Wednesday 26 August 2020

PUASA ASYURA


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Asyura


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ


Daripada Ibnu Abbas RA, beliau mengatakan: “Saya tidak pernah melihat Nabi SAW memilih satu hari untuk puasa yang lebih baginda utamakan dari pada yang lainnya kecuali puasa hari Asyura, dan puasa bulan Ramadan.” (HR Bukhari No: 1867) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:

1.  Antara ibadat puasa yang menjadi keutamaan kepada Rasulullah SAW untuk kita contohi selain puasa dibulan Ramadan ialah puasa pada hari Asyura (10hb Muharam)

2.  Puasa Asyura ganjarannya dapat menghapuskan segala dosa (Imam Nawawi kata segala dosa kecil) setahun yang lalu. Dari Abu Qatadah Al-Anshari RA, beliau mengatakan:

سئل عن صوم يوم عاشوراء فقال كفارة سنة

Nabi SAW ditanya tentang puasa Asyura, Baginda menjawab: “Puasa Asyura menjadi penebus dosa setahun yang telah lalu.” (HR. Muslim No: 1976). Status: Hadis Sahih

3.  Bagi yang tidak berkesempatan puasa Tasu'a (9hb Muharam atau 28hb Ogos), masih lagi berpeluang melaksanakan puasa Asyura pada keesokan hari (10hb Muharam bersamaan hari Sabtu 29hb Ogos.).

Ibnul Qayim dalam Zadul Ma’ad, 2/72 menjelaskan puasa yang berkait hari Asyura ada tiga Kategori:

a)  Kategori paling sempurna, puasa tiga hari. Sehari sebelum Asyura, hari Asyura, dan sehari selepas Asyura  (9hb, 10hb dan 11hb Muharam).

b)  Kategori kedua, puasa pada 9hb dan 10hb Muharam berdasarkan banyak hadis.

c)  Kategori ketiga, puasa pada10hb Muharam saja.

Rebutlah peluang melakukan puasa sunat sempena Asyura, jika berkemampuan, berpuasa tiga hari atau dua hari atau paling tidak sehari iaitu pada 10hb Muharam. Semoga ia menjadi penebus dosa-dosa kita setahun yang lalu.


27hb Ogos 2020
08hb Muharam 1442H

Sunday 23 August 2020

PUASA SUNAT DI BULAN MUHARAM


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Sunat Di bulan Muharam


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ


Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Seutama-utama puasa setelah Ramadan ialah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharam, dan seutama-utama solat sesudah solat Fardu, ialah solat malam." (HR Muslim No: 1982) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:

1.  Bulan Muharam adalah salah satu bulan haram yang didalamnya dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyakan puasa sunat.

2.  Bulan Muharam disebut sebagai bulan Allah menunjukkan kemuliaan dan kelebihan bulan Muharam.

3.  Menurut Imam Nawawi bulan Muharam adalah antara bulan yang paling utama untuk memperbanyak puasa sunat. Antaranya berpuasa pada hari ke-9 (Tasuua’a) dan ke-10 (Asyura’).

4.  Solat sunat yang utama selepas solat fardu ialah solat sunat malam (qiamullail).

Rebutlah peluang kedatangan bulan Muharam untuk melakukan banyak puasa sunat  khususnya pada 9hb Muharam (28hb Ogos - hari Jumaat)  dan 10hb Muharam (29hb Ogos - hari Sabtu) di samping memperbanyak solat malam.  


Ummah Rabbani Negara Sejahtera

24hb Ogos 2020
05hb Muharam 1442H

Monday 3 August 2020

BERTENGKAR UMPAMA ORANG GILA DIRASUK SYAITAN


Setiap kita dikurniakan sifat manusia biasa. Ada kalanya  kita gembira dan adakalanya kita marah. Namun dalam hidup bermasyarakat, kita perlu memiliki sifat sabar apabila berhadapan dengan pelbagai karenah dan jenis manusia.      Ada jenis manusia yang mudah marah dan bertengkar.


Ingatlah pesanan Rasulullah SAW:

عَنْ عَدِيِّ بْنِ ثَابِتٍ عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ صُرَدٍ قَالَ كُنْتُ جَالِسًا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَجُلَانِ يَسْتَبَّانِ فَأَحَدُهُمَا احْمَرَّ وَجْهُهُ وَانْتَفَخَتْ أَوْدَاجُهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي لَأَعْلَمُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا ذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ لَوْ قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ ذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ فَقَالُوا لَهُ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ فَقَالَ وَهَلْ بِي جُنُونٌ


Daripada 'Adiy bin Tsabit dari Sulaiman bin Shurad berkata; "Aku sedang duduk bersama Nabi SAW dan ada dua orang yang saling mencaci. Seorang diantaranya merah wajahnya dan urat lehernya menegang. Maka Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimat yang bila diucapkan akan hilang apa yang sedang dialaminya. 

Seandainya dia mengatakan a'uudzu billahi minasy syaitan", (aku berlindung kepada Allah dari syaitan) ". Lalu ada sahabat mengatakan kepada orang tersebut kalimah itu; "Sesungguhnya Nabi SAW bersabda; "Berlindungkah kamu kepada Allah dari syaitan". Orang itu berkata: "Apakah aku sudah gila?". (HR Bukhari No: 3040)


Kita diingatkan agar tidak memiliki sifat pemarah dan suka bertengkar. Pertengkaran dan perbalahan akan mudah dikuasai syaitan. Orang yang sedang marah  dan tidak dikawal seperti orang gila yang hilang pertimbangan, sehingga apa yang dituturkan berupa cacian dan makian tanpa memikirkan baik dan buruk. Malah tindakan yang diambil juga boleh sehingga peringkat membunuh.


Ubatlah marah kita dengan perbanyak memohon perlindungan daripada Syaitan,

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Aku memohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.


Sunday 2 August 2020

KISAH LELAKI BERJAYA SEBELUM MATI

Seorang lelaki menangis dan rakan dia bertanya kepadanya mengapa dia menangis. Dan dia mengatakan bahawa saya hanya mempunyai seorang anak lelaki, saya telah berusaha sedaya upaya untuk mendidiknya agar dia menjadi orang yang hebat dan berjaya. 

Dengan rahmat Allah, dia dapat memperoleh semua sijil termasuk:

 🌺 SPM
 🌺 Diploma
 🌺 Sarjana Muda
 🌺 MSc
 🌺 Phd



TETAPI, Malangnya anak saya jatuh sakit dan doktor mengatakan bahawa mereka tidak dapat berbuat apa² dan satu²nya pilihan adalah kematian dalam 30 minit berikutnya. Dan anak saya menyuruh saya membawa semua sijil²nya dan saya membawanya. 

Apa yang boleh anak saya katakan ialah;  ayah, ini adalah sijil² kelulusan saya tetapi ayah tidak pernah menyuruh saya belajar membaca Al-Quran. Saya tidak tahu apa yang akan saya sampaikan kepada Allah nanti.


Tidak ada antara kita yang akan berkongsi mesej ini kerana ini bukan jenaka yang menarik. Tetapi jika anda cukup berani untuk menyampaikan pesanan ini, sila lakukan dan Allah akan memberikan ganjaran diatas apa yang anda ada untuk melakukannya.


HARAP KITA AMBIL PERHATIAN:

 🌹Mengaji Al-Quran seperti cara anda mempelajari pelajaran anda ketika tiba waktunya peperiksaan.
Takutlah kepada Allah seperti cara anda takut mati atau orang yang berkuasa

 🌹 Ingatlah Allah seperti anda mengingati nama anda

 🌹Rajah seperti itu adalah satu²nya perkara yang perlu dilakukan untuk pergi ke syurga

 🌹Puasa secara berkala

 🌹Luangkan masa untuk Allah

 🌹 Jadilah pelaku penyampai ke jalan Allah.


Mungkin 70% tidak akan meneruskan mesej ini tetapi saya harap anda akan kirimkan ini kepada semua umat Islam dalam senarai kenalan anda.

Semoga Allah Yang Maha Kuasa memberi ganjaran yang besar kepada anda semasa anda menyampaikan mesej ini... Insha Allah.

Moga Ada Kebaikan Pada Kita..(“,)👍

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...