Thursday 31 January 2013

Selamat Hari Wilayah

Selamat Cuti umum hari ini kepada semua Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, W.P Labuan, W.P Putrajaya sempena Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2013.



Majlis Pelancaran Hari Wilayah

Beberapa acara menarik seperti cabutan bertuah yang pertama kali diadakan. Kupon-kupon akan mula diedar seawal jam 6.30 pagi dan tiga hadiah utama bakal disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri

Selain cabutan bertuah, acara lain yang bakal menyusul adalah Kenduri


 
 Goodies DBKL :

1.
Semua kompaun trafik yang dikeluarkan oleh DBKL dikenakan kadar bayaran RM30. Tawaran ini sah mulai 1 Februari hingga 28 Februari 2013 sahaja. Pembayaran boleh dibuat di semua kaunter DBKL pada hari bekerja dengan membawa bersama-sama notis kompaun.
2.
Penggunaan secara percuma untuk kemudahan sukan DBKL(tidak termasuk kejohanan) seperti gelanggang futsal, tenis, badminton, ping pong, bola tampar, takraw, padang bola sepak, kolam renang, squash dan gimnasium sepanjang bulan Februari 2013.
3.
Yuran keahlian percuma untuk semua perpustakaan DBKL sepanjang bulan Februari 2013.
4.
Percuma menaiki bot dan pony ride di Taman Tasik Titiwangsa sepanjang bulan Februari 2013.
5.
Penggunaan tandas awam DBKL secara percuma sepanjang bulan Februari 2013


Sebelum Terlewat - Salam Maulidur Rasul


2 Rabiulawal 1434 bersamaan 24 Januari 2013

Walaupun setelah beberapa hari berlalu….
Sebelum kita terlupa dan perlu tahu…..
Tema Maulidur Rasul Tahun 2013 yang dipilih
ialah 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' 
selaras dengan tema Maal Hijrah 1434.

"Wasatiyyah merupakan tonggak atau pencetus
perpaduan selain pemangkin, mengukuhkan ikatan
dalam kehidupan dan menjadikan Islam teguh
di mata dunia. 

Asal Usul

Sambutan Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran dan juga menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Sekiranya tidak berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti dibibir mereka.

Sejarah hari ini, sambutan Maulidur Rasul bukan bertujuan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul tetapi kepada usaha mengingatkan kembali perjuangan Rasulullah SAW.

Semoga kita semua sama-sama perbanyakkan selawat atas Nabi Muhammad S.A.W

Lawak - Bola 2

 tandukan maut...

 tumpang tido...

 bantuan perubatan...

cara cepat nak menang main bola..

buasir nie.... macam resdung...

Wednesday 30 January 2013

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Merokok


Kenyang tanpa perlu mengunyah.

Best kan dengan sedut asap je dah boleh kenyang. Tak payah susah2 nak mengunyah, buang masa..

Nampak macam orang kaya.

Harga rokok semakin lama semakin mahal. Orang kaya je yang mampu beli rokok. Kalo tak merokok kena cop sebagai miskin. Biar la papa, asalkan bergaya..

Dah banyak sangat pahala.

Dah puas hidup. Pahala pun dah banyak sangat. Hidup lama-lama pun nak buat apa kan? Kalau mati sekarang pun lagi bagus..

Kaler paru-paru special berbanding orang lain.

Paru-paru berwarna hitam berkerak. Bila-bila masa je boleh reput. Korang ada ke?

Tak diganggu nyamuk.

Nyamuk, lalat semua pun lari, tak nak dekat. Lebih best kalau awek sendiri pon lari sebab dah tak tahan bau asap rokok.. 

sumber : http://busuk.org/ping
Lagu : 150 Juta
Penyanyi : Ainan Tasneem

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”

“Saya kenal sayang saya”
Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya

Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna

Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa

Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala

Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua


Longji Rice Terraces di China


Tanaman Padi berteres (“Longji Rice Terraces” ) dibina di sepanjang cerun penggunungan dari tepi sungai sehingga 
ke puncak gunung dengan bahagian 
tertinggi iaitu 880 meter manakala 
bahagian terendah ialah 380 meter.
Tanaman Padi berteres kebanyakannya dibina semasa Dinasti Ming, kira-kira 
500 tahun yang lalu.



Longji (Tulang Belakang Naga) 
Tanaman Padi berteres menerima 
nama disebabkan oleh keadaanya 
yang menyerupai sisik naga, 
manakala puncak banjaran gunung 
kelihatan seperti tulang belakang 
naga. Pelawat berdiri di atas gunung 
itu boleh melihat tulang belakang 
naga berpusing.





Pada awal pagi, apabila cuaca baik dengan matahari terbit di puncak “Longji Rice Terraces”, ianya kelihatan begitu  indah. “Longji Rice Terraces” sering dianggap pemandangan yang paling 
indah pada awal Jun. Apabila air dipam ke atas sawah padi manakala 
tumbuh-tumbuhan muda akan dipindahkan ke teres utama.

 Pemandangan pada bulan Oktober

 Pemandangan waktu hujan

 Ketika matahari terbit

Bulan Mei seperti cermin

Lawak - Bola











Kata Sains Mengenai Solat

Solat Penuh Keberkatan
Dr Fatimah Ibrahim
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Waktu Solat

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. 

Thursday 24 January 2013

Win 13 Days To Europe




nak menang percutian ke eropah?



menarik bukan?
 boleh klik pada gambar atau di sini
hanya jawab 2 soalan mudah dan isikan slogan
mudah jer
good luck untuk semua dan juga pada diri sendiri

Monday 21 January 2013

Pesan Ustaz - 1


nak dapat pahala dengan cara mudah?




terma dan syarat adalah kepada pasangan suami isteri yang sah sahaja
hehehehehehehe


Saturday 19 January 2013

Solat adalah tiang agama



Dalam al-Quran terdapat lebih 25 tempat ayat " Aqama " yang merujuk kepada 
makna perintah mengerjakan atau mendirikan solat dan terdapat lebih 70 kali 
perkataan " Assolah " atau sembahyang diulang dan disebut dalam al-Quran





Rasulullah SAW bersabda, “Solat adalah tiang agama dan mempunyai sepuluh 
fadhilat, iaitu:

1. Daya penarik pada wajah

2. Teman di dalam kubur

3. Jalan turunnya rahmat Allah

4. Anak kunci ke syurga

5. Timbangan bagi neraca (amalan baik)

6. Jalan untuk mendapat keredhaan Allah

7. Harga bagi syurga

8. Naungan dari api neraka

9. Seseorang yang melengah-lengahkannya merosakkan islam



selamat menunaikan solat


Wednesday 16 January 2013

Lawak - Superhero 2013

Superhero 2013 yang akan menyelamatkan bumi kita...







Tuesday 15 January 2013

Pulau Layang-Layang di Sabah





Pulau ini merupakan tuntutan negara Malaysia terhadap sebahagian daripada pemilikan di Kepulauan Spratly kerana ia berdekatan dengan kawasan tanah. Setelah Kerajaan Malaysia mengisytiharkan terumbu-terumbu Pulau Layang-Layang itu terletak dalam perairan zon ekonomi eksklusif Malaysia pada 20 September 1979, Kabinet Malaysia telah mengarahkan agar kajian dilakukan untuk mendirikan tugu dan penempatan di beberapa buah terumbu batu karang yang dalam wilayah negara.

Hasil kajian telah melihatkan pembinaan tugu pertama Terumbu Layang-Layang atau Stesen Lima telah didirikan pada 21 Jun 1980 dan pada Mei 1983, 18 anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditempatkan di Terumbu Layang-Layang.

Dari Geografinya, Pulau Layang-Layang terletak 162 batu nautika bersamaan 300 km dari barat laut Kota Kinabalu, yakni dalam lingkungan 200 batu nautika zon eksklusif 




Pulau Layang Layang ini, nama asalnya ialah "Swallow Reef", atau Terumbu Layang Layang. Pada tahun 80an, suasana di sana anda tidak berpeluang untuk mendarat disebabkan tiada  lapangan terbang serta tiadaa lagi resort. Perjalanannya ketika ini hanya mengambil masa dua jam dengan kapal terbang dari Kota Kinabalu.

Pulau ini juga menjadi tempat persinggahan banyak spesis burung seperti camar dan burung-burung lain yang menjadikan hujung pulau tersebut sebagai sanktuari mereka.Selain itu, anda dapat melihat pari kola, dolfin, barakuda dan penyu serta jerung hammerhead. Jika anda mahu untuk meningkatkan kemahiran menyelam anda, datang ke Pulau Layang Layang dan menikmati percutian impian ini.

Sebuah resort milik rakyat Malaysia iaitu Avillion Layang-Layang (Resort selam) telah beroperasi di situ selama beberapa tahun






Monday 14 January 2013

Amalan Yang Dibawa Selepas Mati


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu ;


           I)     sedekah jariah atau

           II)    ilmu memberi kepada yang faedah orang lain 
            atau
           
        III)  anak yang soleh yang berdoa untuknya."






petikan daripada Saidina Ali ;






Amalan Muslim

Perkara yang perlu diamalkan

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: Sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri sembahyang maka diletakkan semua dosa-dosanya di atas kepala dan kedua bahunya maka setiap kali dia rukuk atau sujud berjatuhanlah dosa-dosa itu. - Riwayat Atthabarani & Albaihaqi dari Ibnu Umar r.a.


Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

ISTERI & ANAK RASULULLAH S.A.W


ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W

1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’


Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.

Sumber daripada : ahmad-sanusi-husain

BIODATA RASULULLAH S.A.W


BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)



SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W: 

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan 
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 
24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

Sumber daripada : ahmad-sanusi-husain

Lawak - Gambar Aksi Penunggang

Saksikan penunggang kenderaan yang sukar ditiru...

 pegang kuat2..

 turunlah cepat.. matilah aku nie... 

 leganya... mesin urut terbaik yang pernah aku beli..

 lori sampah nak lalu.... ke tepi..

 banyaknya surat nak kena hantar nie..
kejar lah.. kalau boleh dapat.. kahh2... 

 mak kauuuu... tolonggg!!!

 helmet terbaru, buatan sendiri tanpa insuran..

macam mana nak bagi signal ker kiri yer...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...