Monday 20 February 2017

Solat Semakin Di tinggalkan

Tazkirah Harian

Hari ini kita perlu membuat keputusan dan pilihan yang penting,keputusan itu ialah meyakini Islam adalah suatu nikmat dan Islam adalah jalan kehidupan yang sebenarnya.Sabda Nabi saw"Penyejuk pandangan Ku adalah solah".Ketika kita bersolah pada hakikat sebenarnya kita sedang bercakap dan berkata-kata dengan Allah SWT.
Allah SWT sentiasa mendengar dan tidak pernah lupa pada diri kita.Dialah yang menguasi,memberi dan memiliki segala-galanya.Ya Allah ampunkan dosa kami kerana masih tidak menyedari dan menghargai nikmat yang maha besar ini.KAU berilah taufik kepada kami untuk sentiasa istiqamah dan bersujud pada MU.

Ketika saya masih kanak-kanak saya selalu mengabaikan solat.Segala puji bagi Allah SWT,ada seorang guru semasa saya belajar di tahun enam yang kerap bercerita tentang solah.Satu kisah yang benar-benar menyentuh hati saya iaitu tentang kisah keadaan nasib orang yang meninggalkan satu solah mereka akan menduduki neraka selama satu huqub.Satu huqub bersamaan 80 tahun di akhirat.Satu hari di akhirat bersamaan seribu tahun di dunia.Orang yang meninggalkan satu solah akan tertulis namanya di pintu neraka dan dia pasti memasukinya.Kisah ini menyebabkan saya menangis mendengarnya kerana mengenangkan nasib diri saya dan orang yang sangat saya sayangi akan masuk neraka.Sepanjang malam saya menangis mengenangkan bagaimana nasib saya di akhirat.

Pada zaman sahabat dan orang soleh,apabila seorang lelaki terlambat pergi bersolat jemaah sahaja mereka akan menangis dan bersukacita selama tiga hari.Malah ahli keluarga dan kawan yang rapat juga menangis.Jika mereka tertinggal solah berjemaah mereka akan menangis dan berdukacita selama seminggu.Mereka sangat berdukacita kerana mereka nampak dan sedar betapa besarnya nilai solat.

Pada hari ini kita juga biasa menangis dan berdukacita tetapi hanya kerana kehilangan ahli keluarga atau kebendaan sahaja.Berlainan dengan kehidupan sahabat kerana hati mereka celik dan mereka dapat menilai serta melihat perkara yang benar-benar berharga.Pelaksanaan ibadah solat juga adalah merupakan tanda menunjukkan kita sebagai seorang hamba.

Kita semua sudah maklum,segala perbuatan dan pekerjaan yang baik dikira sebagai ibadah seperti bekerja,belajar dan sebagainya dengan syarat jangan sampai perbuatan lain mencuaikan kita daripada bersolat.Solat merupakan satu hadiah daripada Allah SWT dan dianugerahkan kepada Nabi Muhammad saw tanpa melalui perantaraan Jibril AS.Solat merupakan amalan yang sangat utama dan merupakan nikmat yang begitu besar tetapi pada hari ini solat mula hilang daripada kehidupan umat ini.

Dihujung riwayat hidup Nabi Muhammad saw,baginda sentiasa mengingatkan umatnya dengan solah.Kita perlu berusaha dan memastikan supaya diri kita,ahli keluarga,anak didik,pekerja,dan semua umat Islam dapat menjaga dan mengutamakan solat.Dalam hati kita perlu ada perasaan risau melihat orang di sekeliling kita meninggalkan solat.Kita hendaklah sentiasa berdoa,merayu dan menangis kepada Allah SWT supaya orang di sekeliling kita juga dapat menjaga dan mengutamakan solah.Setiap orang daripada kita perlu sedar bahawa solat ini sebenarnya adalah satu hadiah bukannya bebanan.Umar RA apabila bangun di tengah malam beliau akan mulakan dengan bersolat dan menangis.Kemudian beliau akan membangunkan ahli keluarganya untuk turut sama bersujud kepada Allah SWT.Masih adakah ketua keluarga yang bertindak seperti Umar RA pada hari ini?

Wallahu A'lam..

Semoga bermanfaat 👌💚

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...