Monday 4 December 2017

[ ADA DALAM TIADA ]

Semalam selesai solat Isya' suami bertanya,
"Kalau kita dua-dua takde, nak tinggalkan anak-anak dengan siapa?".

Termangu. Yang bongsu sedang dipangku.

"Taktaulah...Tapi kena fikir...".

"Anak kita bukan sorang. Tiga orang".

Baru tadi diceritakan kisah tiga beradik yatim piatu sekelip mata. Ini bukan kali pertama terpapar berita sebegini.

Ini hakikat hidup.
Terjadi pada mereka, boleh juga terjadi pada kita.
Cuma tak tahu bila.

Terus di mesej rakan baik, seorang peguam.
"Babe do you write will?".

Serius. Emosi ke tepi. Ini soalan serius.

Yang pergi sudah selamat dikandung tanah, menghadap perhitungan di alam lain. Tetapi...

Yang ditinggalkan terbeban dengan AMANAH.

PENJAGAAN ANAK diharapkan pada siapa?
Siapakah paling layak membesarkan anak-anak kami?
Sanggupkah pihak yang dipercayai mengambil tanggungjawab ini?
Anak-anak paling selesa dengan siapa?

Ditanya pada yang sulung,
"Kalau Babah dengan Ummi takde, Abang nak duduk dengan siapa?"

"Dengan Babah".

"Kalau Babah dengan Ummi takde pergi work jauh jauh?"

"Dengan Ummi".

"Kalau Babah dengan Ummi dua dua pergi jauh jauh jauh jauh jauh jauh jauh, Abang nak duduk dengan Jiddah ke, Ami ke Nda?".

"Dengan bibik dengan adik".

Allahu, you're so innocent my child.

Fahaman dia kalau Babah dan Ummi pergi 'work', dia di rumah dengan adik-adik, tempat paling selesa baginya.

Soalan masih belum terjawab. Siapa yang akan diamanahkan anak-anak kami? Nenek dan atuk memang rapat dan menyayangi, tetapi semakin meningkat usia. Ibu dan bapa saudara memang prihatin, tetapi baru membina keluarga sendiri.

Apa pun janganlah dipisahkan tiga beradik ini.

Siapa pun yang diberi amanah berat ini, perlu persetujuan ikhlas mereka sebaiknya secara bertulis bagi mengelakkan konflik di masa hadapan.

PENGURUSAN KEWANGAN bagaimana?
Siapa yang akan menguruskan wang peninggalan kami?
Berapa banyak hutang yang perlu dilangsaikan?
Cukupkah keperluan anak-anak?

Nasib baik ada sedikit perlindungan TAKAFUL.

Kalau tiada langsung??

Walaupun ditinggalkan WANG HIBAH TAKAFUL sejuta ringgit nilainya sekali pun, cukup atau tidak untuk anak bertiga sampai mereka dewasa?

'Cukup' = Gaji setahun x 24 tahun
(perkiraan sehingga anak bongsu tamat belajar dan boleh berdikari)

Tolak pula pembahagian wang mengikut Faraid.

We should definitely revise and upgrade our Takaful plans.

DUIT EPF pula, nama siapa yang akan disenaraikan untuk pengeluaran? Anak-anak kami semuanya belum berusia 18 tahun. Bagi memudahkan, elok jika kami membuat penamaan seorang waris yang dipercayai supaya proses pengeluaran mudah dan cepat.

Duit dalam bank yang tak berapa banyak tu, macam mana?
Nombor pin ATM dan password penting yang lain wajar untuk dikongsi sesama suami isteri dan juga waris yang dipercayai.

PENGURUSAN ASET pula bagaimana?
Loan rumah diuruskan siapa?
Kereta dijual atau disambung bayar?
Rumah ditinggalkan kepada siapa sementara anak-anak dewasa?
Harta benda yang lain disedekahkan atau disimpan untuk anak-anak?

Banyak perlu difikirkan. 'SOP' perlu ditinggalkan supaya tidak memeningkan pemegang amanah.

PENDIDIKAN anak-anak apakah jalannya?
Tadika mana, sekolah mana menjadi pilihan?
Ditahfizkan atau ke aliran utama?

Kos persekolahan pula semakin meningkat. Dianggarkan untuk anak-anak yang lahir pada tahun 2013-2017 yang akan ke IPT pada tahun 2031-2035, sekurang-kurangnya RM 35,000 diperlukan. Itu pun untuk kursus yang tidak kritikal.

Yang paling penting,
SOKONGAN EMOSI dan KASIH SAYANG.

Siapa yang akan mengganti tempat kami?

Ketiga-tiga anak sejak yang pertama, sesudah lahir saya siapkan account e-mail. Bila kesempatan, diutus coretan buat kenangan dan pedoman terutamanya dalam ketiadaan nanti. Antara ketakutan paling besar, saya ditakdirkan pergi tanpa sempat mereka mengenali saya, menghafal kehangatan pelukan Ummi.

Terbayang wajah anak-anak yang pasti ikut ke pintu untuk memeluk dan bersalaman setiap kali kami keluar meninggalkan rumah.

"Abang good boy jaga adik-adik kat rumah tau. Kejap lagi Ummi Babah balik ye".

Berani betul berjanji.

Allahu...
Anak-anak kami masih terlalu kecil. Melafazkan Al-Fatihah untuk mendoakan kami sahaja belum mampu.

"Kalau Babah dengan Ummi takde, abang boleh jaga adik-adik tak?"

"Boleh!".

"Abang sayang adik-adik?".

"Sayang! Sayang semua!".

Jawapan ringkas yang sangat ikhlas.
Tetapi apa yang anak ini faham tentang kehilangan?

"Maybe we should start travelling in separate cars".

Saling tersenyum. Mata berkaca.

Hanya mampu berusaha membuat persediaan serapi mungkin dan terus berdoa...

Ya Allah, berkatilah hayat kami, panjangkanlah hayat kami agar kami dapat menjalankan amanah kami sesempurna daya, simpulkanlah pengakhiran hayat kami dalam keadaan yang baik dan diredhai.

Ameen.

#copy paste utk sharing

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...