Monday 20 February 2017

KELEBIHAN MENJAGA 12 RAKAAT SOLAT SUNAT SETIAP HARI


السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi

KELEBIHAN MENJAGA 12 RAKAAT SOLAT SUNAT SETIAP HARI

عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهَا قَالَتْ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:(( مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يُصَلِّي لِلَّهِ كُلَّ يَوْمٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً تَطَوُّعًا غَيْرَ فَرِيضَةٍ إِلَّا بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَوْ إِلَّا بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ )) رواه مسلم


TERJEMAHAN

Dari Ummu Habibah salah seorang  isteri Nabi صلى الله عليه وسلم bahawasanya dia melaporkan: saya mendengar RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Tidaklah seorang hamba yang Muslim bersolat kerana Allah setiap hari sebanyak 12 rakaat yang sunat (iaitu) selain daripada solat yang fardhu melainkan Allah membina baginya sebuah mahligai di syurga atau melainkan dibina baginya sebuah mahligai di syurga." (Mafhum HR Muslim)


PENGAJARAN

1. Selain daripada kewajipan mendirikan solat fardhu lima waktu umat Islam turut digesa untuk melakukan solat sunat setiap hari

2. Dengan melaksanakan solat sunat mudah-mudahan ianya dapat menampung kecacatan yang berlaku dalam solat fardhu dan dapat mengundang kecintaan dari Allah Ta'ala dengan pelbagai anugerahNya

3. Para ulama berpendapat 12 rakaat solat sunat yang dimaksudkan adalah solat sunat rawatib (yang mengiringi solat fardhu) iaitu:

i. Dua rakaat qabliah (sebelum) subuh,
ii. Empat rakaat qabliah zohor,
iii. Dua rakaat ba'diah (selepas) zohor,
iv. Dua rakaat ba'diah maghrib, dan
v. Dua rakaat ba'diah isyak


Semoga kita diberi taufiq untuk melaksanakan solat-solat sunat tersebut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...