Tuesday 20 August 2019

Nasihat Emas

Nasihat Emas berguna bagi yg sudah mencapai umur 40-an', 50-an, 60-an atau pun yang sejenis dan sewaktu dengannya


*Nasihat pertama*
Cubalah berurut pada urat saraf 7 kali setahun supaya lancar perjalanan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.

*Nasihat kedua*
Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.

*Nasihat ketiga*
Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki, serta menaiki dan turun tangga.

*Nasihat keempat*
Kurangkan kuantiti makanan, kerana semakin gunung Kinabalu kita mengambil makanan, maka kita akan semakin cepat mendapat  sakit sebagai akibat.

*Nasihat kelima*
Jauhilah kemarahan atau kegelisahan, belajarlah melupakan perkara yang remeh-temeh. Ini menyebabkan rasa sakit hati, tertekan dan stress, sakit jantung, stroke... Ini punca utama menyebabkan individu jadi sakit. *Do not worry for nothing.


*Nasihat keenam*
Biarkan harta pula berbakti kepada kebahagiaan serta kesenangan kita, sudah lama kita mencari harta, kini tiba masanya harta berkhidmat untuk kita. Nikmatilah hasil titik peluh sepenuhnya & seadanya ikut kemampuan. Jangan ada keinginan untuk bersaing & cemburu dengan orang dari segi harta. Harta tdk akan menemani kita utk masuk ke dalam kubur.

*Nasihat ketujuh*
Jangan sikit sikit memarahi atau berdendam dengan sesiapa, hadapilah hidup ini dengan seadanya dan gembira. Jangan sombong... Tetapi *"Forgive and forget"*

*Nasihat kelapan*
Banyakkan bergurau-senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan @ stress dan nikmatilah hidup dengan pergaulan bersama. Senang menerima dengan orang persekitaran kita.

*Nasihat kesembilan*
Banyakkan masa untuk duduk menghitung berkat dan bersyukur dan menyembah Tuhan kerana kita semakin dekat  menuju dan menghadap kepada-Nya.

*Nasihat kesepuluh*
Membantu, menolong dan berdoa  kepada orang yang memerlukan tanpa menunjuk-nunjuk dan mengharap kan balasan. Sesungguhnya *"your rewards will be greater in Heaven"*.


*Nasihat kesebelas*
Makanlah makanan yang seimbang dan berkhasiat. Makan kerana keperluan dan bukan kerana suka-suka ikut nafsu. Dengan usia dalam lingkungan ini macam2 penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang orang yang tersayang.. Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada juga bererti...

Nasehat kedua belas... Semoga bermanfaat dan berguna sebagai ingatan bersama*


Tidak salah utk sharing ke teman/sehabat serta saudara2 dan.juga kawan2 sebagai tanda perhatian dan kepedulian kita bersama. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...