Friday 14 June 2019

ANAK RAMAI TAPI MANDUL

Anak Ramai Tapi Mandul


Akibat Memiliki Anak yang Tidak Shalih - Ust. Oemar Mita, Lc ...


1. Rasulullah bertanya kepada para sahabat tentang persoalan mandul. Sabda Nabi:

مَا تَعُدُّونَ الرَّقُوبَ فِيكُمْ؟ قَالَ قُلْنَا: الَّذِي لَا يُولَدُ لَهُ، قَالَ: «لَيْسَ ذَاكَ بِالرَّقُوبِ وَلَكِنَّهُ الرَّجُلُ الَّذِي لَمْ يُقَدِّمْ مِنْ وَلَدِهِ شَيْئًا

“Apa yang kamu faham tentang mandul? Sahabat lalu menjawab: Mandul adalah mereka yang tidak memiliki anak. Lalu Rasulullah bersabda: Mandul yang sebenar adalah mereka yang memiliki anak, tetapu anaknya tidak memberi manfaat buatnya.” (HR Ahmad).


2. Inilah perbezaan pertimbangan manusia dengan penilaian Allah. Rasulullah mendidik sahabat supaya memandang tinggi kepentingan mendidik anak yang soleh. Anak yang ramai belum tentu memberikan manfaat buat ibubapa terutama di akhirat. Sebab itu Rasulullah tegaskan peranan anak yang soleh. Sabda Nabi:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثٍ: مِنْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ، أَوْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ مِنْ بَعْدِهِ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ

“Apabila meninggalnya seorang manusia itu terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: Anak yang soleh yang mendoakannya, sedeqah jariah serta ilmu yang bermanfaat.”


3. Sedarkah kita bahawa istighfar seorang anak buat bapanya akan mengangkat kedudukan bapanya? Perkara ini diceritakan oleh Rasulullah dalam sebuah hadith:

إِنَّ اللَّهَ، عَزَّ وَجَلَّ، لَيَرْفَعُ الدَّرَجَةَ لِلْعَبْدِ الصَّالِحِ في الْجَنَّةِ، فَيَقُولُ: يَا رَبِّ أَنَّى لِي هَذِهِ؟ فَيَقُولُ: بِاسْتِغْفَارِ وَلَدِكَ لَكَ

"Sesungguhnya Allah mengangkat kedudukan seorang hamba soleh di dalam syurga. Lalu hamba itu bertanya: Wahai Tuhanku, bagaimana aku boleh mendapat kedudukan tinggi seperti ini? Lalu dijawab kepadanya: Melalui istighfar yang anakmu lakukan buatmu." (HR Ahmad, Ibn Majah)
Lihatlah betapa pentingnya peranan anak yang soleh. 

Sehingga istighfar yang dia lakukan boleh memberikan kesan kepada ayahnya.


4. Atas dasar itu Nabi Ibrahim berdoa di dalam al-Quran agar dikurniakan anak yang soleh. Lihatlah betapa pentingnya peranan anak yang soleh sehingga seorang Nabi sendiri berdoa agar dikurniakan anak yang soleh. Doa ini direkodkan di dalam al-Quran. Kata Nabi Ibrahim:

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah daku anak-anak yang soleh (al-Saffat: 100). Marilah bersama kita amalkan doa yang dibaca oleh Nabi Ibrahim ini. Mudah-mudahan kita dikurniakan anak yang soleh.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi



https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
*Perkataan Raqub juga didefinasikan sebagai pasangan ibubapa yang anak-anaknya semua telah meninggal ketika pasangan ini masih hidup.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...