Saturday 10 November 2018

PERGILAH WAHAI ANAKKU

SEMOGA ALLAH سبحانه وتعالى  MENJADIKAN KAMU IMAM DI KAABAH....*_

Kesah seorang anak yang sangat nakal seperti anak-anak kecil yang lain.

Satu hari telah datang tetamu ke rumahnya, maka ibunya telah memasak gulai untuk tetamu yang datang itu. Si anak itu mula menunjukkan kenakalannya. Maka dia telah memasukkan tanah ke dalam gulai tersebut.

Apabila si ibu mendapati tanah di dalam gulai tersebut maka dia telah faham perbuatan siapakah itu. Maka dengan penuh kemarahan si ibu tadi mengatakan kepada anaknya yang sangat nakal itu, *"Pergi kamu main jauh-jauh...!! Pergi...!! Semoga Allah سبحانه وتعالى menjadikan kamu imam di Kaabah...."*

Ketika menceritakan kesah ini Syeikh menangis teresak-esak. Syeikh dengan penuh sebak mengatakan, "Wahai ummat Islam.. Kamu tahu tak siapakah anak yang sangat nakal itu? Sayalah anak nakal itu. Sayalah Abdurrahman Sudais yang hari ini menjadi imam di Kaabah".

Syeikh Abdurrahman Sudais menjadi imam kepada orang yang beriman di Masjidil Haram hasil dari doa seorang ibu. Dan hari ini semua orang yang beriman berbangga dengan Syeikh Abdurrahman Sudais.

Syeikh berkata lagi, "Wahai semua ibu-ibu, kamu takutilah akan Allah dalam urusan anak-anakmu. *Walau dalam keadaan marah macamana sekalipun, keluarkanlah perkataan yang baik untuk anak-anakmu".*

P/s: Semoga Allah SWTaala memberi Hidayah  TaufiqNya  kepada semua ibu² , bapa² untuk didik anak² dengan didikan sunnah.

DOAlah mintalah yg baik² sahaja .

Aamiin  YRB .
.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...