Tuesday 8 January 2013

JADI atau TIDAK perpindahan pemain ke EPL 2013


Bulan Januari 2013 adalah musim pembelian pemain dan memperkukuhkan jentera pertahanan, tengah dan serangan... 
sama ada untuk menjuarai liga atau mengelak dari disingkirkan 
daripada liga premier...
Mari kita tengok-tengok pemain baru yang mungkin dibawa dalam tahun baru ini........


Bos Arsenal, Arsene Wenger tidak berputus asa untuk menandatangani Yann M'Vila setelah gagal sebelum ini dan bersedia untuk mendapatkan pemain Rennes ini yang berbakat..

Yann M'Vila


The Gunners juga telah menghidupkan semula minatnya terhadap pemain muda England iaitu penjaga gol Birmingham City Jack Butland.

 Jack Butland


Arsenal turut mempertimbangkan pembelian £ 8m untuk Lucas Biglia bagi menambah ketajaman jentera tengah arsenal pada musim ini.

Schalke telah membuka jalan bagi Tottenham untuk menandatangani Lewis Holtby pada bulan ini. Midfielder Schalke ini telah disahkan pada Jumaat minggu yang lalu bahawa beliau telah memilih Tottenham sebagai destinasi perpindahan baru.

 Lewis Holtby


Chelsea mengintai perancang tengah Malaga iaitu Isco dimana juga telah menarik Manchester City bagi perpindahan musim panas ini.

 Isco


Liverpool mungkin ketinggalan dengan Southampton bagi menandatangani perjanjian dengan pertahanan antarabangsa Italy iaitu Davide Astori, Cagliari.

Tottenham sedang mempertimbangkan membuat tawaran £ 15million untuk penyerang Brazil bagi tempoh jangka panjang iaitu Leandro Damiao.

Leandro Damiao.


Hull City sedang mendapatkan pemain sayap Manchester United, Robbie Brady pada harga £ 2m
.
Pemain sayap St Ettiene Romania iaitu Banel Nicolita telah mengesahkan dia berminat untuk berpindah ke Liga Perdana dengan sasaran kelab Fulham sendiri. 


Tunggu saje, bila tiba proses akhir perpindahan pemain....
Adakah nama2 besar akan masuk ke EPL...



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...