Tuesday 25 June 2013

Jerebu Semakin Pulih

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu yang melanda negara kini menunjukkan tanda-tanda pulih apabila tiada lagi kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) paras bahaya setakat jam 7 pagi hari ini.

Menurut laman Web Jabatan Alam Sekitar (JAS) hanya 13 kawasan mencatat IPU paras tidak sihat sementara 35 kawasan lain mencatat paras sederhana. 
Hujan yang turun di beberapa kawasan semalam antara faktor yang membantu peningkatan kualiti udara di kawasan terjejas.

Kualiti udara di beberapa kawasan di Selangor dan Perak yang mencatat bacaan paras bahaya dan sangat tidak sihat semalam, mencatatkan bacaan tidak sihat pagi ini.
Pelabuhan Klang yang mencatat bacaan IPU 464 pada jam 5 petang semalam merekodkan 140 pagi ini, manakala Sri Manjung dan Jalan Pegoh di Perak yang masing-masing mencatat 290 dan 211 semalam, menunjukkan peningkatan kualiti udara pagi dengan IPU 137 dan 118.

Kawasan lain yang mencatat IPU tidak sihat ialah Bukit Rambai (111), Nilai (148), Port Dickson (105), Seremban (118), Tanjung Malim (110), Kuala Selangor (134), Petaling Jaya (111) dan Putrajaya (112).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya.

Semalam Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud memaklumkan semua sekolah di daerah Klang dan Petaling Perdana di Selangor serta Manjung, Perak ditutup hari ini berikutan bacaan IPU di kawasan terbabit melebihi paras 250 pada jam 5 petang semalam. - Bernama


PETUNJUK LAPORAN BACAAN IPU 
APIStatus

0-50Baik / Good

51-100Sederhana / Moderate 
101-200Tidak Sihat / Unhealthy 
201-300Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy

>301Berbahaya / Hazardous



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...