Wednesday 8 May 2013

Yuna lancar album mini di Los Angeles

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pemuzik tempatan yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat, Yunalis Zarai, 26, atau lebih dikenali sebagai Yuna, melancarkan album mini berjudul Sixth Street di Indie Pop Studio, Los Angeles, Amerika Syarikat, semalam.

Album mengandungi lima lagu itu adalah buah tangan pertamanya di bawah Verve Music Group milik penerbit dan komposer legenda, David Foster yang juga pemenang Grammy Awards sebanyak 16 kali.



Selain bernaung di bawah syarikat Foster, Yuna turut mendapat kerjasama pemain gitar kumpulan rock terkenal, Incubus iaitu Mike Einziger dalam penerbitan album itu sejak Januari lalu.
Dalam pelancaran itu, Yuna turut membuat persembahan selama 30 minit yang boleh disaksikan peminatnya menerusi pentas maya, Stageit dari seluruh dunia. Dengan bayaran sebanyak RM30, peminat Yuna yang melayari laman web www.stageit.com boleh menonton persembahan penyanyi itu bermula jam 9 pagi semalam.

Harian Metro antara lima wakil media tempatan yang dipilih syarikat rakaman Universal Music untuk menyaksikan persembahannya.

Dalam persembahan itu, Yuna menyampaikan lima lagu ciptaannya iaitu I Wanna Go, Right Again, Young, Musician dan Let Love Come Through yang turut menyaksikan dia berduet bersama penyanyi rap, Kyle.


sumber : http://www.hmetro.com.my


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...