Saturday 11 February 2017

MEMBACA SELEPAS SOLAT SUBUH

Daripada Abu Zar berkata: Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam bersabda,

maksudnya;
‘Barangsiapa yang membaca selepas solat Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti tasyahhud akhir, sebelum berkata-kata sebanyak sepuluh kali

(Laailaha ilallah wah dahula syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumithu wa hua 'ala kulli shyin qadoir)

ertinya:
“ Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan (dosa), diangkatkan baginya sepuluh darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga daripada segala perkara yang dibenci, terbentang daripada syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan) Allah’. ”

(Riwayat Imam at-Tarmizi)

___________

Alhamdulillah@Selamat.beribadah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...