Sunday 9 June 2013

Berat Phone Strap 2 WX06A hanya 32gram

Telefon ringan, kecil

Masih lagi mengenai gajet terkecil di dunia, kali ini telefon 
bimbit terkecil dan ringan yang turut dikeluarkan oleh 
syarikat pengusaha elektronik dari Jepun. 

Willcom baru saja memperkenalkan sebuah telefon terbaru, 
Phone Strap 2 WX06A. 

Telefon ini turut diperkenalkan sebagai telefon paling kecil 
dan paling ringan di dunia. Dilihat dari namanya, telefon ini 
adalah generasi kedua dari telefon Phone Strap. Ia memiliki 
dimensi yang kecil, dengan lebar 32 milimeter, panjang 
70 milimeter dan ketebalan 10.7 milimeter. Beratnya pula 
sekitar 32 gram. 


Namun telefon ini bukanlah telefon pintar, ia hanya mempunyai 
fungsi asas telefon bimbit. Skrinnya hanya berukuran satu inci 
dan bateri yang mampu bertahan untuk masa bercakap selama 
dua jam dan 12 hari waktu sedia.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...