Saturday 29 June 2013

Kelantan Juara Piala FA

Kelantan Juara Piala FA 2013, Final Piala FA dimenangi Kelantan, Video Jaringan Gol Final Piala FA 2013, Keputusan Penuh Final Piala FA 2013, Kelantan Juara

Skuad “The Red Warriors” tidak menghampakan seluruh rakyat negeri itu dan puluhan ribu penyokong setia mereka yang hadir memberi sokongan jitu di Stadium Nasional Bukit Jalil apabila berjaya menewaskan Johor Darul Takzim (JDT) 1-0 pada perlawanan akhir piala FA 2013.



Gol Kelantan diperoleh penyerang Norfarhan Muhammad pada minit ke-16. Ternyata Kelantan mendominasi perlawanan terutama pada separuh masa kedua dan berpeluang menambah sekurang-kurangnya dua gol. 



Dengan kemenangan itu, sekali gus  pasukan Kelantan berjaya mempertahankan kejuaraan yang sama pada tahun lalu.





Friday 28 June 2013

Adab dan akhlak Rasulullah s.a.w

Sebagaimana yang diriwayatkan mengenai perilaku Rasulullah s.a.w., bahawa Baginda tidak pernah sama sekali memukul seorang pun dengan tangannya, melainkan  dipukulnya kerana fisabilillahi Ta’ala. Baginda juga tidak pernah memeram dendam kerana sesuatu yang dilakukan ke atasnya dirinya sendiri, melainkan bila melihat kehormatan Allah dicabuli.
Jika Baginda diminta untuk memilih antara dua perkara, tanpa ragu-ragu lagi Baginda akan memilih yang paling ringan dan mudah antara keduanya, kecuali jika pada perkara itu ada dosa, ataupun akan menyebabkan terputusnya perhubungan silaturrahim, maka Baginda akan menjadi orang yang paling jauh sekali daripadanya.
Tiada pernah seseorang yang datang kepada Nabi s.a.w., baik ia merdeka atau hamba sahaya ataupun amah (hamba sahaya perempuan) mengadukan keperluannya, melainkan Baginda akan memenuhi hajat masing-masing.
Berkata Anas r.a.: Demi Zat yang mengutusnya dengan kebenaran. Ia (Nabi) tiada pernah berkata padaku dalam perkara yang tiada diinginnya, mengapa engkau lakukan itu. Dan apabila isteri-isteri memarahiku atau sesuatu yang aku lakukan, maka ia berkata kepada mereka: Biarkanlah si Anas itu, dan jangan dimarahi, sebenarnya tiap-tiap sesuatu itu berlaku menurut ketentuan dan kadar.
Termasuk akhlaknya yang mulia, ialah memulakan memberi salam kepada sesiapa saja yang ditemuinya. Jika ada orang yang mengasarinya kerana sesuatu keperluan, ia menyabarkannya sehingga orang itu memalingkan muka daripada baginda. Bila berjumpa dengan salah seorang sahabatnya, segera ia akan menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Baginda tidak pernah bangun atau duduk, melainkan lidahnya sentiasa menyebut nama Allah.
Seringkali bila sedang sembahyang, lalu ada tetamu yang datang kerana sesuatu keperluan, maka segeralah ia meringkaskan sembahyangnya untuk menyambut tetamu seraya bertanya kepadanya: Apa hajat anda?
Bila baginda berada di dalam sesuatu majlis antara para sahabatnya tidak pernah dikhususkan satu tempat baginya, melainkan di mana saja Baginda sampai, di situlah ia duduk. Baginda selalu menghormati sesiapa saja yang mendatanginya, sehingga terkadang-kadang Baginda sampai menghamparkan bajunya supaya orang itu duduk di atasnya. Sering pula Baginda memberikan bantal sandaran kepada orang yang datang, supaya orang itu bersandar padanya.
Bila di dalam suatu majlis yang ramai, Baginda menghadapkan wajahnya kepada semua orang, satu lepas satu, sehingga seolah-olah kesemua majlisnya, pendengarannya, percakapannya, kehalusan budi pekertinya dan perhatiannya ditumpukan kepada setiap orang yang duduk bersamanya di dalam majlis itu. Padahal majlis Rasulullah s.a.w. itu umumnya ialah majlis yang diliputi oleh kesopanan kerendahan diri dan amanah.
Allah telah berfirman di dalam al-Quran al-Karim:
“Oleh kerana rahmat Tuhan engkau bersikap lemah lembut terhadap mereka, dan kiranya engkau berbudi kasar dan berhati bengis, nescaya mereka akan lari dari sekelilingmu.” (Ali-Imran: 159)
Baginda lebih suka memanggil para sahabatnya dengan nama gelaran masing-masing untuk menghormati mereka akan memikat hati mereka. Sesiapa yang tidak punya nama gelaran, Baginda memberinya nama gelaran, lalu ia pun dipanggil dengan gelaran itu. Bukan kaum lelaki saja yang diberi nama gelaran malah kaum wanita juga, sama ada pernah melahirkan anak mahupun yang tidak. Bahkan kepada anak-anak kecil pun demikian juga, sehingga hati anak-anak itu tertarik kepada peribadinya s.a.w.
Baginda Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang amat jarang marahnya, tetapi jika marah paling segera redha pula. Baginda adalah orang yang berhati belas terhadap orang ramai, paling baik antara mereka sekalian, dan paling banyak memberikan manfaat kepada seluruh manusia. Tidak pernah sekalipun terdengar suara yang tinggi dalam semua majlis-majlisnya.
Apabila bangun dari majlisnya, Baginda sering membaca :
Maha Suci engkau wahai Tuhanku dengan segala kepujian bagiMu, aku menyaksikan bahawasanya tiada tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan kepadaMu dan aku bertaubat kepadaMu.


sumber : http://bimbinganmukmin.wordpress.com


Thursday 27 June 2013

Lawak : Gambar Lucu

selamat tinggal pelari 

 beg kulit jenama apa nie.

 nak tumpang tanya, bas ni singgah jempul tak?

larangan tempat buangan sampah


kah... kahh... kahhhhhh...




Sudah 3 atau 4 Rakaat ???



Dari ‘Alqamah bin ‘Abdillah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; 
Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah menunaikan solat sebanyak 
lima rakaat. Lalu baginda ditegur oleh sahabat; “Ya Rasulullah, apakah 
solat telah ditambah (bilangan rakaatnya)?”. Baginda menjawab; “Tidak”. 
Lalu sahabat berkata; “Tetapi engkau telah mengerjakan solat sebanyak 
lima rakaat”. Rasulullah lantas sujud dua rakaat. (HR Imam al-Bukhari 
dan Muslim).





Tuesday 25 June 2013

Jerebu Semakin Pulih

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu yang melanda negara kini menunjukkan tanda-tanda pulih apabila tiada lagi kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) paras bahaya setakat jam 7 pagi hari ini.

Menurut laman Web Jabatan Alam Sekitar (JAS) hanya 13 kawasan mencatat IPU paras tidak sihat sementara 35 kawasan lain mencatat paras sederhana. 
Hujan yang turun di beberapa kawasan semalam antara faktor yang membantu peningkatan kualiti udara di kawasan terjejas.

Kualiti udara di beberapa kawasan di Selangor dan Perak yang mencatat bacaan paras bahaya dan sangat tidak sihat semalam, mencatatkan bacaan tidak sihat pagi ini.
Pelabuhan Klang yang mencatat bacaan IPU 464 pada jam 5 petang semalam merekodkan 140 pagi ini, manakala Sri Manjung dan Jalan Pegoh di Perak yang masing-masing mencatat 290 dan 211 semalam, menunjukkan peningkatan kualiti udara pagi dengan IPU 137 dan 118.

Kawasan lain yang mencatat IPU tidak sihat ialah Bukit Rambai (111), Nilai (148), Port Dickson (105), Seremban (118), Tanjung Malim (110), Kuala Selangor (134), Petaling Jaya (111) dan Putrajaya (112).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya.

Semalam Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud memaklumkan semua sekolah di daerah Klang dan Petaling Perdana di Selangor serta Manjung, Perak ditutup hari ini berikutan bacaan IPU di kawasan terbabit melebihi paras 250 pada jam 5 petang semalam. - Bernama


PETUNJUK LAPORAN BACAAN IPU 
APIStatus

0-50Baik / Good

51-100Sederhana / Moderate 
101-200Tidak Sihat / Unhealthy 
201-300Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy

>301Berbahaya / Hazardous



Lawak : Rambut Putih



Anak: mak, kenapa rambut mak ada warna putih?

Mak: sebab kamu lah. setiap kali kamu buat perkara x baik,

rambut mak akan tumbuh satu warna putih

Anak: owrrr, patutlah

Mak: patutlah apa?

Anak: patutlah rambut nenek semua putih. takde hitam pon

Mak: @#$%





Tuesday 18 June 2013

7 Perkara Yang Wajib Kita Ingati


 
1. Saya dipesan supaya suka kepada orang-orang miskin 
dan mendekati mereka

2. Saya dipesan supaya selalu melihat kepada orang-orang yang dibawahku dan tidak melihat pada orang-orang yang diatasku

3. Saya dipesan supaya tetap menghubungi kaum kerabat meskipun mereka jauh dan memutuskan hubungan

4. Saya dipesan supaya memperbanyakkan membaca: Laa haula 
walaa quwwata illa billahi, kerana itu sebagai perbendaharaan 
kebaikan atau tabungannya

5. Saya dipesan supaya jangan minta apapun dari sesama manusia

6. Saya dipesan supaya jangan takut didalam melaksanakan hukum 
Allah s.w.t. dari cela (ejekan) orang-orang yang mengejek

7. Saya dipesan supaya selalu berkata benar meskipun pahit dan berat


p/s : Ingatan kita bersama............




Monday 17 June 2013

Mesej seorang kekasih kepada kekasihnya ♥



Perempuan : Awak.. 
Kenape awk tak penah ajak sy tengk wayang atau keluar jalan2 macam pasangan lain?
Lelaki : Saje..
Perempuan : Saje ke atau awk malu nk kuar ngan sy?
Lelaki : Mana ada.


Perempuan : Kenape kita tak penah gayut malam2 macm pasangan lain?
Lelaki : Sebab sy nak jimat kredit..
Perempuan : Sampai hati awk kan? Kenape ye kwn sy panggil kekasihnya ''sayang'' tapi awk tak pernah pun panggil saya ''sayang''?
Lelaki : Geli la perkataan tu.. Nak termuntah..

--> Perempuan tersebut terus merajuk selepas membaca ayat2 kekasihnya.. 

Beberapa minit kemudia dia menerima satu mesej..

Lelaki : Sy tak penah ajak awk kuar tngk wayang ngn jalan2 sbb nanti bila kita dah kahwin, awk takkan rasa boring nak kuar ngan sy dan sy nak saat tuh nanti menjadi kenangan kita yang paling romantik dalam hidup sy.. Lagipun, bukan ke tak elok kalau keluar berdua duaan? Mcm2 boleh terjadi kan? 


Sy tak nak gayut ngn awk mlm2 bukan sebab sy nk save kredit ke ape tapi sy tak nak diri sy hanyut dengar suara merdu awk.. Biarlah sy mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya sy akan lebih menghargainya.. 

Sy tak panggil awk sayang bukan sy geli nak panggil tapi biarlah sy panggil awk ''sayang'' bila kita jadi suami isteri nanti kerana awk takkan rasa bosan mendengarnya dan dpt menjaga hati saya dari tergoda dengan hasutan syaitan.. 

Sy sangat mencintai awk dan sy janji suatu hari nanti awk akan merasai ape yg orang lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri..

Perempuan : Sambil menangis terharu berkata " 

terima kasih bakal suamiku.. Aku amat menyintaimu" ツ


Saturday 15 June 2013

Lawak : Tanya Cikgu

Pada pagi yang ceria di dalam kelas darjah 3 Anggerik Cikgu
Roslina bertanya pada anak muridnya kemana mereka ingin
pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah yang
akan datang.



Cikgu : Siti pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi
kemana ?
Siti : Saya nak balik kampung atuk saya di Pahang.

Cikgu : Kamu Ramli?
Ramli : Saya nak pergi Genting Highland.

Cikgu : Kamu Ahmad?
Ahmad : Saya teringin nak pergi bulan la cikgu. Semua 
murid-murid ketawakan Ahmad.

Cikgu : Ahmad.. kalau nak pergi bulan kena jadi angkasawan
dulu...ok. Kamu pula Adam. Dengan semangat Adam menjawab...
Adam : Saya nak pergi Matahari...

Cikgu : Adam... matahari kan panas mana ada manusia pergi
sana....
Adam : Kita pergi malam.....



Thursday 13 June 2013

Andaian atau sebenar



Bila jumpa pelacur tepi jalan, orang akan kata “Eee perempuan kotor ni” Padahal kita tak tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun.

Bila jumpa bekas banduan, orang akan kata “ish penjahat ni. jangan dekat dengan dia” Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh sahabat karibnya sendiri.

Bila jumpa pesakit mental, orang akan kata “orang gila ! jangan kacau aku” Pad...ahal kita tak tahu dia telah didera oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan.

Bila jumpa lelaki muka hodoh, orang akan kata “euww hodohnya. siapalah nak kahwin dengan kau tu” Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran.

Bila jumpa status ni, orang akan baca dan membiarkannya begitu sahaja. Padahal kita tak tahu dengan SHARE atau COPY benda ni kita dapat memberi kesedaran kepada orang lain sekaligus diri kita sendiri.


P/S : Kesimpulannya, jangan terlalu mudah membuat andaian... 

Jaga minda, jaga kata-kata dan jaga tindakan..JAGA HATI :)





Kehebatan Mengetahui Tarikh Kematian


Tom dan Harry sedang bercakap mengenai datuk masing-masing.


Tom : Datuk saya tahu bulan apa dia akan mati, tahunnya dan mengtahui masa dia 

akan meninggal dunia 


Harry : Hebatnya! Bagaimana dia tahu? 


Tom : Dia telah diberitahu begitu oleh....





Jawapan nyer

>>

>>

>>

>>

>>

>>

>>

>>





Hakim di Mahkamah...

(lawak kan....... haaa haa....)








Wednesday 12 June 2013

Kerani bank tertidur pada papan kekunci dan tidak sengaja memindahkan £ 189million kepada pelanggan

gambar hiasan

Seorang kerani bank yang tertidur pada keyboard beliau, telah menyebabkan sejumlah  € 222,222,222.22 (£ 189million) dipindahkan kepada satu pelanggan yang sangat bertuah.

Pekerja bank yang keletihan sedang membuat bayaran sebanyak € 64,20 (£ 54) bagaimanapun apabila dia tertidur di atas meja dengan tanpa sengaja jarinya tertekan nombor dua pada papan kekunci itu.

Pemindahan besar tersebut kemudian dilepaskan oleh penyelia kerani. Kemudian harinya, rakan sekerja lain telah berjaya untuk membetulkan kesilapan sebelum ia menelan berjuta-juta euro.

Sebuah mahkamah di Jerman kini telah memutuskan supaya penyelia 48 tahun tidak sepatutnya ditolak oleh bank untuk kesilapan kerani, mendakwa dia harus sahaja ditegur kerana kesilapan malangnya yang berlaku pada April lepas.


Monday 10 June 2013

Penjawat awam sementara, kontrak bergaji RM3,000 atau kurang layak carum Perkeso

KUALA LUMPUR: Penjawat awam bertaraf sementara dan kontrak yang bergaji RM3,000 sebulan atau kurang layak mencarum dalam skim Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) mulai 1 Jun lalu, kata Ketua Eksekutif Perkeso Datuk K Selvarajah.


Beliau berkata pekerja yang menerima gaji bulanan lebih RM3,000 dan tidak layak mencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, masih boleh mencarum dengan syarat majikan dan pekerja setuju memilih untuk diliputi skim Perkeso dengan mengemukakan notis pilihan. 
Bagi pekerja yang sebelum ini telah mencarum dan pada masa sekarang bergaji melebihi RM3,000, mereka wajib untuk terus mencarum selaras dengan prinsip 'sekali layak mencarum terus layak mencarum', katanya.

"Perkeso akan memastikan semua pekerja dan majikan memahami perkara ini dengan menganjurkan taklimat ke seluruh negara bermula hari ini," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Taklimat Perlindungan Keselamatan Sosial Perkeso Kepada Penjawat Awam Bertaraf Sementara dan Kontrak di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Selvarajah berkata penjawat awam akan menerima faedah yang sama dengan pekerja swasta berdasarkan dua skim perlindungan yang disediakan Perkeso.

"Skim pertama ialah Skim Bencana Pekerjaan iaitu Perkeso memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan dengan faedah-faedah seperti perubatan, hilang upaya sementara dan kekal, pendidikan, orang tanggungan dan pengurusan mayat.

"Skim kedua ialah Skim Keilatan iaitu meliputi pencen ilat, pendidikan dan pencen penakat," katanya.


Beliau berkata caruman yang perlu dibayar penjawat awam adalah sama dengan pekerja swasta iaitu kategori pertama ialah caruman untuk Skim Bencana Pekerjaan dan Pencen Ilat; dan kategori kedua ialah Skim Bencana Pekerjaan.

Kategori pertama melibatkan pekerja belum mencapai umur 60 tahun iaitu syer dibayar majikan ialah 1.75 peratus dan pekerja 0.5 peratus, manakala kategori kedua pekerja berumur melebihi 60 tahun iaitu syer caruman 1.25 peratus hanya dibayar majikan, katanya.

Sementara itu, Selvarajah berkata majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja dikehendaki mendaftar dengan Perkeso dalam tempoh tidak lewat 30 hari daripada tarikh diambil bekerja. - Bernama


Sunday 9 June 2013

Berat Phone Strap 2 WX06A hanya 32gram

Telefon ringan, kecil

Masih lagi mengenai gajet terkecil di dunia, kali ini telefon 
bimbit terkecil dan ringan yang turut dikeluarkan oleh 
syarikat pengusaha elektronik dari Jepun. 

Willcom baru saja memperkenalkan sebuah telefon terbaru, 
Phone Strap 2 WX06A. 

Telefon ini turut diperkenalkan sebagai telefon paling kecil 
dan paling ringan di dunia. Dilihat dari namanya, telefon ini 
adalah generasi kedua dari telefon Phone Strap. Ia memiliki 
dimensi yang kecil, dengan lebar 32 milimeter, panjang 
70 milimeter dan ketebalan 10.7 milimeter. Beratnya pula 
sekitar 32 gram. 


Namun telefon ini bukanlah telefon pintar, ia hanya mempunyai 
fungsi asas telefon bimbit. Skrinnya hanya berukuran satu inci 
dan bateri yang mampu bertahan untuk masa bercakap selama 
dua jam dan 12 hari waktu sedia.





Wednesday 5 June 2013

MAS, AirAsia menang Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia 2012

MAS dan AirAsia menang anugerah utama.

FARNBOROUGH - Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia menerima 
penghargaan tertinggi Anugerah SKYTRAX World Airline, yang 
diumumkan pada Pameran Udara Antarabangsa Farnborough 
pada Khamis.

Anak kapal kabin MAS, syarikat penerbangan negara, memenangi 
anugerah Krew Kabin Terbaik Dunia dan hidangan sate, 
memenangi anugerah Hidangan Penerbangan Terbaik.

Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, mengungguli 
anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia 
dan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia 
menerusi anugerah kepuasan pelanggan.

MAS juga mengungguli status 5 bintang pada Anugerah SKYTRAX 
World, menyertai kumpulan penerbangan elit sebagai perakuan 
ke atas kualiti produk dan perkhidmatan tinggi yang berterusan.

Yang lebih membangga, MAS dipilih sebagai antara 10 syarikat 
penerbangan terbaik dunia 2012. 

Ketua Pegawai Eksekutif SKYTRAX Edward Plaisted berkata 
perakuan itu "berasaskan kepada perubahan besar yang berlaku 
dalam MAS." 


"Yang pasti ini bukanlah yang terakhir untuk kami. Menerusi 
barisan pesawat baharu dan penambahbaikan yang kami lakukan 
untuk keseluruhan perkhidmatan, kami berharap dapat menang 
lebih banyak anugerah tahun depan," kata Ketua Pegawai 
Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya. 
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes, 
semasa ditanya mengenai kejayaan syarikat penerbangan itu 
memanangi anugerah untuk tahun keempat berturut-turut, 
berkata kejayaan itu adalah hasil disiplin  yang baik para 
petugasnya. 




Firefly tawar program Enrich


FIREFLY, anak syarikat Malaysia Airlines (MAS) mengumumkan ahli 
Program Penerbangan Kerap MAS (Enrich) kini boleh mengumpul dan 
menebus mata Enrich apabila mereka menggunakan khidmat Firefly 
berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Menurut syarikat itu, tawaran  diberi sempena sambutan ulang tahun 
ke enam syarikat itu beroperasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong berkata, Firefly memahami 
ramai pelanggan terus menggunakan penerbangan itu kerana adanya 
perkhidmatan yang mudah, organisasi profesional daripada aspek 
keselamatan operasi dan juga layanan mesra krew kabin.

"Menerusi keahlian Enrich, pelanggan kini boleh mengumpul mata yang 
cukup untuk percutian bersama keluarga atau rakan-rakan ke destinasi 
laluan Firefly mahupun MAS," katanya dalam satu kenyataan, semalam.


Firefly turut memperkenalkan diskaun tambang rendahnya yang masih 
berjalan sehingga kini. Sebanyak 500,000 tempat duduk boleh dibeli 
dengan harga diskaun bagi penerbangan dari 13 Jun 2013 hingga 
Mac 2014.

 
sumber :www.sinarharian.com.my






Tuesday 4 June 2013

Neymar tiba di Barcelona

Neymar tiba di Barcelona














PEMAIN Brazil, Neymar (kanan) bersama Presiden Barcelona, Sandro Rosell keluar untuk bertemu penyokong Barcelona selepas menandatangani kontrak 5 tahun bersama kelab itu di Stadium Nou Camp, Barcelona, awal pagi tadi. - Foto REUTERS

Barcelona: Sensasi Brazil, Neymar tiba di Barcelona, semalam 
untuk melengkapkan perpindahan bersama kelab Catalan 
itu yang dilihat bakal menambah sengat jentera serangan
 gergasi Sepanyol itu apabila digandingkan dengan Lionel Messi.

Tempat terbaik


Awal pagi semalam, pemain tengah Barcelona, Andres Iniesta 
berkata,Neymar datang ke tempat paling baik untuk matang 
dan menjangkakan  pemain berusia 21 tahun itu mampu 
menjadi gandingan yang baik bersama pemenang empat kali 
anugerah pemain terbaik dunia, Messi.

Dia datang ke tempat terbaik untuknya, kata Iniesta. Biarkan 
dia melakukan apa yang dia rasakan bagus untuk lakukan, 
ia sudah mencukupi. Ia adalah berita hebat yang kita boleh
bergantung kepadanya. Dikelilingi dengan orang di sini, dia 
akan menjadi baik dan lebih baik.

Pemain hebat sentiasa memahami suatu sama lain. Leo akan
menjadikan Neymar lebih baik dan Neymar akan jadikan
Leo lebih baik. 





5,000 kad Touch 'n Go PERCUMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 5,000 kad Touch 'n Go akan diedarkan secara percuma kepada orang ramai sempena Hari Bersama Pelanggan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Agensi 2013 pada 7 hingga 9 Jun ini. 

Ketua Setiausaha KWP, Datuk Adnan Md Ikhsan, berkata program itu akan diadakan di Ruang Legar Aras 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur, di mana pengunjung perlu mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan KWP bagi melayakkan mereka memperoleh kad Touch 'n Go percuma berkenaan. 


9 pagi hingga 9 malam 

Beliau berkata, program yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 9 malam itu akan turut disertai beberapa agensi kerajaan dan bukan kerajaan, sekali gus memberi peluang kepada warga kota untuk mendapatkan maklumat ber-kaitan agensi terbabit dengan lebih jelas dan cepat. 

Program Hari Bersama Pelanggan KWP dan Agensi 2013 ini akan membolehkan orang ramai mendapat perkhidmatan kementerian dan agensi secara terus tanpa perlu ke pejabat seperti pembayaran dan diskaun cukai, walaupun selepas waktu bekerja dan hujung minggu, katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam. 

Pertandingan mewarna 

Selain itu, Adnan berkata, Pertandingan Mewarna Bendera Wilayah Persekutuan akan diadakan pada 7 Jun ini dari jam 3 hingga 5 petang, terbuka kepada kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun di mana mereka yang berminat boleh mendaftar melalui e-mel: csd@kwpkb.gov.my. 
Malah, pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad akan menyediakan perkhidmatan komuter percuma dari Stesen Petaling, Stesen Pantai Dalam dan Stesen Angkasapuri ke Stesen KL Sentral kepada kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna itu.


Sunday 2 June 2013

Cinta : Jangan Berjanji


Cinta adalah fitrah buat manusia. Cinta juga adalah 
satu anugerah yang amat bernilai dari Allah yang 
maha esa kepada hambanya. Kerana cinta itu begitu 
indah dan ia sukar dilafazkan dengan kata-kata, 
ramai yang cuba membuat kesimpulan apakah 
makna sebenar cinta.















p/s : jangan bermain dengan cinta....






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...