Thursday 31 January 2013

Sebelum Terlewat - Salam Maulidur Rasul


2 Rabiulawal 1434 bersamaan 24 Januari 2013

Walaupun setelah beberapa hari berlalu….
Sebelum kita terlupa dan perlu tahu…..
Tema Maulidur Rasul Tahun 2013 yang dipilih
ialah 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' 
selaras dengan tema Maal Hijrah 1434.

"Wasatiyyah merupakan tonggak atau pencetus
perpaduan selain pemangkin, mengukuhkan ikatan
dalam kehidupan dan menjadikan Islam teguh
di mata dunia. 

Asal Usul

Sambutan Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran dan juga menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Sekiranya tidak berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti dibibir mereka.

Sejarah hari ini, sambutan Maulidur Rasul bukan bertujuan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul tetapi kepada usaha mengingatkan kembali perjuangan Rasulullah SAW.

Semoga kita semua sama-sama perbanyakkan selawat atas Nabi Muhammad S.A.W

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...