Friday 8 May 2020

SEMALAM, HARI INI DAN ESOK

MUTIARA KATA USTAZ DATO' HJ ISMAIL KAMUS

"Kita sedia maklum bahawa masa yang diperuntukkan oleh Allah SWT kepada kita hanya ada 3 saja.

✅ Semalam
✅ Besok
✅ Hari ini

Yang semalam dah takde dah
Yang esok belum tahu lagi
Yang tentu ada sekarang

Maka kita gunakan masa yang sedikit itu untuk mendekatkan diri pada Allah SWT

Memang rasanya kita ingin hidup lama lagi. Seribu tahun, 2 ribu tahun.

Tetapi Allah SWT Maha Mengetahui hikmat di sebalik hidup atau mati;

Ada orang dicepatkan kematiannya.
Ada orang ditangguhkan kematiannya.



Tidak pula tahu hikmat ditangguhkan.
Apa pula hikmat disegerakan.

Yang nampak zahirnya kalau dipanjangkan umur, supaya kita tambah banyak lagi ibadat.
Atau diringkaskan umur kita, supaya kita jangan banyak buat maksiat.
Tetapi kadang-kadang ramai orang bertangguh-tangguh ibadah.

Pasal dia merasakan masa untuk hidup itu lama lagi.
Tidak diketahuinya mati itu di antara pejam dan celik.

Waktu ia celikkan mata, bimbang tak sempat nak pejam.
Waktu kita pejam mata, bimbang tak sempat nak celik.
Mati mencelah di antara pejam dan celik.

Nafas pun begitu.
Nafas tadi - nafas kejap lagi - nafas sekarang.
Nafas tadi dah tade dah.
Nafas yang sekejap lagi belum tahu boleh tarik atau lepas
Nafas yang ada sekarang itulah yang kita punya."


Ust. Ismail Kamus

Hidup ni sementara


Allahummaghfirlahu warhamhu wa'fihi wa'fu 'anhu

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...