Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Jadilah Hamba Allah Yang Bersaudara
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: "Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kalian saling mendiamkan, janganlah suka mencari-cari isu, saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci, tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara." (Sahih Bukhari No: 5717) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.Islam mengajar agar kita menjauhi prasangka buruk kepada orang lain
2.Islam menyuruh agar tidak mendiamkan diri jika kemungkaran berlaku di hadapan kita (perlu dicegah atau dinasihat)
3.Muslim dilarang mencari-cari isu atau kelemahan orang lain.
4.Setiap kita juga dilarang saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci terhadap saudara Muslim kita yang lain.
5.Setiap Muslim dituntut agar berusaha menjaga tali persaudaraan sesama Muslim.
Marilah sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ini kita menjaga persaudaraan dengan menjauhi sangka buruk, tidak mencari kelemahan orang lain, tidak berdengki, elakkan membenci, tidak membelakangkan orang lain dan bantu mereka dengan mencegah mereka daripada melakukan maksiat.
Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2022.
"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"
25hb Ogos 2022
27hb Muharram 1444H
No comments:
Post a Comment