami, Engkau musnahkanlah!*
*Kalau ia dalam keluarga kami, Engkau hindarkanlah!*
*Kalau ia dalam diri kami, Engkau lontarkanlah Ya Allah!*

*Dengan nama Mu Tuhan yang bersifat Ar Rahman, hilangkanlah segala ketakutan dan* *kemudaratan samaada di bumi, langit, daratan dan lautan. Engkau* *Pendengar doa segala permintaan hamba Mu dengan Rahmat Mu bertautan.*


*Ya Allah! Engkau jadikan kaum hawa di samping lelaki, Engkau jadikan kanan di samping kiri, Engkau jadikan air di samping api, Engkau jadikan keriuhan di samping sunyi.*
*Maka kurniakanlah bagi kami penawar yang mengubati. Dengan itu Hasanah di dunia kami perolehi, kesejahteraan Hasanah Ukhrawi kami dapati.*

*Ya Allah Ya Tuhan kami, angkatlah wabak COVID-19 ini daripada kami semuanya Ya Allah! Kurniakanlah* *kesembuhan kepada saudara-saudara kami, sahabat-sahabat kami yang kini di uji dengan wabak ini Ya Allah!*


*Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah,* *kurniakanlah kekuatan dan ganjarilah KHUSUSNYA kepada* *para petugas barisan hadapan kami Ya Allah. Para doktor, jururawat-jururawat, barisan* *anggota keselamatan, muslimin & muslimat seluruh masyarakat semuanya Ya Allah.*

*Perkenankan doa kami Ya Allah*
*Perkenankan doa kami Ya Rahman*
*Perkenankan doa kami Ya Rahim*
*Perkenankan doa kami hari ini Ya Allah 😭😭😭*


*Allahummaa Aamiin Aamiin Aamiin 
Ya Robbal'Alamiin*
🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻



di persilakan masing-masing kongsi & panjang-panjangkan doa ini buat semua rakyat Malaysia khususnya umat Islam. Semoga Allah angkat doa-doa kita. IinshaaAllah

DOA BUAT UMAT MUSLIM (COVID 19)

DOA BUAT UMAT MUSLIM (COVID 19)


Ini Kalimat yang Sebaiknya Dihindari Saat Berdoa, Dilengkapi ...


Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang.


Wahai makhluk Allah yg bernama VIRUS CORONA (covid 19)....
Jika engkau tentara Allah yg dikirim untuk membenteras kesombongan dimuka bumi... segerakanlah tugas Mu....

Izinkanlah kami bisa menghirup udara ramadhan yg syahdu....
Izinkan kami...
menemui bulan penuh ampunan dari Robb Penguasa semesta alam...
Wahai makhluk nano berukuran 150 nanometer yg mampu menggemparkan dunia... Ukuran kecilmu menjadi bukti kuasa Penciptanya...

Covid19 pulanglah ke tempatmu dengan tenang sebelum ramadhan...
Covid19 pulanglah ke tempatmu dengan tenang sebelum ramadan
Covid19 pulanglah ke tempatmu dengan tenang sebelum ramadhan

Aamiin Ya Robb ❤

Kami ingin Sholat Tarawih berjalan seperti biasa,
Kami ingin Pasar Ramadhan seperti biasa,
Kami ingin Umroh berjalan seperti biasa.
Kami ingin Haji berjalan seperti biasa.
Aamiin 3x Yaa Alloh.. Yaa Robbal 'Aalamiin...

🤲🤲😭😭💓


Semoga Allah mengabulkan permintaan kita Aamiin.. 🙏

Tolong Aamiinkan ramai ramai ❤
keseluruh medsos(media sosial) kemana saja agar gema aamiin didengar oleh Azza Wajalla wa Maliki yaumiddin 🙏

KITA SUDAH DIAKHIR ZAMAN?

Halaqah Ahli Raudhatul Hasanah tadi
sempena malam *Israk Mikraj* 


Blog Iera Azira: PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ


1. Byk hadis Nabi SAW berkenaan *tanda besar kiamat berlaku pd zaman kita.*

a) *Masjidil Nabawi n Masjidil Haram ditutup tak boleh masuk.* Kita ingat akan berlaku zaman cucu2 kita peristiwa pintu Mekah Madinah ditutup. Rupanya zaman kita...😭

b) *Dajal tak akan turun selagi masjid2 tak kosong.* Sebelum ni dok pi subuh pagi Jumaat nampak org ramai sgt solat, dok fikir laa, lambat lg dajal nak turun sbb subuh penuh org, org makin ada kesedaran Islam, tup2 skrg subuh, sungguh dah takdak org. Allah berlaku dizaman kita...😭

c) *Allah akan ambik byk nyawa org2 alim dgn penyakit seperti selsema mudah* saja... rupa2nya bila kena pd org tabligh maka kena habih kumpulan yg selalu pi ke masjid...😭

d) *Dajal mata satu (telefon) menjadi ikutan* hingga Nabi SAW pesan ikatlah tangan isteri2 dan anak2 perempuan kamu. Tp Nabi SAW tak pesan ikat kaki tak bagi jalan , *Nabi SAW pesan ikat tangan*...😭



 2. *Bayangkan kita adalah 9 pemuda Ashabul Kahfi.* Berada didalam gua melarikan diri drpd virus yg zalim, tetap *baca suratul Kahfi setiap malam.* Moga Allah tidurkan kita dlm gua Kahfi. (yg kebetulan kami pernah masuk kedalamnya ketika di Jordan.)
Dapatkan cahaya matahari setiap hari dan bersenam utk keluarkan peluh disamping berdoa kpd Allah utk melindungi kita....😥



3. Bayangkan wabak sedunia ini tak habis lagi, perebutan makanan sedunia bukan takat di Malaysia, makanya akan sampai masa catuan bekalan makanan dan minuman, bersedia! *Dajal akan datang membawa syurga dimata tapi neraka didalamnya.* Mungkin selepas 40 hari kuarantin di seluruh dunia, *dajal datang tawarkan pertolongan.*....😰



4. *Akan lahir Imam Mahadi* utk membunuh dajal ini. Dajal bergerak seluruh dunia (mungkin dgn isu #COVID19 ini selepas 40 hari kuarantin dajal datang) selama 40 hari dajal pi merata, pada waktu itu kita rasa suatu masa yg amat lama.... Allah takutnya...😭



5. *AlQuran akan diangkat dlm masa terdekat* tp kita tak tahu macamana Allah nak hilangkan drpd mushaf sekarang. Baca AlQuran kerana dgn membaca *AlQuran boleh menyembuhkan sakit2 kita.* Virus pun tak boleh duduk...



6. *Sampaikanlah ilmu ini pd semua adik beradik dan sahabat handai kita*

PPAS @ LIBRARY ONLINE

*Bagaimana Menikmati eBook Overdrive @ PPAS ?


Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor - Perbadanan Perpustakaan ...


1) Daftar akaun pengguna di http://ppas.celex.com.my
2) Login masuk ke akaun pengguna di http://ppas.celex.com.my
3) Setelah log masuk berjaya,anda akan dipaparkan nombor
4) Library Card (cth : 134ABC) untuk log masuk di platform Overdrive.
5) Salin  / copy no library card anda.
6) Tekan butang *Go To Library*
7) Tekan butang *Sign In* dan masukkan library card anda.
8) Layari koleksi eBook anda dan pilih eBook untuk anda pinjam.
9) Nikmati eBook yang anda pinjam.


Anda boleh juga menggunakan *aplikasi mobile LIBBY* yang boleh di download dari AppStore dan PlayStore untuk menikmati overdrive

1) Pastikan anda telah salin no Library Card anda .(Ikuti langkah seperti di atas)
2) Muaturun aplikasi LIBBY ke telefon anda
3) Masukkan Librray Card anda
4) Pilih Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
5) Layari Koleksi eBook anda dan pilih eBook untuk anda pinjam
6) Nikmati eBook yang anda pinjam


Semoga bermanfaat kepada semua

PKP ; SEBELUM KELUAR RUMAH

Sekadar info semasa PKP (COVID 19)..

1) Jarak perjalanan keluar memandu cuma 10km dari alamat tmpt kediaman.
2) Tujuan hanya dibenar utk membeli brg keperluan/makanan
3) Jika alamat di lesen atau I/C berlainan atau tidak sama dgn tmpt kediaman, BAWA BIL ELEKTRIK ATAU AIR bersama sbg bukti.
4) Jika hendak ke tempat kerja, pastikan surat dari majikan yg mengarahkan bekerja ada dibawa.
5) Cuma 1 kereta & 1 pemandu sahaja dibenarkan
6) Pakai Mask/Penutup muka

Elakkan dari disaman.
#DudukDiamDiRumah
#StayAtHome

BUKU AGAMA ONLINE

Assalamualaikum



Boring kat rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan?*

*Isi masa anda  sambil tambah ilmu. Ada 138 buku agama online percuma untuk di baca !!*

*Download PERCUMA buku2 islamic format pdf* (hibah dari Rumah Fiqih). Silakan memuat turunnya , semoga bermanfaat

https://t.co/NUEnSGMq7a


Note :
1. Buku pdf ini diformat untuk selesa dibaca melalui HP, meski tetap boleh dengan laptop, desktop atau tablet.

2. Buku ini waqaf dari pengarangnya. Doakan agar mereka selalu mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat. Aamiin.

3. Sila kongsikan link ini biar kita pun ikut kebagian pahala menyebarkan ilmu agama.

Terima kasih. Semoga bermanfaat.

Friday 10 April 2020

SYUKUR DI MALAYSIA BERTUAH

BERTUAHNYA RAKYAT MALAYSIA..


Researchers identify two coronavirus types associated with the ...

Di seluruh dunia 1.25 bilion pekerja terjejas akibat wabak Covid19.

120 buah negara pula menutup sepenuhnya sekolah dan pusat pengajian tinggi yang menyebabkan pengajaran dan pembelajaran 1.2 bilion murid dan pelajar terganggu.

Di Afrika Selatan rakyatnya dibeberapa kawasan mula rempuh lockdown..sebab makanan tiada..duit pun tiada..bantuan lagilah tiada...

Di Indonesia juga rakyatnya mula kelam kabut..Begitu juga di India..Jika lockdown dirumah lebih dua atau tiga hari maka di kawasan padat penduduk akan banyaklah yang mati tak makan kerana tak boleh keluar bekerja di sana..Kau ingat di India ada ka bantuan pelbagai macam mana diberi di Malaysia? Elek pocik..

Amerika Syarikat pula sedang ke arah nak jadi Bananas Republic..segalanya gagal dikawal...Tiada persediaan nak hadapi dan tangani wabak Covid19. Dari Presiden sampai birokrat diperingkat negeri dah pakat jadi kelam kabut nak handle pandemik ni.Kes meningkat laju saban hari..Sehingga kini dah hampir 360 ribu kes jangkitan dan kematian cecah lebih 10 ribu...



Di Malaysia..rakyatnya duduk saja di rumah..layan Astro..data internet dibagi free lagi..Siap boleh buat tiktok dan video senaman bodo..beras dihantar sampai ke dalam rumah..makanan sampai..ikan temenung dihantar sampai depan pintu..Petugas barisan depan pula hari hari diberikan dan diagih pelbagai jenis makanan dan sumbangan..

Kakitangan awam, cikgu cikgi, pensyarah universiti enjoy gaji free..tak perlu kerja..jika adapun ala kadar saja kerjanya sepanjang PKP..boleh berkebun..buat kolam ikan.bertani, tanam musang king lagi sepanjang PKP selain banyak yang lain turut sama buat kerja kebajikan..Tahniah kita ucapkan..

Kerajaan pula beri duit bantuan dengan di bank in..Semua dapat duit dan insentif dari pemandu grab, orang bujang, yang miskin, kaya sampailah Ahli Parlimen Pokok Sena turut diberi BPN..

Aneka Bantuan diberi..NGO, orang perseorangan dan parti politik pakat pulun dan berlumba turut berikan sumbangan dan bantuan..

Orang ramai pula masih boleh pi market, TESCO, hypermarket dengan lenggang lenggok lagi..Sempat lagi beli nasi kandar bungkus..dengan teh ais..boleh upload lagi seribu satu jenis menu makanan lazat lazat yang dimasak dirumah...

Petugas barisan depan..barisan tengah..barisan sokongan..barisan belakang dari PM, Menteri, doktor, jururawat. Petugas kesihatan, abang polis, tentera, JPAM, Rela dan pelbagai lagi agensi pula komited beri khidmat terbaik untuk pastikan negara sejahtera wabak terkawal..

Itupun masih ramai yang tidak tahu bersyukur...

*Berbanggalah kita selaku warga Malaysia...BERSYUKURLAH*

.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...