Saturday 17 November 2018

Mengapa Orang Berjaya Itu Berjaya???

_

_1. Sikap mereka berbeza._
_Mereka tak suka komplen, mengeluh atau merungut. Orang gagal sebaliknya sentiasa komplen dan mengeluh. Mereka sentiasa tidak berpuas hati. Mereka tak sabar, banyak tunggu dan nanti._
_Orang berjaya sentiasa bertindak, mereka tidak menunggu sesiapa. Mereka tidak pernah duduk saja._

_2. Mereka sentiasa pantas._
_Pantas buat keputusan, pantas buat tindakan._
_Tahu atau tidak, mereka buat saja. Nak bisnes buat aje. Tak pernah fikir masalah. Jadi atau tak jadi itu nombor dua. Yang penting mereka bertindak._

_3. Mereka sentiasa invest untuk kejayaan mereka._
✏ _Invest ilmu_
✏ _Invest wang_
✏ _Invest tenaga_
✏ _Invest masa_
✏ _Invest pengorbanan_

_4. Mereka membina networking yang bagus._
_Apa maksud networking??? Anda adalah siapa kawan anda. Bulatan kawan2 yang berjaya, mereka pasti berjaya. Jadi upgradelah lingkungan bulatan kawan2 kita. Jangan sembarangan memilih kawan._

_5.Mereka dah buat keputusan dari awal untuk berjaya._
🖍 _Sebelum bertindak, mereka dah set dalam minda untuk sukses dan hebat._

_6. Mereka berkawan dengan orang yang betul._
_Mereka belajar cara orang berjaya lakukan._

_7. Mereka tidak bertangguh._
_Mereka tidak memberi alasan. Kejayaan adalah kepantasan. Bisnes adalah kepantasan._

_8. Mereka tidak terpengaruh dengan kutukan orang sekeiling._
✏ _Jangan melayan cakap orang._
✏ _Mereka tidak hiraukan perkara remeh temeh._
✏ _Mereka tidak melayan kutukan dan hinaan orang._

_9. Mereka konsisten dan persisten._
✏ _Tak mudah putus asa._
✏ _Tak mudah mengalah._
✏ _Mereka sentiasa excited dan melakukan yang terbaik untuk diri mereka._
_Buktikan pada mereka yang di luar sana kerana kita adalah yang terbaek dikalangan yang terbaekk!!!_

📖 _*Renungan*_
_Orang yang HEBAT itu tak semestinya KAYA harta. Apa yang paling utama adalah IKHLAS membantu. MODAL yang paling utama untuk menjadi SUCCESS adalah USAHA & SABAR..._

Friday 16 November 2018

MENDOAKAN SUAMI YANG BERDOSA

Isteri yang bangun tengah malam minta ampun pada Allah bagi pihak suami, kerana dia tahu suami dia buat jahat, dia tahu suami dia malas solat, dia tahu suami dia buat dosa. Maka di hari kematian dia, Allah muliakan jenazahnya. Dia senyum semasa kematiannya. Suami berubah kerana doa dan kasih isterinya.

Jadi para isteri, kesalahan suami itu didoakan pada Tuhan. Bukan diceritakan. Bukan diaibkan. Lagi teruk apabila menghina suami depan anak-anak dan kawan dia. Seburuk mana pun suami, dia sebab isteri itu di terima ke Syurga, atau dihumban dalam neraka!
Dari Abdullah bin Abbas r.a, Rasulullah ﷺ bersabda: "Maukah ku beritahukan kepada kalian tentang istri-istri kalian yang termasuk penghuni Syurga? yaitu perempuan yang mencintai suaminya, mempunyai banyak anak, dan selalu meminta maaf kepada suaminya. Jika ia menyakiti atau disakiti, ia segera mendatangi suaminya dan memegang tangannya, lalu berkata: Demi Allah, aku tidak akan tidur sebelum engkau ridha kepadaku." (HR Al-Nasa'i)

#salamjumaat

Monday 12 November 2018

DOA ANAKKU UNTUK SPM

Asalamualaikum...

Kepada semua ahli group yang anaknya akan menduduki pep. SPM yg akan bermula pd 13/11 ini saya mendoakan agar mereka dapat menjawab soalan-soalan dengan TENANG, LANCAR, TEPAT & CEMERLANG.

Doa untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan SPM/18

. *بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم*

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاك نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

*بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
  أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين

*Ya Allah,*
Pd 13hb. Nov ini anak2 kami, anak2 saudara kami, anak2 sahabat kami  akan menduduki peperiksaan SPM.
Kami bermohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi  YA ALLAH.

*YA ALLAH,*
Peliharalah kesihatan anak2 kami di sepanjang peperiksaan mereka berlangsung nanti YA ALLAH.... Permudahkanlah mereka menjawab semua soalan di dalam setiap matapelajaran yg mereka ambil nanti YA ALLAH.... Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

*YA ALLAH,*
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

*YA ALLAH,*
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi YA ALLAH...., semoga mnjadi pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah serta menghampiri diri mereka kepada Mu ya Allah.

*YA ALLAH,*
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu agar akhlak anak2 kami diperbaiki..

*Ya ALLAH,*
kami tidak mampu mengawasi anak2 kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak2 kami untuk berada di bawah penjagaan Mu YA ALLAH. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat2 yang Engkau redhai. Jauhilah mereka berada di tempat2 yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka dari melakukan amalan2 yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.

*YA ALLAH,*
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau lalaikan mereka dengan perkara2 yang tidak berfaedah YA ALLAH.

*YA ALLAH*
Perkenankanlah doa kami ini.

   رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.
   رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ.
   رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.
   رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. ٱللّهم نجح لأبناءنا فى الإمتحان SPM هذا العام...،   وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.    سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ
   وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.

امين يا رب العالمين.

Saturday 10 November 2018

ASAS SOLAT BERJEMAAH

Basic Solat Berjemaah yang sebenarnya ramai masih tak tahu.
.
1. Kalau Imam bangun (terlebih rakaat), jangan ikut. Siapa ikut batal solat. Bilangan rakaat solat dah tetap tak boleh tambah dengan sengaja melainkan terlupa.
.
2. Kalau Imam lupa tahiyat awal dan terus berdiri, kena ikut. Jangan pandai2 suruh Imam duduk semula. Kalau imam duduk, batal solat dia (Mazhab Syafie).
.
.
Nak cerita sikit pengalaman sebenar :
.
1. Ada solat kat satu masjid baru-baru ini, Imam terlupa duduk tahiyat awal. Beliau terus berdiri tegak. Kemudian punyalah ramai jemaah belakangnya tegur 'Subhanallah' (sambil duduk tahiyat awal). Aku yang dah berdiri ni harap sangat janganlah Imam pergi duduk semula. Tiba-tiba Imam turun pergi duduk balik. Terpaksa Mufarraqah (berpisah dari imam).
.
2. Pernah berhenti solat kat satu surau waktu Zohor, dah rakaat ketiga. Tiba-tiba Imam terbatal ketika duduk antara dua sujud (kentut yang berbunyi). Semua jemaah bubar dan batalkan solat tersebut. Sepatutnya, orang belakang imam tu ambil alih jadi imam dengan kuatkan suara. Boleh langkah ke depan selangkah bila berdiri.
.
3. Ketika Solat Asar kat masjid kampung sendiri tahun lepas. Imam terus berdiri selepas rakaat ke-4. Ramai yang ikut berdiri sedangkan mereka tahu itu dah masuk rakaat ke-5. Imam tu sah solat sebab dia terlupa. Tapi makmum yang ikut dengan tahu/sedar, semua batal solat. Takde solat Asar 5 rakaat. Kita ada 2 pilihan, Mufaraqah (berpisah dari imam dan terus bagi salam) atau tunggu Imam kat Tahiyat akhir dan bagi salam bersama-sama.
.
.
Sebab tu dalam hadis ada sebut, orang yang belakang Imam tu kena yang paling baik ilmu agamanya. Supaya tahu nak buat apa untuk gantikan Imam bila diperlukan.
.
Ini adalah ilmu yang kita semua kena belajar lebih dari ilmu lain. Belajar solat ni tak sampai setengah haripun. Tapi ilmu tu kekal sampai kita mati.

Wallahua'lam.

🕌 BAHAGIAN DAKWAH JAKIM 🌱

PERGILAH WAHAI ANAKKU

SEMOGA ALLAH سبحانه وتعالى  MENJADIKAN KAMU IMAM DI KAABAH....*_

Kesah seorang anak yang sangat nakal seperti anak-anak kecil yang lain.

Satu hari telah datang tetamu ke rumahnya, maka ibunya telah memasak gulai untuk tetamu yang datang itu. Si anak itu mula menunjukkan kenakalannya. Maka dia telah memasukkan tanah ke dalam gulai tersebut.

Apabila si ibu mendapati tanah di dalam gulai tersebut maka dia telah faham perbuatan siapakah itu. Maka dengan penuh kemarahan si ibu tadi mengatakan kepada anaknya yang sangat nakal itu, *"Pergi kamu main jauh-jauh...!! Pergi...!! Semoga Allah سبحانه وتعالى menjadikan kamu imam di Kaabah...."*

Ketika menceritakan kesah ini Syeikh menangis teresak-esak. Syeikh dengan penuh sebak mengatakan, "Wahai ummat Islam.. Kamu tahu tak siapakah anak yang sangat nakal itu? Sayalah anak nakal itu. Sayalah Abdurrahman Sudais yang hari ini menjadi imam di Kaabah".

Syeikh Abdurrahman Sudais menjadi imam kepada orang yang beriman di Masjidil Haram hasil dari doa seorang ibu. Dan hari ini semua orang yang beriman berbangga dengan Syeikh Abdurrahman Sudais.

Syeikh berkata lagi, "Wahai semua ibu-ibu, kamu takutilah akan Allah dalam urusan anak-anakmu. *Walau dalam keadaan marah macamana sekalipun, keluarkanlah perkataan yang baik untuk anak-anakmu".*

P/s: Semoga Allah SWTaala memberi Hidayah  TaufiqNya  kepada semua ibu² , bapa² untuk didik anak² dengan didikan sunnah.

DOAlah mintalah yg baik² sahaja .

Aamiin  YRB .
.

Tuesday 6 November 2018

KURNIAAN TUHAN KEPADA PISANG

Pisang merupakan buah dari syurga seperti dinyatakan dalam surah Al Waqiah

Perhatian:

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak    hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini mer
upakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

We Care And We Share😁

Friday 2 November 2018

RENUNGAN YANG BERCERMIN PADA KEJADIAN MUSIBAH LION AIR

Pesawat Lion Air JT 610 jatuh 2 hari lalu, berita terakhir, 189 orang dalam pesawat tiada seorang pun yang terselamat. 

Kalau sudah takdir tidak dapat di ubah. 

Barisan panjang di kaunter check in Lion Air pagi itu biasa saja, normal, ada yang perlahan, ada yang bergegas mengikuti alur barisan check in. 

Tiada seorangpun menyedari bawa barisan yg sedang mereka lakukan adalah barisan menuju kematian. 

Tiada seorang pun faham bahwa barisan mereka seolah-olah Malaikat Maut sedang mengatur calon yang dalam beberapa minit kemudian akan di cabut nyawanya. 

Tiada seorangpun sedar bahawa boarding pass yang telah mereka pegang adalah tiket menuju kematian. Kerana itu rahsia Allah swt. Tentu kalau mereka sedar bahawa itu barisan menuju kematian, mereka akan bergegas mundur...

Dalam barisan tersebut ada Peguam, ahli perniagaan, Anggota DPRD , Pejabat daerah/pusat dll, semua melangkah menuju kematian.

Adakah keraguan PADA diri mereka ...?.. mungkin tidak, seolah-olah pasrah akan menghadap ILLAHI.

Mereka pun tidak tahu apa yg akan terjadi setelah 13 minit di udara. Tidak dapat kita bayangkan, mungkin jerit, tangis, takbir menggelora di dalam tabung raksaksa yang berisikan manusia tersebut, ketika pesawat itu akan jatuh dan meledak, berkeping-keping yang juga menghancurkan semua yang ada didalamnya. 

Itulah Takdir ...yang tidak bisa di tolak, kita tidak tahu bila MAUT itu akan menjemput kita. Kita hanya dapat bersiap diri menghadap ILLAHI , menyiapkan bekal akhirat sebanyak mungkin melalui ibadah sesuai tuntutan Agama. 

Mari kita saling mengingatkan, sambung silaturahim, jauhi rasa dengki, iri hati, angkuh dan sombong apa lagi yang sifatnya sesat. 

Kita semua pada dasarnya juga sedang menunggu barisan seperti penumpang check in pesawat Lion yang jatuh tersebut. 

Kita tidak tahu bila, siapa dan dimana yang lebih dulu masuk dan menerima boarding pass menuju kematian. 

Yg kita tahu saat ini bahawa kita masih diberikan kesempatan hidup, termasuk anda yg membaca tulisan ini. 

Semoga setiap ada musibah semakin memotivasikan kita, mendekatkan diri pd ALLAH swt dan hidup kita semakin baroqah dunia akhirat...aamiin Ya Allah


02 Nov. 2018/24 Safar 1440

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...