Wednesday 5 June 2013

Firefly tawar program Enrich


FIREFLY, anak syarikat Malaysia Airlines (MAS) mengumumkan ahli 
Program Penerbangan Kerap MAS (Enrich) kini boleh mengumpul dan 
menebus mata Enrich apabila mereka menggunakan khidmat Firefly 
berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Menurut syarikat itu, tawaran  diberi sempena sambutan ulang tahun 
ke enam syarikat itu beroperasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong berkata, Firefly memahami 
ramai pelanggan terus menggunakan penerbangan itu kerana adanya 
perkhidmatan yang mudah, organisasi profesional daripada aspek 
keselamatan operasi dan juga layanan mesra krew kabin.

"Menerusi keahlian Enrich, pelanggan kini boleh mengumpul mata yang 
cukup untuk percutian bersama keluarga atau rakan-rakan ke destinasi 
laluan Firefly mahupun MAS," katanya dalam satu kenyataan, semalam.


Firefly turut memperkenalkan diskaun tambang rendahnya yang masih 
berjalan sehingga kini. Sebanyak 500,000 tempat duduk boleh dibeli 
dengan harga diskaun bagi penerbangan dari 13 Jun 2013 hingga 
Mac 2014.

 
sumber :www.sinarharian.com.my






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...