Wednesday 31 August 2022

Bertakwa dan Berakhlak Dalam Pergaulan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bertakwa dan Berakhlak Dalam Pergaulan

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ

Daripada Abu Dzar RA ia berkata; Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: "Bertakwalah kamu kepada Allah dimana saja kamu berada dan ikutilah setiap keburukan dengan kebaikan yang dapat menghapuskannya, serta pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik."
(Sunan Tirmizi No: 1910)  Status: Hadis Hasan Sahih.

Pengajaran:

1.Setiap Muslim perlu memiliki sifat takwa dimana-mana sahaja berada dan dalam setiap waktu.

2.Takwa ialah sentiasa melaksanakan ketaatan kepada Allah dan menjauhi perkara yang dilarang.

3.Takwa itu ialah sifat berhati-hati dan sentiasa merasakan diri diawasi oleh Allah.

4.Abu Darda berkata: Taqwa yang paling sempurna ialah seorang hamba yang takut kepada Allah hinggakan dalam urusan seberat zarahpun dia masih takut. Setengah perkara yang halal pun ditinggalkan kerana takut ia menjadi haram.

5.Lakukanlah amal kebaikan kerana ia boleh menjadi penyebab kepada penghapusan dosa yang dilakukan seperti beristighfar, berwuduk, solat, sedekah dan sebagainya.

6.Berakhlak baiklah dalam pergaulan sesama manusia sama ada ahli keluarga, jiran tetangga, rakan sepejabat mahupun anggota masyarakat yang Muslim dan Non Muslim.

7.Jagalah akhlak dalam perhubungan sesama kita dalam organisasi dan masyarakat. Elakkan umpatan, fitnah, hinaan, merendah-rendah orang lain dan sebagainya. 

Jadilah kita orang bertaqwa, yang melakukan amal solleh dan menjauhi mungkar, serta berakhlak mulia dalam pergaulan sesama manusia. Bersamalah kita membina masyarakat dan negara yang harmoni dan sejahtera.

01hb Sept  2022
04hb Safar 1444H

Tuesday 30 August 2022

MERDEKA BUKAN SEKADAR LAUNGAN

Merdeka bukan sekadar laungan, bukan sekadar gantungan bendera, bukan sekadar jamuan sempena cuti tetapi merdeka menuntut lebih daripada itu. Jawapan yang dilontarkan oleh Rib'i ibn 'Amir ibn Khalid ibn 'Amar al-Usaidi al-'Amrawi al-Tamimi, salah seorang panglima tentera Islam terhadap Rustum, panglima tentera Farsi apabila ditanya apa tujuan tentera Islam datang ke bumi Farsi sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Kathir dalam kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayah, menarik sebagai jawapan terhadap makna kemerdekaan. 

“Allah telah membangkitkan kami untuk mengeluarkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki daripada perhambaan terhadap sesama hamba kepada perhambaan kepada Allah, daripada kesempitan dunia kepada keluasannya, daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam. Maka Dia membangkitkan kami dengan agamaNya untuk kami seru mereka kepadaNya. Maka sesiapa yang menerima perkara tersebut, kami akan menerimanya dan pulang meninggalkannya. Tetapi sesiapa yang enggan, kami akan memeranginya selama-lamanya sehinggalah kami berjaya memperoleh apa yang dijanjikan Allah SWT.”

Walaupun laungan itu sekian lama dituturkan tetapi impaknya memberikan kesan teguran buat kita. Apa makna merdeka kalau jiwa terjajah, terbelenggu dengan korupsi, kleptokrasi, penindasan, terbeban dengan maksiat pelbagai, tiada kesudahan. Di mana kita? Apa makna merdeka jika ianya menjadi beban buat kita di hari penghisaban?

Monday 29 August 2022

Jauhi Dengki, Marah dan Memutuskan Ukhuwah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jauhi Dengki, Marah dan Memutuskan Ukhuwah

عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَقَاطَعُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا

Daripada Anas RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Janganlah kalian saling berdengki, saling marah, dan jangan pula saling memutuskan hubungan satu sama lain. Tetapi jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara."
(HR Muslim No: 4642) Status: Hadis  Sahih

Pengajaran: 

1.Sebagai Muslim kita dilarang saling berdengki sesama Muslim

2.Elakkan dari berkelahi dan memarahi sesama Muslim.

3.Muslim juga dilarang memutuskan hubungan ukhuwah dan silaturahim sesama kita.

4.Berusahalah menjaga ukhuwah sesama Muslim  kerana orang Mukmin itu bersaudara.

5.Sifat dengki dan tidak boleh mengawal marah yang ada pada seseorang menjadi penyebab putusnya hubungan ukhuwah dan silaturrahim.

Bersama kita membina Negara Malaysia yang teguh dan harmoni. Elakkan diri dari saling berdengki, suka marah-marah serta memutuskan hubungan ukhuwah.

30hb Ogos  2022
02hb Safar 1444H

Sunday 28 August 2022

Jaga Hak Allah, Diri dan Masyarakat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jaga Hak Allah, Diri dan Masyarakat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَأْخُذُ عَنِّي هَؤُلَاءِ الْكَلِمَاتِ فَيَعْمَلُ بِهِنَّ أَوْ يُعَلِّمُ مَنْ يَعْمَلُ بِهِنَّ فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ فَقُلْتُ أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ فَأَخَذَ بِيَدِي فَعَدَّ خَمْسًا وَقَالَ اتَّقِ الْمَحَارِمَ تَكُنْ أَعْبَدَ النَّاسِ وَارْضَ بِمَا قَسَمَ اللَّهُ لَكَ تَكُنْ أَغْنَى النَّاسِ وَأَحْسِنْ إِلَى جَارِكَ تَكُنْ مُؤْمِنًا وَأَحِبَّ لِلنَّاسِ مَا تُحِبُّ لِنَفْسِكَ تَكُنْ مُسْلِمًا وَلَا تُكْثِرْ الضَّحِكَ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ الْقَلْبَ

Daripada Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Siapakah yang mahu mengambil beberapa kalimat daripadaku lalu mengamalkannya atau mengajarkan pada orang yang akan mengamalkannya?" Abu Hurairah menjawab: Saya, wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah memegang tanganku lalu menyebut lima perkara; Jauhkanlah larangan-larangan nescaya kamu akan menjadi orang yang paling beribadah, terimalah pemberian Allah dengan rela nescaya engkau akan menjadi orang paling kaya, berbuat baiklah kepada jiran tetangga nescaya kamu akan menjadi orang yang benar-benar beriman, kasihilah orang lain sepertimana engkau mengasihi dirimu sendiri nescaya engkau akan menjadi orang muslim yang sebenar-benarnya dan, janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati." (HR Tirmidzi No: 2227) Status: Hadis Hasan 

Pengajaran:

1.Rasulullah SAW mengajar kepada kita untuk mengambil pesanan baginda bagi di amalkan dan disampaikan kepada orang lain. Antara pesanan untuk dilaksanakan dan disampaikan:

a.Jauhi larangan dan tegahan seperti minum arak, mencuri, meninggalkan perintah wajib umpama solat dan sebagainya agar kita menjadi orang yang paling beribadat.

b.Merasa reda dan puas hati dengan apa yang dikurniakan Allah. Tidak merasa keluh kesah, kecewa serta tamak dengan apa yang dimiliki. Yakin setiap sesuatu itu adalah ketentuan taqdir Allah nescaya kita akan menjadi orang yang paling kaya.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ

Daripada Abu Hurairah dari Nabi SAW baginda bersabda: "Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati." (HR Bukhari No: 5965) 

c.Berbuat baik kepada jiran tetangga dengan sentiasa menyayangi, memberi pertolongan, menziarahi, tidak menyakitinya sama ada dengan perbuatan, perkataan dan sebagainya. Menjaga hak jiran sama ada Muslim mahupun tidak, adalah bukti kesempurnaan iman.

d.Mengasihi orang lain sepertimana kita mengasihi diri sendiri adalah bukti keislaman dan keimanan seseorang. Tidak boleh menzalimi dan menganiaya serta menyakiti saudara kita. Firman Allah:

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَة
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara (Hujurat: 10)

e.Jangan banyak ketawa kerana banyak gelak ketawa akan melalaikan seseorang daripada mengingati Allah serta akan menjadi penyebab menghalang cahaya petunjuk dan boleh mematikan hati. 

2. Marilah kita menjaga hak Allah, hak diri dan hak manusia. Peliharalah hubungan yang baik sama ada hubungan dengan Allah juga dengan masyarakat seluruhnya.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2022.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

29hb Ogos  2022
01hb Safar 1444H

Saturday 27 August 2022

Ukhuwah Faktor Kejayaan Membina Negara

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ukhuwah Faktor Kejayaan Membina Negara

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَيُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Daripada Anas RA, dari Nabi SAW, sabdanya: “Tidak sempurna Iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat kebaikkan seperti apa yang ia sendiri suka mendapatnya”.
(Sahih Bukhari No: 12 ) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Ukhuwah sesama Muslim adalah pra syarat kesempurnaan iman seseorang.

2.Kesempurnaan iman seseorang ditunjukkan dengan sifat mengasihi saudara Muslim yang lain seperti ia mengasihi dirinya sendiri.

3.Ibn Qayyim menyatakan:

a.Kasih sayang itu adalah sifat memberikan manfaat kepada orang lain

b.Sifat bersusah payah demi memberikan kemudahan kepada sahabat atau menjauhkannya daripada bencana.

4.Jadilah kita orang yang suka agar saudara Muslim kita yang lain mendapat kebaikkan bukan mengharap dia mendapat keburukan.

5.Jangan jadikan perbezaan pemikiran, pandangan dan kumpulan sebagai pemisah antara kita. Banyak titik persamaan yang boleh dicari untuk berada di bawah payung keimanan, toleransi dan perpaduan bersama.

Marilah kita pertautkan kasih sayang dan ukhuwah. Buang jauh-jauh perselisihan dan perbezaan yang ada. Buktikan kesempurnaan iman kita dengan saling berkasih sayang.

28hb Ogos  2022
30hb Muharram 1444H

Menunaikan Tangungjawab Ke atas Muslim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Menunaikan Tangungjawab Ke atas Muslim

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَة

Bahawa Abdullah bin Umar radliallahu 'anhuma mengkhabarkan bahawa Rasulullah SAW  bersabda: Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak boleh menganiaya dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain. Siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari kiamat, dan siapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di hari kiamat. (Sahih Bukhari No: 2310) Dar Ibn Kathir.  Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain

2.Sebagai orang Islam, kita perlu menjaga hak orang Islam yang lain antaranya:

a.Tidak boleh berlaku zalim atau menganiaya ke atas orang Islam yang lain
b.Tidak boleh membiarkan orang Islam yang lain di zalimi

3.Menjadi tanggungjawab kita membantu saudara kita yang memerlukan bantuan atau hajat. Orang yang berbuat demikian, Allah akan memperkenan hajatnya.

4.Orang Islam yang melapangkan kesempitan orang Islam yang lain semasa di dunia, Allah akan melapangkan dan mempermudah kehidupannya di hari kiamat

5.Menjadi tanggungjawab seorang Muslim menutup aib atau keburukan saudara Muslim yang lain.

6.Orang yang menutup kekurangan, aib atau keburukan sahabatnya semasa di dunia, nescaya Allah akan menutup aib dan kekurangannya semasa di akhirat kelak.

7.Menurut Al-Qadhi Iyadh dalam Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (16/360): “Ditutupnya aib si hamba pada hari kiamat berkemungkinan dua keadaan:

a.Allah akan menutup maksiat dan aibnya dengan cara tidak mengumumkannya kepada manusia di padang mahsyar. 

b.Allah Taala tidak akan menghisab aibnya dan tidak akan menyebut aib tersebut.” 

Dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, berusahalah kita memelihara hak saudara Islam kita yang lain serta miliki sifat cakna dan prihatin membantu kepada yang memerlukan.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2022.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

27hb Ogos  2022
29hb Muharram 1444H

Thursday 25 August 2022

Akhlak Muslim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Akhlak Muslim

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَنَاجَشُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يَخْذُلُهُ وَلَا يَحْقِرُهُ التَّقْوَى هَاهُنَا وَيُشِيرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنْ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: 'Janganlah kalian saling mendengki, saling memfitnah, saling membenci, dan saling memusuhi. Janganlah ada seseorang di antara kalian yang berjual beli sesuatu yang masih dalam penawaran muslim lainnya dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang saling bersaudara. Muslim yang satu dengan muslim yang lainnya adalah bersaudara tidak boleh menyakiti, merendahkan, ataupun menghina. Takwa itu ada di sini (Rasulullah menunjuk dadanya), Baginda mengucapkannya sebanyak tiga kali. Seseorang telah dianggap berbuat jahat apabila ia menghina saudaranya sesama muslim. Muslim yang satu dengan yang Iainnya haram darahnya. hartanya, dan kehormatannya." (Sahih Muslim No: 4650) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Islam melarang umatnya berakhlak buruk antaranya: 

a.Mendengki
b.Memfitnah
c.Membenci
d.Memusuhi
e.Membeli sesuatu yang telah dibeli atau dijanjikan kepada orang lain

2.Setiap Muslim adalah bersaudara. Muslim dilarang berbuat zalim dengan Muslim yang lain antaranya dengan cara:

a.Menyakiti
b.Merendahkan
c.Menghina

3.Takwa itu di dada (rasa taat dan patuh kepada Allah itu terletak di dalam hati)

4.Seseorang Muslim dianggap berbuat jahat apabila ia menghina saudaranya sesama muslim. 

5.Penghinaan  boleh berlaku apabila seseorang meremeh, memperlekeh juga merendahkan orang lain sama ada dengan perkataan atau perbuatan termasuk kesalahan mereka. Penghinaan ini adalah bentuk sifat sombong dan bangga diri serta menganggap dirinya lebih mulia dari orang tesebut.

6.Muslim sesama Muslim dilarang:

a.Menumpahkan darah sesama Muslim
b.Menzalimi hartanya
c.Merendahkan kehormatannya

Dalam kita membina sebuah masyarakat dan negara yang harmoni, marilah kita memelihara hak saudara Muslim sebagai tanda kita menyayangi mereka. Jauhilah berakhlak buruk terhadap Muslim yang lain serta tidak menzaliminya.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2022.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

26hb Ogos  2022
28hb Muharram 1444H

Wednesday 24 August 2022

Jadilah Hamba Allah Yang Bersaudara

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jadilah Hamba Allah Yang Bersaudara

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا 

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: "Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kalian saling mendiamkan, janganlah suka mencari-cari isu, saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci, tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara." (Sahih Bukhari No: 5717) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Islam mengajar agar kita menjauhi prasangka buruk kepada orang lain

2.Islam menyuruh agar tidak mendiamkan diri jika kemungkaran berlaku di hadapan kita (perlu dicegah atau dinasihat)

3.Muslim dilarang mencari-cari isu atau kelemahan orang lain.

4.Setiap kita juga dilarang saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci terhadap saudara Muslim kita yang lain.

5.Setiap Muslim dituntut agar berusaha menjaga tali persaudaraan sesama Muslim. 

Marilah sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ini kita  menjaga persaudaraan dengan menjauhi sangka buruk, tidak mencari kelemahan orang lain, tidak berdengki, elakkan membenci, tidak membelakangkan orang lain dan bantu mereka dengan mencegah mereka daripada melakukan maksiat.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2022.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

25hb Ogos  2022
27hb Muharram 1444H

PETUA HILANG PENYAKIT

1) PETUA..
Jika.. Badan kebas dan kejang2 urat itu tanda awal nak kena angin ahmar.. Minum lah air kelapa biar lembut urat 3hari turut2 InsyaAllah tak jadi penyakit bahaya itu.
.
2) PETUA..
Jika mata macam nak pitam pagi2 amal kan makan buah masam2 itu tanda darah beku dalam kepala takut jadi ketumbuhan nya jadi buah masam2 dia cairkan darah.
.
3) PETUA..
Jika sakit rusuk tulang nya bisa. Jangan takut itu urat masuk angin makan lah bawang putih bakar InshaAllah baik lah.
.
4) PETUA..
Jika sakit di ulu hati mungkin gastrik mungkin paru2 dan mungkin urat jantung bengkak makan lah ubat gamat kering dengan sireh pinang InshaAllah baik jika 3 hari turut2 1X satu hari saja
.
5) PETUA..
Jika tarik nafas sakit itu urat nafas tegang pergi lah urut badan dan amal minum air buah pala rebus 3biji InshaAllah baik lah.
.
SEMOGA ANDA SIHAT SELALU

Pusat rawatan islam Aura Nur Temerloh phg.. 
Ust azmi awang

#rawatanislammentakab #BEKAMMENTAKAB #bekamustazsado #BEKAMTEMERLOH #rawatanislamtemer

Tuesday 23 August 2022

Mukmin Umpama Satu Jasad

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mukmin Umpama Satu Jasad

عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى

Daripada Nukman bin Basyir RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Perumpamaan kaum Mukmin dalam berkasih sayang dan persaudaraan sesama mereka adalah seperti satu jasad. Jika salah satu anggota badan sakit, maka seluruh badan akan turut merasa sakit dengan berjaga malam dan demam (turut merasa sakitnya)." (Musnad Ahmad No: 17907) Dar Ihya’ Turath Arabiy. Status: Isnad Tsiqah

Pengajaran:

1.Setiap Mukmin adalah bersaudara

2.Perumpamaan berkasih sayang sesama Mukmin seperti satu tubuh badan. Jika ada anggota badan yang sakit, anggota lain juga turut menanggung kesakitan.

3.Sayangi saudara mukmin kita sepertimana kita sayang kepada diri kita. Jika mereka susah atau sakit, kita sewajarnya merasai kesusahan atau kesakitan tersebut. Justeru menjadi kewajipan kita membantu mereka. Dia adalah sebahagian daripada anggota kita.

4.Persaudaraan dalam Islam menuntut nilai kebersamaan iaitu saling memerlukan dalam apa jua keadaan. Saat bergembira akan dinikmati bersama begitu juga saat berduka tetap akan bersama mengharungi kesusahan serta keperitannya. Sebagai mukmin, menjadi kewajipan kita untuk saling tolong menolong di antara satu sama lain. Apatah lagi jika mereka memerlukan bantuan. 

5.Hak-hak yang lahir daripada persaudaraan diwajibkan kerana iman. Wajib memberikan komitmen terhadap hak mukmin yang lain sama seperti wajibnya menunaikan solat, puasa, zakat dan haji

6.Wajib memelihara hak sesama mukmin dengan tidak menyakiti, menzalimi, mengumpat, memfitnah dan membiarkannya dalam kesusahan.

Sempena sambutan bulan kemerdekaan ini, marilah kita bersama membina masyarakat dan negara yang harmoni dengan  menunaikan hak persaudaraan yang wajib dengan sentiasa berkasih sayang sesama mukmin. Jika memelihara solat, puasa, zakat dan haji itu wajib, menunaikan hak persaudaraan ini juga wajib. 

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2022.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

24hb Ogos  2022
26hb Muharram 1444H

Monday 22 August 2022

Mengasihi Akan Dikasihi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mengasihi Akan Dikasihi 

أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَبَّلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ وَعِنْدَهُ الْأَقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ التَّمِيمِيُّ جَالِسًا فَقَالَ الْأَقْرَعُ إِنَّ لِي عَشَرَةً مِنْ الْوَلَدِ مَا قَبَّلْتُ مِنْهُمْ أَحَدًا فَنَظَرَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ مَنْ لَا يَرْحَمُ لَا يُرْحَمُ

Bahawa Abu Hurairah RA berkata; "Rasulullah SAW pernah mencium Al-Hasan bin Ali sedangkan di samping baginda ada Al-Aqra' bin Habis At-Tamimi sedang duduk, lalu Aqra' berkata; "Sesungguhnya aku memiliki sepuluh orang anak, namun aku tidak pernah mencium mereka sekali pun, maka Rasulullah SAW memandangnya dan bersabda: "Barang siapa tidak mengasihi maka ia tidak akan dikasihi." (Sahih Bukhari No: 5538) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Setiap kita wajib memiliki sifat pengasih dan penyayang terhadap orang lain khususnya kepada anak-anak kecil.

2.Satu daripada cara mengasihi dan menyayangi anak-anak kecil adalah mencium dengan penuh kasih sayang seperti Rasulullah SAW mencium cucunya Saidina Hassan.

3.Belailah dan kasihilah anak-anak kita dengan penuh kasih sayang.

4.Sesiapa yang tidak memiliki sifat untuk mengasihi orang lain, sesungguhnya Allah tidak akan mengasihinya. 

Suburkanlah sifat mengasihi dan menyayangi anak-anak kecil, ahli keluarga dan orang di sekeliling. Binalah keluarga, masyarakat dan negara kita dengan sifat kasih sayang. Moga Allah mengasihi kita.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2022.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

23hb Ogos  2022
25hb Muharram 1444H

Sunday 21 August 2022

Saling Berkasih Sayang Dengan Menyebarkan Salam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Saling Berkasih Sayang Dengan Menyebarkan Salam

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ 

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Kalian tidak akan masuk syurga hingga kalian beriman. Dan kalian tidak dikatakan beriman hingga kalian saling berkasih sayang. Mahukah kalian aku beritahu dengan sesuatu yang apabila kalian lakukan kalian akan saling berkasih sayang? (iaitu) sebarkanlah (ucapkanlah) salam di antara kalian.” (Sahih Muslim No: 54) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Syurga hanya untuk orang yang beriman

2.Satu daripada syarat menjadi orang beriman ialah saling menyayangi sesama mereka

3.Satu daripada perkara yang mendorong saling menyayangi orang lain ialah sentiasa menyebarkan ucapan "salam".

4. Tuntutan menyebarkan salam apabila bertemu sesama Muslim sama ada orang yang kita kenal atau tidak. 

Daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash RA berkata:
 
أنَّ رجلًا سأَل النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم : أيُّ الإسلامِ خيرٌ ؟ قال : ( تُطعِمُ الطعامَ، وتَقرَأُ السلامَ، على مَن عرَفتَ، وعلى مَن لم تَعرِفْ )

“Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah SAW: Islam manakah yang paling baik? Nabi SAW bersabda: “Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal”. [HR Muslim, no 56]

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

22hb Ogos  2022
24hb Muharram 1444H

Saturday 20 August 2022

Golongan Yang Dinaungi Di Akhirat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Golongan Yang Dinaungi Di Akhirat

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ إِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌّ نَشَأَ بِعِبَادَةِ اللَّهِ وَرَجُلٌ كَانَ قَلْبُهُ مُعَلَّقًا بِالْمَسْجِدِ إِذَا خَرَجَ مِنْهُ حَتَّى يَعُودَ إِلَيْهِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ فَاجْتَمَعَا عَلَى ذَلِكَ وَتَفَرَّقَا وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ حَسَبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ 

Daripada Abu Sa'id RA, Rasulullah SAW bersabda: "Tujuh (golongan) yang akan dinaungi Allah pada hari di mana tidak ada naungan lain kecuali naunganNya; pemimpin adil, pemuda yang tumbuh dalam beribadah kepada Allah, orang yang hatinya terikat dengan masjid bila ia keluar meninggalkannya hingga ia kembali lagi, dua orang yang saling mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul kerana itu dan berpisah kerana itu, orang yang mengingat Allah saat menyendiri lalu kedua matanya berlinang, lelaki yang diajak oleh wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan (melakukan kejahatan) lalu ia berkata: Aku takut Allah, seseorang bersedekah lalu menyembunyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya." (Sunan Tirmidzi No: 2313) Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:

Setiap manusia akan dibangkitkan dan melalui kesusahan dan kepayahan padang mahsyar kecuali orang yang mendapat perlindungan Allah di Padang Mahsyar. Tujuh golongan orang yang akan mendapat perlindungan Allah di hari akhirat:

1.Pemimpin yang adil

2.Pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah

3.Orang yang hatinya sentiasa tertambat ke masjid

4.Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul dan berpisah kerana kecintaan kepada Allah.

5.Orang yang mengingat Allah ketika bersendirian lalu berlinangan air matanya

6.Lelaki yang diajak oleh wanita kaya dan cantik melakukan kejahatan,  lalu ia enggan dan berkata berkata: Aku takut Allah

7.Seseorang yang bersedekah lalu menyembunyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Dalam membina sebuah negara merdeka, berusahalah menjadi warganegara yang mendapat naungan dan rahmat Allah di hari Kiamat.  Berlaku adillah dalam kepimpinan. Berusahalah menjadi abid, tambatlah diri dengan masjid, saling mencintai antara satu sama lain kerana Allah, jadilah orang yang takut diazab dengan sebab dosa dan  perbanyakkanlah bersedekah.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

21hb Ogos  2022
23hb Muharram 1444H

Friday 19 August 2022

Saling Mencintai Kerana Allah Dinaungi Di Hari Kiamat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Saling Mencintai Kerana Allah Dinaungi Di Hari Kiamat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلَالِي الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلِّي

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat kelak: "Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini kunaungi mereka, di mana tidak ada naungan pada hari ini selain naungan-Ku."
(Sahih Muslim No: 4655) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Saling mengasihi dan berkasih sayang antara sesama orang beriman adalah suatu tuntutan.

2.Dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah akan tergolong dalam salah satu golongan yang akan mendapat naungan di hari Kiamat.

3.Ibnu Hajar rahimahullah berkata, dua orang yang saling mencintai di jalan Allâh, di mana ia berpisah dan berkumpul kerana-Nya, iaitu apabila keduanya saling mencintai kerana agama, bukan kerana yang lainnya. Cinta kerana agama ini tidak putus kerana dunia, baik dia berkumpul secara hakiki atau tidak, sampai kematian memisahkan keduanya.

4.Seorang lelaki yang mencintai lelaki lain kerana Allah begitu juga wanita yang menyayangi wanita lain kerana Allah, dianjurkan  oleh Rasûlullâh SAW agar kita memberitahu kepadanya. Sebagaimana yang disebutkan dalam hadis  dengan lafaz:

إِنِّي أُحِبُّكَ فِي اللهِ

Sesungguhnya aku cinta kepadamu kerana Allâh 

Kemudian balaslah ucapan tersebut dengan lafaz:

أَحَبَّكَ الَّذِي أَحْبَبْتَنِي لَهُ

Mudah-mudahan Allâh mencintaimu yang telah mencintaiku kerana-Nya.

Dalam mewujudkan masyarakat yang harmoni dan negara yang sejahtera, berusahalah kita memiliki seramai mungkin sahabat yang baik dengan mengasihi mereka. Moga kita tergolong dalam golongan yang mendapat naungan di hari akhirat nanti dengan saling menyayangi sahabat kita semata-mata kerana Allah.

20hb Ogos  2022
22hb Muharram 1444H

Thursday 18 August 2022

Kemanisan Iman Kerana Cinta Dan Benci

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kemanisan Iman Kerana Cinta Dan Benci

عن أنسٍ رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال:   ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Daripada Anas RA dari Nabi SAW baginda bersabda: Ada tiga perkara, barangsiapa ada pada dirinya tiga perkara ini, maka dia akan merasakan manisnya iman (iaitu, yang pertama): Allâh Azza wa Jalla dan Rasul-Nya lebih dia cintai berbanding dengan yang lain, (kedua) dia mencintai seseorang dan dia tidak mencintai kecuali kerana Allâh dan (ketiga) dia benci kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dicampakkan kedalam api neraka.
(Sahih Muslim No: 43) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Tiga perkara jika dimiliki oleh seorang Muslim akan menjadikannya memperoleh kemanisan iman:

a.Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selain keduanya.

b.Apabila ia mencintai seseorang, ia hanya mencintainya kerana Allah.

c.Ia tidak suka untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya, sebagaimana ia tidak mahu untuk dicampakkan ke dalam api neraka.

2.Mencintai Rasulullah SAW mewajibkan adanya penghormatan, ketundukan dan mengikuti serta mencontohi apa yang dilakukan oleh baginda (mengagungkan sunnahnya).

3.Di antara tanda cinta kepada Rasulullah SAW adalah dengan mengamalkan Sunnahnya, menghidupkan, dan mengajak kaum Muslimin untuk mengamalkannya, serta berjuang membela As-Sunnah dari orang-orang yang mengingkari As-Sunnah dan melecehkannya. Termasuk cinta kepada Nabi SAW adalah menolak dan mengingkari semua bentuk bidah dan kesesatan.

4.Mencintai seseorang adalah semata-mata kerana Allah sebagai tanda mencapai kemanisan iman. Ibnul Qayyim berkata: “Setiap kecintaan dan pengagungan kepada manusia hanya dibolehkan dalam rangka mengikuti kecintaan dan pengagungan kepada Allah. Mencintai dan mengagungkan Rasulullah SAW  adalah penyempurnaan kecintaan dan pengagungan kepada Allah”.

5.Buktikan kemanisan iman kita dengan mencintai saudara kita  yang lain seperti mana kita mencintai diri kita sendiri.

6.Kemanisan iman juga tercapai apabila kita tidak suka untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkan kita, sebagaimana kita tidak mahu (benci) untuk dicampakkan ke dalam api neraka.

Ayuh kecintaan kita bersama membangun Malaysia Negara Merdeka.

19hb Ogos  2022
21hb Muharram 1444H

Wednesday 17 August 2022

Menyayangi Untuk Disayangi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Menyayangi Untuk Disayangi

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن عَمْرٍو قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:"الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ارْحَمْ مَنْ فِي الأَرْضِ يَرْحَمْكَ مَنْ فِي السَّمَاءِ

Daripada Abdullah bin Amir RA, Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang menyayangi (orang lain) pasti akan disayangi Allah. Sayangilah setiap penduduk bumi, nescaya engkau akan disayangi para penghuni langit”.
(Mu’jam Awsat li al-Tabarani No: 9009) Maktabah al-Maarif  Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Menjadi tanggungjawab setiap Muslim memiliki sifat penyayang mengikut panduan syarak.

2.Orang yang menyayangi makhluk nescaya Allah akan menyayanginya

3.Orang yang mengasihi orang lain, dia akan disayangi oleh penghuni dilangit

4.Sifat saling menyayangi datang daripada mereka yang memiliki kejernihan jiwa dan kesucian rohani

5.Kongsikanlah nilai mengasihi orang lain dalam kita membina semangat setiakawan sesama rakyat Malaysia.
  
Berusahalah menyayangi orang lain. Jauhi prasangka buruk, membuat tuduhan, menghukum, memberi gelaran buruk dan memfitnah terhadap orang lain. Elakkan permusuhan dan persengketaan. Pereratkan yang dekat, rapatkan yang jauh.

18hb Ogos  2022
20hb Muharram 1444H

Tuesday 16 August 2022

Rahmah Kepada Orang Yang Kasar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Rahmah Kepada Orang Yang Kasar

عَنْ اَنَسٍ رض قَالَ كُنْتُ اَمْشِى مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم وَ عَلَيْهِ بُرْدٌ نَجْرَانِيٌّ غَلِيْظُ اْلحَاشِيَةِ فَاَدْرَكَهُ اَعْرَابِيٌّ فَجَذْبَهُ بِرِدَائِهِ جَذْبَةً شَدِيْدَةً فَنَظُرْتُ اِلَى صَفْحَةِ عُنُقِ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم وَ قَدْ اَثَرَ بِهَا حَاشِيَةُ الرّدَاءِ مِنْ شِدَّةِ جَذْبَتِهِ ثُمَّ قَالَ يَا مُحَمَّدُ مُرْلِى مِنْ مَالِ اللهِ الَّذِى عِنْدَكَ فَالْتَفَتَ اِلَيْهِ فَضَحِكَ ثُمَّ اَمَرَ لَهُ بِعَطَاءٍ

Daripada Anas RA, ia berkata : Dahulu saya pernah berjalan-jalan bersama Rasulullah SAW, Baginda memakai kain burdah buatan Najran (Yaman) yang tebal / kasar bahagian tepinya. Kemudian ada seorang Arab kampong menemui Rasulullah SAW dan menarik selendangnya dengan tarikan yang sangat kuat daripada belakang. Lalu saya melihat leher Rasulullah SAW ada bekas akibat tarikan kasar. Kemudian orang itu berkata, “Wahai Muhammad, berikan kepadaku harta Allah yang ada padamu!”. Kemudian Baginda menoleh kepadanya dan tertawa, lalu menyuruh sahabat memberikan sesuatu pemberian kepada orang itu.
(HR Bukhari  No: 5738) Status: Hadis Sahih

Pengajaran

1.Rasulullah SAW adalah contoh teladan yang paling baik.

2.Rasulullah SAW sentiasa bersikap lemah lembut terhadap orang lain. Tidak mudah untuk menyalahkan pihak lain sebelum mengetahui alasan di sebalik suatu perbuatan.

3.Rasulullah SAW memahami karakter dan sikap orang yang berada di sekelilingnya termasuk Arab Badwi yang memiliki sikap agak kasar. Namun Baginda tidak memarahi atau membalas perbuatan tersebut.

4.Islam sentiasa menganjurkan agar berbuat baik kepada orang lain. 

5.Melakukan perbuatan baik kepada seseorang yang pernah berbuat baik kepada kita adalah perkara biasa, tetapi berbuat baik kepada seseorang yang pernah berlaku buruk kepada kita adalah sesuatu yang luar biasa.

Sebagai warganegara yang penyayang, marilah kita menjadi ibarat pepohon rendang yang berbuah lebat, walaupun dibaling dengan batu namun ia membalas dengan menggugurkan buah-buah yang masak.

17hb Ogos  2022
19hb Muharram 1444H

TAZKIRAH PERSARAAN

This is a long read, but something for the seniors among us need to think about.

*TAZKIRAH PERSARAAN*

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

Sewaktu kita menghampiri umur persaraan...kita merasakan *enough is enough*...kita nak mulakan rutin harian beribadah...*rumah masjid rumah* tetapi ternyata itu keputusan yang salah...bukan itu yg diperintahkan oleh Allah swt dan apabila berpeluang mendengar beberapa tazkirah daripada beberapa penceramah...ternyata banyak peluang untuk mendapatkan keredhaan Allah swt selepas bersara dan tiada contoh yang terbaik melainkan yang dipraktikkan oleh Baginda Rasullullah saw...

*Konsep Persaraan Mengikut Cara Rasulullah SAW*

Kebanyakan daripada kita sudah terpahat sebuah pemikiran untuk *hidup tenang pada hari tua,* duduk-duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa, hanya bermain dengan cucu, jumpa kawan-kawan dalam reunion serta jalan-jalan ke sana ke mari.

Kita ingin *hidup pada zon selesa*, atau kita hanya berfikir menghabiskan masa tua hanya dengan shalat dan membaca Quran dari waktu ke waktu, tanpa kegiatan lain.

Itulah *pola pemikiran (mindset)* kita. Setidak-tidaknya itulah fenomena yang terjadi di sekitar kita. Ketika kita belum memasuki usia persaraan pun, *kita kerap merasa bukan masanya untuk aktif.* Akhirnya, kita kehilangan ghairah dan mungkin juga kehilangan arah
Mahu apa? 
Mahu ke mana? 
Untuk apa? 
Hanya ingin *hidup tenang pada zon selesa.* 
Hanya ingin *bersenang-senang,* tidak ingin bergerak. 
Kita bahkan cenderung hanya ingin *memikirkan diri sendiri* 
Makin tidak peduli dengan ahli keluarga dan masyarakat sekitar. 
Kita merasakan sudah masanya berehat  Bukankah begitu?
Kita pun turut berfikir begitu.
Malah masih ramai dalam kalangan kita yang berfikir begitu

*Sebenarnya, apakah yang ada di dalam Islam yang mengajar pola berfikir seperti itu pada umur menjelang senja*?
*Langsung tiada.*

Alhamdulillah, Allah memberikan kita jawapan dalam Al-Quran Surah Al-Insyirah (94), ayat 7 dan 8.
*_Maka apabila engkau sudah selesai mengerjakan satu urusan, maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain._* (94:7).

*_Dan kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. (94:8)_*

Lalu kita terkenang, kitab Sirah Nabawiyah yang mengatakan bahawa Rasulullah *memulai hidup baru pada usia 40 tahun*
(konsep sebenar life begin at 40)

Demikian pula sahabat-sahabat baginda, seperti Abu Bakar Siddiq yang lebih muda 2 tahun enam bulan berbanding Rasulullah. Pada usia itu, Rasulullah dan para sahabat *memasuki perjuangan baru, meninggalkan zon selesa* yang mungkin selama ini mereka rasakan. 
Harta, mereka infaqkan. 
Martabat manusia mereka perjuangkan. 

Bukannya bersantai dan terpaku pada kedudukan selesa... 
 Tetapi mereka *makin aktif, kreatif dan dinamis*

Pada usia tua Rasulullah tidak sibuk dengan shalat dan membaca al-Quran sahaja... 

Mulai usia 53 tahun justeru baginda
*makin aktif membina hubungan dengan sesama manusia*
Membangun masyarakat madani (civil society) di Madinah. 
Tidak hanya hubungan dengan Allah, tetapi juga hubungan dengan manusia.
Baginda makin bermasyarakat, *makin terlibat dalam kehidupan sosial*

Ertinya, *memasuki usia persaraan bukan alasan kita untuk melepaskan diri daripada kehidupan sosial dan hanya sibuk dengan diri sendiri.*

Hingga akhir hayat, Rasulullah *tidak pernah diam dan tidak juga ingin beristirahat*
Rasulullah SAW, juga tidak meninggal dalam keadaan kaya, tidak juga dalam keadaan bersara kerana baginda tetap memimpin umatnya. 
*Persaraan baginda, adalah kewafatannya*

Begitu juga sahabat-sahabat Rasulullah yang lain. Mereka *mendapat gratuiti setelah syahid.* Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, contohnya. Bahkan Abu Ayyub al-Anshari berangkat  berperang menghadapi Byzantium pada usia 93 tahun.

Konsep persaraan yang umum difahami masyarakat membuat *kita lupa bahawa bertambah usia itu bererti kesempatan hidup kita semakin berkurangan tetapi kesempatan waktu senggang semakin meluas*.

Manusia sukses versi Islam itu menurut hadis adalah; *_Manusia terbaik di antara kamu adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain._*

Bertambah usia, justeru kita seharusnya makin aktif dan berbakti kepada agama dan masyarakat. Kita seharusnya menjadi sosok yang bermanfaat. Bukan berfikir untuk hidup santai dan sekadar menghabiskan waktu dengan hal-hal yang tidak jelas.

Lagi pula, *makin pasif seseorang, makin cepat nyanyuk dia.* 

Alhasil, jika memang kita ingin mempersiapkan hari tua, selain menyiapkan wang agar tidak menyusahkan ahli keluarga, *yang lebih penting adalah menyiapkan apa yang boleh kita lakukan agar kita bermanfaat kepada keluarga dan masyarakat* pada hari tua, sebelum saatnya menutup mata.
 
*Tidak ada kata terlambat untuk memulai hidup baru walaupun pada usia tua.*

Tua bukan alasan untuk putus asa dan berhenti memberi dan membantu keluarga dan masyarakat. 
Merasa tua dan berfikir *bukan masanya lagi untuk hidup aktif, kreatif dan dinamis bukanlah pilihan yang tepat.*

Justeru, *kita harus hidup lebih bersemangat* dalam mendepani masa yang ada.

*Sebarkan ilmu yang baik buat manfaat ummah.*

Monday 15 August 2022

Rahmah Terhadap Orang Jahil

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Rahmah Terhadap Orang Jahil

عن أنس بن مالك بَيْنَمَا نَحْنُ فِي الْمَسْجِدِ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ جَاءَ أَعْرَابِيٌّ فَقَامَ يَبُولُ فِي الْمَسْجِدِ فَقَالَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَهْ مَهْ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُزْرِمُوهُ دَعُوهُ فَتَرَكُوهُ حَتَّى بَالَ ثُمَّ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَعَاهُ فَقَالَ لَهُ إِنَّ هَذِهِ الْمَسَاجِدَ لَا تَصْلُحُ لِشَيْءٍ مِنْ هَذَا الْبَوْلِ وَلَا الْقَذَرِ إِنَّمَا هِيَ لِذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَالصَّلَاةِ وَقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ أَوْ كَمَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَأَمَرَ رَجُلًا مِنْ الْقَوْمِ فَجَاءَ بِدَلْوٍ مِنْ مَاءٍ فَشَنَّهُ عَلَيْهِ

Daripada Anas B. Malik RA. Beliau berkata: “Ketika kami berada di masjid bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi lalu berdiri untuk kencing didalam masjid. Para sahabat Rasulullah SAW ingin mengertaknya, tetapi Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu memutuskannya, biarkan dia selesai kencing terlebih dahulu.” Maka mereka (para sahabat) membiarkan orang tersebut sehingga dia selesai kencing. Setelah itu, Rasulullah SAW memanggil dan menasihatinya, “Sesungguhnya masjid ini tidak boleh digunakan untuk kencing dan membuat kotor, masjid adalah tempat untuk zikir, solat, dan membaca al-Quran.” Atau sebagaimana sabda Nabi SAW yang sesuai. Setelah itu, Nabi SAW memerintahkan seorang sahabat untuk mengambil satu baldi air dan menyiram keatas kencingnya.” (HR Muslim, 2/133, no. 429). Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Masjid merupakan tempat suci yang perlu dijaga kebersihan dan kesuciannya.

2.Masjid adalah tempat untuk berzikir (mengingati Allah), melaksanakan solat, membaca al-Quran, dan majlis ilmu.

3.Rasulullah SAW menunjukkan akhlak dan kebijaksanaan dalam menangani orang yang jahil iaitu dengan cara lemah-lembut dan tidak berlaku kasar. Walaupun kencing di masjid adalah suatu kesalahan dan termasuk perbuatan mengotorkan masjid, tetapi Rasulullah SAW tidak segera memarahi pelakunya atas beberapa kemaslahatan.

4.Sikap lemah-lembut dan kesantunan lebih memberi kesan dalam penyampaian dakwah kerana ianya boleh menarik dan mendekatkan sasaran kepada kebenaran. Sebaliknya kekasaran akan menyebabkan sasaran menjauhkan diri.

5.Islam mengajar kaedah menolak kemudaratan yang lebih besar dengan memilih yang lebih ringan di antara keduanya. Jika orang yang sedang kencing tersebut dicegah dengan tiba-tiba, mungkin ia akan mengakibatkan mudarat yang lebih besar. Mungkin ia akan terkejut lalu lari ke tempat yang lain dalam keadaan kencingnya bersepah-sepah. Akhirnya najis tersebut akan tersebar ke serata masjid, mengenai pakaiannya, serta terpalit ke tubuh-badannya pula. 

6.Kebijaksanaan Rasulullah SAW, dengan  tidak diperlakukan orang jahil itu dengan kasar yang mungkin hanya akan menjadikannya malu atau marah. Rasulullah berjaya menasihati dengan lemah-lembut dan penuh hikmah kepada Badwi tersebut. 

7.Kita tidak boleh mencegah sesuatu kemungkaran dengan cara yang salah serta terburu-buru. Juga tidak boleh mencegah sesuatu keburukan dengan cara yang buruk juga. 

8.Kita hendaklah meneliti di antara maslahah (kebaikan) dan mafsadahnya (keburukan) dengan pertimbangan yang tepat. Kita tidak boleh mengingkari sesuatu kemungkaran dengan suatu kemungkaran yang lain. Kita juga tidak boleh mengingkari kemungkaran sehingga menyebabkan berlaku kemungkaran yang lebih besar lagi.

Dalam hidup bermasyarakat dan bernegara, kita menghadapi pelbagai jenis dan karenah manusia. Ada yang melakukan tindakan seperti orang jahil. Berlaku hikmahlah dalam menghadapi mereka.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2022.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

16hb Ogos  2022
18hb Muharram 1444H

Sunday 14 August 2022

Jadilah Pengasih Untuk Dirahmati Allah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jadilah  Pengasih Untuk Dirahmati Allah

سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  إِنَّمَا يَرْحَمُ اللَّهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ

Daripada Saad bin Ubadah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah hanya merahmati hamba-hambaNya yang pengasih" (HR Bukhari No: 1284). Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Sifat penyayang dan pengasih adalah dituntut pada setiap Muslim

2.Allah hanya merahmati Muslim yang memiliki sifat kasih sayang kepada sesama manusia dan makhluk lain untuk diberi ganjaran syurga.

3.Milikilah sifat kasih sayang terhadap orang lain. Antaranya  ialah sifat  membantu mereka yang sedang menghadapi musibah,  sama ada dengan wang ringgit, tenaga mahupun pandangan dan nasihat.

4.Kasihilah orang lain dengan mendoakan kebaikan, memaafkan mereka, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu orang yang sedang kesempitan, memberi makan orang yang kelaparan serta mengunjungi orang sakit dan yang ditimpa musibah.

5.Jika kita benci atau tidak suka kepada kejahatan seseorang, lakukan dengan cara yang dibenarkan syarak bukan dengan cara memaki hamun dilaman sosial.

Jika kita ingin dirahmati Allah, maka milikilah sifat pengasih terhadap orang lain. Islam agama yang mulia dan berakhlak. 

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2022.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama" 

15hb Ogos  2022
17hb Muharram 1444H

Saturday 13 August 2022

Sayangi Manusia Lain

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sayangi Manusia Lain

عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَرْحَمُ اللَّهُ مَنْ لَا يَرْحَمُ النَّاسَ

Daripada Jarir bin Abdullah RA berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Allah tidak akan menyayangi sesiapa yang tidak menyayangi manusia." (HR Bukhari  No: 6828) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Sifat saling mengasihi dan menyayangi sesama manusia adalah suatu keperluan dalam mewujudkan kehidupan yang rahmah dan berkasih sayang.

2.Menyayangi sesama manusia dengan cara menunaikan tanggungjawab yang menjadi hak orang lain yang berada di sekeliling antaranya seperti sabda Rasulullah SAW: 

حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ

Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain itu ada enam: (iaitu) apabila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya, apabila dia meminta nasihat kepadamu, nasihatilah dia, apabila dia bersin lalu mengucapkan Alhamdulillah, doakan dia (dengan mengucapkan Yarhamukallah), apabila dia sakit, jenguklah dia, dan apabila dia meninggal, iringilah jenazahnya.” (Sahih Muslim No: 4023) Status: Hadis Sahih

3.Sesiapa yang tidak menyayangi orang lain, Allah tidak akan menyayanginya

4.Sayangilah orang lain dengan sikap prihatin terhadap orang yang berada di sekeliling tanpa mengira Muslim mahupun non Muslim agar kita sentiasa disayangi.

5.Jauhilah sifat benci, dengki, sakit hati sesama kita juga kaum dan bangsa lain. Jadikanlah perbezaan bangsa untuk kita saling berkenal mesra dan menyebarkan kebaikan agar kita menjadi qudwah kepada mereka.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2022.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

14hb Ogos  2022
16hb Muharram 1444H

Thursday 11 August 2022

Tidak Masuk Syurga Kerana Memudaratkan Jiran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tidak Masuk Syurga Kerana Memudaratkan Jiran

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ لَا يَأْمَنُ جَارُهُ بَوَائِقَهُ

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan masuk syurga, orang yang jiran tetangganya tidak aman dari bahayanya." (HR Muslim No: 66) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Berbuat baik dan memuliakan jiran tetangga adalah pokok kehidupan bermasyarakat yang bahagia dan harmoni.

2.Keberadaan kita sebagai jiran sentiasa dirasai bermanfaat dan membawa keamanan dan kesejahteraan.

3.Jadilah jiran yang mendorong orang lain menjadi baik dan bahagia di dunia dan akhirat.

4.Elakkan menganggu jiran atau melakukan perkara yang memudaratkan jiran sama ada dengan perbuatan mahupun perkataan.

5.Tidak akan masuk syurga seseorang yang dengan sebab perbuatan atau perkataannya, menyebabkan jirannya  mendapat mudarat dan musibah.

6.Ingatlah pesanan Rasulullah SAW, daripada Abu Hurairah RA berkata:

قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّ فُلَانَةَ يُذْكَرُ مِنْ كَثْرَةِ صَلَاتِهَا، وَصِيَامِهَا، وَصَدَقَتِهَا، غَيْرَ أَنَّهَا تُؤْذِي جِيرَانَهَا بِلِسَانِهَا، قَالَ: هِيَ فِي النَّارِ

Telah berkata seorang lelaki kepada Rasulullah SAW:  “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya wanita ini terkenal dengan banyaknya solat, berpuasa dan bersedekah tetapi dia sentiasa menyakiti jirannya dengan lidahnya.” Lalu Nabi SAW bersabda: “Dia akan masuk ke dalam neraka.” (HR Ahmad No: 9675)   Sanadnya Hasan

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2022.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

12hb Ogos  2022
14hb Muharram 1444H

Wednesday 10 August 2022

Jadilah Sahabat dan Jiran Yang Paling Baik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jadilah Sahabat dan Jiran Yang Paling Baik

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُ الْأَصْحَابِ عِنْدَ اللَّهِ خَيْرُهُمْ لِصَاحِبِهِ وَخَيْرُ الْجِيرَانِ عِنْدَ اللَّهِ خَيْرُهُمْ لِجَارِهِ

Daripada Abdullah bin Amr RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik sahabat di sisi Allah adalah yang paling baik terhadap temannya. Dan sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah yang paling baik terhadap jirannya." (Sunan Tirmizi No: 1867) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.Setiap orang mengharapkan kehidupan yang baik dan sejahtera.

2.Antara kesejahteraan seseorang apabila memiliki sahabat dan jiran yang baik.

3.Sebaik-baik sahabat di sisi Allah adalah yang paling baik terhadap temannya

4.Sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah yang paling baik terhadap tetangganya

5. Dalam kita hidup bermasyarakat dan bernegara, jadikanlah diri kita sebagai sahabat dan jiran yang paling baik. Negara yang makmur dan sejahtera adalah hasil dari kehidupan anggota masyarakat yang saling bertolong bantu dan bekerjasama. 

Kebaikan kita sentiasa dirasai oleh orang lain dan ketiadaan kita akan dirindui. Ayuh kita sentiasa prihatin, berbuat baik dan mengutamakan orang lain.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2022.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

11hb Ogos  2022
13hb Muharram 1444H

Tuesday 9 August 2022

Mukmin Prihatin Kepada Jiran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mukmin Prihatin Kepada Jiran 

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ  عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالَّذِي يَشْبَعُ وَجَارُهُ جَائِعٌ.

Daripada Ibnu Abas RA dari Nabi SAW: Tidak termasuk orang mukmin, orang yang kenyang sementara tetangganya kelaparan.
(HR Thobrani No:  12579) Status: Hadis Sahih 

Pengajaran:

1.Antara bukti keimanan seseorang adalah memiliki sifat prihatin terhadap kesusahan jiran tetangga.

2.Tidak sempurna iman seseorang yang tidur dalam kekenyangan sedangkan ada jiran tetangga yang kelaparan.

3.Jadilah kita orang yang sentiasa berusaha menyantuni dan berbuat baik pada jiran. Jangan kita sahaja bergembira sedangkan ada jiran kita yang dibiatkan kelaparan dan kesusahan.

Sebagai warganegara yang prihatin dan bertanggungjawab, berusahalah mengenali jiran tetangga sama ada yang jauh mahupun yang dekat. Berkenal mesralah dengan mereka dan jalinkanlah  ukhuwah. Ringankan tulang membantu mana yang memerlukan bantuan. 

Jiran kita tanggungjawab kita. Negara kita tanggungjawab bersama.

10hb Ogos  2022
12hb Muharram 1444H

Monday 8 August 2022

Akhirat Kita Berkait Dengan Jiran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Akhirat Kita Berkait Dengan Jiran

عَنِ ابْنِ عُمَرَ  قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  يَقُولُ :كَم مِن جَارٍ مُتَعَلِّقٍ بِجَارِهِ يَومَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ: يَارَبِّ هَذَا أَغْلِقُ بَابَهُ دُونِي فَمَنَعَ مَعْرُوفَهُ

Daripada Ibnu Umar RA berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Berapa ramai orang di hari kiamat (nasibnya) bergantung pada tetangganya yang lain, (tetangganya itu) berkata: “Wahai Tuhanku, orang ini menutup pintunya untukku, dia tidak mahu memberi miliknya kepadaku”.
(HR Hannad dalam kitab Az-Zuhd No 2/58) Status: Hadis Hasan dalam Silsilah Ahadits Ash-Sahihah No:2616.

Pengajaran:

1. Sebagai Muslim kita bertanggungjawab terhadap jiran tetangga.

2. Dalam hidup bermasyarakat dan bernegara, kita ada jiran yang terdiri daripada kerabat, ada jiran sesama Islam dan ada jiran bukan Islam. Setiap mereka ada hak yang menjadi tanggungjawab kepada kita untuk ditunaikan. Antara hak jiran yang menjadi tanggungjawab kita ialah sikap prihatin dan mengambil tahu hal ehwal jiran. Menunaikan tanggungjawab antaranya memberi menasihati, mengajak kepada maaruf dan mencegah kemungkaran. Tidak lupa juga memberi bantuan kepada yang memerlukan.

3. Berbuat baik kepada jiran dengan menunaikan hak mereka merupakan sebahagian dari tanggungjawab iman kita. Daripada Abi Syuraih RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُحْسِنْ إِلَى جَارِهِ

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari   akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada   jirannya.”
(HR Muslim No: 77)

4. Jangan sampai di hari kiamat, ketika kita nak masuk syurga tetapi tertahan kerana ada jiran mendakwa semasa di dunia, kita tidak ambil tahu hal jiran. Dibiarkan jiran tanpa keprihatinan dan bantuan dari kita. 

Jangan biarkan jiran kita tanpa disantuni dan bersendiri. Ayuh, sempena sambutan bulan kebangsaan ini, kita cakna dan prihatin terhadap jiran kita.

09hb Ogos  2022
11hb Muharram 1444H

Sunday 7 August 2022

Muslim Yang Utama

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Muslim Yang Utama

عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ قَالَ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ

Daripada Abu Musa RA berkata: 'Wahai Rasulullah, Islam manakah yang paling utama?" Rasulullah SAW menjawab: "Siapa yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya".
(HR Bukhari No: 10) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Islam mengajar umatnya agar sentiasa memiliki akhlak yang mulia.

2.Menjaga lisan daripada menuturkan sesuatu yang buruk terhadap orang Islam lain seperti mengumpat, menghina, mencela, mengadu domba dan lain-lain adalah dituntut.

3.Memelihara tangan dari melakukan perbuatan keji dan menyakiti Muslim lain bukan hanya memukul malah termasuk menulis dan menyebarkan sesuatu yang berbentuk umpatan,  fitnah, menghina, mengadu domba dan lain-lain.

4.Individu yang paling utama di sisi Allah adalah mereka yang sentiasa dirasai kebaikannya serta tidak menyakiti dan memudaratkan orang lain yang berada disekelilingnya sama ada melalui lisan mahupun perbuatannya. 

5.Kita perlu ingat, apa yang ditulis, ditutur mahupun perlakuan kita  terhadap orang lain akan diminta pertanggungjawaban dihadapan Allah. Firman Allah:

إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

“Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati nurani, semua anggota itu tetap akan diminta pertanggungjawabannya (ditanya di akhirat) tentang apa yang dilakukannya.”
(Al-Isra; 36)

6.Imam al-Khaththabi berkata, hadis ini bermaksud bahawa kaum muslimin yang paling utama adalah orang yang selain menunaikan hak-hak Allah  dengan baik, dia juga dituntut menunaikan hak-hak sesama kaum muslimin dengan baik pula.

Sempena kita menyambut Bulan Kebangsaan 2022 ini, marilah kita menjadi  Muslim yang utama dengan menjaga lisan dan tangan kita daripada menyakiti dan menzalimi orang di sekeliling kita tanpa mengira bangsa dan agama termasuk menulis juga mentularkan di media sosial.

08hb Ogos  2022
10hb Muharram 1444H

Saturday 6 August 2022

Orang Yang Berhak Mendapat Kecintaan Allah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Orang Yang Berhak Mendapat Kecintaan Allah

حَدَّثَنَا هَاشِمٌ حَدَّثَنِي عَبْدُ الْحَمِيدِ حَدَّثَنِي شَهْرٌ حَدَّثَنِي أَبُو ظَبْيَةَ قَالَ إِنَّ شُرَحْبِيلَ بْنَ السِّمْطِ دَعَا عَمْرَو بْنَ عَبَسَةَ السُّلَمِيَّ فَقَالَ يَا ابْنَ عَبَسَةَ هَلْ أَنْتَ مُحَدِّثِي حَدِيثًا سَمِعْتَهُ أَنْتَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ فِيهِ تَزَيُّدٌ وَلَا كَذِبٌ وَلَا تُحَدِّثْنِيهِ عَنْ آخَرَ سَمِعَهُ مِنْهُ غَيْرِكَ قَالَ نَعَمْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ قَدْ حَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَحَابُّونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَصَافُّونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَزَاوَرُونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَبَاذَلُونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَنَاصَرُونَ مِنْ أَجْلِي

Telah menceritakan kepada kami Hasyim telah menceritakan kepadaku Abdul Hamid telah menceritakan kepadaku Syahr telah menceritakan kepadaku Abu Dzabyah ia berkata; Bahawasanya Syurahbil bin As Simth memanggil Amru bin Abasah As Sulami dan bertanya, "Wahai Ibnu Abasah, apakah Anda mahu menceritakan kepadaku suatu hadis yang telah Anda dengar dari Rasulullah SAW tanpa ada tambahan ataupun kedustaan? Dan janganlah anda ceritakan kepadaku suatu hadis dari sahabat lain yang ia mendengarnya dari baginda selain anda. Amru bin Abasah berkata; Baiklah, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Allah Ta'ala telah berfirman: 'Sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling merapatkan barisan kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling berkorban (untuk membantu yang lain) kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling menolong kerana Aku.'"(Musnad Ahmad No: 18621) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Setiap Muslim berhak mendapat kecintaan Allah apabila:

1.  Saling mencintai kerana Allah

2.  Saling merapatkan hubungan (ukhuwah) kerana Allah

3.  Saling menziarahi kerana Allah

4.  Saling berkorban (untuk membantu yang lain) kerana Allah

5.  Saling bantu membantu dan tolong menolong kerana Allah

Sempena kita menyambut bulan Kebangsaan 2022 ini, marilah kita tanamkan sifat saling menyayangi, pereratkan ukhuwah sesama kita, saling menziarahi khususnya kepada yang lebih tua daripada kita, berkerjasama dan bertolong bantu sesama kita. Dengan adanya sifat dan amalan terpuji ini, kita akan berjaya membina masyarakat yang harmoni dan negara yang sejahtera.

Jadikanlah diri kita orang yang dicintai Allah dari asbab kecintaan kita kepada orang lain.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2022.

"Walau Kita Berbeza Tetap Teguh Bersama"

07hb Ogos  2022
09hb Muharram 1444H

Friday 5 August 2022

Puasa Tasu’a (puasa 9hb Muharram)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Tasu’a (puasa 9hb Muharram)

عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُا حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Abdullah bin Abbas RA, beliau menceritakan: Ketika Nabi SAW melaksanakan puasa Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk puasa. Kemudian ada sahabat yang berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya hari Asyura adalah hari yang diagungkan orang yahudi dan nasrani. Kemudian Nabi SAW bersabda: “Tahun depan, Insha Allah kita akan berpuasa pada hari ke sembilan.” Namun, belum sampai tahun depan, Nabi SAW diwafatkan.
(HR. Muslim No: 1916) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Antara hari yang digalakan berpuasa pada bulan Muharam ialah puasa hari Tasu'a (9hb Muharam) iaitu sehari sebelum hari Asyura (10hb Muharam)

2.Puasa dua hari iaitu puasa sunat Tasu'a (9hb Muharam)  dan puasa sunat Asyura (10hb Muharam) adalah untuk membezakan amalan berpuasa seorang Muslim dengan puasa orang Yahudi dan Keristian.

3.Ibnul Qayim dalam Zadul Ma’ad, 2/72 menjelaskan puasa yang berkait hari Asyura ada tiga Kategori:

a)  Kategori paling sempurna, puasa tiga hari. Sehari sebelum Asyura, hari Asyura, dan sehari selepas Asyura  (9hb, 10hb dan 11hb Muharam).

b)  Kategori kedua, puasa pada 9hb dan 10hb Muharam berdasarkan banyak hadis.

c)  Kategori ketiga, puasa pada10hb Muharam saja.

Marilah kita tunaikan puasa Sunat Tasu'a (9hb Muharam) yang jatuh pada 7hb Ogos hari Ahad dan puasa Sunat Asyura (10hb Muharam) pada 8hb Ogos hari Isnin. Moga Allah akan mengampukan dosa-dosa kita setahun yang lalu.

Mungkinkah Muharam ini tidak akan kita temui pada tahun hadapan?

06hb Ogos  2022
08hb Muharram 1444H

Thursday 4 August 2022

Puasa Asyura

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Asyura

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ

Daripada Ibnu Abbas RA, beliau mengatakan: “Saya tidak pernah melihat Nabi SAW memilih satu hari untuk puasa yang lebih baginda utamakan dari pada yang lainnya kecuali puasa hari Asyura, dan puasa bulan Ramadan.” (HR Bukhari No: 1867) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Antara ibadat puasa yang menjadi keutamaan kepada Rasulullah SAW untuk kita contohi selain puasa dibulan Ramadan ialah puasa pada hari Asyura (10hb Muharam)

2.  Puasa Asyura ganjarannya dapat menghapuskan segala dosa (Imam Nawawi kata segala dosa kecil) setahun yang lalu. Dari Abu Qatadah Al-Anshari RA, beliau mengatakan:

سئل عن صوم يوم عاشوراء فقال كفارة سنة

Nabi SAW ditanya tentang puasa Asyura, Baginda menjawab: “Puasa Asyura menjadi penebus dosa setahun yang telah lalu.” (HR. Muslim No: 1976). Status: Hadis Sahih

Rebutlah peluang melakukan puasa sunat sempena Asyura. Semoga amalan berpuasa sunat Asyura akan menjadi penebus dosa-dosa kita setahun yang lalu. Jadilah Muslim yang memiliki jati diri yang kukuh, bersih dari dosa dan maksiat. Kita perlu melahirkan warganegara yang merdeka daripada dosa, dan dalam masa yang sama memiliki peribadi yang utuh untuk membangunkan Negara Malaysia yang Sejahtera.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2022.

"Walau Kita Berbeza Tetap Teguh Bersama"

05hb Ogos  2022
07hb Muharram 1444H

Wednesday 3 August 2022

Puasa Sunat Di bulan Muharam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Sunat Di bulan Muharam

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Seutama-utama puasa setelah Ramadan ialah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharam, dan seutama-utama solat sesudah solat Fardu, ialah solat malam."
(HR Muslim No: 1982) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Kita telah memasuki bulan Muharam, ia adalah salah satu bulan haram yang didalamnya dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyakan puasa sunat.

2.Bulan Muharam disebut sebagai bulan Allah menunjukkan kemuliaan dan kelebihan bulan Muharam.

3.Menurut Imam Nawawi bulan Muharam adalah antara bulan yang paling utama untuk memperbanyak puasa sunat. Antaranya berpuasa pada hari ke-9 (Tasuua’a) dan ke-10 (Asyura’).

4.Solat sunat yang utama selepas solat fardu ialah solat sunat malam (qiamullail).

Rebutlah peluang kedatangan bulan Muharam untuk melakukan puasa sunat  khususnya pada 9hb Muharam dan 10hb Muharam. Ibadat puasa mendidik diri kita untuk menahan diri bukan hanya daripada makan dan minum disiang hari malah menahan diri dari sifat dan perbuatan buruk dan dosa. 

Puasa dan solat malam adalah antara amalan ke arah membina jati diri ke arah melahirkan warganegara Muslim yang teguh dan utuh peribadi.

04hb Ogos  2022
06hb Muharram 1444H

Tuesday 2 August 2022

Jadilah Warganegara Bermanfaat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jadilah Warganegara Bermanfaat

عَنِ ابْنِ عُمَرَ  قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ , وَأَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى سُرُورٌ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ , أَوْ تَكَشِفُ عَنْهُ كُرْبَةً , أَوْ تَقْضِي عَنْهُ دَيْنًا , أَوْ تَطْرُدُ عَنْهُ جُوعًا , وَلأَنْ أَمْشِيَ مَعَ أَخِ فِي حَاجَةٍ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَعْتَكِفَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ يَعْنِي مَسْجِدَ الْمَدِينَةِ شَهْرًا

Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi SAW  bersabda, “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling memberikan manfaat bagi manusia. Adapun amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat muslim yang lain bahagia, meringankan kesusahan orang lain, membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. Seandainya aku berjalan bersama saudaraku untuk memenuhi suatu keperluan, maka hal itu lebih aku cintai daripada iktikaf sebulan di masjid ini iaitu masjid Nabawi di Madinah selama sebulan penuh.
(HR Tobarani dalam Al Mu’jam Al Kabir no. 13280, 12: 453. Status hadis hasan dalam Sahih Al Jaami’ no. 176)

Pengajaran:

1.Sebagai anggota masyarakat dalam sebuah negara, berusahalah menjadi orang yang paling bermanfaat kepada orang lain kerana orang yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain. 

2.Hidup bermasyarakat menuntut setiap kita cakna terhadap orang di sekeliling. Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat orang lain bahagia antaranya dengan cara meringankan kesusahan seseorang,  membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. 

3.Realiti hidup pada masa kini ada yang terkesan dengan pelbagai masalah antaranya kemiskinan, penyakit, masalah pekerjaan juga keluarga. Orang yang prihatin akan sentiasa menghulurkan bantuan bagi memenuhi keperluan serta meringankan masalah orang lain. Perbuatan tersebut lebih dicintai Allah daripada dia beriktikaf sebulan di masjid Nabawi. 

4. Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan, marilah kita menjadi orang yang bermanfaat dengan sentiasa berusaha mewujudkan masyarakat dan negara yang bersatu padu dan diredhai Allah.  Berusahalah kita menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain. Keberadaan kita dalam organisasi,  masyarakat dan negara amat dirasai manfaat kebaikannya. Ketiadaan kita pula akan ditangisi.

03hb Ogos  2022
05hb Muharram 1444H

Monday 1 August 2022

Kesempurnaan Iman Dengan Mengasihi Orang Lain

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kesempurnaan Iman Dengan Mengasihi Orang Lain

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Daripada Anas RA dari Nabi SAW baginda bersabda: "Tidak beriman  (sempurna iman) seseorang dari kalian sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri".
(Sahih Bukhari No: 13) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Islam memerintahkan umatnya agar sentiasa memiliki sifat saling mencintai sesama Muslim.

2.Jika kita suka diri kita mendapat nikmat dalam hal keagamaan, maka wajib baginya mencintai saudara Muslim yang lain agar mendapat nikmat yang sama.

3.Jika kita suka memperolehi nikmat dunia kita juga sewajarnya suka agar saudara muslim yang lain juga memperolehinya.

4.Jangan sesekali kita memiliki sifat dengki dan khianat dengan nikmat yang dimiliki oleh saudara kita yang lain.

5.Ambillah iktibar kisah Aus dan Khazraj di Madinah yang mana kedua-dua kaum ini  begitu taksub dan fanatik dengan kaum masing-masing namun Allah telah satukan hati mereka dengan kasih sayang dan mereka saling mencintai antara satu sama lain apabila menerima Islam. Mereka bersatu atas nama Islam dan mereka berjuang atas nama Islam.

6.Ingatlah bahawa setiap mukmin ini bersaudara. Firman Allah:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara. Oleh itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah supaya kamu mendapat rahmat”.
(al-Hujurat: 10)

7.Saudara kita seagama adalah tanggungjawab kita untuk membantu jika mereka memerlukan bantuan, memberi nasihat ketika mereka memerlukan nasihat, meminjamkan telinga kita untuk mendengar masalah dan kisah mereka, memberi sokongan dan dorongan kepada mereka dan akhir sekali jangan kita lupa untuk mendoakan kepada mereka kerana doa adalah senjata terbaik apatah lagi doa yang tidak diketahui oleh saudaranya sendiri.

Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan ini, marilah kita memperbaharui semangat perpaduan dan kebersamaan dengan saling mengasihi dan menyayangi orang lain. Semoga sifat tersebut mengukuhkan jati diri kita dalam bekerjasama mewujudkan Negara Yang Utuh Teguh dan mendapat keredhaan Allah.

02hb Ogos  2022
04hb Muharram 1444H

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...