Wednesday 23 January 2019

NERAKA BERBAYAR

Seorang ayah berkata kepada anaknya. "Tahukah kamu, wahai anakku! Nk masuk syurga itu percuma, dan neraka kena bayar"

Jawab anaknya, "Kenapa nk masuk neraka kene bayar?"

Jawab ayahnya,

~jika berjudi kene bayar
~jika minum arak kene bayar
~jika merokok kene bayar
~jika nk pergi ker tempat maksiat kene bayar

Dan ketahuilah anakku, masuk syurga itu percuma. Allah SWT telah memberi modal yang sangat banyak kepada kita.

~jika nk solat, tak perlu bayar
~jika nk puasa, tak perlu bayar
~jika nk berzikir, tak perlu bayar
~jika nk beristighfar, tak perlu bayar

Wahai saudaraku menyebarkan mesej ini juga percuma. Tetapi jika ada yang mengamalkan, kita mendapat ganjaran pahala berganda.

Tuesday 22 January 2019

SELESA DI ALAM KUBUR

Baru baru ni ada dengar ceramah Ustaz Ahmad Dusuki. Katanya, kalau nak berehat di kubur, kat dunia jangan asyik tidur. Dan beliau kongsikan amalan untuk selesa di kubur.

Amalkan 3 perkara ni:

1. Baca Alquran sebelum subuh

Saat kita meninggalkan dunia yang fana ni, malaikat Mungkar dan
Nakir akan datang

kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan
kecuali Alquran yang
dibaca sebelum subuh. Alquran akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.

2. Amalkan surah Al-Mulk setiap malam

Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau kat dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Alquran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya..

🔮ISTIQAMAH..
*SURAH AL MULK* setiap malam..
*۞* Penyelamat dari Azab Kubur..

~ Nabi saw tak kan tidur selagi tak baca *Surah AL MULK..*

3. Bangun solat tahajud walau 2 rakaat

Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat tahajud, urusan kita dipermudahkan
dan terasa lapang. Pernah rasa?

Kawan kawan,

Saya, anda dan kita semua memang selalu leka. Sebab tu kita kena sentiasa berpesan pesan sesama kita.
Ingat, malaikat maut ada dekat dengan kita hanya menunggu masa untuk mencabut nyawa.

Tapi tulah, dah bersediakah kita ? 😭

💎Perbanyakkan Selawat tanda *Rindukan NABI SAW..*

*۞ Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad Wa'Ala Ali Sayyidina Muhammad ۞*

Tuesday 1 January 2019

🌸 RAPUH HIDUP INI 🌸

RAPUH HIDUP INI


HIDUP INI PENUH HIKMAH: RAPUH.....


Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita orang yang paling bahagia dan membahagiakan. Orang yang ceria dan menceriakan.

Jadilah ibu yang menjadi kedamaian pada anak-anak.
Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yang memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita.
Jika kita menjadi sahabat jadilah sahabat yang mendamaikan
Jika kita menjadi anak jadilah anak yang menyejukkan kedua ibubapa
Kerna hidup ini hanya seketika.

Siapa duga dan sangka saat kudrat dengan kesihatan yang baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka.
Pengajaran untuk kita betapa rapuhnya hidup kita. Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahupun tua.


Jangan bertangguh untuk menjadi anak yang baik.
Jangan bertangguh untuk menjadi isteri yang baik
Jangan bertangguh untuk menjadi suami yang baik
Jangan bertangguh menjadi ibu yang baik
Jangan bertangguh menjadi sahabat yang baik
Jangan bertangguh menjadi pekerja yang baik
Jangan bertangguh menjadi majikan yang baik


Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih.
Maaf kan sahaja. Jadilah orang yang memberi manfaat pada orang lain.
Kerana kematian itu sangat rapuh.

Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan.
Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. Orang yang kita sayang pasti kita akan tinggalkan. Dan perpisahan itu adalah dengan sebuah kematian.

_Link Kuliah Penuh (Open Via Fb)_


https://goo.gl/xHZof7
Moga bertemu di syurga.
Uhibbukum fillah. 
Kapsul : Ustazah Norhafizah Musa
Olahan : Mardhiah Mustapha
Kapsul : 06
_Sebarkan Ilmu Dan Kebaikan_
_Bahagia Itu Di Hati :_ http://www.fatehteam.com/bahagia-itu-di-hati/
@JomToJannah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...