Friday 22 May 2020

UCAPAN PADA HARI LAST RAMADAN

Asaalamualaikum....
Pagi ni LAST sahur
Hari ni pulak LAST puasa dan
Maghrib LAST berbuka
Harap Ramadhan Tahun Nie
Bukan LAST Untuk Kita Semua
Dalam GURAU ada terkata,
Dalam BICARA terkasar bahasa,
Dalam TINDAKAN terguris rasa,
Dalam HIDUP ✗ada yg ✗buat dosa.. 
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Whatsapp dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di aidil fitri.
* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
• ˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
•。★Hari Raya!★ 。* • ˚。
° 。 ° ˛˚˛ * _Π_____*。*˚
˚ ˛ •˛•˚ */______/~\。˚ ˚ ˛
˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN...
DARI KAMI SEKELUARGA

DOA SEBELUM BERAKHIR RAMADAN

*Doa Ku untuk keluarga dan sahabatku di penghujung  Ramadhan*.

Bismillahirahmannirrahim
Ya Allah Ya Tuhan kami

1. Ya Allah jika di saat ini, ada keluarga dan sahabatku yang sakit, sembuhkanlah dia.  آمِيّنْ

2. Ya Allah jika di saat ini ada  keluarga dan sahabatku yang bermasalah, beri lah jalan keluar untuk dia.  آمِيّنْ

3. Ya Allah jika di saat ini ada keluarga dan sahabatku yang kesempitan rezeki, kau lapangkanlah rezekinya. آمِيّنْ

4. Ya Allah jika di saat ini ada keluarga dan sahabatku yang bermasalah diantara satu sama lain damaikan lah mereka.  آمِيّنْ

5. Ya Allah jika disaat ini ada keluarga dan sahabatku yang sesat duniawi, kurniakan Nur kepada dia.  آمِيّنْ

6. Ya Allah jika disaat ini ada keluarga dan sahabat ku yang lalai, kurniakan lah Hidayah Mu kepada dia.  آمِيّنْ

7. Ya Allah jika di saat ini ada keluarga dan sahabatku yang bersedih hati... kembalikan lah kecerian diwajahnya.  آمِيّنْ

8. Ya Allah jika disaat ini ada keluarga dan sahabat ku yang berada di persimpangan jalan yang  berliku, tunjukkan lah jalan yg diridhoi oleh Mu.

Berikan kami semua kesempatan untuk berjumpa kembali di Ramadhan tahun depan.

آمِيّنْ  آمِيّنْ  آمِيّنْ  يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن

Sunday 10 May 2020

WAJARKAH BERAYA DENGAN ZIARAH MENZIARAH KE RUMAH ORANG

C&P

Nak Pesan Dua Tiga Ribu Patah.  Ada kelonggaran tak semestinya kita ambil peluang.
Ya...boleh beraya tak lebih 20 orang
Boleh beraya dalam daerah
Tapi saya harap sebelum keterujaan kita terpa raya rumah orang ,
Apa kata kita buat ulangkaji sikit.

1. Rumah yg nak dituju ada warga emas tak ?
Ada anak syurga ? .
Ada pesakit jantung , darah tinggi atau kencing manis ?
Ada pesakit kanser atau buah pinggang ?
Ya....check dulu.
Sebab mereka berisiko tinggi
Jangan sebab kita datang, entah mungkin ada virus, mereka yg baik baik duduk rumah jadi mangsa.

2. Call dan tanya tuan rumah
Sudi terima tetamu tak.
Jangan terjah raya.
Sebab ada org dia memang jaga tak pernah keluar rumah
Tapi tetamu ada depan pintu dia pun serba salah.
Jangan ingat semua org seronok sangat nak raya macam kita.

3. Fikir tentang duit raya dan sampul.
Mana kita dpt duit dan sampul , susah nak cakap.
Sampul raya kita serah pd anak kecil dan warga emas
Sampul bertukar tangan
Mana ada masa nak cuci dengan clorox atau dettol kan.
Jadi....fikir fikirkanlah.
Logik tak beri duit raya tahun ini.

4.Tuan rumah kena jujur.
Pahit nak tolak tetamu tapi letakkan Keselamatan anak kecil dan warga emas dlm rumah anda sebagai keutamaan.
Jangan sebab nak jaga hati org yg datang,
Kita abaikan apa yg seharusnya kita jaga.
Biar orang kata kita overacting
Asal kita bertanggungjawab menjaga rumah dan org org yg kita sayang .
Nak mudah...letak saja sign depan rumah.
Tulis " maaf ....rumah ini tak dapat terima tetamu." Orang pasti akan faham.

5. Kita tak mati kalau tak ziarah raya tahun ini.
Tapi ramai yg boleh mati jika kita sudah tersilap langkah.
Kita dalam perjalanan menuju garisan penamat.
Jangan kerana nafsu meraja...
Kita gagalkan semua usaha.

Duduk sejenak..
Fikirkan..
Akal ini bukan untuk kita simpan.
Semoga Allah menjaga kita semua.

Saturday 9 May 2020

PKPD PASAR JALAN OTHMAN, PETALING JAYA

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) DI KAWASAN PASAR JALAN OTHMAN (PJO), PETALING JAYA, SELANGOR

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 26 kes positif COVID-19 yang berpotensi memberi risiko penularan jangkitan di kawasan Pasar Jalan Othman (PJO), Petaling Jaya, Selangor.

Kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan arahan kelapan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau Enhanced Movement Control Order (EMCO) di kawasan berikut:

Zon A​:
Jalan Penchala, Petaling Jaya
Jalan 4/33, Petaling Jaya
Jalan 4/37, Petaling Jaya
Jalan 4/39, Petaling Jaya
Jalan 4/41, Petaling Jaya
Jalan 4/44, Petaling Jaya
Jalan Terus 4/42, Petaling Jaya
Jalan 4/43, Petaling Jaya
Jalan 4/46, Petaling Jaya
Jalan Othman 4/4D, Petaling Jaya

Zon B​:
  Jalan 2/29, Petaling Jaya
​​  Jalan 2/29A, Petaling Jaya
​​  Jalan 2/27, Petaling Jaya
​​  Jalan 2/32, Petaling Jaya
​​  Jalan 2/25, Petaling Jaya
​​  Jalan 2/26, Petaling Jaya
​​  Jalan 2/34, Petaling Jaya
​​  Jalan 2/34A, Petaling Jaya
​​  Jalan 2/23, Petaling Jaya
​​  Jalan Dispensary 2/38, Petaling Jaya
​​  Jalan Pasar 1/21, Petaling Jaya

Zon C​:
  Jalan Selangor, Petaling Jaya
​​  Lorong 3/57D, Petaling Jaya
​​  Lorong 3/57C, Petaling Jaya
​​  Jalan RIDA 3/56, Petaling Jaya
​​  Jalan Sentosa 3/57, Petaling Jaya

Perintah PKPD ini melibatkan kira-kira 2,900 penghuni kediaman dan premis perniagaan di kawasan berkenaan. Perintah ini akan berkuatkuasa mulai 10 Mei 2020 hingga 23 Mei 2020.

Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar. Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh ini berkuatkuasa.

Dengan pelaksanaan perintah ini:

• Semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

• Bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

• Semua aktiviti perniagaan dihentikan di kawasan tersebut.

• Pangkalan Perubatan (Medical Base) dibuka di kawasan PKPD.

• Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

• Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.

Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penghuni diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada para petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan PKP Petaling Jaya di talian 016-980 9389, atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222.

DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB
MENTERI KANAN (KLUSTER KESELAMATAN)

10 Mei 2020

Friday 8 May 2020

SEMALAM, HARI INI DAN ESOK

MUTIARA KATA USTAZ DATO' HJ ISMAIL KAMUS

"Kita sedia maklum bahawa masa yang diperuntukkan oleh Allah SWT kepada kita hanya ada 3 saja.

✅ Semalam
✅ Besok
✅ Hari ini

Yang semalam dah takde dah
Yang esok belum tahu lagi
Yang tentu ada sekarang

Maka kita gunakan masa yang sedikit itu untuk mendekatkan diri pada Allah SWT

Memang rasanya kita ingin hidup lama lagi. Seribu tahun, 2 ribu tahun.

Tetapi Allah SWT Maha Mengetahui hikmat di sebalik hidup atau mati;

Ada orang dicepatkan kematiannya.
Ada orang ditangguhkan kematiannya.



Tidak pula tahu hikmat ditangguhkan.
Apa pula hikmat disegerakan.

Yang nampak zahirnya kalau dipanjangkan umur, supaya kita tambah banyak lagi ibadat.
Atau diringkaskan umur kita, supaya kita jangan banyak buat maksiat.
Tetapi kadang-kadang ramai orang bertangguh-tangguh ibadah.

Pasal dia merasakan masa untuk hidup itu lama lagi.
Tidak diketahuinya mati itu di antara pejam dan celik.

Waktu ia celikkan mata, bimbang tak sempat nak pejam.
Waktu kita pejam mata, bimbang tak sempat nak celik.
Mati mencelah di antara pejam dan celik.

Nafas pun begitu.
Nafas tadi - nafas kejap lagi - nafas sekarang.
Nafas tadi dah tade dah.
Nafas yang sekejap lagi belum tahu boleh tarik atau lepas
Nafas yang ada sekarang itulah yang kita punya."


Ust. Ismail Kamus

Hidup ni sementara


Allahummaghfirlahu warhamhu wa'fihi wa'fu 'anhu

Thursday 7 May 2020

AMALAN SUNAT HARIAN DALAM BERIBADAH


JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH USTAZ ISMAIL KAMUS 🌳


1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pg)
- Mandi dan ambil wuduk

2. Solat Sunat Wuduk.

3. Solat Sunat Taubat.

4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).

5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).

6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.

7. Istighfr

( أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه ) 100X

8. Tahlil
( لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) 300X

9. Baca Doa Nabi Yunus

( لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ ). 40x

10. Tasbih 40x

( سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ ) 40X

11. Solat Sunat Fajar.

12. Solat Subuh.

13. Baca Yaassin lepas subuh.

14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.

15. Solat Zohor.
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas

16. Solat Asar.
- Solat sunat sebelum

17. Solat Maghrib.
- Solat sunat selepas

18. Solat Isya'
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas

19. Sebelum tidur baca :
- Al-Quran
- surah Al-Mulk
- surah Sajjadah
- surah Al-Waqiah

20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

“ Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."




Ustaz Ismail Kamus ❤️

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
🔸 Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
🔸Allah akan sibukkan kita dengan harta.
🔸 Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

🔸Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

🔸Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

🔸 Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

🔸 Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

🔸Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

🔸Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

🔸 Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

🔸 Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

🔸Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

🍃🌹tazkirah hati🌹🍃



#Share ilmu ini utk peringatan semua


Sunday 3 May 2020

MUNAJAT DAN DOA SELEPAS SOLAT TARAWIKH DAN WITIR

Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.



MUNAJAT RAMADHAN…

Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…


Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya 'alim…

Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…


Ya Allah Rabbul Jalil….

Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kpdMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…


Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah…..


Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm golongan org2 yg Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah…


Ya Allah Ya azizz…

Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.


Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..

Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. 

Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…


Ya Allah Ya Malikal Mulk…

Ya Razak..Ya Fattahu Ya 'Alim…


Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.


Ya Allah….

Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….


Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…

Ya Allah….

Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…

Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. 

Ya Allah…

temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…


Aamiin3 ya rabbal'aa

PKPBD DI SELANGOR BERKUATKUASA 4 MEI 2020

*Kenyataan Media*
3 Mei 2020

*Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD) Selangor*

Kerajaan Negeri telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dan pertemuan sebelum dan selepas pengumuman PKPB oleh YAB Perdana Menteri pada 1 Mei yang lepas. Pengisian pertemuan dan mesyuarat terbabit yang melibatkan Majlis Keselamatan Negara Selangor, Bilik Gerakan Covid-19 Selangor, Selangor Task Force Covid-19 (STFC) dan Datuk Bandar, YDP Majlis dan Pihak Berkuasa Tempatan menumpu kepada usaha menyediakan garis panduan bagi negeri Selangor terutamanya persediaan pembukaan sektor ekonomi.

Justeru dapatan dari kesemua sesi rundingcara tersebut, Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk melaksanakan PKPB dengan pertambahan perincian berikut:

1.     Restoran, para penjaja dan peniaga berpremis dibenarkan untuk beroperasi mulai 4 Mei 2020 terhad kepada urusan bawa pulang (take away) dan penghantaran (delivery) dari jam 7 pagi hingga 10 malam. Manakala peniaga tiada berpremis termasuk penjaja tepi jalan dan trak saji (food truck) hanya dibenarkan untuk beroperasi selepas 12 Mei 2020 bagi memastikan pihak PBT dan peniaga mempunyai cukup masa untuk mengatur persediaan untuk penjarakan sosial dan ‘contact tracing’. Namun, pasar malam, pasar pagi, jualan karnival, bazar Ramadan dan Aidilfitiri tidak dibenarkan sebagaimana yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.

2.     Industri pembinaan dibenarkan beroperasi pada kadar maksimum tetapi syarikat harus menyediakan Pelan Tindakan Keselamatan Kawalan Penularan Wabak Covid-19 untuk mendapat kelulusan  Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing terlebih dahulu.

3.     Bagi sektor sosial,  orang awam dibenarkan untuk melakukan aktiviti senaman di kawasan lapang dan taman komuniti dengan mengamalkan penjarakan sosial. Kegiatan di taman-taman awam seperti Tasik Shah Alam, Taman Jaya dan Tasik Cempaka tidak dibenarkan. Semua kemudahan rekreasi dan sukan dalam kawasan berbumbung / tertutup seperti kolam renang dan gimnasium masih ditutup. Aktiviti hiking seperti di Bukit Gasing juga tidak dibenarkan. PBT akan mengeluarkan notis  susulan senarai taman awam yang dilarang buat orang awam sewaktu PKPB ini.

Keputusan ini terpakai kepada seluruh Selangor kecuali di zon merah Selayang Baru buat masa ini. Manakala bagi butiran lain adalah berdasarkan ketetapan dan garis panduan MKN yang telah dikeluarkan terdahulu.

Semua sektor adalah ditegaskan untuk melaksanakan amalan penjagaan kesihatan yang baik seperti pemakaian topeng muka, amalan pencucian tangan yang kerap dan mengelakkan dari menyentuh muka.

Kerajaan Negeri turut memperkenalkan suatu system pengesanan kontak (contact tracing) yang komprehensif bagi melengkapi usaha-usaha KKM dan akan diperkenalkan esok.

Kerajaan Negeri menyedari tanggungjawab untuk mengimbangi keperluan ekonomi dan kemaslahatan rakyat. Justeru, langkah bertahap yang dilaksanakan amat perlu sebagai sebahagian dari pendekatan “soft landing” supaya kesan wabak Covid-19 ini dapat ditampan dengan lebih baik.

*YAB Dato’ Seri Amirudin Shari*
Dato’ Menteri Besar Selangor

Friday 1 May 2020

TIDUR SELEPAS SUBUH


Peringatan buat diri
( Tidur selepas subuh )

Siapa yang suka tidur lepas subuh tolong baca .. dan siapa suka tidur lepas subuh then bangun nak solat dhuha pon tolong baca .. sentap n muhasabah sesamer .. takde ruginya..in shaa Allah..

Tidur lepas subuh, bagi pandangan orang soleh. 
Sedikit perkongsian.

Sebelum ini, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh.
Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yg tinggi iaitu ilmu firasat yg sangat kuat. Jadi sesiapa yg dekat dengannya, hati-hati. Apa yang terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yang baik.
Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ini.
Diberi peluang, aku terus bertanya.
"ustaz, macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?"

Dia menjawabkan,
"tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh".
Ohhh, "jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh?
"Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku? Dia mengatakan lagi.
Aku bisik dalam hati "ada byk mazhab ke dia ni?".
Jangan kau nak menyatakan perkara yg kau tak boleh sorokkan dengan aku.
"Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku..."
"maaf ustaz".
Aku cakap dekat dia,
"dua dua mazhab lah ustaz".

Dia kata, kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati.
Aku nak menangis.
"Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yang aku tau, orang yang macam ini dia jatuh KUFUR!"
Aku senyap.
"kenapa ustaz?"
Dia menjawab, orang yang macam ini SOMBONG dengan Allah. Dia berlagak depan Allah!. Dia menolak pemberian Allah!

Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidur. Umpama mcm kalau kau seorang yang jutawan, bawa duit yang berjuta-juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin. Jadi ape yg ada pada fikiran kau? Mesti kau akan kata "dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong pulak tu".
Aku tersentak.

Dia berkata lagi
"orang yang tidur lepas subuh dan lepas itu bangun, ada hati lagi nak Dhuha, Allahuakbar. Orang macam ini lagi tak malu depan Allah. Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha".
Allahuakbar.

Bila duduk dengan orang yang setiap masa takutkan Allah, baru sedar macam mana amalan kita selama ni. Betapa hinanya fikiran aku selama ini. Jauh beza nak banding amalan kita yang tak tau Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari macam tak rasa banyak dosa. Allahhh...

Kita ni banyak dosa, bukan setakat banyak dosa bahkan bermandikan dosa.

Dia kata lagi
"orang yang riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yang sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis?
Allahuakbar.

Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa macam  nak ke neraka. Belum tanya hal lain lagi.

Dia kata lagi
"ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sebab tak cukup tidur malam tadi sebab main futsal lah, jalan-jalan dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?"

"Allah dah kata dalam Al-Quran, siang aku jadikan untuk kau bekerja, malam untuk kau berehat. Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sebab itulah hidup kau tunggang langgang.
Kau siapa? Nak ubah sunnatullah?

"Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yang takut dengan Allah. Orang yang dekat dengan Allah. Hidup memang kena pandu Al-Quran dan hadis. Tapi, carilah orang yang boleh memperjelaskan lagi apa yang ada dalam Al-Quran dan hadis itu. Janganlah asyik meminta dalil dari orang itu orang ini dan memproses dengan kepala sendiri. Ada orang bawa Al-Quran ke hulu ke hilir. Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.

Sentap beb,,rase macam potong bawang halus2,,tapi benar setelah aku mula sedar fakirnya aku jika aku tidur lpas subuh,,lantaran itu aku mula sedar dan tidak tidur lepas subuh,,ku baca surah al waqiah dan solat dhuha setiap hari,,dan ku rasakan rezeki ku melimpah limpah smpai aku rasakan,,,ya Allah!!!!! Murahnya rezeki MU jika ku tidak tidur lpas subuh,,


👆 tidur lepas subuh....fikir fikirkanlah. 
Peringatn utk diri sndiri juga...( Hamba Allah )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...