Tuesday 30 December 2014

Objek Gelap, Besar Di Kedalaman 50 Meter


Pesawat AirAsia QZ8501 yang membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal, hilang Ahad lalu.
Pesawat Airbus 320-200 itu berlepas dari Surabaya, Indonesia pada jam 5.20 pagi waktu tempatan (6.20 pagi waktu Malaysia) dan dijangka tiba di Singapura dua jam kemudian, tetapi ia terputus hubungan dengan kawalan trafik udara.
Pihak berkuasa Indonesia melancarkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR).
Malaysiakini menyiarkan secara langsung perkembangan yang berlaku hari ini.


LANGSUNG HARI KEEMPAT

1.12pm: Satu imej sonar mengenalpasti satu objek besar dan gelap dalam laut yang mungkin merupakan pesawat AirAsia yang hilang, lapor Reuters.

"Ia kira-kira 30 ke 50 meter di dalam air," kata Hernanto, seorang pegawai dengan agensi menyelamat dan mencari Indonesia.

Ahli-ahli penyelamat kini bersiap sedia untuk mendapatkan sebarang mayat dari pesawat dan melakukan proses pengenalpastian.

"Kami berdoa yang ia adalah pesawat itu agar proses mengeluarkan mayat boleh dilakukan secepat mungkin," kata Hernanto.

12.04pm: Presiden Indonesia Joko Widodo akan mengadakan mesyuarat kabinet di pejabat beliau hari ini.

Mesyuarat itu antara lainnya dijangka akan membincangkan nahas pesawat AirAsia.

Sampel DNA ahli keluarga untuk kenal pasti mangsa

10.40am: Sampel DNA untuk tujuan mengenalpasti identiti diperolehi daripada 30 keluarga yang mempunyai sanak saudara dalam penerbangan QZ8501, lapor detik.com

Pihak berkuasa menggesa lebih ramai anggota keluarga tampil ke hadapan agar lebih banyak sampel dapat diambil.

10.20am: Operasi SAR Indonesia telah meminta kapal perang USS Sampson supaya bersiap sedia.

Pihak berkuasa juga berkata, walaupun mereka mengalu-alukan bantuan negara jiran, tetapi mereka akan hanya menggunakannya apabila diperlukan, lapor detik.com.

10.15am: Selain mayat, pasukan SAR telah juga menemui dua pintu pesawat, satu tingkap kecemasan, satu beg galas dengan makanan di dalamnya serta kasut kanak-kanak dan sebuah kamera poket, lapor detik.com yang memetik para pegawai.

Cuaca buruk jadi cabaran

10.05am: Dua puluh lagi penyelam kini bersiap sedia, menjadikan jumlah penyelam yang terlibat dalam operasi SAR seramai 47 orang.

Pegawai operasi SAR berkata, akibat laut bergelora dan cuaca buruk, detik.com melaporkan mereka masih tidak dapat meneruskan usaha mengambul mayat di laut.

10.00am: Britain, Singapura dan Perancis menghantar pakar mereka membantu mengesan kotak hitam pesawat. Airbus juga menghantar pakar untuk membantu mengesan rangka pesawat itu, lapor detik.com.

Enam mayat dikeluarkan

9.10am: Pesawat Hercules yang terlibat dalam operasi SAR terpaksa berpatah balik ke Pangkalan Bun disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk.

Operasi SAR hari ini bermula jam 5.40 pagi, lapor detik.com.

9am: Sehingga ini, enam mayat sudah dikeluarkan - tiga lelaki dan tiga perempuan.

Satu daripadanya telah dikenal pasti sebagai seorang pramugari, lapor detik.com.

8.30am: Daripada tiga mayat mangsa nahas pesawat malang QZ8501 yang ditemui di perairan Belitung semalam, seorang daripadanya adalah seseorang kanak-kanak itu.

detik.com melaporkan para pegawai berkata mayat yang dilihat dari pesawat tentera Hercules ialah dua lelaki dan seorang perempuan.

Laporan itu memetik pegawai yang terlibat dalam operasi SAR sehingga 7 petang semalam.

Gerakan mencari diteruskan awal hari ini.




SUMBER :http://www.malaysiakini.com/

10 Berita Utama 2014 - Pilihan Pembaca Mkini




Menjelang akhir tahun, Malaysiakini sekali lagi menyerahkan kepada pembacanya untuk memutuskan apa yang mereka rasakan menjadi berita-berita paling penting sepanjang tahun 2014.

Sejumlah 1,200 pembaca menyertai tinjauan selama tujuh hari itu, yang hanya dibuka kepada pelanggan berbayar sahaja.

Mereka mengundi memilih antara 24 berita yang disediakan olehMalaysiakini dengan 1 (mata terendah) hingga 10 (mata tertinggi).

Seperti jangkaan ramai, berita utama 2014 - tahun yang penuh tragedi - ialah dua nahas yang menimpa Malaysia Airlines (MAS), di mana sebuah pesawatnya hilang dan sebuah lagi ditembak jatuh. Kedua-dua pesawat itu membawa sejumlah 537 penumpang dan anak kapal.

Kedua-dua tragedi udara itu, yang berlaku dalam tempoh empat bulan, juga merupakan berita yang paling banyak dibaca di Malaysiakini.

Kehilangan penerbangan AirAsia QZ8501 Ahad lepas tidak termasuk dalam tinjauan kali ini. Juga tidak termasuk ialah banjir teruk yang sedang melanda negara hujung tahun ini.

Menariknya, pilihan kedua ialah berita mengenai kenaikan harga, yang menunjukkan ramai amat mengambil berat tentang kenaikan kos hidup. Tahun lepas, berita ini disenaraikan nombor 1 dalam kategori 10 berita teratas.

Berita yang menduduki tempat ketiga ialah skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), di mana antaranya bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menyatakan kurang keyakinannya terhadap seorang lagi PM - kali ini Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Perkara-perkara lain dalam senarai pilihan pembaca kali ini termasuk kes Liwat II terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Pendatang Tanpa Izin Sabah dan kekerapan kes tangkapan di bawah Akta Hasutan tangkapan.

Kes UM8 dan kebangkintan semula aktivisme pelajar turut mendapat perhatian pembaca dengan menduduki tempat ke-10 berita utama 2014.


Berikut adalah 10 berita utama 2014 piihan pembaca Malaysiakini.

1. Nahas udara MAS (MH370 dan MH17) - 9,691 undi

2. kenaikan harga. - 8,322

3. Skandal 1MDB, Mahathir vs Najib - 8,074

4. Kes Liwat 11 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (keputusan Mahkamah Rayuan, perbicaraan di Mahkamah Persekutuan) - 7,466

5. Laporan RCI Sabah dan kes penculikan - 7,445

6. Tangkapan bawah Akta Hasutan, Najib U-turn, video Teresa Kok Onederful
    Malaysia - 7,396
               
7. Langkah Kajang (pilihan raya kecil, krisis Selangor) - 7,323
   
8. RIP (Karpal Singh, Irene Fernandez, Harun Taib, Sultan Azlan Shah) - 7,305
   
9. Rampasa Alkitab BSM, kontroversi kalimah 'Allah' - 7,282

10. Kes Universiti Malaya 8 (UM8) dan kebangkitan semula gerakan pelajar - 6,812


Empat belas lagi daripada 24 berita dalam senarai yang gagal menduduki kategori 10 terbaik ialah:

11. serangan Perkasa-Isma terhadap bukan Melayu/bukan Islam - 6,631
   
12. isu Halal (Saya mahu Sentuh Anjing, Cadbury, bak kut teh di festival pelancongan, logo halal pada botol air mineral) - 6,322

13. Perebutan hak penjagaan anak ibubapa berlainan agama, keengganan IGP untuk bertindak - 6,274

14. Perdebatan hudud - 6,146

15. Dyana Sofya Mohd Daud dan pilihan raya kecil Teluk Intan - 6,048

16. Saman Najib terhadap Malaysiakini dan lain-lain - 5,913

17. Rang Undang-undang Perumahan Johor, urusniaga tanah Sultan Johor, 
      pelaburan Forest City. - 5,895
   
18. pencerobohan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang - 5,817

19. Perbalahan dalaman PAS antara ulama dan profesional - 5,777

20. Hak golongan transgender dan keputusan penting Mahkamah Rayuan - 5,672

21. Golongan gelandangan di Kuala Lumpur. - 5,452

22. Dakwaan serangan seksual terhadap Muhammad Rizalman Ismail ke atas wanita 
      New Zealand - 5,395

23. skandal sukan (dikatakan penggunaan dadah babitkan Lee Chong Wei, samseng bola sepak) 
     - 5,247

24. Tan Sri Taib Mahmud melepaskan jawatan KM Sarawak, kes perceraian anak lelakinya, Bekir 
     - 5,188



SUMBER :http://www.malaysiakini.com/

AirAsia : 'Enam Mayat Dibawa Keluar Setakat Ini'



LANGSUNG HARI KEEMPAT

9.10am: Pesawat Hercules yang terlibat dalam operasi SAR terpaksa berpatah balik ke Pangkalan Bun disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk.

Operasi SAR hari ini bermula jam 5.40 pagi, lapor detik.com.

9am: Sehingga ini, enam mayat sudah dikeluarkan - tiga lelaki dan tiga perempuan.

Satu daripadanya telah dikenal pasti sebagai seorang pramugari, lapor detik.com.

8.30am: Daripada tiga mayat mangsa nahas pesawat malang QZ8501 yang ditemui di perairan Belitung semalam, seorang daripadanya adalah seseorang kanak-kanak itu.

detik.com melaporkan para pegawai berkata mayat yang dilihat dari pesawat tentera Hercules ialah dua lelaki dan seorang perempuan.

Laporan itu memetik pegawai yang terlibat dalam operasi SAR sehingga 7 petang semalam.

Gerakan mencari diteruskan awal hari ini.



sumber :http://www.malaysiakini.com/

Wednesday 17 December 2014

M'sia Tewas 2-0 Kepada Thailand



Malaysia kalah 2-0 kepada Thailand pada final pertama Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Rajamangala, di Bangkok, malam ini.

        
Penjaring:

Thailand: Charyl Yannic Chappuis (71'-penalti), Thawikan Kroekrit (82')
    
Barisan pemain

Malaysia: Mohd Farizal Marlias, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Muhammad Shukor Adan (kapten), Safiq Rahim, S. Kunanlan, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Badhri Mohd Radzi (Baddrol Bakhtiar) , Azamuddin Mohd Akil, Mohd Amri Yahyah (Mohd Safee Mohd Sali), Norshahrul Idlan Talaha (Abdul Manaf Mamat).
    
Thailand: Kawin Thamsatchanan (kapten), Thawikan Kroekrit, Sarach Yooyen (Abdul Lahsom), Charyl Yannic Chappuis, Adisak Kraisorn, Narubadin Weerawatnodom, Tanaboon Kesarat, Chanathip Songkrasin, Perapat Notechaiya, Suttinun Phukhom, Mongkol Thosakrai (Prakit Deeprom).
    
Pengadil: Kovalenko Valentin (Uzbekistan)

Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...