Tuesday 30 December 2014

10 Berita Utama 2014 - Pilihan Pembaca Mkini




Menjelang akhir tahun, Malaysiakini sekali lagi menyerahkan kepada pembacanya untuk memutuskan apa yang mereka rasakan menjadi berita-berita paling penting sepanjang tahun 2014.

Sejumlah 1,200 pembaca menyertai tinjauan selama tujuh hari itu, yang hanya dibuka kepada pelanggan berbayar sahaja.

Mereka mengundi memilih antara 24 berita yang disediakan olehMalaysiakini dengan 1 (mata terendah) hingga 10 (mata tertinggi).

Seperti jangkaan ramai, berita utama 2014 - tahun yang penuh tragedi - ialah dua nahas yang menimpa Malaysia Airlines (MAS), di mana sebuah pesawatnya hilang dan sebuah lagi ditembak jatuh. Kedua-dua pesawat itu membawa sejumlah 537 penumpang dan anak kapal.

Kedua-dua tragedi udara itu, yang berlaku dalam tempoh empat bulan, juga merupakan berita yang paling banyak dibaca di Malaysiakini.

Kehilangan penerbangan AirAsia QZ8501 Ahad lepas tidak termasuk dalam tinjauan kali ini. Juga tidak termasuk ialah banjir teruk yang sedang melanda negara hujung tahun ini.

Menariknya, pilihan kedua ialah berita mengenai kenaikan harga, yang menunjukkan ramai amat mengambil berat tentang kenaikan kos hidup. Tahun lepas, berita ini disenaraikan nombor 1 dalam kategori 10 berita teratas.

Berita yang menduduki tempat ketiga ialah skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), di mana antaranya bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menyatakan kurang keyakinannya terhadap seorang lagi PM - kali ini Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Perkara-perkara lain dalam senarai pilihan pembaca kali ini termasuk kes Liwat II terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Pendatang Tanpa Izin Sabah dan kekerapan kes tangkapan di bawah Akta Hasutan tangkapan.

Kes UM8 dan kebangkintan semula aktivisme pelajar turut mendapat perhatian pembaca dengan menduduki tempat ke-10 berita utama 2014.


Berikut adalah 10 berita utama 2014 piihan pembaca Malaysiakini.

1. Nahas udara MAS (MH370 dan MH17) - 9,691 undi

2. kenaikan harga. - 8,322

3. Skandal 1MDB, Mahathir vs Najib - 8,074

4. Kes Liwat 11 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (keputusan Mahkamah Rayuan, perbicaraan di Mahkamah Persekutuan) - 7,466

5. Laporan RCI Sabah dan kes penculikan - 7,445

6. Tangkapan bawah Akta Hasutan, Najib U-turn, video Teresa Kok Onederful
    Malaysia - 7,396
               
7. Langkah Kajang (pilihan raya kecil, krisis Selangor) - 7,323
   
8. RIP (Karpal Singh, Irene Fernandez, Harun Taib, Sultan Azlan Shah) - 7,305
   
9. Rampasa Alkitab BSM, kontroversi kalimah 'Allah' - 7,282

10. Kes Universiti Malaya 8 (UM8) dan kebangkitan semula gerakan pelajar - 6,812


Empat belas lagi daripada 24 berita dalam senarai yang gagal menduduki kategori 10 terbaik ialah:

11. serangan Perkasa-Isma terhadap bukan Melayu/bukan Islam - 6,631
   
12. isu Halal (Saya mahu Sentuh Anjing, Cadbury, bak kut teh di festival pelancongan, logo halal pada botol air mineral) - 6,322

13. Perebutan hak penjagaan anak ibubapa berlainan agama, keengganan IGP untuk bertindak - 6,274

14. Perdebatan hudud - 6,146

15. Dyana Sofya Mohd Daud dan pilihan raya kecil Teluk Intan - 6,048

16. Saman Najib terhadap Malaysiakini dan lain-lain - 5,913

17. Rang Undang-undang Perumahan Johor, urusniaga tanah Sultan Johor, 
      pelaburan Forest City. - 5,895
   
18. pencerobohan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang - 5,817

19. Perbalahan dalaman PAS antara ulama dan profesional - 5,777

20. Hak golongan transgender dan keputusan penting Mahkamah Rayuan - 5,672

21. Golongan gelandangan di Kuala Lumpur. - 5,452

22. Dakwaan serangan seksual terhadap Muhammad Rizalman Ismail ke atas wanita 
      New Zealand - 5,395

23. skandal sukan (dikatakan penggunaan dadah babitkan Lee Chong Wei, samseng bola sepak) 
     - 5,247

24. Tan Sri Taib Mahmud melepaskan jawatan KM Sarawak, kes perceraian anak lelakinya, Bekir 
     - 5,188



SUMBER :http://www.malaysiakini.com/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...