Wednesday 8 February 2017

Pertalian Antara Hati Dan Al Quran


" Al Habib Abdullah Alawi Al Haddad رحمه الله تعالى berkata, Terdapat dua perkara yang Terbuka yakni Mata dan Telinga. Yang pada sudut Hakikatnya dan Tasawwufnya, Mata dan Telinga adalah Pintu kepada Hati. Setiap apa yang kita lihat akan masuk ke dalam Hati.

Samaada Mengaratkan atau Mengilatkan Hati. Apa sahaja yang masuk daripada Mata dan Telinga yang tidak sepatutnya sampai ke Hati itu dengan perkara yang Buruk tapi sampai juga ke Hati, maka susah Hati itu nak hilangkan perkara itu. Sensitifnya Hati ni.

Kata Rasulullah صلى الله عليه وسلم , Sesungguhnya Hati itu akan berkarat dan pasti berkarat, maka sesungguhnya Penggosok karat itu yang Pertamanya adalah Qiraatul Quran (Membaca Al Quran).

Walaupun tidak faham, ia Tetap menyucikan. Cuma bezanya orang yang faham dan yang tidak faham baca Al Quran itu seperti orang yang basuh kuali guna Dawai dan guna Berus Biasa.
Yang guna Berus Biasa karatnya akan tanggal cuma mengambil masa sedikit. Tapi kalau yang Faham akan Makna Al Quran itu dia guna Dawai, maka Tertanggal semua karat itu.

Dan yang seronok baca Al Quran ni, kalau kamu Khayal sekalipun kamu Khayal dalam Kebenaran. Quran itu Syifa, Quran itu Ilmu Benar.

Yang Keduanya, Berzikir dan Mengingati kepada Allah سبحانه وتعالى . Berada di dalam Majlis Zikir juga mengingati kepada Allah سبحانه وتعالى. Zikrulmaut (Ingat Mati). Yang Ketiganya adalah Selawat. Kerana Selawat itu boleh menjadikan Seburuk buruk manusia kepada Sebaik baik manusia.

Juga diingatkan, sentiasalah sedekahkan Al Fatihah kalau lalu sebelah Kubur, Khususnya buat Ibu, Ayah ,Keluarga dan Ummat Islam yang lain.

Sebab apa? mudah mudahan Ahli Kubur, Arwah yang Soleh kenal kita sebab rajin Ziarah Kubur.

InshaaAllah"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...