Monday 21 October 2013

Mid Valley Southkey Tarikan Terbaru Iskandar Malaysia


Iskandar Malaysia mendapat lonjakan komersial terbaru apabila kompleks beli belah Mid Valley Southkey Megamall dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDC) RM6 bilion, mula dibina.

Kompleks beli belah bersepadu itu yang dibangunkan pemaju Mid Valley City di Kuala Lumpur, IGB Corporation Bhd (IGB) dengan kerjasama Selia Pantai Sdn Bhd dijangka siap sepenuhnya pada suku keempat tahun 2016.
Pengarah Urusan Kumpulan IGB, Datuk Seri Robert Tan, berkata Mid Valley Southkey Megamall yang bakal menjadi pembangunan komersial bersepadu paling besar di Johor dan Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia dibina di atas tapak seluas 14.57 hektar. 
“Tumpuan utama projek ini adalah menyediakan kompleks beli belah dengan kawasan sewaan bersih (NLA) berjumlah 232,258 meter persegi membabitkan dua fasa. 


300 kedai dibina

“Fasa pertama projek kompleks beli belah bersepadu ini membabitkan NLA berjumlah 139,354 meter persegi yang dijangka disiapkan sepenuhnya akhir tahun 2016 dengan lebih 300 kedai akan dibina,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan perasmian majlis pecah tanah Mid Valley Southkey Megamall, di Johor Bahru, semalam. Hadir sama, Pengarah Urusan dan Pengasas Selia Pantai, Datuk Mohamed Zaini Amran.
Mengulas lanjut, Tan berkata, kompleks itu dibangunkan dengan konsep sama seperti Mid Valley City di Kuala Lumpur, namun terdapat beberapa penambahbaikan bagi membolehkan orang ramai merasai pengalaman membeli belah lebih baik dan menarik.

Sementara itu, Mohamed Zaini berkata, kerja menaik taraf Jalan Bakar Batu yang juga laluan utama ke kawasan Mid Valley Southkey Megamall daripada dua kepada enam laluan sedang giat dilakukan.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...