Saturday 10 August 2019

DOA ARAFAH - 10/08/2019

DOA ARAFAH - 10/08/2019


Cinta Itu Misteri: Doa Mustajab di Hari Arafah

Kongsikan kepada sahabat2 yg anda ingati.

Rebutlah mana2 waktu yg dinyatakan tadi.

Assalamualaikum W.B.H. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah?


Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, In shaa Allah:

1. Ya Allah, kurniakanlah padaku kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.
2. Ya Allah, masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah(SAW).
4. Ya Allah, masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah(SAW), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah, selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana-Mu.
7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah, terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmat-Mu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.
10. Ya Allah, kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman.


11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan-Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash-Mu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku pada-Mu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan-Mu, kehebatan-Mu dan kekuasaan-Mu.
13. Ya Allah, tingkatkanlah kecintaanku untuk-Mu dan Nabi-Mu (SAW).
14. Ya Allah, ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian rahmat dan rezeki-Mu

15 Ya Allah, berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaan-Mu.
16. Ya Allah Ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk-Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada-Mu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja sadakatul jariah.
22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari-Mu Ya Allah.
25 Ya Allah, tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada-Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput oleh-Mu.
28 Ya Allah, lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29 Ya Allah, ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripada-Mu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.


31 Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.



Aamiin...Aamiin...Ya Rabbal 'Alamiinn 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...