Thursday 1 August 2019

PERKARA LARANGAN MELAKSANAKAN QORBAN

PERKARA LARANGAN MELAKSANAKAN QORBAN

Disunatkan tidak memotong kuku dan rambut hingga selesai ...

Pastikan anda potong kuku dan bercukur sebelum azan maghrib Khamis ini iaitu pada 1/8/19...

Sunat hukumnya bagi semua peserta korban (sama ada sudah mendaftar atau sudah berniat untuk daftar kemudian) untuk TIDAK MEMOTONG KUKU dan MENGGUNTING RAMBUT apabila telah masuk bulan Zulhijjah sehingga selesai pelaksanaan ibadah korban.

Menurut Mazhab Syafi'e, larangan ini termasuk rambut, kuku dan BULU-BULU yang terdapat pada badan.

Bulan Zulhijjah (berdasarkan taqwim) akan jatuh pada Jumaat, 2 Ogos 2019.

Jadi, potonglah kuku dan guntinglah rambut anda sebelum masuk waktu maghrib pada hari KHAMIS, 1 Ogos 2019.

Ia berdasarkan hadis yang bermaksud;
Daripada Ummu Salamah RA berkata: Sabda Rasulullah SAW,

“Apabila masuk sepuluh hari yang pertama bulan Zulhijjah dan jika di kalangan kamu ada yang ingin melakukan korban, maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sedikit pun sehinggalah hari penyembelihan korban”

Riwayat Muslim.


Saranan kami adalah anda tidak memotong kuku dan menggunting rambut sehingga Hari Raya Keempat (iaitu selesai tempoh sah untuk melaksanakan ibadah korban).

Diingatkan, hukumnya adalah SUNAT sahaja. Sekiranya boleh bertahan sehingga raya ke-4 adalah amat digalakkan.


Semoga ibadah kita semua diterima Allah SWT

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...