Saturday 4 May 2013

Patung Itik Gergasi Terbesar Di Dunia Terapung Di Perairan Hong Kong



patung itik gergasi di belakang bot

HONG KONG - Sebuah patung permainan itik getah gergasi setinggi bangunan enam tingkat dilihat terapung menyusuri sepanjang pelabuhan Hong Kong semalam.

Dengan ketinggian setinggi 16.5 meter (enam tingkat), patung itik gergasi terbesar di dunia yang direka oleh seorang artist dari Belanda iaitu Florentijn Hofman ini telah dipamerkan terapung di Hong Kong.

Diberi nama 'Rubber Duck', patung itik ini dipamerkan terapung di Victory Harbour di Hong Kong dari 2 Mei hinggalah 9 Jun ini. Patung itik yang terkenal ini sebelum ini pernah dipamerkan di beberapa bandaraya besar dunia seperti Sydney, Osaka, London dan Sao Paolo, namun ini merupakan kali pertama ianya dipamerkan di China.



patung itik gergasi di pelabuhan

Sejak tahun 2007, replika itik itu telah mengembara ke 13 buah bandar berbeza di sembilan negara bermula dari Brazil sehingga Australia dalam perjalanannya mengelilingi dunia.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...