Thursday 21 September 2017

JUMAAT ; HIJRAH

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه 

Intisari Qutbah Jumaat JDT
Tarikh:  22 September 2017
               01 Muharam 1439
Tajuk:  Hijrah Yang Sebenar.
              
1) Firman Allah surah Al-anfal/74 bermaksud: " Dan orng yg beriman dan berhijrah serta berjihad pd jalan Allah (utk membela islam) dan orng (Ansar) yg memberi tempat kediaman dan pertolongan (kpd orng islam yg berhijrah itu), merekalah orng yg beriman dgn sebenar2nya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia  yg mulia".

2) Maksud Hijrah- berpisah; berpindah dari satu tempat ketempat yg lain; perubahan sikap dan tingkah laku; berhijrah kearah beriman kpd Allah dan Rasul SAW.

3) Firman Allah surah Fathir/29 bermaksud: "Sesungguhnya orng yg selalu nembaca kitab Allah dan tetap mendirikn solat serta mendermakan dpd apa yg Kami kurniakan kpd mereka secara sembunyi atau secara berterang2, mereka (dgn amalan yg demikian) mengharapkn satu perniagaan yg tidak akn mengalami kerugian".

4) Keuntungan berniaga dgn Allah- harap ridho Allah; bermuamalat dgn hamba Allah; munajat dgn membaca Al-quran; mendirikan solat; keluarkn zakat; infakkan harta utk wakaf, hibbah, wasiyah dll.

5) Aqidah- dikukuhkan kpd para sahabat oleh Rasul SAW semasa di Mekah; teguh atas dasar Tauhid; kemantapan ilmu mengenal Allah; benar2 menghayati sirah Rasul SAW; percaya perkara2 Syurga dan Neraka.

6) Lemah aqidah- bertentangan dgn ajaran islam; mudah terikut2 dgn budaya lain; terikut dgn perubahan suasana dan masa; lemah usaha dlm menangani musuh2 islam yg ingin menghancurkan islam.

7) Firman Allah surah Al-baqarah/120 bermaksud: "Orang yahudi dan nasara tidak sekali2 akn bersetuju atau suka kpd mu (wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka (yg telah terpesong itu)............".

8) Peristiwa Hijrah- penghijrahan sikap dan akhlak kpd yg lebih baik; amalan dan perlakuan melambangkan sbg orng islam; jauhi tindakan merendahkan martabat islam; bantuan Allah sekiranya kita bantu mempertahankan agama Allah.

9) Muhasabah diri- mantapkan ilmu aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah; didik jiwa perbaiki amalan2 solat zakat puasa; perbetulkan muamalat; baca Al-quran setiap hari; beristigfar bertaubat sunnah Rasul SAW.

10) Firman Allah surah Yusuf/111 bermaksud: "Demi sesungguhnya kisah2 Nabi itu mengandungi pengajaran yg mendatangkan iktibar bagi orng yg mempunyai akal fikiran..................serta ia menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yg (mahu) beriman".

              باراك الله لي ولكم ...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...