Tuesday 30 December 2014

AirAsia : 'Enam Mayat Dibawa Keluar Setakat Ini'



LANGSUNG HARI KEEMPAT

9.10am: Pesawat Hercules yang terlibat dalam operasi SAR terpaksa berpatah balik ke Pangkalan Bun disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk.

Operasi SAR hari ini bermula jam 5.40 pagi, lapor detik.com.

9am: Sehingga ini, enam mayat sudah dikeluarkan - tiga lelaki dan tiga perempuan.

Satu daripadanya telah dikenal pasti sebagai seorang pramugari, lapor detik.com.

8.30am: Daripada tiga mayat mangsa nahas pesawat malang QZ8501 yang ditemui di perairan Belitung semalam, seorang daripadanya adalah seseorang kanak-kanak itu.

detik.com melaporkan para pegawai berkata mayat yang dilihat dari pesawat tentera Hercules ialah dua lelaki dan seorang perempuan.

Laporan itu memetik pegawai yang terlibat dalam operasi SAR sehingga 7 petang semalam.

Gerakan mencari diteruskan awal hari ini.



sumber :http://www.malaysiakini.com/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...