Thursday, 31 October 2013

Pintu Taubat Sentiasa Terbuka


KEINDAHAN taubat terletak kepada usaha yang belum terlambat. Bertaubatlah sebelum matahari terbit dari Barat yang menandakan hari kiamat. Setiap kali selepas Subuh hati dan jiwa umat Islam sentiasa tenang damai dan syahdu.
Hidup manusia tidak terlepas daripada maksiat dan dosa. Sama ada dosa kecil atau besar. Justeru, disebabkan nafsu jahat mengajak manusia melakukan pelbagai kejahatan yang dibenci oleh Yang Maha Esa.

Nabi SAW bersabda: "Iblis berkata kepada Tuhannya, "Dengan keagungan dan kebesaran-Mu, aku tidak akan berhenti menyesatkan Bani Adam selama mereka masih bernyawa. Lalu Allah berfirman: "Dengan keagungan dan kebesaran-Ku, Aku tidak akan berhenti mengampuni mereka selama mereka beristighfar." (riwayat Ahmad)

Bertaubatlah ketika hati telah keruh diselimuti oleh kabut dosa. Begitu juga dengan jiwa yang dipenuhi lumpur dosa. Jika inginkan hati dan jiwa bersinar kembali, jauhi diri daripada godaan perhiasan dunia yang melalaikan dan jernihkan hati daripada segala perhatian yang tidak tertumpu kepada-Nya.
Keindahan taubat juga dapat dilihat melalui panggilan Allah. 

Pintu taubat sentiasa terbuka, peluang untuk bertaubat juga terbuka luas. Bertaubatlah sebelum mati dan nyawa sampai ke kerongkong. Nabi SAW bersabda: "Penyesalan adalah satu taubat." (riwayat Abu Daud dan Al Hakim)

Taubat dapat difahami sebagai menyesal atas segala dosa dan terus meninggalkannya, kemudian berazam tidak mengulanginya lagi serta menggantikan amalan jahat dengan amalan yang baik.

Beruntunglah orang yang dapat menunaikan fardu haji dan dapat bertaubat di depan Kaabah. Pun begitu, bagai yang belum berkesempatan melaksanakan rukun Islam kelima ini, ia bukan halangan untuk bertaubat kerana taubat boleh dibuat pada setiap masa dan hari.

Malah doa bertaubat sentiasa dilafazkan selepas solat lima waktu. Nabi SAW bersabda: "Semua anak Adam membuat kesalahan dan sebaik-baik pembuat kesalahan ialah mereka yang bertaubat." (riwayat Ad Dailami)

Seorang lelaki telah melakukan satu dosa. Dia bertanya kepada Ibnu Mas'ud apakah ada taubat untuknya. Lalu Ibnu Mas'ud berkata, "Syurga mempunyai lapan pintu. Semuanya berkunci, selain pintu taubat. Maka pada pintu taubat terdapat seorang malaikat penjaga dan dia tidak mengunci pintu tersebut. Oleh itu, bertaubatlah janganlah engkau berputus asa."

Bertaubat bukan hanya untuk orang yang sudah terlanjur melakukan dosa. Orang yang hatinya hampir dengan Allah SWT akan sentiasa merasa bersalah sekalipun tidak melakukan kesalahan.

Malah Rasulullah SAW sendiri yang maksum (terhindar daripada dosa) bertaubat sekurang-kurangnya 70 kali sehari. Nabi SAW bersabda: "Orang yang bertaubat daripada dosanya seperti orang yang tidak melakukan dosa." (riwayat Ath Thabrani)



Allah SWT menguji manusia dengan pelbagai bentuk ujian sama ada kesenangan, kegembiraan, kesukaran dan penyakit. Semua bentuk ujian tersebut untuk menguji keimanan dan kemampuan hamba-hamba-Nya. Nabi SAW bersabda: "Tiada sesuatu yang lebih disukai Allah daripada seorang lelaki yang bertaubat." (riwayat Ad Dailami)



Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, 21 October 2013

Taman Tema Angry Birds Pertama Asia Tenggara Di Johor Bahru City Centre (JBCC)


Iskandar Malaysia terus menarik minat pemaju taman tema global apabila Taman Aktiviti Angry Birds yang pertama di Asia Tenggara akan dibuka di wilayah pembangunan ekonomi itu. 

Taman tema keluarga berkonsepkan dalam bangunan itu akan dibuka di Kompleks Pusat Bandar Johor Bahru (JBCC) yang dulunya dikenali sebagai Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR). 

Ia akan dimajukan Damansara Assets Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Johor Corporation (JCorp) dengan kerjasama pengasas permainan Angry Birds, Rovio Entertainment Ltd yang berpangkalan di Finland. 

Taman aktiviti seluas 2,415 meter persegi yang dijangka beroperasi tahun depan itu, bakal menyediakan hiburan dalam bentuk baru kepada peminat watak Angry Birds. Taman tema aktiviti itu dijangka bakal menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara yang meminati watak Angry Birds untuk datang ke Johor. 


Pembangunan semula KOMTAR kepada JBCC  merangkumi dua menara pejabat, sebuah hotel dan pusat membeli-belah. Pembangunan semula ini menyaksikan badan pelaburan kerajaan negeri melabur lebih daripada RM1 bilion dan menyasarkan untuk menghidupkan semula kawasan pusat perniagaan Johor Bahru. 

Kerja pembangunan semula itu sudah hampir 50% disiapkan. Kompleks JBCC yang menyediakan ruang seluas 37,625 meter persegi dijadual dibuka kepada orang ramai pada Mei tahun depan.



kita tunggu sampai siap.....

Mid Valley Southkey Tarikan Terbaru Iskandar Malaysia


Iskandar Malaysia mendapat lonjakan komersial terbaru apabila kompleks beli belah Mid Valley Southkey Megamall dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDC) RM6 bilion, mula dibina.

Kompleks beli belah bersepadu itu yang dibangunkan pemaju Mid Valley City di Kuala Lumpur, IGB Corporation Bhd (IGB) dengan kerjasama Selia Pantai Sdn Bhd dijangka siap sepenuhnya pada suku keempat tahun 2016.
Pengarah Urusan Kumpulan IGB, Datuk Seri Robert Tan, berkata Mid Valley Southkey Megamall yang bakal menjadi pembangunan komersial bersepadu paling besar di Johor dan Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia dibina di atas tapak seluas 14.57 hektar. 
“Tumpuan utama projek ini adalah menyediakan kompleks beli belah dengan kawasan sewaan bersih (NLA) berjumlah 232,258 meter persegi membabitkan dua fasa. 


300 kedai dibina

“Fasa pertama projek kompleks beli belah bersepadu ini membabitkan NLA berjumlah 139,354 meter persegi yang dijangka disiapkan sepenuhnya akhir tahun 2016 dengan lebih 300 kedai akan dibina,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan perasmian majlis pecah tanah Mid Valley Southkey Megamall, di Johor Bahru, semalam. Hadir sama, Pengarah Urusan dan Pengasas Selia Pantai, Datuk Mohamed Zaini Amran.
Mengulas lanjut, Tan berkata, kompleks itu dibangunkan dengan konsep sama seperti Mid Valley City di Kuala Lumpur, namun terdapat beberapa penambahbaikan bagi membolehkan orang ramai merasai pengalaman membeli belah lebih baik dan menarik.

Sementara itu, Mohamed Zaini berkata, kerja menaik taraf Jalan Bakar Batu yang juga laluan utama ke kawasan Mid Valley Southkey Megamall daripada dua kepada enam laluan sedang giat dilakukan.



Friday, 18 October 2013

Cara dan Penyembelihan Korban & Aqiqah






selamat beramal.....

Eksklusif: David Teo dedah kontrak

David Teo


"KENAPA 
saya terus dipersalahkan dan dijadikan mangsa dalam kes pernikahan Wawa dan Aeril?," soal Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIG, Mejar K David Teo, berhubung kenyataan Presiden Seniman, Zed Zaidi, yang mempertikaikan isu kontrak artis di bawah naungannya.

Zed menerusi sebuah akhbar tempatan (bukan Sinar Harian), menyelar isi kandungan kontrak yang didakwa melanggar hak asasi manusia dalam membina perhubungan.

Kenyataan Zed itu, dilihat lebih memihak kepada Wawa Zainal dan pasangannya, Aeril Zafrel, yang sebelum ini pernah mendakwa hubungan mereka dihalang David sehingga terpaksa menyembunyikan pernikahan mereka.

Malah Wawa dalam sidang media sebelum ini, beria-ia mendakwa kontrak yang ditandatangani bersama MIG itu mengandungi perjanjian bahawa dia tidak dibenarkan bercinta dan berkahwin sepanjang berada di bawah syarikat tersebut.

Enggan terus dipersalahkan, David akhirnya bertindak mendedahkan kontrak yang ditandatangani Wawa sepanjang berada di bawah naungan MIG.

Menurut David, kontrak yang disediakan tidak mengandungi sebarang larangan untuk artis MIG daripada bercinta, bertunang mahupun berkahwin.

"Di sini, saya menunjukkan isi kandungan kontrak yang disediakan untuk ditandatangani. Tidak ada sebarang undang yang dibuat bagi menghalang mereka daripada bercinta.

"Namun, sebelum menandatangani kontrak, mereka perlu membuat pengesahan mengenai status adakah sudah mempunyai pasangan, bertunang ataupun berkahwin.

"Jika mereka bukan lagi 'single', kami akan menyediakan satu borang untuk diisi bagi mengesahkan status itu. Itu sahaja," katanya ketika ditemui di pejabat MIG, Petaling Jaya.

David menjelaskan, setiap individu yang bernaung di bawah MIG perlu menandatangani kontrak yang disediakan untuk mengelakkan daripada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

"Kami ada sembilan garis panduan berhubung kontrak itu termasuk mengelak daripada gejala maksiat, artis ditangkap khalwat dan anak luar nikah, menimbulkan kecemburuan di lokasi dan kontroversi serta syak wasangka.

"Selain itu, ia juga bertujuan mengelak daripada difitnah, diambil kesempatan oleh pihak lain, kehancuran rumah tangga, mengekalkan ikon kepada masyarakat dan mempertahankan maruah artis, keluarga serta syarikat.

"Sepanjang 13 tahun berada dalam industri, saya begitu faham dengan keadaan industri yang penuh dengan godaan dan cabaran. Jadi, jika artis itu faham, ianya tidak menjadi masalah besar.

"Lihat sahajalah Maya Karin, Farid Kamil, Nora Danish, Diana Amir dan Lisa Surihani. Saya tidak pernah melarang mereka untuk bercinta mahupun berkahwin. Malah, setiap kali jumpa Intan Ladyana ataupun Kamal Adli, soalan pertama saya ialah bila nak kahwin," katanya yang menganggap kesemua artis residen MIG sebagai anaknya sendiri.

Sedia bersemuka dengan Zed Zaidi

Mengulas mengenai kenyataan Zed Zaidi berhubung kontrak syarikat produksinya itu, David menyifatkan Zed terlalu terburu-buru.

Menurut David, sebagai ketua untuk golongan artis, Zed Zaidi perlu lebih bijak dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Kata-kata Zed sangat tidak waras! Sepatunya, sebelum membuat kenyataan, Zed seharusnya menghubungi saya dan mendapatkan penjelasan daripada saya terlebih dahulu.

"Dalam pada itu, dia perlu membaca kesemua isi kandungan dalam kontrak," katanya yang bersedia bersemuka dengan Zed untuk membincangkan mengenai perkara itu.

Wawa tak jawab panggilan

Dalam pada itu, David turut menyelar dakwaan Wawa yang pihaknya tidak menghubungi dan memanggilnya kembali bekerja.

"Semasa dia bercuti panjang, banyak tawaran yang ada namun dia menolak. Namun, selepas dia kembali ke ibu kota, kami menghubunginya banyak kali. Namun, dia tidak memberi respons.

"Pintu MIG masih terbuka luas untuk Wawa. Saya faham, dia masih muda dan tidak matang. Jadi, kami tidak akan mengambil sebarang tindakan kepadanya.

"Mengenai dakwaan dikuarantin, saya tidak pernah berbuat demikian. Ketika menjalani filem, Sumpahan Kum Kum, di Ijok, mutu lakonannya tidak bagus dan pengarah filem itu, Ismail Bob Hashim, bertindak 'memegang' Wawa untuk menghayati watak," katanya yang mengakui kontroversi ini tidak pernah mengganggu perjalanan MIG.

Kesal dengan apa yang berlaku, David berkata, ini bukan kali pertama artisnya berbuat demikian, malah akui David dia sudah lali dengan masalah artis yang tidak menjaga tingkah laku.

"Namun, kes ini dilihat lebih berat apabila artis itu memburukkan syarikat dan saya sendiri," katanya mengakhiri perbualan.

David juga menafikan dakwaan Aeril dan Wawa mengenai larangan bercinta kerana perkara ini telah ditanya beberapa kali kepada pelakon itu.

"Saya ada dengar mengenai gosip Wawa bercinta dan berkahwin. Saya memanggilnya untuk mendapatkan kepastian, tapi dia tidak mengaku. Pernah juga dia berkata dengan nada tinggi, 'Bos, saya sudah dewasa!'.

"Saya tidak marah, cuma ingin bertanya kerana saya akan tanya kepada semua anak-anak (artis residen) saya jika ada gosip.

"Kalau dia mengesahkan pernikahan itu, sudah pasti saya juga gembira. Malah, segala urusan majlis akan diuruskan oleh MIG tanpa sebarang caj. Seperti artis MIG lain, saya akan hadiahkan dia berlian ketika majlis perkahwinan," katanya.




Thursday, 17 October 2013

Lawak : Siapa Punya Angkara


Pewwwittt....

















Pilihlah jalan taubat.....
















Kena beli insuran nie... cover lebih....





















Binatang apa ni yg tak boleh parking...




Tuesday, 15 October 2013

Hanya Mu, Ku Sayang






Kebanyakan isteri sanggup bercerai daripada bermadu. 


Sebabnya, kerana bermadu hanya untuk suami mengecap 
kebahagiaan sedangkan isterinya hidup merana. 


  Itu anggapan kebanyakan wanita bila tahu suaminya ingin 
   berpoligami. 


   Semua marah dan akan membenci bila ada 
   wanita lain ambil suami orang."











    Bak kata perpatah :







Monday, 14 October 2013

Kenaikan Harga Petrol Beri Kesan Besar Kepada Pengguna

"Kenaikan harga petrol Ron95 dan diesel sebanyak RM 0.20 
telah memberi kesan kepada harga barangan lain  terutama 
yang memerlukan pengangkutan dari satu tempat ke tempat 
yang lain,"


“Golongan muda kebanyakannya mudah memberontak, mereka 
akan berjuang terhadap apa jua bentuk ketidakadilan dan 
ketidaksamaan.


Kerajaan harus mengambil pendekatan yang munasabah dalam 
menangani masalah itu daripada membuat pengumuman yang 
akan mencetuskan kemarahan rakyat.


Para peniaga telah menaikkan harga barangan secara tidak 
munasabah semasa kenaikkan harga minyak yang lalu.


Ini termasuklah perkara di bawah :


>>



>>



>>



>>



>>



>>





apa ???




APA ??





APA DIA??




ITU PUN NAIK JUGAK?




KENTUT...

Lawak : Gambar Lawak Ker?













Memerlukan ampaian segera, disini saya....



Memerlukan Arkitek yang terbaik, disini saya...


Memerlukan kualiti gambar terbaik dihandphone anda, 
disini saya...


Memerlukan kos pemindahan barang termurah, disini saya...



















Memerlukan pelumba rempit terpantas didunia, disini saya...



u/p : jangan cari saya, jika perlukan di atas...










Sunday, 13 October 2013

Lawak : Otot






Lirik Penglipurlara – Hazama



Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama dengan kucing belang
Dua tiga boleh ku cari
Apa nak heran zaman macam sekarang

Buah cempedak di luar pagar
Ambillah galah dan tolong jolokan
Kau berkasut ku berselipar
Apa nak heran sama di sisi tuhan

Bukan aku nak sangkal kita handal
Kekadang yang bebal susah tampal
Mana boleh nak bedal
Kena berakal


Ku penglipur lara
Saja nak bercerita
Usahlah terasa
Jangan mudah melatah



Ku penglipur lara
Saja nak bercerita
Usahlah terasa
Fikir sebelum marah
Nanti kena jual


Ikan kekek mak ilui ilui
Ikan gelama mak ilai ilai
Gaya ranggi tiada adui!
Apa nak heran janji cantik perangai



Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik pula bercabang tiga
Kalau tak tahu jangan menambah
Apa nak heran baik lu diam saja

Bukan aku nak sangkal kita handal
Kekadang yang bebal susah tampal
Mana boleh nak bedal
Kena berakal


Ku penglipur lara
Saja nak bercerita
Usahlah terasa
Jangan mudah melatah

Ku penglipur lara
Saja nak bercerita
Usahlah terasa
Fikir sebelum marah
Nanti kena jual


Nang boti nang hei! Kui boti kui hei!
Cerminlah diri lihat ke dalam
Nang boti nang hei! Kui boti kui hei!
Betulkan diri lupa semalam
Nang boti nang hei! Kui boti kui hei!
Cerminlah diri lihat ke dalam
Nang boti nang hei! Kui boti kui hei!
Betulkan diri lupa semalam
Semalam yang hilang


Ku penglipur lara
Saja nak bercerita
Usahlah terasa
Jangan mudah melatah
Fikir sebelum marah
Nanti kena jual



Ku penglipur lara
Saja nak bercerita
Usahlah terasa
Jangan mudah melatah
Fikir sebelum marah
Nanti kena jual
Nanti kena jual



Lirik Kalau Aku Kaya – Altimet feat Awi Rafael


Kalau aku kaya
Kalau aku kaya



(Altimet)
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu

(Jangan pening kepala, aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)



(Awi Rafael)
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama



Kalau aku kaya (kalau aku kaya, kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya, kalau aku kaya)



(Altimet)
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar

Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next beat by ’Ye
Tiap show pakai J’s
Hypeman aku Jay
Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua
Pening apa, semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter

Dan kalau aku mampu

(Jangan pening kepala, aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Korang tak perlu risau, aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)



(Awi Rafael)
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama

Aku beli serba satu (Heh aku beli dua)
Eleh aku angkat lima (Wei aku borong semua)


Bagi tahu jiran lama (Sewa mereka kami taja)
Dan kalau anak-anaknya geliga (Kita bagi biasiswa)

Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya

Kaya
Bila aku kaya
Hari hari hari raya (hari-hari)
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba (rileks-rileks semua aku belanja)




Bila aku kaya (Yea)
Aku beli segalanya (semua)
Bungkuskan semua (ha ha)
Hadiahkan pada mama (mama nak apa)



Bila aku kaya (Kita bukan pergi kedai kereta beli kereta)
Bila aku kaya (Kita pergi kedai kereta beli kedai kereta)
Bila aku kaya (bila aku kaya, bila aku kaya)
Bila aku kaya (bila aku kaya, haih bilalah nak kaya)

Kalau aku mampu
Buat suka hati aku




Lirik Bukan Dia Tapi Aku – Judika





Berulang kali kau menyakiti
Berulang kali kau khianati
Sakit ini coba pahami
Ku punya hati bukan tuk disakiti

Ku akui sungguh beratnya
Meninggalkanmu yang dulu pernah ada
Namun harus aku lakukan
Karena ku tahu ini yang terbaik

Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya sakitnya oh sakitnya

Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya sakitnya oh sakitnya



Cintaku lebih besar darinya
Mestinya kau sadar itu
Bukan dia bukan dia tapi aku

Begitu burukkah ini
Hingga ku harus mengalah

Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku


Sakitnya sakitnya oh sakitnya

(Cintaku) cintaku
(Lebih besar dari benciku) lebih besar dari benciku
Cukup aku yang rasakan
(Jangan dia) jangan dia
(Jangan dia) jangan dia cukup aku

(Jangan dia jangan dia) cukup aku
(Jangan dia)



Friday, 11 October 2013

Thursday, 10 October 2013

Nissan Grand Livina Terbaru 2013 Dilancarkan


Nissan Grand Livina telah berada di pasaran sejak tahun 2007 dan merupakan model MPV yang paling laris di Malaysia. Sehingga kini, lebih 65,000 unit telah dijual dan ia kekal sebagai model popular. Walau bagaimanapun , 6 tahun adalah masa yang lama dalam pasaran dan tanpa menyegarkan atau menaik taraf.


Grand Livina baru yang dilancarkan oleh Edaran Tan Chong Motor (ETCM) dengan kemunculannya yang anggun dengan ada jeriji dan  lampu depan baru dan belakang baru. Secara keseluruhan, terdapat lebih daripada 50 tambahan untuk model ini tetapi perubahan besar berada di dalam bodyshell yang orang ramai tidak dapat melihat. Perubahan ini adalah penting kerana mereka diperlukan panel badan baru.

livi19


Struktur diperkukuhkan untuk memenuhi peraturan-peraturan yang lebih ketat yang diperkenalkan oleh JPJ pada pertengahan 2012. Walaupun kebanyakan orang mungkin berfikir ini hanya bermaksud membuat dua beg udara standard di hadapan, ia sebenarnya melibatkan lebih terutamanya tahap perlindungan yang ditawarkan pada sebelah depan dan pertembungan. 

Dalam erti kata lain, model baru yang diperkenalkan di Malaysia akan mempunyai ciri perlindungan yang jauh lebih tinggi daripada sebelum ini. Dalam kes platform Grand Livina , ia telah terbukti serba boleh, tahan lama dan membolehkan ruang dalaman yang agak baik.

Enjin yang sama seperti sebelum ini juga digunakan: HR16DE 1.6 liter dan MR18DE, kedua-dua semua aluminium unit 4-silinder dengan injap masa pelbagai. Enjin tidak mempunyai perubahan dalam output supaya unit 1.6 liter menghasilkan 105 ps/150 Nm manakala 1.8 liter menghasilkan 126 ps/174 Nm. 

05 New GL_Interior

Secara umumnya, model ini mengekalkan susunatur tempat duduk yang luas dan fleksibel. Apabila ada barangan tambahan atau barang-barang yang lebih panjang yang akan diangkut, backrests belakang boleh dilipat rata (tanpa perlu membuang headrests). Satu ciri yang baik adalah lubang tambahan (antara tempat duduk depan) untuk udara sejuk tambahan. Kini, stereng mempunyai suis untuk mengendalikan sistem audio. Panel sistem audio kini yang lebih besar unit 2-DIN.

Perkara yang baik tentang aksesori atau pakej aksesori tambahan, kos tersebut boleh dimasukkan dalam jumlah kos kenderaan. Ini bermakna anda juga boleh membayar untuk aksesori pada ' secara ansuran jangka panjang' sebagai sebahagian daripada pinjaman. Itulah sesuatu yang tidak ada kedai aksesori akan dapat membolehkan anda melakukan.

Lima warna badan boleh didapati

- Grafit Blue, Black Diamond , Emas Gangsa , Tungsten Silver dan Brilliant White - di mana Blue Grafit adalah warna baru.

livi4

Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk, Tan Keng Meng, berkata dengan tanda harga bermula serendah RM86,880 seunit atas jalan, syarikat mengunjurkan jualan 2,500 unit menjelang hujung tahun ini.

Pembeli kenderaan pelbagai guna (MPV) tujuh tempat duduk bukan nasional paling popular itu boleh menikmati pakej ansuran bulanan serendah RM599 berdasarkan harga ditawarkan itu.
livi10








u/p : nak beli tanya nissan...

Thursday, 3 October 2013

Selangor Pelaburan Utama

Cover Selangorkini Oktober 2-2013

sumber : www.selangorku.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...