Thursday 29 August 2019

SELAMAT DATANG 1441H


Assalamualaikum....

Esok ini adalah hari Jumaat  terakhir dalam tahun 1440 H ... Banyak kenangan yang Allah beri untuk kita.. Menangis, ketawa, suka duka .. semua bersatu dalam 1 ujian..

Maafkan saya kalau selama ini ada yang terguris hati dan sebagainya.. Salah dan khilaf yang tak dapat dipisahkan dengan manusia sama ada sengaja mau pun tidak. Semua nya tak ada niat.. Kekadang terlepas kata dan laku tanpa sedar..

Yg buruk dari saya dan yg baik dari Allah s.w.t 

HATI SEPERTI KACA
   Jangan bagi retak...
AKAL SEPERTI AIR
   Jangan bagi kering...
IMAN SEPERTI DEBU
   Jangan bagi hilang..                                 
PERSAUDARAAN SEPERTI TALI

   Jangan bagi putus...


          HARAP TAHUN 1441 H
MENJADIKAN  KITA INSAN YG LEBIH BAIK dan KEHIDUPAN           
LEBIH INDAH

   AAMIIN YA RABBAL AALAMIIN.

Tuesday 27 August 2019

NASIHAT USIA 40 TAHUN KE ATAS


Nasihat Emas dari Ustaz Ahmad Dusuki bagi yg sudah mencapai umur 40-an', 50-an, 60-an 

Nasihat pertama

Cubalah berurut urat saraf 7 kali setahun supaya lancar perjalanan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.


Nasihat kedua

Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.


Nasihat ketiga

Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.


Nasihat keempat

Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.


Nasihat kelima

Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh-temeh.


Nasihat keenam

Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.


Nasihat ketujuh

Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.


Nasihat kelapan

Banyakkan gurau-senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.


Nasihat kesembilan

Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.


Nasihat kesepuluh

Bersedekah, berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke fisabillilah. Semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak. ان شاء الله


Nasihat kesebelas

Makanlah makanan sunnah. Dengan usia dalam lingkungan ini macam2 penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang yang tersayang.. Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua..


Semoga bermanfaat(Dipetik daripada facebook Majlis Ilmu)

#Muhasabahdiri#

KOPI DI DINDING

(Autum in Paris)

Seorang pelancong Malaysia asyik menikmati kopi di sebuah kafe terkenal di sekitar kota Paris, Perancis.

Tak lama kemudian, datanglah seorang lelaki separuh umur, duduk di salah satu meja kosong.
Ia memanggil pelayan  dan memesan : "Kopi 2 cawan. Yang 1 untuk di dinding."

Sang pelancong berasa hairan mendengar percakapan tersebut. Apalagi lelaki itu kemudian hanya diberikan secawan kopi, namun ia "membayar" untuk 2 cawan.

Segera setelah lelaki tersebut pergi, pelayan itu terus  menampalkan sehelai kertas kecil bertuliskan "Secawan Kopi" di dinding kafe.

Suasana kafe kembali hening. Tak lama kemudian, masuklah sepasang "kekasih". 

Kedua mereka tersebut memesan 3 cawan kopi. Dua cawan di meja, satu lagi untuk di dinding.
Merekapun "membayar tiga cawan kopi", sebelum pergi.


Dan sekali lagi pelayan tesebut melakukan hal yang sama, menampalkan kertas bertulis *"Secawan Kopi"* di dinding.

Pemandangan aneh di kafe petang itu membuat pelancong Malaysia itu kehairanan.

Dia meninggalkan kafe dengan menyimpan pertanyaan atas kejadian ganjil yang disaksikannya, namun dia tidak berani mengajukan pertanyaan, apa yang dimaksud dengan "kopi di dinding" tadi.


Keesokan harinya, pelancong Malaysia tersebut  singgah lagi  di kafe yang sama.

Dia melihat, seseorang lelaki tua masuk ke dalam kafe. Pakaiannya tak terurus dan lusuh.

Setelah duduk ia melihat ke dinding dan berkata kepada pelayan: "Satu cawan kopi dari dinding."

Pelayan segera menghulurkan secawan kopi.


Setelah menghabiskan kopinya, lelaki tua tadi lantas pergi tanpa membayar. Tampak si pelayan menarik satu helai kertas dari dinding tersebut, lalu membuangnya ke tempat sampah.

Kini pertanyaan  pelancong itu "terjawab sudah".

Begini rupanya cara penduduk kota ini menolong sesamanya yang kurang beruntung, dengan "tetap menaruh hormat" kepada orang yang ditolongnya.

Golongan miskin masih boleh menikmati secawan kopi tanpa perlu merendahkan harga diri untuk mengemis dan mendapatkan secawan kopi.


Bahkan mereka pun "tidak perlu tahu" siapa yang "membayarnya”. Suatu suasana kehidupan bermasyarakat yang amat menyentuh dan mengharukan.

"Secawan kopi di dinding" adalah wujud cinta tulus kepada orang lain, tanpa menyikapi mereka dengan mendabik dada: "Aku memberikan untukmu".


Tidak penting seberapa banyak yang kita sudah memberi, tetapi yang lebih penting adalah bagaimana cara kita menghulurkan❤

@inspiratifdanmotivasi#

Tuesday 20 August 2019

Nasihat Emas

Nasihat Emas berguna bagi yg sudah mencapai umur 40-an', 50-an, 60-an atau pun yang sejenis dan sewaktu dengannya


*Nasihat pertama*
Cubalah berurut pada urat saraf 7 kali setahun supaya lancar perjalanan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.

*Nasihat kedua*
Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.

*Nasihat ketiga*
Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki, serta menaiki dan turun tangga.

*Nasihat keempat*
Kurangkan kuantiti makanan, kerana semakin gunung Kinabalu kita mengambil makanan, maka kita akan semakin cepat mendapat  sakit sebagai akibat.

*Nasihat kelima*
Jauhilah kemarahan atau kegelisahan, belajarlah melupakan perkara yang remeh-temeh. Ini menyebabkan rasa sakit hati, tertekan dan stress, sakit jantung, stroke... Ini punca utama menyebabkan individu jadi sakit. *Do not worry for nothing.


*Nasihat keenam*
Biarkan harta pula berbakti kepada kebahagiaan serta kesenangan kita, sudah lama kita mencari harta, kini tiba masanya harta berkhidmat untuk kita. Nikmatilah hasil titik peluh sepenuhnya & seadanya ikut kemampuan. Jangan ada keinginan untuk bersaing & cemburu dengan orang dari segi harta. Harta tdk akan menemani kita utk masuk ke dalam kubur.

*Nasihat ketujuh*
Jangan sikit sikit memarahi atau berdendam dengan sesiapa, hadapilah hidup ini dengan seadanya dan gembira. Jangan sombong... Tetapi *"Forgive and forget"*

*Nasihat kelapan*
Banyakkan bergurau-senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan @ stress dan nikmatilah hidup dengan pergaulan bersama. Senang menerima dengan orang persekitaran kita.

*Nasihat kesembilan*
Banyakkan masa untuk duduk menghitung berkat dan bersyukur dan menyembah Tuhan kerana kita semakin dekat  menuju dan menghadap kepada-Nya.

*Nasihat kesepuluh*
Membantu, menolong dan berdoa  kepada orang yang memerlukan tanpa menunjuk-nunjuk dan mengharap kan balasan. Sesungguhnya *"your rewards will be greater in Heaven"*.


*Nasihat kesebelas*
Makanlah makanan yang seimbang dan berkhasiat. Makan kerana keperluan dan bukan kerana suka-suka ikut nafsu. Dengan usia dalam lingkungan ini macam2 penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang orang yang tersayang.. Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada juga bererti...

Nasehat kedua belas... Semoga bermanfaat dan berguna sebagai ingatan bersama*


Tidak salah utk sharing ke teman/sehabat serta saudara2 dan.juga kawan2 sebagai tanda perhatian dan kepedulian kita bersama. 

Saturday 10 August 2019

DOA ARAFAH - 10/08/2019

DOA ARAFAH - 10/08/2019


Cinta Itu Misteri: Doa Mustajab di Hari Arafah

Kongsikan kepada sahabat2 yg anda ingati.

Rebutlah mana2 waktu yg dinyatakan tadi.

Assalamualaikum W.B.H. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah?


Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, In shaa Allah:

1. Ya Allah, kurniakanlah padaku kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.
2. Ya Allah, masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah(SAW).
4. Ya Allah, masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah(SAW), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah, selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana-Mu.
7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah, terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmat-Mu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.
10. Ya Allah, kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman.


11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan-Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash-Mu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku pada-Mu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan-Mu, kehebatan-Mu dan kekuasaan-Mu.
13. Ya Allah, tingkatkanlah kecintaanku untuk-Mu dan Nabi-Mu (SAW).
14. Ya Allah, ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian rahmat dan rezeki-Mu

15 Ya Allah, berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaan-Mu.
16. Ya Allah Ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk-Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada-Mu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja sadakatul jariah.
22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari-Mu Ya Allah.
25 Ya Allah, tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada-Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput oleh-Mu.
28 Ya Allah, lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29 Ya Allah, ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripada-Mu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.


31 Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.



Aamiin...Aamiin...Ya Rabbal 'Alamiinn 

Friday 9 August 2019

DOA HARI JUMAAT 8 ZULHIJJAH 1440

Doa Hari Jumaat

08 Zulhijjah 1440
09hb Ogos 2019

Untuk Semua yang di muliakan Allah

                   
Ya الله,
Janganlah Engkau sibukkan diri kami dan  lalaikan kami dengan dunia dan segala isinya sehinggakan kami melupakan dosa dan kesalahan kami kepada Mu Ya الله.

Ya الله,
Berikan kepada kami jalan petunjuk kebenaran mudah-mudahan kami menjadi hambaMu yang  beriman dan bertaqwa.

Ya الله
Terima kasih di atas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami hari ini.

Ya Allah
Hari ini penuh semangat, dimudahkan rezeki, kesihatan yang baik, mendapat ilmu yang bermanafaat dan terlepas dari segala kesulitan.

Ya Allah
Ampunkanlah dosa-dosa kami, rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu Ya Allah.

Ya الله,
Kami memohon ke pada Mu kebaikan, kemenangan, pertolongan, cahaya, keberkatan dan petunjuk hari ini dan selama-lamanya.

Ya Allah
Permudahkanlah segala urusan kami, murahkan rezeki kami dan kurniakanlah kami keluarga yang bahagia.

Ya الله,
tanamkanlah perasaan kasih sayang kami kepada sahabat kami dan tanamkan perasaan kasih sayang mereka kepada kami dan semoga hubungan saliturrahim antara kami senantiasa teguh.

Ya الله
Muliakanlah diri kami, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami  dan luaskanlah rezeki kami dan moga segala urusan kami dipermudahkan.

Ya الله,
kabulkanlah cita-cita kami, jauhkan kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan jauhkan kami dari segala Musibah

Ya الله,
terimalah semua amal ibadah kami dan mudah²an ia dapat menerangi kubur kami.

Ya الله,
perbanyakkanlah sedekah kami, solat kami,  semoga kami bebas dari seksa kubur.

Ya الله,
tutuplah aib kami dan tenteramkanlah kami dari rasa takut.

Ya الله,
peliharalah kami dan kami berlindung dengan kebesaran Mu agar kami tidak disiksa di padang mahsyar.

Ya الله, 
sesungguhnya Engkalulah yang  menetapkan rezeki kami,  Engkau lapangkanlah kami. Ya Allah, janganlah kami tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Ya Allah, Ya Rahman, berilah kami ketakwaan dalam mencari rezeki.

Ya الله, Ya Rahman,
tunjukkan kepada kami perkara yg benar itu adalah benar dan rezekikan kepada kami utk kami melakukannya

Ya الله, Ya Azizz,
Tunjukkan kepada kami perkara yang Bathil  itu adalah Bathil, dan rezekikan kepada kami agar kami  tidak melakukannya..

اَللّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَاكَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا


“Allahhummaghfirlii waliwaalidayya war hamhumaa kama rabbayaanii shagiiraa”

 “Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan Ibu Bapa kami, sayangilah mereka seperti mereka telah menyayangi kami di waktu kecil dahulu” 

َYa الله,
kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya الله,  Ya Ghaffar
ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada, samada yg masih ada hidup atau telah meninggal dunia.


Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untuk Mu.

Thursday 1 August 2019

PERSOALAN IBADAH QURBAN KEPADA SI MATI

SOALAN: 

Ustaz, nenek saya telah meninggal dunia baru-baru ini. Dan beliau tidak sempat untuk mendaftar nama bagi ibadah korban. Bolehkah saya melaksanakan ibadah korban untuk arwah nenek saya?

JAWAPAN: 

Persoalan tentang hukum melaksanakan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia ini menjadi satu topik hangat atau soalan yang sering diajukan oleh para pelanggan kepada kami, apabila menjelangnya musim ibadah korban.
Para ulamak telah berselisih pendapat dalam meletakkan hukum pelaksanaan korban ke atas orang yang telah meninggal dunia. Maka di sini, kami nyatakan secara ringkas beberapa pendapat yang masyhur di kalangan para ulamak. Antaranya ialah:


*PERTAMA*: 

Harus melaksanakan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia dan pahalanya juga sampai kepada si mati. Ini adalah pendapat majoriti ulamak dalam mazhab Al-Hanafiyah, Al-Malikiyyah, Al-Hanabilah dan sebahagian As-Syafieyyah.
Hal ini berdasarkan sebuah hadis daripada Saiyidatina Aisyah R.Anha, beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW ketika menyembelih haiwan korban, baginda melafazkan:


بِسْمِ اللَّهِ. اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ وَمِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ


Maksudnya: “Bismillah… Ya Allah, terimalah ibadah korban daripada Muhammad dan daripada ahli keluarga Muhammad dan daripada umat Muhammad” . 
(Hadis Riwayat Muslim: 1967)


Umum mengetahui bahawa dikalangan umat Muhammad SAW itu ada yang telah meninggal dunia dan Baginda SAW menjadikan sembelihannya itu untuk umatnya dan ini menjadi dalil bagi keharusan untuk melakukan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia.


*KEDUA*: 

Makruh melaksanakan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia. Ini adalah pendapat sebahagian ulamak dalam mazhab Al-Malikiyyah. Al-Kharshi Rahimahullah menyebutkan: “Dimakruhkan bagi seseorang yang melaksanakan ibadah korban untuk si mati kerana takut akan riak dan bermegah-megah dan juga tidak warid (mendatangkan hasil) perbuatan dalam perkara itu, dan ini sekiranya tidak disediakan oleh si mati dan sekiranya tidak maka si waris boleh melakukannya”. (Syarah Mukhtasar Al-Khalil: 3/42)


*KETIGA*: 

Tidak boleh melaksanakan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia, melainkan atas dasar wasiat yang telah ditinggalkan oleh si mati. Ini adalah pendapat terkuat di kalangan para ulamak dalam mazhab As-Syafie. Sepertimana yang telah dinukilkan oleh Al-Imam Al-Nawawi, beliau berkata:


وَلاَ تَضْحِيَةَ عَنِ الغَيـْرِ بِغَيـْرِ إِذْنِهِ وَلاَ عَنْ مَيْتٍ إِنْ لَـمْ يُوصِ بـِهَا


Maksudnya: “Dan tidak boleh melakukan korban untuk orang lain melainkan dengan izin daripadanya dan tidak boleh juga melakukan korban untuk orang yang telah meninggal dunia melainkan ia telah diwasiatkan” 
(Minhaj At-Tolibin wa Umdah Al-Muftin – Darul Minhaj: M/S: 538)


*KESIMPULAN*
Berdasarkan beberapa pendapat yang telah dibincangkan di atas, maka kami menyokong pendapat ketiga, iaitu pendapat yang terkuat dalam mazhab As-Syafie dan Al-Imam An-Nawawi. 


Oleh itu, kami nyatakan jawapan kami di sini bahawa: TIDAK DIGALAKKAN MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN KE ATAS ORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA, KECUALI SI MATI TELAH MENINGGALKAN WASIAT. 

Ini kerana ibadah korban itu wajib disertakan dengan niat. Maka sudah pasti hanya orang yang hidup sahaja mampu untuk berniat.

PERKARA LARANGAN MELAKSANAKAN QORBAN

PERKARA LARANGAN MELAKSANAKAN QORBAN

Disunatkan tidak memotong kuku dan rambut hingga selesai ...

Pastikan anda potong kuku dan bercukur sebelum azan maghrib Khamis ini iaitu pada 1/8/19...

Sunat hukumnya bagi semua peserta korban (sama ada sudah mendaftar atau sudah berniat untuk daftar kemudian) untuk TIDAK MEMOTONG KUKU dan MENGGUNTING RAMBUT apabila telah masuk bulan Zulhijjah sehingga selesai pelaksanaan ibadah korban.

Menurut Mazhab Syafi'e, larangan ini termasuk rambut, kuku dan BULU-BULU yang terdapat pada badan.

Bulan Zulhijjah (berdasarkan taqwim) akan jatuh pada Jumaat, 2 Ogos 2019.

Jadi, potonglah kuku dan guntinglah rambut anda sebelum masuk waktu maghrib pada hari KHAMIS, 1 Ogos 2019.

Ia berdasarkan hadis yang bermaksud;
Daripada Ummu Salamah RA berkata: Sabda Rasulullah SAW,

“Apabila masuk sepuluh hari yang pertama bulan Zulhijjah dan jika di kalangan kamu ada yang ingin melakukan korban, maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sedikit pun sehinggalah hari penyembelihan korban”

Riwayat Muslim.


Saranan kami adalah anda tidak memotong kuku dan menggunting rambut sehingga Hari Raya Keempat (iaitu selesai tempoh sah untuk melaksanakan ibadah korban).

Diingatkan, hukumnya adalah SUNAT sahaja. Sekiranya boleh bertahan sehingga raya ke-4 adalah amat digalakkan.


Semoga ibadah kita semua diterima Allah SWT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...