Saturday 11 February 2017

SEMENTARA PINTU SYURGA DI RUMAHMU MASIH TERBUKA

MENZIARAH seorang kawan yang kematian ibunya yang dijaga selama ini, dia berbisik kepada saya masa bersalam,

"Telah HILANGlah PINTU SYURGA diRUMAH saya..."

Saya hanya mengucap takziah dan menyantuninya dengan ajakan untuk bersabar.

Apakah maksud PINTU SYURGA diRUMAHnya telah HILANG ??

Ini satu PERKATAAN hanya orang yg berILMU, orang yang MENGETAHUI !!

Apa yang disebut oleh kawan saya ini pernah disebut oleh sorang tabi’in  Iyas bin Mu’awiyah, yang menangis semahu-mahunya ketika meninggal salah seorang dari orang tuanya,

Maka ditanya pada beliau,

“Mengapa engkau menangis sedemikian rupa ?"

Maka beliau menjawab,

“TIDAKlah aku MENANGIS karena keMATIan, karena yang HIDUP pasti akan MATI !!

AKAN TETAPI yang memBUAT Aku MENANGIS kerana dahulu aku memiliki DUA PINTU ke SYURGA...

Sekarang ini SUDAH  terTUTUPlah SATU PINTU pada HARI INI dan TIDAK akan di BUKA LG sampai hari KIAMAT NANTI !!

Aku memohon pada Allah Ta’ala agar aku boleh menjaga pintu SYURGA KU yang keDUA ”.

Apa yang disebut oleh Iyas ini adalah berkaitan sabda nabi dari Abu Darda Radhiyallahu ‘anhu,

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ
ذَلِكَ الْبَابَ أَوِ احْفَظ

ORANG TUA ( ibu & ayah) adalah PINTU SYURGA paling tengah .

Kamu boleh SIA-SIAkan pintu itu atau kamu menJAGAnya  (HR. Ahmad 28276, Turmudzi 2022, Ibn Majah 3794, dan dihasankan Syuaib al-Arnauth).

Jadi kedua dua IBUBAPA kita adalah ibarat PINTU SYURGA bagi setiap ANAK,

Dengan maksud jika kita berKHIDMAT kpd KEDUA DUA nya,berBUAT BAIK kpd KEDUA DUA nya...
MAKA Allah akan memberi ganjaran SYURGA !!

TETAPI siapa siapa yg menSIA-SIAkan PELUANG ini, TIDAK berbuat baik pada IBU BAPAnya, AKAN terlepas lah PELUANG utk ke SYURGA !!

BAHkan mereka itu CELAKA  !!

Rasulullah SAW bersabda,
"CELAKA, CELAKA, CELAKA ",
Lalu ditanyakan pada Baginda, SIAPA (yang celaka) wahai Rasulullah??

Maka Baginda bersabda :
"SIAPA saja yang menjumpai keDUA DUA ORANG-TUAnya, baik SALAH SATU atau keDUA-DUAnya di KALA mereka LANJUT USIA, akan TETAPI perjumpaan tersebut tidak memasukkannya ke syurga . (HR. Muslim)

Saya nak mengajak kamu semua agar TIDAK menSIA-SIAkan peluang PINTU SYURGA yang MASEH ada diRUMAH kamu, LEBIH- LEBIH lagi jika USIA keDUA DUA  orang tua Kamu telah lanjut

MeLANGKAHlah ke PINTU itu dengan berBUAT BAIK kpd KEDUA DUA nya .

Sebelum kita meninjau KELUAR untuk mencari SYURGA...JANGAN abaikan PINTU SYURGA yg diibarat kepada IBU BAPA yang Allah KURNIAkan dirumah kita .

Dalam hidup kita, Allah buka banyak kesempatan untuk ke SYURGA, samada kita SEDAR atau TIDAK, MAHU meREBUTnya atau TIDAK !!

KEMUDIAN Allah ambil balik SATU demi SATU peluang ini, MAKA terTUTUPlah SATU lepas SATU kesempatan untuk ke SYURGA melalui pintu pintu  KETAATAN keatas IBUBAPA kita !!

MEREKA yang LALAI dengan DUNIAnya tidak akan terasa apa-apa dengan terTUTUPnya PINTU SYURGA untuknya,

TETAPI mereka yang mengetahui, seperti SAHABAT saya ini, akan melihat KEMBALInya IBU atau BAPA nya sebagai terTUTUPnya PINTU SYURGA diRUMAHnya .

SANTUNIlah IBU BAPAmu sementara mereka MASIH ADA, sementara PINTU SYURGA diRUMAH mu MASIH terBUKA !!


SEMOGA BERMANAFAAT

AAMIIN YA RABBAL ALAAMIIN

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...