Sunday 13 January 2013

Kursus Pacuan 4 Roda (4 X 4)

 KURSUS ASAS PEMANDUAN
PACUAN EMPAT RODA (4X4)
TARIKH: 18-20 FEBUARI 2013 (3 HARI 2 MALAM)
TEMPAT: TELEMONG KARAK, PAHANG


PENGENALAN

Program ini adalah bertujuan untuk memberi pengenalan dan kefahaman kepada para peserta bagi  memahami sepenuhnya teknik pemanduan dan penggunaan kenderaan pacuan empat roda dengan cara yang betul serta selamat. 


OBJEKTIF

Setelah menjalani program ini, peserta diharap dapat:
·         Memahami cara-cara mengendali teknik pemanduan pacuan empat roda dengan kaedah yang betul;
·         Mengetahui kaedah penggunaan peralatan pacuan empat roda dengan halangan dan cabaran tanpa diduga ketika merentasi laluan offroad;
·         Mengetahui kaedah penggunaan peralatan bantuan dan sokongan yang diperlukan ketika kenderaan tersangkut di perjalanan offroad;
·         Mengetahui kaedah penggunaan yang betul ketika mendaki, menuruni, menyeberangi sungai/ paya kawasan berair, membina jambatan dan sebagainya;


METODOLOGI

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan di dalam program ini meliputi ceramah, perbincangan, kerja dalam kumpulan, teori dan latihan praktikal.

KEPERLUAN ASAS PESERTA
Setiap peserta dikehendaki membawa pakaian persalinan, pakaian ibadah/sejadah, tuala mandi, berus gigi, sabun mandi, selipar/kasut untuk riadah, peralatan kemasan diri, pakaian mandi, lampu suluh, tabard - pelindung agas, ubat/penyembur nyamuk dan peralatan keselamatan peribadi.

PROFIL PENCERAMAH

1.     DSP(R) Mohd Shahidan Mahmud, AMN, AMP, PPK memulakan kerjaya dalam perkhimatan Polis Diraja Malaysia dan telah berkhidmat selama 36 tahun.  Memulakan karier sebagai seorang angkota Infentri Pasukan Polis Hutan, Detektif dalam Jabatan Siasatan Jenayah, Siasatan Jenayah Khas, Pegawai Teknikal Cawangan Pengangkutan PDRM dan sebagainya. Beliau telah banyak memberikan sumbangan sebagai seorang jurulatih yang bertauliah dan pernah mendapat latihan di luar negara dalam teknik pengendalian dan pemanduan.  Diantara kursus-kursus yang telah dikendalikan ialah Kursus Asas Motosikal Ringan 500cc ke bawah,  Kursus Asas Motosikal Berat 500cc keatas,  Kursus Asas Kereta Ringan, Kursus Kenderaan Berat Kelas E,F,G,H dan I, Kursus Memandu Peringkat Standard Saloon, Kursus Pengendalian Kereta Peronda (MPV), Kursus Pengendalian Lasak 4X4 untuk bakal petugas di Bangsa-bangsa Bersatu (UN Missions) dan Kursus Motosikal Berat Jabatan Pertahanan Awam.

2.     En. Badrul Hisham Shahbudin mempunyai 18 tahun pengalaman dalam bidang pemanduan pacuan  empat roda (4X4).  Beliau terlibat secara aktif di dalam pertandingan International Rainforest Challenge dan pernah mengendalikan kursus asas dan lanjutan pemanduan pacuan empat roda untuk sektor awam dan swasta.  


Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi kami di talian 016-335 0571 / 016-665 0571 atau email: training@dmssb.com.my

3 comments:

  1. ha!!...kalu saya berminat nak join cam mne erk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. encik ajmal
      sila hubungi 016-335 0571 / 016-665 0571 atau email: training@dmssb.com.my

      saya cuma panjangkan iklan ni ajer :)

      Delete
  2. saya nak buat kursus.. caman yee.. di kuala lipis 0139308504

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...