Tuesday 4 June 2013

5,000 kad Touch 'n Go PERCUMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 5,000 kad Touch 'n Go akan diedarkan secara percuma kepada orang ramai sempena Hari Bersama Pelanggan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Agensi 2013 pada 7 hingga 9 Jun ini. 

Ketua Setiausaha KWP, Datuk Adnan Md Ikhsan, berkata program itu akan diadakan di Ruang Legar Aras 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur, di mana pengunjung perlu mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan KWP bagi melayakkan mereka memperoleh kad Touch 'n Go percuma berkenaan. 


9 pagi hingga 9 malam 

Beliau berkata, program yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 9 malam itu akan turut disertai beberapa agensi kerajaan dan bukan kerajaan, sekali gus memberi peluang kepada warga kota untuk mendapatkan maklumat ber-kaitan agensi terbabit dengan lebih jelas dan cepat. 

Program Hari Bersama Pelanggan KWP dan Agensi 2013 ini akan membolehkan orang ramai mendapat perkhidmatan kementerian dan agensi secara terus tanpa perlu ke pejabat seperti pembayaran dan diskaun cukai, walaupun selepas waktu bekerja dan hujung minggu, katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam. 

Pertandingan mewarna 

Selain itu, Adnan berkata, Pertandingan Mewarna Bendera Wilayah Persekutuan akan diadakan pada 7 Jun ini dari jam 3 hingga 5 petang, terbuka kepada kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun di mana mereka yang berminat boleh mendaftar melalui e-mel: csd@kwpkb.gov.my. 
Malah, pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad akan menyediakan perkhidmatan komuter percuma dari Stesen Petaling, Stesen Pantai Dalam dan Stesen Angkasapuri ke Stesen KL Sentral kepada kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna itu.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...