Tuesday 4 June 2013

Neymar tiba di Barcelona

Neymar tiba di Barcelona














PEMAIN Brazil, Neymar (kanan) bersama Presiden Barcelona, Sandro Rosell keluar untuk bertemu penyokong Barcelona selepas menandatangani kontrak 5 tahun bersama kelab itu di Stadium Nou Camp, Barcelona, awal pagi tadi. - Foto REUTERS

Barcelona: Sensasi Brazil, Neymar tiba di Barcelona, semalam 
untuk melengkapkan perpindahan bersama kelab Catalan 
itu yang dilihat bakal menambah sengat jentera serangan
 gergasi Sepanyol itu apabila digandingkan dengan Lionel Messi.

Tempat terbaik


Awal pagi semalam, pemain tengah Barcelona, Andres Iniesta 
berkata,Neymar datang ke tempat paling baik untuk matang 
dan menjangkakan  pemain berusia 21 tahun itu mampu 
menjadi gandingan yang baik bersama pemenang empat kali 
anugerah pemain terbaik dunia, Messi.

Dia datang ke tempat terbaik untuknya, kata Iniesta. Biarkan 
dia melakukan apa yang dia rasakan bagus untuk lakukan, 
ia sudah mencukupi. Ia adalah berita hebat yang kita boleh
bergantung kepadanya. Dikelilingi dengan orang di sini, dia 
akan menjadi baik dan lebih baik.

Pemain hebat sentiasa memahami suatu sama lain. Leo akan
menjadikan Neymar lebih baik dan Neymar akan jadikan
Leo lebih baik. 





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...